Haziq sawan Gangguan??

Kebanyakan  tempat perubatan islam yang telah penulis kunjungi menyatakan memang Haziq sawan adalah sebab gangguan dan bukannya sawan kerana saraf dan sebagainya. Dalam pemerhatian penulis juga, apabila dibacakan surah  Al-fatihah, Al-Ikhlas, Al-Alaq dan Al- Naas mengikut turutan sambil memegang sendi pada sikunya dengan meluruskan kaki dan tangan supaya tidak  berlipat ketika ia baru ingin sawan,  Insyaalah…Sawannya tidak akan menjadi. Dengan syarat kita sedar sawan itu baru ingin berlaku.Sudah beberapa kali cara itu penulis lakukan, dan alhamdulillah sawannya memang tidak akan menjadi.Cuma sekadar mata yang baru ingin terbeliak ke atas.

Oleh kerana penulis memang sudah biasa dengan keadaan Haziq, penulis memang akan tahu bagaimana ia akan berlaku. Biasanya jika Haziq sedang tidur, ia akan mengeluarkan satu suara dan menderam..pada masa itu  jugalah penulis akan terus bangun dan meletakkan tangan kanan penulis di atas ubun-ubunnya manakala tangan kiri penulis akan mencari sendi siku kanan atau siku kirinya. Penulis juga akan pastikan tangan sebelah lagi diluruskan, begitu juga dengan kaki kiri dan kaki kanannya. Jika Dibengkokokkan, ia lambat pulih. Ini kerana biasanya makhluk -makhluk ini bersembunyi di sendi-sendi.

Ada juga kes yang penulis lambat sedar, maklumlah kadang-kadang pukul 1:30 pagi..kadang-kadang 3:30 pagi…perkara ini berlaku di mana kaki dan tangannya sudah membengkok dan susah untuk dilurus..penulis akan meminta bantuan daripada ayahnya untuk meluruskannya. Jika diluruskan memang Haziq tidak seperti dulu..lambat untuk pulih. Sekarang…Haziq tetap sawan..tapi sawannnya tidak membimbangkan sebagaimana dulu. Air yassin, Rukyah memang tidak pernah putus untuk Haziq penulis bekalkan. Ayat-ayat Rukyah, Surah al-Jinn, Surah Al-Dhukhan, Surah Yassin,Surah As-Soffat, Surah Al-Mulk, Surah Thoha memang terpasang sampai ke pagi saat Haziq tidur sampai ke pagi. Manakala Surah Al-Baqoroh penulis akan pasang waktu siang hari atau waktu dia belum tidur. Amalam membaca Al-Quran, surah Yassin, surah a-Mulk dan surah al-Jinn dan doa dari buku Ustaz Harun Din dan doa dari buku Ustaz Syarhan  memang menjadi amalan penulis setiap malam. Tangan kanan penulis akan memegang tangan Haziq, manakala tangan kiri penulis, penulis pegang botol air untuk dihembuskan setiap kali sudah membaca setiap surah. Air itu akan diminum oleh Haziq waktu siangnya.

Semasa tidur pula, penulis akan pastikan penulis memegang  mana-mana bahagian tubuhnya terutamanya tangannya agar penulis turut tersedar apabila dia  baru ingin sawan.

Bagi yang mempunyai masalah anak yang sama dengan penulis (sawan gangguan) , bolehlah mencuba kaedah seperti yang penulis amalkan. Insyaalah sawan tersebut akan berkurangan. Lagipun doa dan bacan dari ibu lebih afdhol untuk anaknya. Cuma kita sebagai ibu-bapa terpaksa sedikit berkorban untuk anak-anak. Memang penulis tidak nafikan, untuk membaca keseluruhan surah-surah tersebut adalah agak membebankan pada awalnya. Namun percayalah..apabila kita sudah biasa membaca  pada setiap malam…kita tidak akan rasa berat malah akan rindu untuk membacanya.

penulis~Memikirkan..siapakah yang sanggup akan meneruskan perjuangan Ummi setelah ummi bersalin kelak. 😦

Advertisements

2 thoughts on “Haziq sawan Gangguan??

  1. keadaan anak penulis hampir 100% sama dgn anak saya…. saya ingin kongsi sedikit disini… semasa ingin baru sawan @ dh terjadi… ambil sejadah yg kita guna semasa sembahyang… bacakan Fatihah,surah Al Hasyr ayat 21, ayat Qursi… guna sejadah tu, pukul sekuat hati sambil laungkan “ALLAHUAKBAR!!!”…di kepala.. badan & kaki… (semasa pukul niat yg kita pukul jin yg menganggu anak kita…).. InsyAllah… selepas anak kita tertidur bacakan Fatihah, Al Baqarah ayat 1- 5 beserta ayat kursi (niat semoga Allah kembalikan anak kita).. InsyAllah… Saya tahu perasaan penulis sbb keadaan yg kita alami mmg sama….

  2. saya just nak share pengalaman sendiri…..terjadi pada anak perempuan saya dari lepas bersalin nurse pun pelik asyik menangis je sampai biru muka menangis…dia suruh bagi susu…sejak dari itu dia mmg kerap nangis sampai kadang-kadang 2 jam baru berenti nangis, mcm2 dah berikhtiar, mengurut le, jumpa bomoh le, nak tidur pun sampai kena tido dalam kete malam2, tu rutin harian pastu kena pasang surah yasin tiap2 malam..…macam2 dah buat dan selepas umurnya lebih kurang 6 bulan…..waktu tu lah….baru saya tahu apa itu penyakit sawan…..mata terbeliak nampak mata putih je…mulut berbuih….kaki kejang, terjadi di kampung….mmg taktahu nak wat mcmana….bawa lari ke klinik desa…bagi ubat yg masukkan ikut bontot pastu MD situ suruh cepat2 bawa pegi Hospital Jempol……kuar masuk hospital….dr kerajaan sampai swasta..ada sekali baru kuar dr hospital swasta, sampai rumah je…taksempat nak masuk rumah pun jadi lagi….bomoh ker..urut ke semua dah buat……kalau yg moden….anak saya doktor dah sarankan utk buat mri….dan amik ubat epilim….hari2 kena makan sampai umoq 2 tahun…..dan akhirnya ditemukan oleh seorang hamba Allah…iaitu Produk SNE…..mula2 mmg takpercaya jugak pasal produk2 ni….just nak cuba,yg penting waktu tu apa yg sy piki akan tetap akan berusaha cr penawar untuk anak saya…………dan hasilnya mmg buat saya puashati dgn kesannya….anak saya dah sembuh sepenuhnya…..ubat hospital sy hentikan sendiri….dan sekarang umor dia dah 2 tahun …mmg tak pernah kena lagi sampai sekarang……alhamdulillah….jadi kesempatan ini, saya nk syorkan kepada sesiapa sahaja yg ada masalah sawan ini…cuba produk ini….www.produksne.com.my…..insyaallah……..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s