Cubaan-cubaan yang pernah penulis lakukan untuk eczema…

Bermacam produk yang penulis gunakan sejak penulis terkena eczema. Produk farmasi dan produk-produk yang dikongsi oleh pembaca lain di internet juga banyak yang penulis beli dan guna. Setelah cubaan Penulis  ke klinik Aishah dan klinik Chong tidak berjaya, Penulis bertukar ke produk farmasi pulak.Produk farmasi kita ketepikan dulu sebab penulis dah tak ingat krim. Masa tu, apa yang penulis tahu penulis minta dari pekerja farmasi ubat untuk gatal-gatal tangan. Masa tu tak teruk lagi… cuma jari telunjuk dan jari tengah sahaja yang gatal. Selepas beberapa ketika merasakan eczema penulis semakin merebak penulis lantas berhenti dari memakai produk-produk farmasi dan bertukar kepada produk-produk natural. Lagipun Krim farmasi dan  krim hospital mengandungi steroid jadi tak perlulah penulis kongsikan benda yang tak elok itu.

clay

clay

Produk Clay ni antara produk natural yang paling awal yang penulis gunakan untuk mengubati eczema penulis, namun ia tidak sesuai dengan penulis. Bertambah gatal ader ler….. hu…hu..huu…. Selepas itu penulis berhenti pakai Clay…penulis bertukar pula pada minyak zaitun iaitu minyak zaitun Pevoo dari Palestin. Bukan setakat sapu sahaja malah penulis siap minum  sesudu pagi dan sesudu malam. Rasanya dekat 3 botol, minyak Pevoo tu penulis gunakan…tapi penyakit eczema penulis tak jugak sembuh-sembuh. Dah la minyak pevoo tu harga seratus lebih…. kering poket penulis….

minyak kelapa dara bio asli

minyak kelapa dara bio asli

Dalam pada duduk minum Pevoo, penulis ada pergi berbekam. Masa berbekam, tempat berbekam yang penulis pergi cakap orang yang ada eczema perlu sapu campuran minyak minyak kelapa dara  dan Pevoo. Apa lagi penulis pun buat la macam tu dekat 2,3 bulan jugak rasanya. Sampai dekat pejabat pun ada campuran minyak tersebut. Sapu tetap sapu, sambil tu penulis tak lupa makan sesudu pagi dan malam Pevoo. Penulis juga ada minum minyak kelapa dara apabila teruja membaca satu testimoni di internet  yang eczema pulih dengan minyak kelapa dara.

Selepas beberapa ketika makan rasa macam tak ada perubahan, penulis dah naik sasau. Tapi tak sasau lagi… 🙂 tapi keyakinan diri pada masa tu dah semakin menurun…Nak pergi meeting luar pejabat pun dah rasa macam satu perkara besar. Yer la…macam mana nak bercakap jika tangan membengkak…memerah…mengegelupas… cedih..cedih..cedih… asyik rasa macam orang tengok kat tangan kita jer….Tak campur lagi kesakitan dan keperitan apabila kulit mengering terkena aircond. Masa tu minyak campuran minyak kelapa dara dan minyak zaitun sentiasa bersama…. Bila lumur kat tangan dan lengan rasa lega sekejap…selepas setengah jam..ia akan rasa perit semula..dan penulis akan sapu lagi. Begitulah keadaannya sehari-hari waktu itu.

Sebenarnya meletakkkan minyak pada eczema adalah tidak elok. Info ini penulis dapat dari seorang sahabat penulis yang menghidap psirosis. penulis pergi melawat beliau di rumah beliau. Beliaulah yang memberi info tersebut. Penyakit eczema perlu dilembabkan dengan krim dan bukannya minyak sebagaimana yang penulis lakukan. Dan penggunaan krim perlulah sangat kerap. Tambahan lagi bagi kulit eczema penulis yang kering dan sakit. Selepas mendapat info tersebut, barulah penulis bertukar kepada krim/losyen. Losyen bagi eczema juga bukan losyen sebarangan. penulis menggunakan produk Mogoo.

Penulis juga ada ambik ubat homopati…tapi tak sampai kesudahannya sebabnya penulis berenti sekerat jalan. Rasanya seminggu jer penulis telan ubat homopati..Sekarang ubat homopati ada bertenggek kat rumah penulis tanpa disentuh. Kenapa penulis berhenti makan ubat homopati?? he..he… kerana masa tu banyak sangat benda yang penulis telan..jadi kononya penulis stop ubat homopati sekejap.. LAst-last berhenti terus…. 🙂

Kemudian penulis dapat lagi info, madu dan cuka buah tin baik baik untuk eczema… penulis pun mencari di kedai menjual makan sunnah. Jika di Kuala Terengganu, kedai Ajess la yang paling sinonim. Di situ penulis menemuramah pula pekerja di situ. Banyak pula info yang penulis dapat. Apa yang penulis dapat penulis gabungkan. ha…ha..ha… Nak baik punya pasal. Setiap pagi penulis akan telan satu sudu campuran madu dan cuka buah  tin, satu sudu kecil minyak habatul sauda’, satu sudu besar pevoo, dan satu gelas air lemon suam untuk detoks semua toksin dalam badan..Dalam sehari semua benda tu penulis ambil…cuba bayangkan sela masa yang penulis cuba bahagikan…..isk..isk….isk…

Tidak lama selepas itu kawan penulis yang juga penghidap eczema sejak kecil menyarankan beberapa petua yang agak membantu iaitu:

  • minum air kunyit bersama daun betik ( penulis minum waktu tengahari)
  • minum 2 pokok air sawi yang diblender, (penulis minum waktu malam)
  • Mengamalkan memakan selabu  bawah putih sehari (penulis tumbuk dan goreng bersama ikan) -ada yang telan macam tu jer….
  • Serta perbanyakan ulam-ulaman makan sayuran mentah carrot dan timun  dan salad.(setiap kali makan nasi, wajib ada sayur mentah)

Penulis juga mintak juga air tawar dari perubatan kampung. Dua tempat penulis mintak air tawar. Satu tempat ialah  dengan Ustaz Hussin di Marang dan satu tempat lagi dengan Ayoh Long di Kampung Bukit Besar. Ustaz Husein sertakan ubat herba untuk dimakan. Semasa dalam tempoh tersebut, eczema penulis semakin menjadi-jadi dan mengikut Ustaz Husein ia adalah bertujuan untuk membuang semua penyakit itu.Dan selepas itu ia akan semakin berkurang dan berkurang.

moogoo

moogoo

Tidak lupa juga, penulis juga cuba minyak argan untuk sapuan luar. Tetapi ia juga tidak berhasil kerana ia mengeringkan.

Produk sapuan luar yang agak serasi dengan penulis ialah produk Mogoo. Setiap kali penulis rasa sakit dan rasa perit pada kulit, penulis akan sapu MSM mogoo. Produk Mogoo ini memang sesuai untuk eczema seperti penulis. Kulit yang sentiasa kering memerlukan pelembab. Produk Moogoo sebenarnya banyak.. tapi penulis hanya gunakan yang Sothing MSM untuk legakan kekeringan kulit penulis. Harganya yang 70 ml lebih kurang Rm 66.00 dan yang 250 ml haganya dalam RM109. Penulis biasanya beli yang 250 ml kerana ia lebih jimat. Selepas mengenali produk Moogoo, kulit penulis tidak lagi merasa sakit dan perit sebagaimana ketika memakai minyak.INTENSE ENERGIE BC100

Untuk menghilangkan kegatalan penulis menggunakan BC 100. Tapi harganya Mak aii… Rm 200 sebotol. Penulis beli sekali jer….

Setelah habis 3 botol MSM 250 ml, 5 botol MSM 70ml. Penulis diperkenalkan pula dengan lotion 4life. Semasa lotion ni penulis gunakan, penulis sudah mengamalkan pemakanan 4life iaitu tranfer factor dan jus riovida. Sebenarnya penulis agak sangsi untuk memakai lotion ini untuk menggantikan produk Mogoo kerana penulis sudah sangat selesa dengan produk Moogoo. Namun demikian, apabila ada enummisahabat 4life memberitahu yang krim ini sangat bagus untuk eczema dan ia telah terbukti, barulah penulis bersetuju untuk mencubanya. Lagipun harganya tidaklah semahal MSM Moogoo. Hanya RM 62.50 untuk 250 ml dengan harga ahli berbanding Mogoo 250ml Rm 109. Berapa banyak dah boleh jimat daa….

Alhamudillah…penulis sangat bersyukur…lotion enummi 4life bertindak 2 dalam satu. Ia melembabkan kulit yang kering serta menghilangkan kegatalan. Sebelum penulis menggunakan lotion 4 life ini, kegatalan yang penulis alami begitu kronik dan rasa seakan-akan sehingga ke dalam tulang. Dan ada ketikanya penulis tidak sedar yang kulit penulis sudah teluka kesan garuan yang kuat. Sekarang lotion enummi penjadi kawan setia penulis di mana sahaja berada.

Insyaa allah, jika berkesempatan penulis ingin bercerita pasal keistimewaan lotion  enummi ini dan kenapa ia begitu bermakna kepada penulis. Jika pembaca penulis yang berminat pada lotion enummi 4life dan ingin mencubanya, pakai sahaja id penulis  di mana-mana pejabat rasmi 4life 8857733- Wan Juliarti Rahayu Wan Nawi.

penulis-habis duit korek untuk pulih eczema
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s