Ayat yang Efektif untuk sawan

Hari ini posting pasal sawan. Memandangkan penulis merupakan salah seorang ahli Group Diskusi Epilepsi. Suka rasanya penulis ingin berkongsi maklumat tentang amalan-amalan yang dilakukan oleh ahli Group dan penulis sendiri.

Antara ayat yang terkini yang group epilepsi ini  kongsikan ialah :

 

doanabiyunus

 

dan

waiza

Ayat-ayat ini dibaca semasa berlakunya sawan atau terasa seperti tanda-tanda awal sawan ingin datang menyerang. Caranya amat mudah di mana hanya baca berulang-ulang sambil letakkan tangan  kanan di atas ubun-ubun dan tangan kiri di atas dada atau belakang atau tengkuk pesakit sambil  menghembuskan ke ubun-ubun pesakit (cara penulis).

Penulis memang sudah masak dengan tanda-tanda awal kedatangan sawan Haziq. Jika dia sedang tidur contohnya, jika penulis ada berdekatan dengan Haziq, penulis akan terdengar bunyi macam ada benda yang singgah pada syiling atau kipas. Bunyi tu tak kuat …tapi bunyi itu sudah tidak asing lagi  pada penulis dan mungkin orang lain tidak menyedari/perasan bunyi tersebut. Tidak lama selepas tu, pasti Haziq akan sawan. Satu keadaan lagi ialah tubuh Haziq panas macam orang demam…tapi dia tidak demam. Ada juga keadaan di mana kaki dan tangan Haziq akan sejuk macam air batu.

Jika tiga keadaan ini berlaku, sekiranya penulis duduk berdekatan dengan Haziq, Ayat-ayat di atas akan penulis perdengarkan kepada Haziq di tambah dengan:

  1. Salawat nabishalawatnabi
  2. Al-fatihahal-fatihah-1
  3. Empat  Qul dan Ayat Qursi4qul
  4. Surah Al-Harshlau anzalna

Insya allah. Jika penulis sedar awal dengan membacakan ayat-ayat tersebut…sawan HAziq tidak akan berlaku dalam masa tersebut.

Sementara itu, Jika ketika sawan sedang berlaku..cukuplah membaca  Surah Al-Anbia dan ayat dan Ayat Surah An-Syuraa berulang- ulang sehingga sawan reda.

Penulis- Semoga bermanafaat

 

Coretan Buat Putera Sulong Ummi..

Assalamualaikum Ya anak Ummi yang kacak, hensem, baik tingkahlaku dan sememangnya anak yang soleh… Insyaallah. Che Muhammad Syahir Haziq bin Che Shafie. Saat Ummi menuliskan coretan ini, dirimu wahai putera Ummi baru melangkah umur 9 tahun dan sudah bersekolah rendah.

Ummi amat menyayangimu sebagaimana anak-anak Ummi yang lain. Bahkan Ummi terlalu ambil berat tentang dirimu lebih dari adik-adikmu yang lain.

Saat Ummi mengandungkan adikmu Hakeem, Kamu terlalu sukar untuk ke sekolah sehingga Ummi menjadi malu dengan teman-teman Ummi di pejabat. Terkadang Ummi menitiskan air mata apabila ada teman-teman pejabat Ummi yang tidak memahami betapa sulitnya Ummi untuk menyatakan pada mereka Ummi tidak mampu untuk bersama mereka di WP 1 dan WP2. Kamu tidak tahu apa itu WP 1 dan apa itu WP2? Tidak mengapalah anakku, itu tidak penting bagimu waktu ini, kerana kamu akan tahu kelak kerana semestinya kamu nanti akan bertambah matang dan pandai dalam meniti hari yang bakal mendatang.

Meskipun umurmu 9 tahun, namun kehidupanmu tidaklah sebagaimana kanak-kanak lain. Dirimu disahkan oleh doktor mempunyai masalah pembelajaran akibat dari serangan sawan yang terlalu kerap. Dirimu telah ditukarkan dari kelas biasa ke kelas Integrasi di mana kelas tersebut merupakan kelas anak-anak yang mempunyai masalah pembelajaran sepertimu. Itu tiada masalah bagi Ummi kerana Ummi sudah tahu, anak Ummi memang seorang istimewa. Dirimu juga telah diktiraf oleh kerajaan sebagai  Orang Kurang Upaya(OKU) dalam masalah pembelajaran dan telah mendapat wang saku sebanyak RM150 sebulan. Dengan wang itu nanti bolehlah ia menjadi bekalan kepadamu nanti pada masa akan datang kerana Ummi dan ayah rasanya tidak akan menggunakan duit itu sehingga kamu dewasa kelak.

Sekarang kamu bersama rakan-rakanmu di dalam kelas yang mempunyai masalah pembelajaran. Kamu sudah tidak lagi culas untuk ke sekolah. Namun Ummi lihat pekerjaanmu, tingkahlakumu, gerakmu, dan tindakanmu semuanya mengambil masa yang lama untuk dirimu memproses apa jua bentuk arahan. Kadang-kadang makanmu juga bersuap kerana kamu lebih banyak termenung. Mungkin itu adalah salah satu punca sawanmu yang kerap. Tidak sebagaimana sebelum dirimu diserang sawan. Semuanya kini lambat dan  benarlah kata doktor yang dirimu sebenarnya baru berusia 3 tahun!

Ummi akan cuba mencari penawar sehingga berjumpa kerana ada yang telah lama senasib denganmu telah pulih sepenuhnya. Ummi sangat menunggu saat itu. Saat yang diimpikan oleh setiap orang yang bergelar ibu. Kamu bertahanlah anakku. Saat itu akan tiba. Pasti akan tiba…Ummi amat yakin. Yakin kerana Allah sentiasa berada disamping kita..Cuma belum tiba saatnya lagi..Kerana DIA masih ingin menguji kita…Bersabarlah sayang…..

Hari ini, tanggal 7 April 2014 kamu diserang sawan di sekolah. Cikgumu menelefon Ummi supaya ke sekolah kerana dirimu diserang sawan. Tercipta sejarah hari ini  kerana kamu tidak pernah diserang sawan di sekolah sejak 3 tahun kamu bersekolah di situ. Mungkin cikgu-cikgumu panik kerana mereka tidak biasa  bersamamu tatkala sawan menyerang berlainan dengan Ummi dan nenekmu yang memang sudah tegar dengan penyakit misterimu itu. Ummi membawamu pulang ke rumah nenekmu dan Ummi ambil MINYAK BIJI ANGGUR sapu ke seluruh badanmu, tapak kakimu, tangan dan batang lehermu agar minyak itu dapat menyerap didalam tubuhmu. Minyak itu akan membekalkan oksigen yang cukup untuk perjalanan darahmu sayang dan ia akan menghalang dari pembentukan darah-darah beku yang membuatmu sawan. Insyaallah Ummi percaya, dengan amalan Ummi yang konsinsten menggunakan minyak ini, Ummi yakin kamu boleh dipulihkan kerana sudah hampir seminggu kamu tidak diserang sehinggalah detik hari ini…

penulis- harapan yang tinggi menggunung untuk pulihkan dirimu…

Adakah ini penawar SAWAN sebenar-benarnya?

Ya Allah berilah penulis kekuatan untuk menghabiskan coretan penulis dalam masa yang singkat ini. Ini kerana penulis sebenarnya tidak sabar-sabar untuk menwarwarkan kepada  pembaca yang mengikuti perkembangan entri penulis berkenaan putera penulis dengan penyakit misterinya “sawan”.

Sawan Haziq sebenarnya semakin menjadi-jadi. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, sawan Haziq semakin kerap dan ia hadir hampir setiap malam. Ya setiap malam!! Kadang-kadang sawan Haziq hadir sehingga 6-10 kali satu malam! !Bayangkanlah….bayangkan. Hanya tuhan yang tahu perasaan penulis….dengan keadaan penulis yang sekarang berbadan dua,  dengan rengekan adiknya  Hakeem yang baru berumur satu setengah tahun  meminta susu terkejut apabila abangnya diserang sawan pada jam 3-4 pagi. Lebih dahsyat lagi ketika Hakeem demam…sampai tidak keruan penulis dibuatnya. Di sebelah kanan sawan, disebelah kiri  menagis kerana demam. Mujurlah puteri penulis Husna yang selalunya tidur mati dibuai mimpi tidak sedar apa yang terjadi. Namun penulis redha dengan ketentuan ilahi. Mungkin ini ada hikmah yang tersembunyi yang tidak mungkin dimiliki oleh oleh orang lain.

Sebagaimana yang penulis ceritakan sebelum-sebelum ini, pelbagai cara yang penulis cuba untuk mengubati penyakit putera penulis dengan rawatan Darul Syifa’, makan suplement SNE, Transfar Factor, rawatan arus elektrik Al-Jabar, urutan, bekam, homeopathy dan berpuluh-puluh Ustaz dan mungkin bomoh… (mintak jauh) sehingga penulis sudah diambang kecewa dan pasrah dengan takdir yang menimpa putera penulis. Namun, oleh kerana penulis masih ingat dengan satu ayat Al-Quran yang menyatakan “Setiap penyakit, ada ubatnya kecuali ajal”. Maknanya sudah terang dan nyata Allah jelaskan apa jua jenis penyakit termasuk penyakit kencing manis, gaut, hatta penyakit barah dan Sawan juga Allah dah janjikan ada penawarnya. Cuma kita sebagai hambanya perlu sabar dalam mencari penawar tersebut.

Okey..Bertitik tolak dari itu, penulis ingin kongsikan kegembiraan penulis dalam seminggu dua ini. Mungkin kegembiraan penulis ini juga boleh menjadi kegembiraan pada pembaca-pembaca yang mengalami masalah seperti penulis. Ya penulis sudah banyak berikhtiar…dan mungkinkah ini adalah titik akhir episod pencarian penulis dengan ubat Sawan HAziq?? Harapan penulis penulis agar ini menjadi kenyataan. Mengapa penulis berani berkata demikian?? Ya !! penulis sangat rasa kesan positifnya.

Tentu pembaca sekalian ingin tahu apa yang sebenarnya penulis ingin kongsikan..Ini dia MINYAK BIJI ANGGUR PERAHAN SEJUK dari Jerman. Setelah sebulan lebih penulis menggunakan minyak biji anggur ini dengan teratur, penulis bagi makan sesudu besar pada waktu pagi dan sesudu besar pada waktu malam. Biasanya penulis akan beri sebelum makan, ketika perut masih kosong untuk kesan yang efektif. Selain itu penulis juga sapu di seluruh badannya sebelum masuk tidur dan penulis memang bekalkan spray untuk melumur pada waktu malam jika penulis sedar badan Haziq panas.

Harga minyak biji anggur perahan sejuk original=rm 135  (250 ml). Harganya agak mahal memandangkan ia adalah original dan tanpa campuran sedikitpun. Jika pembaca membeli minyak biji campuran, ia mungkin murah dan penulis bimbang kesan yang kita harapkan tidak menjadi.

Fungsi minyak ini nanti penulis ceritakan pada masa akan datang kerana penulis mempunyai komitmen yang lebih penting hari ini. Diharap dengan info yang penulis beri untuk hari ini sudah dapat membantu pembaca yang mempunyai masalah seperti penulis.

Di mana penulis dapatkan minyak anggur ini perahan sejuk ini?? Penulis diperkenalkan dari seorang ibu yang mengalami masalah anak sawan seperti penulis juga. Menurut ibu tersebut, jikalah ia tahu MINYAK BIJI ANGGUR PERAHAN SEJUK inilah penawar sawan, tidaklah azab dia menanggung 6 tahun pencarian penawar sawan anaknya. Pembaca boleh hubungi penulis kerana penulis sekarang telah menjadi penjual tegar kepada minyak biji anggur ini setelah merasai sendiri keberkesannya. Kepada yang mempunyai masalah sawan seperti Haziq yang belum parah iaitu belum lagi tangan dan kaki merengkok, saya percaya ia boleh dipulihkan. Insyaalah…berserah dan bertawakal kepada Allah.

fb penulis: https://www.facebook.com/wjuliarti

atau direct phone :019-9485165 (hanya yang serius sahaja)

 

penulis-bahagia bila boleh bantu orang yang senasib dengan kita.

Haziq sawan Gangguan??

Kebanyakan  tempat perubatan islam yang telah penulis kunjungi menyatakan memang Haziq sawan adalah sebab gangguan dan bukannya sawan kerana saraf dan sebagainya. Dalam pemerhatian penulis juga, apabila dibacakan surah  Al-fatihah, Al-Ikhlas, Al-Alaq dan Al- Naas mengikut turutan sambil memegang sendi pada sikunya dengan meluruskan kaki dan tangan supaya tidak  berlipat ketika ia baru ingin sawan,  Insyaalah…Sawannya tidak akan menjadi. Dengan syarat kita sedar sawan itu baru ingin berlaku.Sudah beberapa kali cara itu penulis lakukan, dan alhamdulillah sawannya memang tidak akan menjadi.Cuma sekadar mata yang baru ingin terbeliak ke atas.

Oleh kerana penulis memang sudah biasa dengan keadaan Haziq, penulis memang akan tahu bagaimana ia akan berlaku. Biasanya jika Haziq sedang tidur, ia akan mengeluarkan satu suara dan menderam..pada masa itu  jugalah penulis akan terus bangun dan meletakkan tangan kanan penulis di atas ubun-ubunnya manakala tangan kiri penulis akan mencari sendi siku kanan atau siku kirinya. Penulis juga akan pastikan tangan sebelah lagi diluruskan, begitu juga dengan kaki kiri dan kaki kanannya. Jika Dibengkokokkan, ia lambat pulih. Ini kerana biasanya makhluk -makhluk ini bersembunyi di sendi-sendi.

Ada juga kes yang penulis lambat sedar, maklumlah kadang-kadang pukul 1:30 pagi..kadang-kadang 3:30 pagi…perkara ini berlaku di mana kaki dan tangannya sudah membengkok dan susah untuk dilurus..penulis akan meminta bantuan daripada ayahnya untuk meluruskannya. Jika diluruskan memang Haziq tidak seperti dulu..lambat untuk pulih. Sekarang…Haziq tetap sawan..tapi sawannnya tidak membimbangkan sebagaimana dulu. Air yassin, Rukyah memang tidak pernah putus untuk Haziq penulis bekalkan. Ayat-ayat Rukyah, Surah al-Jinn, Surah Al-Dhukhan, Surah Yassin,Surah As-Soffat, Surah Al-Mulk, Surah Thoha memang terpasang sampai ke pagi saat Haziq tidur sampai ke pagi. Manakala Surah Al-Baqoroh penulis akan pasang waktu siang hari atau waktu dia belum tidur. Amalam membaca Al-Quran, surah Yassin, surah a-Mulk dan surah al-Jinn dan doa dari buku Ustaz Harun Din dan doa dari buku Ustaz Syarhan  memang menjadi amalan penulis setiap malam. Tangan kanan penulis akan memegang tangan Haziq, manakala tangan kiri penulis, penulis pegang botol air untuk dihembuskan setiap kali sudah membaca setiap surah. Air itu akan diminum oleh Haziq waktu siangnya.

Semasa tidur pula, penulis akan pastikan penulis memegang  mana-mana bahagian tubuhnya terutamanya tangannya agar penulis turut tersedar apabila dia  baru ingin sawan.

Bagi yang mempunyai masalah anak yang sama dengan penulis (sawan gangguan) , bolehlah mencuba kaedah seperti yang penulis amalkan. Insyaalah sawan tersebut akan berkurangan. Lagipun doa dan bacan dari ibu lebih afdhol untuk anaknya. Cuma kita sebagai ibu-bapa terpaksa sedikit berkorban untuk anak-anak. Memang penulis tidak nafikan, untuk membaca keseluruhan surah-surah tersebut adalah agak membebankan pada awalnya. Namun percayalah..apabila kita sudah biasa membaca  pada setiap malam…kita tidak akan rasa berat malah akan rindu untuk membacanya.

penulis~Memikirkan..siapakah yang sanggup akan meneruskan perjuangan Ummi setelah ummi bersalin kelak. 😦

Wujudkah Makhluk jin??

“BOMOH”..itu yang penulis ingin cuba elakkan. Bomoh biasanya menggunakan khidmat khadamnya untuk mengubat orang. Biasanya khadam tersebut tergolong dari jin. Jin pula terbahagi kepada jin Islam dan Jin Kafir. Huh… Benda yang tidak nampak ini, tidak semua orang percaya. Bahkan suami penulis sendiri kalau bercakap benda-benda ghaib begini, dikatakan penulis terlalu taksub dan sebagainya. Duhai suamiku..jika terbaca coretan ini, cuba fikir dan renungkan sejenak dan tolong baca terjemahan surah A- Nass sebagaimana di bawah…

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. (1) Yang Menguasai sekalian manusia. (2) Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. (3) Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. (4) Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (5) (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan JIN dan manusia. / (6)"

Tidakkah di dalam surah tersebut ada menyebut tentang golongan jin?? Dan adakah jin itu hanya benda yang tidak wujud?? Mustahil jika ia tidak wujud jika itu disebutkan dalam Al-Quran. Adakah kita pernah nampak jin?? Sesiapa yang tidak percaya tentang kewujudan jin seperti mendustakan ayat-ayat Quran. Ini kerana terang lagi bersuluh ayat  ini menyebut tentang golongan jin. Malahan surah Jinn dalam Al-quran pun ada… (petikan terjemahan ayat  Surah Al-Jinn…

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Katakanlah (wahai Muhammad): Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: Satu rombongan JIN telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan! (1) Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.

JIN memang wujud..cuma tuhan telah menjadikan ia makhluk yang manusia tidak nampak pada masa kasar di atas dunia ini kecuali manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat Jin selain daripada para Nabi dan Rasul. Manakala di akhirat pula semua manusia mukmin yang ahli syurga boleh melihat Jin manakala Jin yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat manusia. Rumah yang ditanggalkan selama 40 hari tanpa berpenghuni akan dihuni oleh golongan jin. Rumah yang tidak diperdengarkan ayat-ayat quran di dalamnya tidak akan ada barakah di dalamnya dan malaikat tidak mahu masuk kecuali golongan-golongan jin dan roh-roh yang tidak diterima oleh bumi mahupun langit.

penulis ~Ingin tinggalkan rumah seminggu pun dah rasa seram nak balik…hu..hu.hhu.. inikan pula selama 40 hari.

Haziq dan EEG…

Lama betul penulis tidak mengemaskini blog ini.  Coretan ini sebenarnya sudah lama buat, cuma penulis tidak mempunyai masa untuk meneliti dan membuat pembetulan sepenuhnya sebelum ianya “dipublish”.  Maklumlah ini hanya hobi masa lapang penulis..kerja hakiki wajib didahulukan….

Masih berkisar tentang Haziq… 🙂 Haziq ceria seperti biasa. 10/4/2012 baru-baru ini Haziq telah menjalani ujian EEG. Apa itu EEG?? EEG ialah singkatan bagi perkataan Elektroensephalogram. EEG secara kuantitatif adalah satu instrumen atau kaedah yang saintifik ditubuhkan untuk menilai fungsi otak berdasarkan pemetaan aktiviti elektrik di dalam otak. Pakar perubatan menggunakan signal untuk mendiagnosa penyakit yang berhubungan dengan kelainan otak dan kejiwaan.

Melalui pembacaan yang penulis dapat, pesakit yang ingin menjalani ujian EEG perlu memastikan perkara-perkara berikut dikuti:

  • Rambut haruslah bersih dan bebas dari minyak, perapi, semburan dan sebagainya agar elektrod mudah melekat pada kulit kepala semasa ujian dijalankan.
  • Doktor juga akan menyarankan agar berhenti mengambil ubat-ubatan tertentu sebelum ujian yang boleh mengubah keputusan.
  • Mengelakkan dari kaffein sehingga 8 jam sebelum ujian dijalankan.
  • Jika  anak anak tidak dapat duduk diam, disyorkan anak anda tidur sepanjang EEG dijalankan agar proses EEG dapat berjalan dengan lancar dan mudah. Alhamduliilah Haziq budak yang baik dan tidak cepat bosan. Ujian yang dilakukan ke atasnya tidak memerlukan dia memakan ubat tidur.

Semasa  pengimejan fungsi otak, aktiviti elektrik otak anda akan diukur dalam 19 atau 25 lokasi di kepala anda, dianalisis menggunakan alat matematik yang kompleks dan statistik dalam perbandingan dengan norma atau purata. Norma ini adalah berdasarkan beribu-ribu aktiviti elektrik   yang tidak dikenali seperti gangguan neurologi, pembangunan, atau psikiatri. Kaedah penilaian fungsi otak inimemberi gambaran maklumat mengenai corak pengaktifan otak dan komunikasi yang boleh dikaitkan dengan kesukaran dalam fungsi kehidupan seharian seperti masalah dengan perhatian, kebimbangan, perasaan, pembelajaran atau tingkah laku.


Walaupun penggunaan teknik modern seperti CT Scan dan Magnetic Resonance Imaging (MRI) dapat memeriksa otak, namun EEG tetap berguna mengingat sifatnya yang non-destruktif, dapat digunakan secara on line dan sangat murah harganya dibandingkan kedua metoda. Di samping keunggulan lain, signal EEG dapat mengidentifikasi keadaan mental dan fikiran, serta menangkap persepsi seseorang terhadap rangsangan luar.

Graf disebelah menunjukkan graf yang diambil dari graf EEG Haziq. Penulis tidak pandai membaca graf tersebut dan pembantu perubatan di situ menyatakan ada graf yang menunjukkan pergerakan yang sedikit perlahan di bahagian sebelah belakang  otak kanan Haziq. Di situ yang berkemungkinan sawan namun ia belum dapat dipastikan lagi kerana keputusan EEG akan menentukan segalanya.

EEG digunakan dalam penilaian gangguan otak. Biasanya ia digunakan untuk menunjukkan jenis dan lokasi aktiviti di dalam otak semasa sawan. Ia juga digunakan untuk menilai orang-orang yang mempunyai masalah yang berkaitan dengan fungsi otak. Masalah-masalah ini mungkin termasuk kekeliruan, koma, tumor, kesukaran dengan pemikiran atau ingatan jangka panjang, atau melemahkan bahagian-bahagian tertentu badan (seperti kelemahan yang dikaitkan dengan strok).

Ujian EEG juga digunakan untuk menentukan kematian otak. Ia boleh digunakan untuk membuktikan bahawa seseorang ke atas peralatan sokongan hidup tidak mempunyai peluang pemulihan.

Keputusan EEG

Data yang diambil dari ujian yang dilakukan oleh Haziq akan dihantar ke Kota  Bharu. Keputusannya akan ditafsirkan oleh pakar neurologi di sana. Biasanya keputusan neurologi memakan masa masa yang agak lama dan mengikut doktor yang merawat Haziq, biasanya keputusan yang paling cepat yang diperolehi adalah selama 10 bulan dari tarikh EEG dibuat. Ish..Isk..Isk..lama betul yer. Ini kerana di Terengganu kita tidak mempunyai pakar neourologi lagi setakat ini. Sehingga coretan ini dipaparkan ialaitu 20 Jun 2012, belum ada apa-apa lagi keputusan EEG Haziq……

penulis~ Rasa tidak sabar dengan keputusan tersebut…dan apakah memang prosedur yang begitu lama untuk mengetahui keputusan tersebut diamalkan oleh negara-negara lain.???

Rawatan Sawan part 11

Terlalu banyak sangat info penulis berkenaan sawan.Bila sudah terkena pada anak sendiri bermacam-macam info yang kita dapat melalui pandangan saudara-mara, rakan taulan dan juga yang kita cari sendiri melalui pertolongan encik google mahupun ilmuan-ilmuan perubatan. Suka penulis kongsikan di sini untuk tatapan pembaca sekalian.

Semasa proses rawatan sawan Haziq, banyak tempat yang penulis pergi dan banyak juga cara-cara dan teknik-teknik perubatan yang sebelum ini penulis tidak terjangkau dek akal. Ada juga tempat yang penulis pergi dan apabila bertemu pengamalnya penulis tidak berubat kerana keliru serta timbul perasaan was-was meskipun ia mengamalkan ayat-ayat quran. Mungkin perasaan penulis sahaja, namun jika tersilap langkah, jatuh syirik..itu yang penulis takutkan.

Berbalik pada tajuk asal iaitu rawatan sawan. Ada sesetengah pengamal perubatan yang menyarankan agar Haziq minum minyak zaitun. Menurut pengamal perubatan, minyak zaitun baik untuk perjalanan darah dan memperbaiki saraf. Minyak zaitun yang penulis maksudkan ialah minyak zaitun asli dan bukannya minyak zaitun yang terdapat dipasaraya seperti keluaran ginvera dan safi. Minyak zaitun itu tidak sesuai kerana ia sudah dicampur dengan bahan pewangi.

 Salah satu cara untuk melancarkan perjalanan darah dalam badan ialah dengan mengamalkan minum minyak zaitun asli iaitu  sesudu setiap hari. Semasa entri ini ditulis, penulis sudah diperkenalkan dengan minyak biji anggur perahan sejuk asli  dari Jerman. Jika dibandingkan kedua-dua minyak ini, kesan yang lebih mujarab boleh dilihat kepada minyak biji anggur berbanding minyak zaitun. Fungsinya juga sama ia melancarkan perjalanan darah.

Selain itu jika dari segi warna, minyak zaitun warnanya agak kekuningan manakala warna minyak biji anggur pula warnanya lebih kehijauan. Jika ada kelapangan pada masa akan datang, penulis akan kupas kebaikan minyak biji anggur dan minyak zaitun secara terperinci selain kebaikannya yang utama iaitu untuk melancarkan perjalanan darah.

penulis- Semalam Haziq ketawa semasa sebelum tidur seperti ada orang yang mengeleteknya..naik bingung penulis dibuatnya.

Rawatan sawan

Banyak info perubatan yang dapat penulis kumpul berkenaan penyakit sawan ini dan ada sesetengahnya sudah menjadi amalan harian penulis sejak akhir-akhir ini. Salah satunya ialah sentiasa memperdengarkan Ayat-Ayat Rukyah kepada pesakit sawan kerana ada sesetengah pendapat ilmuan perubatan islam, sawan adalah tidak dapat tidak berpunca dari gangguan jin dan iblis yang memang sejak dahulu lagi telah bersumpah di hadapan Allah yang dia akan mengganggu umat manusia hingga hari kiamat.

  • Surah Al-Maidah 5 ; Ayat 67-75
  • Surah Furqaan 25 ; Ayat41-52
  • Surah Yunus 10 ; Ayat 48 -61
  • Surah An’aam 6 ; Ayat 112 -122
  • Surah As Safffat 37 ; Ayat 120 – 144
  • Surah Hud 11 ; Ayat 84 – 95

KIlK DI SINI UNTUK DOWNLOAD AYAT-AYAT RUKYAH

Ayat Rukyah ini boleh diletakkan di dalam telefon, dalam komputer dan boleh juga dijadikan CD. penulis sendiri menjadikan ayat-ayat Rukyah ini sebagai peneman tidur anak penulis. Selain sawan, ayat-ayat ini sanagt berguna untuk sebarang gangguan jin,iblis dan saka.

Selain itu, jika seseorang itu yang memang diganggu jin atau iblis ini, sebaik-baiknya sentiasa mengamalkan zikir ‘Tho-Ha”  (Surah Tho-ha ayat 1) di mana-mana sahaja mereka berada agar jin di dalam badan mereka keluar. Kesannya semasa membaca zikir itu adalah perut akan terasa mual dan seterusnya sendawa…Ini petanda segala jin-jin dalam tubuh kita beransur-ansur keluar…InsyaAllah..Penulis juga bersyukur kerana Haziq memang sudah menghafal surah Tho-ha  ayat  1-6  semasa beliau belajar di PASTI. Jadi tidak sukar untuk beliau menyebutnya berulang kali memandangkan ayat dicadangkan hanya ayat 1 sahaja..

Penulis juga mendapat satu info dari blog-blog yang penulis “google” menyatakan   ketika seseorang diserang sawan, di ubun-ubunnya akan kelihatan sehelai rambut yang berpintal (macam spring) jika dibanding dengan rambut lain. Cabutlah rambut tersebut dari ubun-ubun pesakit sambil membaca ‘Bismillahimasyaallah’. Insyaallah jika diamalkan setiap kali terkena sawan, kekerapan penyakit tersebut berulang akan semakin berkurangan. Kaalu tiap-tiap hari kena akan berkurang kepada seminggu sekali, sebulan sekali,setahun sekali dan akan sembuh sepenuhnya jika diizinkan Allah. Dan insyaallah ianya tidak akan diwarisi oleh keturunan. Menurut penulis blog tersebut, ia adalah ilmu yang didapati semasa menonton kuliah “Tanyalah Ustaz”  yang disiarkan di TV 9 setiap pagi yang kebetulan menyiarkan tajuk  sawan.

Salah satu lagi info yang menarik untuk proses perubatan sawan ialah Khasiat Bunga Bawang Merah. Bunga bawang merah elok jika pesakit atau kanak-kanak  yang terkena sawan itu cium. Amalkan setiap hari.. Dekat mana ingin cari bunga bawang merah ye?? :). Dekat pasar Payang ada agaknya. Apa jua teknik dan perubatan yang selagi tidak bercanggah dengan tuntutan Islam akan cuba penulis usahakan kerana Allah sendiri menyatakan dalam firmannya  “Setiap penyakit ada ubatnya kecuali MATI “. Maka kita sebagai manusia perlulah berusaha selagi termampu dan selebihnya perlu bertawakal kepadaNYA.

Satu lagi blog menyatakan kebaikan rozel (rossele) yang boleh melancarkan peredaran darah. Dengan meminum jus rozel mungkin dapat menambahkan khasiat dan fungsi darah. Mungkin juga!! Sebab ada artikel penulis pernah baca tapi tidak ingat blog mana yang menyatakan punca sawan kemungkinan saluran darah yang sempit dan mungkin dengan meminum Rozel, ia boleh melancarkannya. Waahuaalam…

Info seterusnya. Pokok  bonglai putih yang bunganya merah dicampur dengan  umbi cekur, herba jerangau boleh  mengubati penyakit sawan. Pokok bonglai pun penulis tidak pernah dengar. Macam manalah agaknya rupanya.  Huh…!!!  Campuran ketiga-tiga ini  sapu pada tapak kaki atau kat badan untuk buang angin dan  yang kering boleh simpan dalam beg atau selit dalam bantal untuk anak kecil..supaya makluk halus tidak ganggu.  Insyallah..kata penulis blog tersebut kerana dia pernah mencuba dan berhasil.

Semasa di hospital ada juga seorang ayah pesakit yang sama-sama menjaga anaknya di hospital mengongsikan satu info

yang tidak kurang menariknya tentang teknik pengubatan sawan ini. Katanya anaknya sudah dua (2) orang yang berjaya hasil dari teknik yag dbuatnya.  Info ini dia perolehi dari seorang bomoh. Dia juga menasihati penulis, bukan suruh percaya kehebatan bomoh tersebut, tapi perlu berusaha jika benar yang dikata apa salahnya mencuba. Lagipun bagi penulis ia tidak salah jika niat kita untuk berubat. Menurutkan, tempurung kelapa yang ditebuk oleh tupai sangat elok dibuat tangkal dan dipakai ke badan kanak-kanak yang terkena sawan. Caranya cuma dipakaikan sahaja.

Tidak ada ayat-ayat yang perlu diamalkan semasa memakai tempurung tersebut.  Penulis memberitahu bapa penulis berkenaan tempurung tersebut. Bapa penulis menyatakan  mungkin juga itu adalah salah satu ubat sawan..hanya Allah yang mengetahui tiap-tiap satu penyakit.

Satu lagi kaedah yang mungkin kita boleh praktikkan ialah dengan cara berbekam. Menurut pengamal perubatan bekam, darah yang dikeluarkan melalui proses berbekam ialah darah kotor yang mengandungi toksid,toksin,uric acid,gula,lemak,racun dan juga gangguan jin.

Darah kotor mendiami di bawah eperdemis kulit. Dalam hadis sahih ada menyebut jin/syaitan bergerak dalam badan manusia mengikut aliran darah manusia. Jin pengganggu memang suka situasi yang kotor seperti darah kotor manusia,jadi bagi mereka yang menghidapi masalah gangguan jin,dengan kaedah berbekam insyaAllah gangguan jin anda berkurangan sebanyak 60% kerana darah kotor keluar dari badan semasa berbekam.

Darah bekam yang ada unsur gangguan jin bentuknya bertali.Jadi jin pengganggu akan semakin lemah dan kehilangan tapak pada badan manusia jika kita berbekam. Jadi disyorkan mana-mana pesakit gangguan jin pergilah berbekam selain mendapatkan rawatan ruqyah sebelum-sebelumnya, insyaallah kesembuhan akan maksimum.

Selain itu ada juga yang menyatakan pesakit sawan perlu dimandikan bersama ayahnya dicelah kelangkang bagi menghilangkan sawannya. Sebab dan  musababnya penulis tidak tahu cuma hanya sekadar satu perkongsian ilmu yang penulis tahu.

Banyak sekali info untuk perubatan sawan. Mungkin ada lagi teknik-teknik dan cara yang lebih baik yang penulis sendiri tidak tahu dan pembaca tahu bolehlah sama-sama berkongsi. Semoga ia boleh memberi manafaat kepada pembaca lain yang memerlukan pertolongan. Semoga info yang tidak seberapa ini juga boleh membantu pembaca di luar sana. Insyaaalah…..

penulis~ tidak pernah putus asa…

Kesan Pengambilan Epilim

Waktu pulang dari hospital baru-baru ini, doktor bekalkan Haziq syrup Epilim kepada Haziq untuk melawan sawan yang dihidapinya. Pernah juga penulis bertanya apakah kesan sampingan ubat Epilim tersebut. Doktor tersebut seakan tidak mahu memberitahu dan hanya menyatakan setiap ubat pasti ada kesannya. Bezanya cuma kesan kecil dan besar. Penulis diam dan dalam benak penulis ketika itu mesti ada sesuatu yang doktor cuba rahsiakan  tentang kesan sampingan ubat Epilim tersebut.

Oleh yang demikian, penulis telah berusaha sendiri untuk mencari artikel-artikel berkaitan dengan ubat Epilim ini dan inilah hasilnya dengan pertolongan “Encik GOOGLE” kita.

Epilim ialah sejenis dadah!! Memang semua ubat adalah dadah!! Bila baca pernyataan ini, rasa macam kejam sebab beri anak makan dadah. 😦 . Tapi apakan daya penulis.

Kira-kira 57 peratus daripada pengguna melaporkan getaran Epilim, ia merupakan kesan sampingan yang paling biasa  bagi dadah Epilim.

  • sakit kepala
  • mengantuk
  • rasa loya
  • pening
  • kehilangan berat badan
  • kehilangan rambut
  • sakit perut
  • cirit-birit
  • peningkatan insiden jangkitan
  • Penglihatan berganda
  • insomnia

Epilim juga mempunyai potensi untuk menyebabkan beberapa kesan sampingan terhadap hati meskipun ia jarang berlaku..Simptom yang disebabkan oleh komplikasi kegagalan hati termasuklah loya yang teruk, sakit abdominal, jaundis, lemah dan letih serta bengkak pada bahagian muka. Pesakit perlu berjumpa doktor dengan segera jika keadaan ini berlaku.Kesan sampingan gastrousus tambahan termasuk:

  • senak
  • hilang selera makan
  • sembelit
  • mulut kering.
  • jangkitan faraj bagi perempuan
  • kekejangan atau ketiadaan haid.

Kesan sampingan neurologi Epilim termasuk :

  • ketakutan
  • kemurungan
  • mengantuk
  • impian yang tidak normal
  • hasutan
  • nada dalam telinga
  • mata kering
  • sesemut di hujung kak
  • Wabak jerawat

Interaksi dadah untuk Epilim

Terdapat beberapa ubat yang menghasilkan kesan sampingan yang tidak diingini apabila digunakan bersama-sama dengan Epilim. Sebagai contoh, gabungan Epilim dan dadah antipsikotik Olanzapine menyebabkan penurunan fungsi hati  untuk sesetengah pesakit. Kerana valproate natrium sering menyebabkan mengantuk, anda tidak perlu menggabungkan Epilim dengan dadah lain yang membuat anda mengantuk seperti narkotik, sedatif dan ubat-ubatan anti-kerisauan. Apabila digabungkan dengan pencair darah seperti warfarin, Epilim meningkatkan risiko anda mengalami pendarahan yang tidak terkawal semasa pembedahan atau selepas kecederaan.

Risiko bagi mereka yang mengambil Epilim

Di samping kesan sampingan yang kecil dan risiko interaksi, Epilim mempunyai potensi untuk menyebabkan komplikasi perubatan yang serius. Keradangan atau kerosakan ke hati anda mungkin semasa mengambil Epilim. Dengan dos ubat yang tinggi, pesakit mengalami kekurangan platelet darah atau thrombocytopenia, meningkatkan risiko untuk pendarahan di sekeliling otak. Sesetengah pesakit mengalami pemikiran membunuh diri atau lain-lain kesan sampingan yang serius psikologi seperti kehilangan ingatan, halusinasi, kesukaran pertuturan dan demensia semasa mengambil Epilim. Jarang, gunakan keputusan Epilim dalam berpotensi mengancam nyawa jangkitan kulit seperti sindrom Stevens-Johnson atau necrolysis epidermis toksik.

Pertimbangan bagi pesakit Ditetapkan Epilim.
Epilim mempunyai potensi untuk menyebabkan kecacatan kelahiran atau spina bifida dan hanya disyorkan semasa mengandung apabila tiada alternatif yang selamat. Jika anda mempunyai sejarah buah pinggang atau penyakit hati, lupus atau diabetes, doktor anda akan kemungkinan besar tidak menetapkan Epilim untuk anda kerana potensi kesan-kesan sampingan. Penggunaan tiba-tiba menghentikan daripada Epilim sering menyebabkan sawan yang teruk. Kerana ini, anda perlu berjumpa dengan doktor sebelum menghentikan penggunaan dadah walaupun anda mengalami kesan-kesan sampingan. Kerana ia mempunyai potensi untuk menyebabkan pening dan mengantuk, anda tidak perlu mengendalikan sesuatu kenderaan motor atau jentera berat sehingga anda tahu bagaimana Epilim akan menjejaskan anda.

Setelah membaca kesan-kesan yang begitu banyak tentang  syrup Epilim ini, hancur luluh rasa hati penulis. Penulis terus mengambil keputusan untuk menghentikan Syrup Epilim ini. Lagi pula, nasihat dari tempat perubatan yang penulis pergi menyatakan Haziq mungkin ada gangguan dan mengesyorkan agar tidak memakan ubat buat sementara waktu. Seminggu Haziq tidak diserang sawan selepas itu. Namun selepas itu sawan tersebut datang kembali dan penulis nekad akan memberikan syrup Epilim tersebut meskipun hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan penulis tatkala menyuakan ubat tersebut ke mulutnya.

Ya Allah.. Tabahkan hatiku menempuh dugaan ini..Jika ini adalah ujian ke atas hambamu untuk aku mendekatkan diri dan selalu ingat padamu..aku redha dengan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku. Sesungguhnya engkau lebih mengetahui tiap-tiap sesuatu…. 😦 😦 😦 .

Penulis ~ Haziq…Maafkan Ummi dan Ayah.. semoga putera Ummi cepat sembuh dan boleh segera berhenti memakan ubat yang Ummi dan Ayah sendiri belum pasti keberkesannannya…

Apa Itu Sawan???

Entri penulis kali ini adalah hasil dari pembacaan penulis dari beberapa artikel dan sesetengahnya hanyalah pendapat penulis sahaja dan penulis juga akan menyentuh sedikit perihal penyakit ini berdasarkan analiasa yang dibuat oleh doktor kepada anak penulis sendiri yang terkena sawan baru-baru ini. Apa sebenarnya sawan?? Kalau mengikut pandangan peribadi penulis, Kategori sawan terbahagi kepada dua iatu:

1. Sawan yang berlaku ketika demam.

Jika sawan yang diakibatkan oleh demam, sawan tersebut akan pulih ketika suhu badan turun ke paras suhu normal. Biasanya sawan jenis ini berlaku kepada bayi hingga kanak-kanak yang mencapai umur 6 tahun. Sawan ini akan pulih sepenuhnya dan ia tidak akan merosakkan otak jika sawan tersebut berlaku dalam jangka masa pendek (tidak melebihi 10 minit) terus di bawa ke hospital.

2. Sawan ketika seseorang itu tidak demam.

Jika sawan terjadi ketika seseorang itu tidak demam, ia lebih dikenali sebagai epilepsi. Epilepsi adalah satu gangguan kronik yang dicirikan oleh ketidakfungsian otak yang datang tiba-tiba disebabkan pelepasan neuron yang berlebihan, dan biasanya dikaitkan dengan beberapa pengubahan kesedaran. Manifestasi klinikal serangan itu mungkin berbeza daripada keabnormalan tingkah laku yang kompleks termasuk kekejangan umum atau hilang tumpuan/tidak sedarkan diri. Sewaktu sawan, neuron di dalam bahagian otak (topi sel-sel saraf menghasilkan pelepasan elektrik) boleh melepaskan sebanyak 500 kali sesaat, yang mana mengganggu aktiviti-aktiviti normal saraf, kelenjar dan otot.Dr. Raymond Azman berkata, lain-lain bahagian otak juga boleh terpengaruh dan bentuk gangguan epilepsi akan berbeza, bergantung pada sel otak yang khususnya terlibat.Secara mudahnya, epilepsi adalah satu gangguan di mana aliran isyarat elektrik di dalam otak menjadi celaru. Ia kadangkalanya diumpamakan seperti berlaku ribut elektrik di dalam otak.

Hmm… bagaimana pula dengan anak penulis?? Kalau secara umumnya menurut doktor yang merawat anak penulis, anak penulis mengidap epilepsi. Epilepsi sebenarnya banyak kategorinya, tapi penulis tidak mahu bercerita panjang. Kalau inginkan info lebih lanjut boleh KLIK DI SINI dan DI SINI, dan juga DI SINI

Tapi apabila penulis merujuk pada ARTKEL INI,  macam tanda-tanda epilepsi tidak ada pada Haziq. Naik pening penulis dibuatnya. Walaupun begitu setelah dimasukkan ke hospital baru-baru ini, penulis tidak lupa untuk mencuba rawatan alternatif kepada penyakit anak penulis dengan berjumpa dengan Ustaz-Ustaz dan pakar-pakar perubatan islam yang penulis kenali dan diberitahu oleh teman-teman penulis.

Kepada teman-teman penulis, terima akasih atas bantuan anda dan jika ada teman-teman dan para pembaca budiman yang sanggup berkongsi tempat perubatan Islam bersama penulis, bolehlah komen di sini. Sudah tiga (3) minggu Haziq tidak ke sekolah. Rasa ketidakpercayaan dan keibuan penulis tidak sanggup jika ia terjadi di sekolah menyebabkan penulis terus membiarkan Haziq tidak ke sekolah. Lagi pula sawan Haziq selalunya terjadi pada waktu pagi sebelum subuh atau pun sesudah subuh menyebabkan penulis sedikit cuak untuk mengejutkannya pada waktu pagi.

Cukuplah dahulu entri penulis untuk kali ini. Mungkin ada waktu lapang nanti, penulis akan bercerita berkenaan proses EEG    yang telah dijalankan oleh Haziq baru-baru ini. Apa itu EEG?? Semua itu akan penulis ceritakan nanti untuk perkongsian bersama.

penulis~ sedih sangat…. 😦