Ayat yang Efektif untuk sawan

Hari ini posting pasal sawan. Memandangkan penulis merupakan salah seorang ahli Group Diskusi Epilepsi. Suka rasanya penulis ingin berkongsi maklumat tentang amalan-amalan yang dilakukan oleh ahli Group dan penulis sendiri.

Antara ayat yang terkini yang group epilepsi ini  kongsikan ialah :

 

doanabiyunus

 

dan

waiza

Ayat-ayat ini dibaca semasa berlakunya sawan atau terasa seperti tanda-tanda awal sawan ingin datang menyerang. Caranya amat mudah di mana hanya baca berulang-ulang sambil letakkan tangan  kanan di atas ubun-ubun dan tangan kiri di atas dada atau belakang atau tengkuk pesakit sambil  menghembuskan ke ubun-ubun pesakit (cara penulis).

Penulis memang sudah masak dengan tanda-tanda awal kedatangan sawan Haziq. Jika dia sedang tidur contohnya, jika penulis ada berdekatan dengan Haziq, penulis akan terdengar bunyi macam ada benda yang singgah pada syiling atau kipas. Bunyi tu tak kuat …tapi bunyi itu sudah tidak asing lagi  pada penulis dan mungkin orang lain tidak menyedari/perasan bunyi tersebut. Tidak lama selepas tu, pasti Haziq akan sawan. Satu keadaan lagi ialah tubuh Haziq panas macam orang demam…tapi dia tidak demam. Ada juga keadaan di mana kaki dan tangan Haziq akan sejuk macam air batu.

Jika tiga keadaan ini berlaku, sekiranya penulis duduk berdekatan dengan Haziq, Ayat-ayat di atas akan penulis perdengarkan kepada Haziq di tambah dengan:

  1. Salawat nabishalawatnabi
  2. Al-fatihahal-fatihah-1
  3. Empat  Qul dan Ayat Qursi4qul
  4. Surah Al-Harshlau anzalna

Insya allah. Jika penulis sedar awal dengan membacakan ayat-ayat tersebut…sawan HAziq tidak akan berlaku dalam masa tersebut.

Sementara itu, Jika ketika sawan sedang berlaku..cukuplah membaca  Surah Al-Anbia dan ayat dan Ayat Surah An-Syuraa berulang- ulang sehingga sawan reda.

Penulis- Semoga bermanafaat

 

Cubaan-cubaan yang pernah penulis lakukan untuk eczema…

Bermacam produk yang penulis gunakan sejak penulis terkena eczema. Produk farmasi dan produk-produk yang dikongsi oleh pembaca lain di internet juga banyak yang penulis beli dan guna. Setelah cubaan Penulis  ke klinik Aishah dan klinik Chong tidak berjaya, Penulis bertukar ke produk farmasi pulak.Produk farmasi kita ketepikan dulu sebab penulis dah tak ingat krim. Masa tu, apa yang penulis tahu penulis minta dari pekerja farmasi ubat untuk gatal-gatal tangan. Masa tu tak teruk lagi… cuma jari telunjuk dan jari tengah sahaja yang gatal. Selepas beberapa ketika merasakan eczema penulis semakin merebak penulis lantas berhenti dari memakai produk-produk farmasi dan bertukar kepada produk-produk natural. Lagipun Krim farmasi dan  krim hospital mengandungi steroid jadi tak perlulah penulis kongsikan benda yang tak elok itu.

clay

clay

Produk Clay ni antara produk natural yang paling awal yang penulis gunakan untuk mengubati eczema penulis, namun ia tidak sesuai dengan penulis. Bertambah gatal ader ler….. hu…hu..huu…. Selepas itu penulis berhenti pakai Clay…penulis bertukar pula pada minyak zaitun iaitu minyak zaitun Pevoo dari Palestin. Bukan setakat sapu sahaja malah penulis siap minum  sesudu pagi dan sesudu malam. Rasanya dekat 3 botol, minyak Pevoo tu penulis gunakan…tapi penyakit eczema penulis tak jugak sembuh-sembuh. Dah la minyak pevoo tu harga seratus lebih…. kering poket penulis….

minyak kelapa dara bio asli

minyak kelapa dara bio asli

Dalam pada duduk minum Pevoo, penulis ada pergi berbekam. Masa berbekam, tempat berbekam yang penulis pergi cakap orang yang ada eczema perlu sapu campuran minyak minyak kelapa dara  dan Pevoo. Apa lagi penulis pun buat la macam tu dekat 2,3 bulan jugak rasanya. Sampai dekat pejabat pun ada campuran minyak tersebut. Sapu tetap sapu, sambil tu penulis tak lupa makan sesudu pagi dan malam Pevoo. Penulis juga ada minum minyak kelapa dara apabila teruja membaca satu testimoni di internet  yang eczema pulih dengan minyak kelapa dara.

Selepas beberapa ketika makan rasa macam tak ada perubahan, penulis dah naik sasau. Tapi tak sasau lagi…🙂 tapi keyakinan diri pada masa tu dah semakin menurun…Nak pergi meeting luar pejabat pun dah rasa macam satu perkara besar. Yer la…macam mana nak bercakap jika tangan membengkak…memerah…mengegelupas… cedih..cedih..cedih… asyik rasa macam orang tengok kat tangan kita jer….Tak campur lagi kesakitan dan keperitan apabila kulit mengering terkena aircond. Masa tu minyak campuran minyak kelapa dara dan minyak zaitun sentiasa bersama…. Bila lumur kat tangan dan lengan rasa lega sekejap…selepas setengah jam..ia akan rasa perit semula..dan penulis akan sapu lagi. Begitulah keadaannya sehari-hari waktu itu.

Sebenarnya meletakkkan minyak pada eczema adalah tidak elok. Info ini penulis dapat dari seorang sahabat penulis yang menghidap psirosis. penulis pergi melawat beliau di rumah beliau. Beliaulah yang memberi info tersebut. Penyakit eczema perlu dilembabkan dengan krim dan bukannya minyak sebagaimana yang penulis lakukan. Dan penggunaan krim perlulah sangat kerap. Tambahan lagi bagi kulit eczema penulis yang kering dan sakit. Selepas mendapat info tersebut, barulah penulis bertukar kepada krim/losyen. Losyen bagi eczema juga bukan losyen sebarangan. penulis menggunakan produk Mogoo.

Penulis juga ada ambik ubat homopati…tapi tak sampai kesudahannya sebabnya penulis berenti sekerat jalan. Rasanya seminggu jer penulis telan ubat homopati..Sekarang ubat homopati ada bertenggek kat rumah penulis tanpa disentuh. Kenapa penulis berhenti makan ubat homopati?? he..he… kerana masa tu banyak sangat benda yang penulis telan..jadi kononya penulis stop ubat homopati sekejap.. LAst-last berhenti terus….🙂

Kemudian penulis dapat lagi info, madu dan cuka buah tin baik baik untuk eczema… penulis pun mencari di kedai menjual makan sunnah. Jika di Kuala Terengganu, kedai Ajess la yang paling sinonim. Di situ penulis menemuramah pula pekerja di situ. Banyak pula info yang penulis dapat. Apa yang penulis dapat penulis gabungkan. ha…ha..ha… Nak baik punya pasal. Setiap pagi penulis akan telan satu sudu campuran madu dan cuka buah  tin, satu sudu kecil minyak habatul sauda’, satu sudu besar pevoo, dan satu gelas air lemon suam untuk detoks semua toksin dalam badan..Dalam sehari semua benda tu penulis ambil…cuba bayangkan sela masa yang penulis cuba bahagikan…..isk..isk….isk…

Tidak lama selepas itu kawan penulis yang juga penghidap eczema sejak kecil menyarankan beberapa petua yang agak membantu iaitu:

  • minum air kunyit bersama daun betik ( penulis minum waktu tengahari)
  • minum 2 pokok air sawi yang diblender, (penulis minum waktu malam)
  • Mengamalkan memakan selabu  bawah putih sehari (penulis tumbuk dan goreng bersama ikan) -ada yang telan macam tu jer….
  • Serta perbanyakan ulam-ulaman makan sayuran mentah carrot dan timun  dan salad.(setiap kali makan nasi, wajib ada sayur mentah)

Penulis juga mintak juga air tawar dari perubatan kampung. Dua tempat penulis mintak air tawar. Satu tempat ialah  dengan Ustaz Hussin di Marang dan satu tempat lagi dengan Ayoh Long di Kampung Bukit Besar. Ustaz Husein sertakan ubat herba untuk dimakan. Semasa dalam tempoh tersebut, eczema penulis semakin menjadi-jadi dan mengikut Ustaz Husein ia adalah bertujuan untuk membuang semua penyakit itu.Dan selepas itu ia akan semakin berkurang dan berkurang.

moogoo

moogoo

Tidak lupa juga, penulis juga cuba minyak argan untuk sapuan luar. Tetapi ia juga tidak berhasil kerana ia mengeringkan.

Produk sapuan luar yang agak serasi dengan penulis ialah produk Mogoo. Setiap kali penulis rasa sakit dan rasa perit pada kulit, penulis akan sapu MSM mogoo. Produk Mogoo ini memang sesuai untuk eczema seperti penulis. Kulit yang sentiasa kering memerlukan pelembab. Produk Moogoo sebenarnya banyak.. tapi penulis hanya gunakan yang Sothing MSM untuk legakan kekeringan kulit penulis. Harganya yang 70 ml lebih kurang Rm 66.00 dan yang 250 ml haganya dalam RM109. Penulis biasanya beli yang 250 ml kerana ia lebih jimat. Selepas mengenali produk Moogoo, kulit penulis tidak lagi merasa sakit dan perit sebagaimana ketika memakai minyak.INTENSE ENERGIE BC100

Untuk menghilangkan kegatalan penulis menggunakan BC 100. Tapi harganya Mak aii… Rm 200 sebotol. Penulis beli sekali jer….

Setelah habis 3 botol MSM 250 ml, 5 botol MSM 70ml. Penulis diperkenalkan pula dengan lotion 4life. Semasa lotion ni penulis gunakan, penulis sudah mengamalkan pemakanan 4life iaitu tranfer factor dan jus riovida. Sebenarnya penulis agak sangsi untuk memakai lotion ini untuk menggantikan produk Mogoo kerana penulis sudah sangat selesa dengan produk Moogoo. Namun demikian, apabila ada enummisahabat 4life memberitahu yang krim ini sangat bagus untuk eczema dan ia telah terbukti, barulah penulis bersetuju untuk mencubanya. Lagipun harganya tidaklah semahal MSM Moogoo. Hanya RM 62.50 untuk 250 ml dengan harga ahli berbanding Mogoo 250ml Rm 109. Berapa banyak dah boleh jimat daa….

Alhamudillah…penulis sangat bersyukur…lotion enummi 4life bertindak 2 dalam satu. Ia melembabkan kulit yang kering serta menghilangkan kegatalan. Sebelum penulis menggunakan lotion 4 life ini, kegatalan yang penulis alami begitu kronik dan rasa seakan-akan sehingga ke dalam tulang. Dan ada ketikanya penulis tidak sedar yang kulit penulis sudah teluka kesan garuan yang kuat. Sekarang lotion enummi penjadi kawan setia penulis di mana sahaja berada.

Insyaa allah, jika berkesempatan penulis ingin bercerita pasal keistimewaan lotion  enummi ini dan kenapa ia begitu bermakna kepada penulis. Jika pembaca penulis yang berminat pada lotion enummi 4life dan ingin mencubanya, pakai sahaja id penulis  di mana-mana pejabat rasmi 4life 8857733- Wan Juliarti Rahayu Wan Nawi.

penulis-habis duit korek untuk pulih eczema

Asbab makan 4life.

Image result for riovidaRamai yang bertanya penulis, macam mana boleh tahu dan boleh jumpa produk yang boleh menyembuhkan penyakit kulit penulis dengan begitu cepat. Kawan-kawan penulis juga ada yang terkejut kerana selepas makan produk 4life dalam masa sebulan, perubahan pada kulit penulis sangat ketara perubahan berbanding sebelum ini.

Hampir 10 bulan penulis menanggung kesakitan dan kegatalan. Alhamdullillah akhirnya doa penulis, suami dan ibu bapa penulis akhirnya makbul dengan bertemunya produk 4life ini. Sebelum ini bermacam-macam jenis produk yang penulis gunakan dan makan, namun tiada kesan yang begitu drastik sehebat produk 4life. Rasa macam nak nangis jer apabila dalam tempoh makan 2 botol riovida sahaja di tambah dengan makan tranfer factor plus perubahan kulit penulis semakin membaik dari sehari ke sehari.

Ceritanya bermula apabila penulis pergi ke klinik Aishah untuk meminta MC. Penulis terpaksa mengambil MC 2 hari seminggu kerana penulis tidak mampu duduk dalam suasana aircond yang terlalu lama di pejabat. Doktor pada masa itu ialah doktor ganti. Doktor itu melihat keadaan kulit penulis dan beliau  suspek penyakit yang dihidapi oleh penulis ialah psiorisis. Dengar perkataan Psiorisis, penulis dah naik cemas. Langsung doktor membuat surat dan dirujuk kepada pakar di  hospital Sultanah Nur Zahirah. Doktor memberitahu keadaan penulis disebabkan oleh sel-sel badan tidak dapat saling  mengenali antara satu sama lain dan menyebabkan ia memakan sel-sel badan sendiri. Zaaaaaaasssssssssss…..!!!! Apabila doktor memberitahu begitu…Maha suci Allah telah memberi petunjuk pada penulis dan terus dalam benak penulis teringatkan Produk 4life. Kenapa penulis teringatkan 4life??? Ya… kenapa produk 4life dan bukannya produk2 lain? Kenapa bukan Elken?? (padahal penulis merupakan ahli elken…) kenapa bukan Shaklee?? (tengok banyak testimoni tapi xterbukak hati dan kurang yakin) Kenapa dan kenapa…. Itu kerana 4life adalah satu-satunya produk yang mendidik sistem imun untuk mengenali sel-sel yang baik dan sel-sel yang tidak baik.

Macam mana pula penulis tahu yang produk 4life itu mendidik sistem imun?? Penulis sebenarnya telah menjadi ahli 4life sebelum ini iatu 3 tahun

Trasfer Factor

Trasfer Factor

yang lepas dan sudah mendengar ceramah dari pihak 4life yang produk 4life ini mendidik sistem imun. Kes yang menyebabkan penulis menjadi ahli pada 3 tahun lepas kerana pada masa itu paltlet darah putih penulis berkurang dari sehari ke sehari. Hampir seminggu penulis berulang alik ke hospital untuk ambil darah dan cek platlet darah. Semasa pulang dari hospital, penulis ada melihat flayer pada cermin depan penulis berkenaan produk 4life. Lantas penulis tawakal untuk mencuba. Alhamdulliah keesokkannya platlet penulis terus naik mendadak. Pihak hospital pun terkejut. Sempat jugak penulis menjadi ahli 4life selama enam bulan…pada masa itu he…he…he…

Dan kini penulis datang lagi pada 4life apabila sakit. Apabila sakit cari 4life. Apabila sihat lupakan 4life…. !!!  hu..hu..hu…Lepas ni Insyaalah penulis akan menjadi ahli setia 4life kerana 4life telah menjadi asbab kesembuhan penyakit penulis untuk kedua kalinya.

Jika yang berminat dengan produk 4life ambillah no ahli penulis yang mudah diingat –8857733- Wan Juliarti Rahayu Wan Nawi ke mana-mana sahaja cawangan 4life diseluruh malaysia untuk sama-sama menikmati hidup yang sihat.

Maaf yer… penulis tak sempat nak fikir nak snap gambar masa keadaan kulit penulis yang tengah parah. Tapi Insyaa allah penulis akan berkongsi satu gambar sepupu kawan penulis  yang mengidap enzema dari kecil dan sudah sampai tahap psirosis yang makan riovida dan tranfer factor plus  selama 2 bulan dengan sukatan yang betul pada entri akan datang.

penulis- nikmat sihat sangat besar berbanding wang ringgit…..

Pulih Enzema dengan 4life

 

Salah satu krim doktor

Seperti yang dijanjikan sebelum ini , penulis akan tunaikan janji penulis untuk berkongsi pengalaman perit jerih mengalami penyakit enzema. Walaupun ia datang tidak sampai setahun, ia sangat mengajar  penulis apa itu nikmat kulit yang sihat.

Sebenarnya penyakit penulis ini telah dirujuk kepada pakar di hospital besar Sultanah Nur Zahirah. Penulis sudah berjumpa pakar di situ dan pakar di situ mengesahkan ia adalah enzema. Enzema penulis ini dikategorikan agak kronik.  Pihak hospital memberikan 2 jenis ubat gatal (putih dan kuning) . Putih di makan waktu siang dan kuning di makan waktu malam. 3 cream sapu  dan satu krim yang dijadikan sebagai sabun dan disapukan sekali lagi selepas naik mandi.

Untuk makluman pembaca sekalian, penulis hanya makan  ubat gatal. Itupun hanya 2 biji, Krim mandi tu hanya digunakan sekali dan krim sapuan sterioid langsung tidak bersentuh. Sebelum penulis ke hospital, penulis sudah banyak mendapat maklumat bahaya ubat-ubat tersebut dan ditambah pengalaman yang penulis alami semasa di kilinik swasta menyebabkan penulis tidak mahu menggunakan ubat hospital terutamanya krim steroid. Tujuan penulis berjumpa pakar hanyalah untuk mengetahui tahap keseriusan penyakit penulis. Tarikh temujanji sebelum ini ialah pada bulan 10, dan tarikh temujanji akan datang adalah 28/11/2015.enzema

Dalam tempoh temujanji ini penulis sedang mengamalkan produk 4life iaitu riovida dan tranfer factor plus. Kesannya sangat memberangsangkan dan dan kulit penulis membaik dengan begitu cepat. Bagi yang belum jadi ahli cepat snap atau salin dalam telefon bimbit nombor ahli penulis agar dapat membeli dengan harga ahli di mana-mana pejabat 4life seluruh malaysia. no ahli penulis tidak susah untuk diingati – 8857733 -Wan Juliarti Rahayu Wan Nawi.  Apa-apa masalah berkenaan nasihat berkenaan produk 4life dengan enzema insya allah boleh telefon penulis ditalian 011-10818631. Jika susah nak pergi ke pejabat 4life, penulis boleh tolong poskan.

Produk 4life agak mahal namun demikian ia sangat berbaloi kerana ia sangat cepat bertindak dalam masa yang singkat. Kepada yang masih mencari-cari produk altertif untuk enzema, penulis sangat sarankan makanlah produk 4life . Penulis berani  jamin anda tidak akan menyesal. Penulis yang makan tidak sampai sebulan sudah nampak perubahan yang sangat besar.

 

penulis-setiap penyakit ada ubatnya

 

 

Enzema tahap kronik!!!

Lamanya penulis tak singgah menjengah blog penulis ni..dah setahun rupanya.Sebenarnya bukannya penulis tidak suka menulis…namun ruang masa yang begitu terhad yang membuatkan penulis sedikit terlupa pada blog penulis ni.

cream cif

cream cif

Kali ini penulis ingin berkongsi masalah penyakit misteri yang tiba-tiba  dihadapi oleh penulis tahun ini iaitu tahun 2015. Penyakit ini dinamakan enzema. Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit ‘badang’  bagi istilah kampung. Kronologi penyakit ini bermula kerana penulis memakai produk Cif. Cif untuk menyental dapur dan sinki seperti gambar yang penulis kembarkan di sebelah. Selepas guna produk ini beberapa ketika, jari penulis mengalami gatal-gatal. Ingatkan gatal biasa, penulis pun mencarilah krim-krim di farmasi untuk hilangkan gatal tu. Aik…tidak juga mendatangkan kesan… tukar krim lain…. tak jadi jugak…. akhirknya pergi ke  2 buah klinik…siap ubat makan..sapu..dan cucuk… tak berkesan jugak..malah bertambah parah….. dari enzema bahagian jari merebak ke bahagian lain. Bahagian tangan…dan lengan dan mula bengkak….Gatal???? tak perlu nak cerita bab gatal…sangat gatal…sampai mengalirkan air mata nak tahan dari mengaru…

Nasihat penulis kepada yang belum mempunyai alahan atau apa-apa alergi yang sedang atau bercadang ingin memakai produk ini… berfikirlah 2, 3, 4, 5 kali. Banyaknya kena fikirnya….he..he…he… Ya..betul!!! Kena fikir banyak kali sebab apabila jika sudah menjadi enzema seperti penulis sudah tidak berguna lagi. Usahkan nak menyental guna cif tu….nak basuh pinggan…pun sakit yang amat apabila kena air. Belum lagi penulis nak ceritakan kesakitan-kesakitan yang lain.

Nasihat penulis untuk entri kali ini ialah jauhilah dari produk produk yang mempunyai hakisan yang tinggi. Betul produk ini sangat menyenangkan kerana dapur anda akan kelihatan kemas dan tiada sisa yang melekat kerana ia mudah tertanggal. Namun pada masa yang sama ia juga menghakis kulit anda dan bahan aktif yang terkandung di dalam produk ini akan meresap ke dalam darah anda. Darah anda menjadi kotor dan bercampur dengan bahan itu menyebabkan darah anda sudah beracun!!

Itulah yang terjadi kepada penulis…. sob.!!! sob!!!…sob!!! sob!!!😦😦 . Sedih sangat…!!! Apa tidaknya…kulit yang tiba-tiba elok bertukar menjadi merah … merekah..bersisik…menggatal…eh..betul ke…ayat menggatal…. he…he…he..abaikan…dan kekeringan. Apabila kekeringan..ia menjadi kesakitan tahap gaban. Sampai penulis tidak mampu membuat kerja rumah…kerana enzema itu. Kerja pun dalam seminggu penulis terpaksa ambil MC kerana kulit penulis sangat sakit apabila duduk di bawah teduhan aircond…ha..ha..teduhan….

Sekarang penulis sudah beransur pulih… dah 80% kesakitan berkurang dan proses pemulihan kulit pun hampir pulih sepenuhnya…apa yang penulis buat??? Tunggu penulis di entry seterusnya…..   saspen..saspen….😉

penulis- sungguh teruji..abapila Allah memberi ujian…demi ujian…

Coretan Buat Putera Sulong Ummi..

Assalamualaikum Ya anak Ummi yang kacak, hensem, baik tingkahlaku dan sememangnya anak yang soleh… Insyaallah. Che Muhammad Syahir Haziq bin Che Shafie. Saat Ummi menuliskan coretan ini, dirimu wahai putera Ummi baru melangkah umur 9 tahun dan sudah bersekolah rendah.

Ummi amat menyayangimu sebagaimana anak-anak Ummi yang lain. Bahkan Ummi terlalu ambil berat tentang dirimu lebih dari adik-adikmu yang lain.

Saat Ummi mengandungkan adikmu Hakeem, Kamu terlalu sukar untuk ke sekolah sehingga Ummi menjadi malu dengan teman-teman Ummi di pejabat. Terkadang Ummi menitiskan air mata apabila ada teman-teman pejabat Ummi yang tidak memahami betapa sulitnya Ummi untuk menyatakan pada mereka Ummi tidak mampu untuk bersama mereka di WP 1 dan WP2. Kamu tidak tahu apa itu WP 1 dan apa itu WP2? Tidak mengapalah anakku, itu tidak penting bagimu waktu ini, kerana kamu akan tahu kelak kerana semestinya kamu nanti akan bertambah matang dan pandai dalam meniti hari yang bakal mendatang.

Meskipun umurmu 9 tahun, namun kehidupanmu tidaklah sebagaimana kanak-kanak lain. Dirimu disahkan oleh doktor mempunyai masalah pembelajaran akibat dari serangan sawan yang terlalu kerap. Dirimu telah ditukarkan dari kelas biasa ke kelas Integrasi di mana kelas tersebut merupakan kelas anak-anak yang mempunyai masalah pembelajaran sepertimu. Itu tiada masalah bagi Ummi kerana Ummi sudah tahu, anak Ummi memang seorang istimewa. Dirimu juga telah diktiraf oleh kerajaan sebagai  Orang Kurang Upaya(OKU) dalam masalah pembelajaran dan telah mendapat wang saku sebanyak RM150 sebulan. Dengan wang itu nanti bolehlah ia menjadi bekalan kepadamu nanti pada masa akan datang kerana Ummi dan ayah rasanya tidak akan menggunakan duit itu sehingga kamu dewasa kelak.

Sekarang kamu bersama rakan-rakanmu di dalam kelas yang mempunyai masalah pembelajaran. Kamu sudah tidak lagi culas untuk ke sekolah. Namun Ummi lihat pekerjaanmu, tingkahlakumu, gerakmu, dan tindakanmu semuanya mengambil masa yang lama untuk dirimu memproses apa jua bentuk arahan. Kadang-kadang makanmu juga bersuap kerana kamu lebih banyak termenung. Mungkin itu adalah salah satu punca sawanmu yang kerap. Tidak sebagaimana sebelum dirimu diserang sawan. Semuanya kini lambat dan  benarlah kata doktor yang dirimu sebenarnya baru berusia 3 tahun!

Ummi akan cuba mencari penawar sehingga berjumpa kerana ada yang telah lama senasib denganmu telah pulih sepenuhnya. Ummi sangat menunggu saat itu. Saat yang diimpikan oleh setiap orang yang bergelar ibu. Kamu bertahanlah anakku. Saat itu akan tiba. Pasti akan tiba…Ummi amat yakin. Yakin kerana Allah sentiasa berada disamping kita..Cuma belum tiba saatnya lagi..Kerana DIA masih ingin menguji kita…Bersabarlah sayang…..

Hari ini, tanggal 7 April 2014 kamu diserang sawan di sekolah. Cikgumu menelefon Ummi supaya ke sekolah kerana dirimu diserang sawan. Tercipta sejarah hari ini  kerana kamu tidak pernah diserang sawan di sekolah sejak 3 tahun kamu bersekolah di situ. Mungkin cikgu-cikgumu panik kerana mereka tidak biasa  bersamamu tatkala sawan menyerang berlainan dengan Ummi dan nenekmu yang memang sudah tegar dengan penyakit misterimu itu. Ummi membawamu pulang ke rumah nenekmu dan Ummi ambil MINYAK BIJI ANGGUR sapu ke seluruh badanmu, tapak kakimu, tangan dan batang lehermu agar minyak itu dapat menyerap didalam tubuhmu. Minyak itu akan membekalkan oksigen yang cukup untuk perjalanan darahmu sayang dan ia akan menghalang dari pembentukan darah-darah beku yang membuatmu sawan. Insyaallah Ummi percaya, dengan amalan Ummi yang konsinsten menggunakan minyak ini, Ummi yakin kamu boleh dipulihkan kerana sudah hampir seminggu kamu tidak diserang sehinggalah detik hari ini…

penulis- harapan yang tinggi menggunung untuk pulihkan dirimu…

Adakah ini penawar SAWAN sebenar-benarnya?

Ya Allah berilah penulis kekuatan untuk menghabiskan coretan penulis dalam masa yang singkat ini. Ini kerana penulis sebenarnya tidak sabar-sabar untuk menwarwarkan kepada  pembaca yang mengikuti perkembangan entri penulis berkenaan putera penulis dengan penyakit misterinya “sawan”.

Sawan Haziq sebenarnya semakin menjadi-jadi. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, sawan Haziq semakin kerap dan ia hadir hampir setiap malam. Ya setiap malam!! Kadang-kadang sawan Haziq hadir sehingga 6-10 kali satu malam! !Bayangkanlah….bayangkan. Hanya tuhan yang tahu perasaan penulis….dengan keadaan penulis yang sekarang berbadan dua,  dengan rengekan adiknya  Hakeem yang baru berumur satu setengah tahun  meminta susu terkejut apabila abangnya diserang sawan pada jam 3-4 pagi. Lebih dahsyat lagi ketika Hakeem demam…sampai tidak keruan penulis dibuatnya. Di sebelah kanan sawan, disebelah kiri  menagis kerana demam. Mujurlah puteri penulis Husna yang selalunya tidur mati dibuai mimpi tidak sedar apa yang terjadi. Namun penulis redha dengan ketentuan ilahi. Mungkin ini ada hikmah yang tersembunyi yang tidak mungkin dimiliki oleh oleh orang lain.

Sebagaimana yang penulis ceritakan sebelum-sebelum ini, pelbagai cara yang penulis cuba untuk mengubati penyakit putera penulis dengan rawatan Darul Syifa’, makan suplement SNE, Transfar Factor, rawatan arus elektrik Al-Jabar, urutan, bekam, homeopathy dan berpuluh-puluh Ustaz dan mungkin bomoh… (mintak jauh) sehingga penulis sudah diambang kecewa dan pasrah dengan takdir yang menimpa putera penulis. Namun, oleh kerana penulis masih ingat dengan satu ayat Al-Quran yang menyatakan “Setiap penyakit, ada ubatnya kecuali ajal”. Maknanya sudah terang dan nyata Allah jelaskan apa jua jenis penyakit termasuk penyakit kencing manis, gaut, hatta penyakit barah dan Sawan juga Allah dah janjikan ada penawarnya. Cuma kita sebagai hambanya perlu sabar dalam mencari penawar tersebut.

Okey..Bertitik tolak dari itu, penulis ingin kongsikan kegembiraan penulis dalam seminggu dua ini. Mungkin kegembiraan penulis ini juga boleh menjadi kegembiraan pada pembaca-pembaca yang mengalami masalah seperti penulis. Ya penulis sudah banyak berikhtiar…dan mungkinkah ini adalah titik akhir episod pencarian penulis dengan ubat Sawan HAziq?? Harapan penulis penulis agar ini menjadi kenyataan. Mengapa penulis berani berkata demikian?? Ya !! penulis sangat rasa kesan positifnya.

Tentu pembaca sekalian ingin tahu apa yang sebenarnya penulis ingin kongsikan..Ini dia MINYAK BIJI ANGGUR PERAHAN SEJUK dari Jerman. Setelah sebulan lebih penulis menggunakan minyak biji anggur ini dengan teratur, penulis bagi makan sesudu besar pada waktu pagi dan sesudu besar pada waktu malam. Biasanya penulis akan beri sebelum makan, ketika perut masih kosong untuk kesan yang efektif. Selain itu penulis juga sapu di seluruh badannya sebelum masuk tidur dan penulis memang bekalkan spray untuk melumur pada waktu malam jika penulis sedar badan Haziq panas.

Harga minyak biji anggur perahan sejuk original=rm 135  (250 ml). Harganya agak mahal memandangkan ia adalah original dan tanpa campuran sedikitpun. Jika pembaca membeli minyak biji campuran, ia mungkin murah dan penulis bimbang kesan yang kita harapkan tidak menjadi.

Fungsi minyak ini nanti penulis ceritakan pada masa akan datang kerana penulis mempunyai komitmen yang lebih penting hari ini. Diharap dengan info yang penulis beri untuk hari ini sudah dapat membantu pembaca yang mempunyai masalah seperti penulis.

Di mana penulis dapatkan minyak anggur ini perahan sejuk ini?? Penulis diperkenalkan dari seorang ibu yang mengalami masalah anak sawan seperti penulis juga. Menurut ibu tersebut, jikalah ia tahu MINYAK BIJI ANGGUR PERAHAN SEJUK inilah penawar sawan, tidaklah azab dia menanggung 6 tahun pencarian penawar sawan anaknya. Pembaca boleh hubungi penulis kerana penulis sekarang telah menjadi penjual tegar kepada minyak biji anggur ini setelah merasai sendiri keberkesannya. Kepada yang mempunyai masalah sawan seperti Haziq yang belum parah iaitu belum lagi tangan dan kaki merengkok, saya percaya ia boleh dipulihkan. Insyaalah…berserah dan bertawakal kepada Allah.

fb penulis: https://www.facebook.com/wjuliarti

atau direct phone :019-9485165 (hanya yang serius sahaja)

 

penulis-bahagia bila boleh bantu orang yang senasib dengan kita.

TELUR TIRUAN KER NI?

Image

Hah….!!! Cuba pembaca sekalian amati telur ni…… Terfikir atau tidak apa yang penulis sedang fikirkan?? Mesti kotak fikiran pembaca sekalian 100% sama sebagaimana apa yang sedang penulis fikirkan !! Betul tak?? Macam musykil sahaja telur ini dikeluarkan oleh seekor ayam kan??Ha..ha…ha..macam acuan yang tidak menjadi jerk..itu padangan mata kasar..bila disentuh pula,permukaan tidak rata dan tidak licin sebagaimana telur biasa.

Masalah penulis sekarang ialah..patutkah penulis menghabiskan telur ini yang baru sahaja di beli ni..patutkah?? patutkah??hu..hu… hu .. jawapanya ialah kalau sayang duit…makan jer lah… kalau sayang kesihatan keluarga..buang jer !! lMana lebih penting…? Pembaca sendiri boleh fikirkan.

Dibeli di mana ni??? He..he..mesti pembaca ingin tahu di mana kan?? Ya.. ini adalah perkara yang perlu penulis kongsikan. Penulis membelinya di Pasaraya Nirwana Maju di Kubang Parit.

Kepada pemilik Nirwana Maju.. Maaf jika blog ini mengganggu kosentrasi anda. Harapan penulis agar pemilik Nirwana Maju atau mana mana kakitangan beliau yang boleh memanjangkan perkara ini agar lebih berhati hati menjual pelbagai barang keperluan harian daripada  syarikat yang tidak bertanggungjawab yang hanya ingin mengaut untung. Tidak kira anda Islam atau tidak, anda Melayu, Cina atau India, semua agama melarang keras unsur penipuan.

Mungkin telur ini juga dijual di pasaraya pasaraya lain . Pembaca boleh semak kotak yang saya kembarkan dan Syarikat yang tertera pada kotak ialah Syarikat Charoen Pokphand Jaya Farm M Sdn. Bhd .

telur tiruan2

 

kotak telur


 

 

 

 

 

 

 

 

penulis~terlalu bayak unsur penipuan sekarang di zaman akhir zaman….

SUSU KARIHOME

Ikarihomestep2iNI DIA…!!.KARIHOME !!  Apa dia sebenarnya KARIHOME ini?? Bunyi macam pelik sahaja. Pernahkah anda mendengar perkataan KARIHOME sebelum ini? Jika belum…Jom ikuti penulis  mengupas  cerita KARIHOME untuk pembaca blog penulis kali ini.

KARIHOME … !! Dengan menggunakan perkataan “Kari”  dalam proses penjenamaannya, kita sendiri sudah boleh  mengagak ianya merujuk kepada KAMBING. 

Susu karihome ini penulis telah guna sebagai susu formula untuk putera penulis. Sebelum ini, dua orang anak penulis menggunakan susu jenama Anmum. Namun cinta penulis telah berubah arah apabila mengetahui kebaikan susu kambing berbanding susu LEMBU!!!

Kenapa dan Mengapa?? Pastinya pembaca ingin tahu kan? Di bawah ini ada penulis google

1. Bersifat Alkali
Didalam dunia ini hanya terdapat 3 jenis susu utama yg bersifat alkali iaitu susu ibu, susu kambing, dan susu ikan lumba=lumba. Kenapa sifat alkali bagus? Contoh mudah yg saya ingin utarakan ialah bolehkah susu lembu dijadikan sabun muka sepertimana susu kambing? he..he… sabun susu lembu…ada tak? ada tak? Tidak ada kan?? Sifat asid (masam) sememangnya menjadi racun atau memudaratkan jika melebihi had.

2. Mengubati penyakit alahan
Termasuk penyakit alah kepada susu lembu. Anak/anak yang mempunyai masalah enzema memang amat sesuai minum susu kambing kerana susu kambing tidak ada protein alahan sebagaimana yang terkadnung dalam lemak susu lembu.

3. Struktur kimianya yang ringkas
Struktur kimia susu kambing yang ringkas menyebabkan ia mudah dicerna. Satu sumber mengatakan susu kambing dapat dicerna dalam masa 20min berbanding susu lembu 4jam. Sebab itulah sesetengah orang yg minum susu kambing akan rasa panas badan disebabkan kadar metabolisme (pencernaan) badan yang tiggii.Perbandingan juga dibuat pada saiz partikel susu. Susu kambing mencatat saiz terkecil dituruti lembu dan kerbau.Saiznya lebih kecil dari sel darah merah.

4. Mengandungi anti oksida (cegah barah)
– keistimawaan yang dianugerahkan tuhan pada susu kambing yang dapat mencegah penyakit=penyakit yang merbahaya seperti Kancer.

5. Memperbaiki nerve2 @ saraf-saraf pada badan
– mampu menguatkan daya ingatan
– mengubati penyakit stroke yang melibatkan saraf

6. Kandungan protien yang lebih tinggi dari lembu
– mengapa la tak terlintas dalam kepala semua ni? tengok pada kambing kecik ja, tp byk kandungan protien dari lembu.
– dapat memberikan bentuk badan yang menarik, sistem kerangka yang kuat, tulang yang padat, vitamin A pada pada plasma darah, kalsium, tiamin, riboflavin, niacin, dan kepekatan sel darah merah yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan susu lembu.

7. Menurunkan kadar kolestrol dalam darah
– teramat-amat lah sesuai di sarankan kepada mereka yang ada masalah dengan pembuluh darah seperti sakit jantung.

8- Sunnah Nabi
– Nabi S.A.W menjadikan susu kambing sebagai minumannya. Kenapa? carik….

9- Manfaat Ibu Hamil
-Pemakanan yang berkhasiat boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi semasa dalam kandungan kerana apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Susu kambing sangat sesuai untuk ibu mengandung kerana ia kaya dengan protein, enzim-enzim dan Vitamin A yang penting untuk kesihatan. Pemakanan yang sihat bermula dari awal kehamilan dapat membantu proses tumbesaran bayi yang sihat, cergas dan pintar. Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan.

10- Manfaat Ibu Menyusu
-Ibu yang menyusu perlu menjaga pemakanan yang sihat agar dapat menyusui bayi dengan sempurna. Memang tidak dinafikan bahawa susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk bayi namun kebanyakan ibu-ibu terpaksa menghentikan penyususan ibu kerana aliran susu semakin perlahan sedangkan bayi memerlukan susu yang lebih apabila semakin membesar. Amalan meminum susu kambing dapat meningkatkan pengaliran susu badan. Apa yang menarik, selain menambahkan susu ibu, susu kambing juga boleh diberikan kepada bayi menggantikan susu lembu

11- Bayi dan Kanak-Kanak

-Kandungan kalsium yang tinggi dalam susu sangat baik untuk pembentukan tulang dan gigi kanak-kanak. Keunggulan lain susu kambing adalah susu kambing lebih mudah dicerna. Susu kambing mempunyai molekul protin & lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Jadi ia sangat baik untuk diet bayi.

– Paling hampir dengan susu ibu (minuman terbaik di dunia selepas susu ibu)
– Para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing (membela dan meminum susu kambing adalah sunnah)
– Tiada dijangkiti penyakit kambing gila (yang ada penyakit lembu gila)
– Kurang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu
– Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat

Okey!! Banyakkkan kelebihan susu kambing… ?? Dadi pembaca sekalian, jom sama-sama kita amalkan minuman sunnah. Sudah lama kita dimomokkan dengan susu lembu. Yahudi laknatullah sudah lama minum susu kambing. Kita yang tidak berapa cerdik ini telah dipergula-gulakan dengan kebaikan susu lembu. Mereka pintar sejak lahir..sejak dalam perut ibu. Kenapa? Kerana mereka mengetahui susu kambing itu bagus dan mnuman nabi kita.

Minuman susu yang paling digemari oleh Nabi Muhammad SAW ialah susu kambing. Susu kambing adalah makanan semulajadi berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan badan seharian. Ianya sesuai untuk semua lapisan umur. Susu ini boleh diminum panas atau sejuk malah boleh dibuat dadih, ais krim, keju dan mentega. Pada masa sekarang industri kosmetik mengeluarkan berbagai produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun, pewangi dan juga krim pencukur.

Memelihara kambing merupakan sunnah nabi-nabi

Walaupun ada unta, soalnya mengapa para nabi ditarbiyahkan dengan mengembala kambing?

1. Kambing ni suka belah jemaah (berpecah). Kalau dalam satu kumpulan kambing mesti ada seekor yang lari. Jadi, kesabaran pengembala teruji.

2. Kambing suka makan rumput. Tapi kambing tak suka makan dekat padang ragut yang disediakan untuknya. Kambing lebih suka makan tanaman jiran. Maknanya, memelihara kambing memerlukan pengawasan yang maksimum dari tuannya.

3. ”Saya pergi Mekah, saya tengok kambing-kambing ini jilat lumut kat atas batu” kata Dr. Jamnul Azhar. Kambing ini jilat lumut yang kaya dengan khasiat-khasiat pemakanan. Kita tak boleh jilat lumut sebab itu kita cuma minum susu kambing. Nabi S.A.W. meminum segelas susu panas sebelum tidur.

Tidak terkecuali nabi-nabi itu dari mengembala kambing.

Bela kambing mengajar rasa tawaduk

Kenapa tidak unta? Ya la unta kan besar nak dibandingkan dengan kambing. Unta dan kambing diibaratkan kereta Ferrari dan kereta Kancil. Ditakuti jika memelihara unta akan lahir sifat mazmumah seperti sombong, riak dan bangga diri.

Sabda Nabi S.A.W.: “Bela la kambing kerana padanya ada barakah/keberkatan” .

Nabi S.A.W. disusui oleh ibunya Saidatina Aminah. Kemudiaan diserahkan kepada Halamatus Saadiah sebagai ibu susunya yang kedua. Memang menjadi kebiasaan orang Arab menyerahkan anak-anak mereka kepada ibu-ibu di kampung yang baik akhlaknya.

Susu kambing boleh meningkatkan IQ, EQ

Terdapat 40 antibodi dalam susu ibu bagi seorang ibu. Jika 2 orang ibu, maka anak itu akan mendapat 80 antibodi.

”Adik saya, anak dia disusui oleh 2 ibu. Dia tinggal di Jordan. Dan terbukti anak itu lebih cerdas, cergas dan cerdik .”

Susu kambing hampir-hampir sama kandungannya dengan susu ibu. Jadi susu kambing ni boleh jadi susu alternatif kalau ibu tiada susu.

Bagi orang yang minum susu kambing, sama macam menyusu dekat 2 ibu. Dia dapat 80 antibodi. IQ tinggi dan EQ stabil.

Susu ibu + ibu susu (susu awal ibu) = anak hebat.

Perbezaan susu kambing dari Barat, Afrika dan tempat-tempat lain. Mana paling baik?

Seelok-eloknya susu kambing tempatan. Kambing ni akan makan sehari 40 pucuk yang berbeza menghasilkan 40 antibodi.

Susu kambing baik dijadikan sebagai supplement dan BUKAN menggantikan susu ibu.

Kadar lemak, protein dan air dalam susu kambing menyamai kadar lemak, protein dan air yang terdapat dalam susu ibu menjadikan susu kambing mudah dicerna dan menghasilkan susu awal ibu (ibu susu).

Semua peringkat anak-anak boleh minum susu kambing. Tiada masalah. Termasuklah para remaja, dewasa dan golongan ’ranum’.

Susu kambing juga kaya dengan enzim yang diperlukan oleh manusia

Bagi orang dewasa, susu kambing juga baik sebagai pelawas yang dapat mengelakkan penyakit undigestable food (sembelit).

Susu kambing mempunyai kalori yang tinggi.

Ia juga dapat menguatkan tenaga lelaki dan perempuan.

”Perempuan-perempuan yang meragam tu elok diberi minum susu kambing” kata Dr. Jamnul Azhar Mulkan.

Susu kambing tidak akan rosak walaupun dibekukan. Khasiatnya takkan hilang berbanding susu-susu lain, susu lembu contohnya.

Sunnah meminum susu kambing pada setiap hari Selasa dan Jumaat.

”Susu kambing yang fresh (lepas perah minum terus) tak bau hanyir dan sangat sedap, lemak.” kata Ust. Farid Ravi.

”Saya nak bagi petua kalau nak minum susu kambing, masukkan halia sikit, daun palas sikit supaya dia tak bau hanyir” kata Ust. Farid Ravi.

Keistimewaan Susu Kambing

Kaya dengan protein, enzim dan vitamin A. Mengandungi faktor anti-antritis (inflamasi sendi) dan anti barah. Diperakui oleh pakar-pakar kesihatan bahawa susu ini boleh mengubati demam kuning, penyakit kulit, gastrik, lelah (asma), insomnia dan ulser. Mudah dihadam kerana zarah lemaknya lebih kecil. Khasiat susu kambing yang disimpan sejuk atau sejuk beku tidak akan berubah kualitinya.

Khasiat Susu Kambing

Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu. Sepanjang temubual sewaktu lawatan dijalankan oleh pihak Unit Ruminen Kecil pada bulan April hingga Mei 1996, rata-rata penternak serta penggemar susu kambing bersepakat mengatakan susu kambing lebih banyak khasiatnya – dalam menyembuh serta mencegah penyakit “dalaman” antara lain:

a. Penyakit demam kuning.
b. Penyakit lemah jantung.
c. Penyakit darah tinggi/pening-pening.
d. Penyakit sendi-sendi dan buah pinggang.
e. Penyakit batuk kering.
f. Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati.
g. Penyakit saraf yang dialami bila usia semakin lanjut.
h. Cukup bermanfaat bagi mereka mereka yang mengalami lemah tenaga batin.
i. Sesuai diminum di waktu pagi dan malam sebelum tidur.

Wallahu’alam.

sampul

pamplet
Ayuh kita bangun!!

penulis~ Yahudi telah hafal isi Al=Quran…kita masih lagi bertatih untuk memahami al=Quran. jadilah kita pak turut..Padahal Al=Quran itu hak orang Islam.

Simplyslim mendapat sambutan menggalakkan!!

siimplyslim

siimplyslim

Salam kepada pengujung blog penulis. Lamanya tidak berkarya. Hari ini penulis ingin berkongsi produk yang penulis gunakan. Nama produk ini ialah simplyslim ands liming lotion.

Dengar nama cam best jer kan?? Tapi hakikatnya memang best pun!! (tak tipu sikit pun) Produk ini baru sahaja dilancarkan dan ia telahpun mendapat sambutan yang amat-amat menggalakkan.

Kenapa agaknya ia mendapat sambutan yang begitu menggalakan??

Tadaaaaaaaaaaaaaaa…..!! INI JAWAPANNYA:

S1 : Apakah kandungan pada losyen ini?
J1 : Kandungan nya ialah Aloe Vera Extract, Sodium Edta, Acrylate, Iris Florientina Extract, Collagen, Glycerine, Capsaicin, Fragrance , Triethanolamine, Methylparaben, Ethlyparaben, Extra Collagen, Isobutlyparaben, RO Water, Campurah buah-buahan Peach dan Lemon.

S2 : Adakah kandungan ini merbahaya pada kulit ?
J2 : Jangan bimbang.Kandungan ini selamat dan sangat bagus untuk kulit wajah dan badan kerana kandungan buah peach yang segar mampu melembutkan kulit orang-orang Asia.

S3 : Adakah losyen ini sah KKM dan Halal?
J3 : Ye.Semua kandungan losyen ini halal dan dikilangkan oleh kilang yang terdiri daripada orang-orang Islam dan kami amat menitikberatkan kandungan supaya sah untuk dibawa solat.Kilang ini juga bertaraf GMP dan  Sah Kementerian Kesihatan Malaysia. Jujur diingatkan untuk permulaan kami disyorkan menggunakan KKM kilang dahulu bagi melancarkan proses.. Seterusnya kami akan menggunakan KKM sendiri atas nama syarikat kami sendiri  kerana KKm utk Najeeha Beauty masih dlm proses. Untuk mengelakkan menjadi isu, kami tidak meletakkan sebarang no KKM pd stiker kerana pelanggan akan memperkatakan kenapa no KKM lama dan akan datang ini berlainan NOT. Hanya bila sah mendapat KKM syarikat sendiri, kami akan printkan pd stiker.Jadi ianya bukan isu kerana kami mendapat kelulusan KKM atas kandungan yang kilang kami sediakan ;)

S4 :Apa kelebihan SimplySlim ini ?
J4 : SimplySlim ini mempunyai Extra Collagen serta gabungan buah-buahan lemon dan peach yang membuatkan ramai pelanggan suka kan baunya yang segar dan wangi.. dan yang paling penting collagen ini sangat membantu melembut dan menggebukan kulit . Extra collagen ini diminta sendiri oleh pengasas kerana kulitnya sensitive terhadap satu-satu product. Alhamdulillah collagen ini sangat membantu. Kanak-kanak juga boleh amalkan simplyslim untuk tujuan kembung perut , lenguh-lenguh dan sebagainya

S5 : Berapa lama akan Nampak kesan?
J5 : Bergantung kepada tahap kandungan lemak seseorang. Purata nya dalam masa 2-3hari sudah rasa kesan sudah efektif pada tubuh badan seperti seluar yang ketat sudah ada rasa longgar-longgar, dan sebagainya.

S6 : Ada kesan gemuk balik ke tidak jika berhenti sapu SimplySlim ini?
J6 : Tiada kesan gemuk balik atau bentuk badan kembali kepada asal kerana SS ini adalah losyen untuk mendapatkan kembali bentuk badan yang cantik, menarik sekaligus memecahkan lemak-lemak degil terkumpul.Jika disapu itu adalah satu bonus pada diri sendiri untuk kembali langsing dan sekaligus boleh mendapatkan kulit lembut, gebu dan halus.

S7 : Perlu diet ke tidak kalau sapu SimplySlim ni ?
J7 : Tidak perlu berlapar dan menyeksakan diri . Selepas makan anda boleh sapu simplyslim bagi mengawal bentuk badan dan cepat-cepat hapuskan lemak yang baru nak bertamu itu.hehe

S8 : Golongan mana yang boleh sapu SimplySlim ni ?
J8 : Lelaki dan perempuan semua boleh sapu. Kanak-kanak seumur 5 tahun ke atas pon boleh sapu pada perut kembung dan dada jika ada batuk-batuk. Perempuan mengandung boleh sapu pada mana-mana bahagian dan elakkan sapu di bahagian perut bagi mengelakkan proses pembesaran perut. Hehe.. Perempuan tengah berpantang bersalin sangat disarankan sapu SS ini kerana bagus mengurangkan rekahan pd perut dan mana-mana bahagian selepas bersalin .

S9 : Apakah fungsi SimplySlim ini selain untuk melangsingkan badan?
J9 : Fungsi utama SimplySlim adalah untuk memecahkan lemak, melangsingkan badan, membentuk badan yang ideal, menghilangkan rekahan selulit, menghilangkan rekahan  kulit selepas bersalin, membentuk wajah /dagu supaya nampak runcing, melegakan perut kembung bagi kanak-kanak , menghilangkan lenguh-lenguh badan, melegakan sakit perut, dada dan etc, bagus utk pesakit strok, dll.

S10 : SimplySlim ni panas tak? Sesetengah produk saya pakai panas dan kulit jadi merah-merah
J10 : Tidak panas, kerana kami menggunakan extra collagen. Sesuai disapu pd kulit wajah dan tempat2 yang sensitif.. Rasa lembut dan dingin serta tidak terlalu panas.

serius…!!Memang best pakai…tidak macam sesetengah krim dekat pasaran yang rasa hangat 5minit pastu dah tak rasa apa-apa.Simplyslim ni, sejam pun masih rasa kehangatanya seperti baru disapu.!! Tak cayer ker…try la..beli dulu…wang anda akan dikembalikan.(yang beli kat sini sajer)

Jom try… Rm 70.00 jer. Tak rugi… Sebab sangat puas hati.Kalau yang dah cuba, apa tunggu-tunggu lagi… Jom jadi agent.Beli 10 dengan harga rm500.00.Nanti bleh dapat side income. Nak ambik 50 botol pun bleh…sebab saya suplier…harganya lagi..lagi..lagi menguntungkan….

Sesapa yang ambik 50 botol tu, try pakai kat badan sendiri dulu.Yang sihat2… Yang banyak lemak tu, ambik gambar, timbang dulu sebelum pakai… Hah..lepas seminggu sapu..ambik gambar..jangan kata timbang rosak pulak yer… Hu..hu…hu..baru best nak jual..bila sendiri dah hilang lemak ..tul tak?

Lagi satu, ianya cuma krim,tak yah nak makan…cuma sapu jer. Penulis sendiri takut…kalau benda yang makan-makan..yerla risau organ dalaman kita tu la..mana kita tahu. Apakebenda diletak dalam tu..mana kita tahu kan…?Itu pendapat peribadi penulis jer la. Korang nak makan terpulang la kan…Masing-masing punya pendapat dan masing-masing empunya badan.

Ok..sesapa nak beli boleh ke
official page tersebut :http://www.facebook.com/pages/Simplyslim-Firming-and-Slimming-Lotion/384542391641595?ref=hl atau bleh pm penulis kat fb penulis kat blog ni.

penulis-sangat-sangat puas hati dengan produk ni.