Kesan Pengambilan Epilim

Waktu pulang dari hospital baru-baru ini, doktor bekalkan Haziq syrup Epilim kepada Haziq untuk melawan sawan yang dihidapinya. Pernah juga penulis bertanya apakah kesan sampingan ubat Epilim tersebut. Doktor tersebut seakan tidak mahu memberitahu dan hanya menyatakan setiap ubat pasti ada kesannya. Bezanya cuma kesan kecil dan besar. Penulis diam dan dalam benak penulis ketika itu mesti ada sesuatu yang doktor cuba rahsiakan  tentang kesan sampingan ubat Epilim tersebut.

Oleh yang demikian, penulis telah berusaha sendiri untuk mencari artikel-artikel berkaitan dengan ubat Epilim ini dan inilah hasilnya dengan pertolongan “Encik GOOGLE” kita.

Epilim ialah sejenis dadah!! Memang semua ubat adalah dadah!! Bila baca pernyataan ini, rasa macam kejam sebab beri anak makan dadah. 😦 . Tapi apakan daya penulis.

Kira-kira 57 peratus daripada pengguna melaporkan getaran Epilim, ia merupakan kesan sampingan yang paling biasa  bagi dadah Epilim.

  • sakit kepala
  • mengantuk
  • rasa loya
  • pening
  • kehilangan berat badan
  • kehilangan rambut
  • sakit perut
  • cirit-birit
  • peningkatan insiden jangkitan
  • Penglihatan berganda
  • insomnia

Epilim juga mempunyai potensi untuk menyebabkan beberapa kesan sampingan terhadap hati meskipun ia jarang berlaku..Simptom yang disebabkan oleh komplikasi kegagalan hati termasuklah loya yang teruk, sakit abdominal, jaundis, lemah dan letih serta bengkak pada bahagian muka. Pesakit perlu berjumpa doktor dengan segera jika keadaan ini berlaku.Kesan sampingan gastrousus tambahan termasuk:

  • senak
  • hilang selera makan
  • sembelit
  • mulut kering.
  • jangkitan faraj bagi perempuan
  • kekejangan atau ketiadaan haid.

Kesan sampingan neurologi Epilim termasuk :

  • ketakutan
  • kemurungan
  • mengantuk
  • impian yang tidak normal
  • hasutan
  • nada dalam telinga
  • mata kering
  • sesemut di hujung kak
  • Wabak jerawat

Interaksi dadah untuk Epilim

Terdapat beberapa ubat yang menghasilkan kesan sampingan yang tidak diingini apabila digunakan bersama-sama dengan Epilim. Sebagai contoh, gabungan Epilim dan dadah antipsikotik Olanzapine menyebabkan penurunan fungsi hati  untuk sesetengah pesakit. Kerana valproate natrium sering menyebabkan mengantuk, anda tidak perlu menggabungkan Epilim dengan dadah lain yang membuat anda mengantuk seperti narkotik, sedatif dan ubat-ubatan anti-kerisauan. Apabila digabungkan dengan pencair darah seperti warfarin, Epilim meningkatkan risiko anda mengalami pendarahan yang tidak terkawal semasa pembedahan atau selepas kecederaan.

Risiko bagi mereka yang mengambil Epilim

Di samping kesan sampingan yang kecil dan risiko interaksi, Epilim mempunyai potensi untuk menyebabkan komplikasi perubatan yang serius. Keradangan atau kerosakan ke hati anda mungkin semasa mengambil Epilim. Dengan dos ubat yang tinggi, pesakit mengalami kekurangan platelet darah atau thrombocytopenia, meningkatkan risiko untuk pendarahan di sekeliling otak. Sesetengah pesakit mengalami pemikiran membunuh diri atau lain-lain kesan sampingan yang serius psikologi seperti kehilangan ingatan, halusinasi, kesukaran pertuturan dan demensia semasa mengambil Epilim. Jarang, gunakan keputusan Epilim dalam berpotensi mengancam nyawa jangkitan kulit seperti sindrom Stevens-Johnson atau necrolysis epidermis toksik.

Pertimbangan bagi pesakit Ditetapkan Epilim.
Epilim mempunyai potensi untuk menyebabkan kecacatan kelahiran atau spina bifida dan hanya disyorkan semasa mengandung apabila tiada alternatif yang selamat. Jika anda mempunyai sejarah buah pinggang atau penyakit hati, lupus atau diabetes, doktor anda akan kemungkinan besar tidak menetapkan Epilim untuk anda kerana potensi kesan-kesan sampingan. Penggunaan tiba-tiba menghentikan daripada Epilim sering menyebabkan sawan yang teruk. Kerana ini, anda perlu berjumpa dengan doktor sebelum menghentikan penggunaan dadah walaupun anda mengalami kesan-kesan sampingan. Kerana ia mempunyai potensi untuk menyebabkan pening dan mengantuk, anda tidak perlu mengendalikan sesuatu kenderaan motor atau jentera berat sehingga anda tahu bagaimana Epilim akan menjejaskan anda.

Setelah membaca kesan-kesan yang begitu banyak tentang  syrup Epilim ini, hancur luluh rasa hati penulis. Penulis terus mengambil keputusan untuk menghentikan Syrup Epilim ini. Lagi pula, nasihat dari tempat perubatan yang penulis pergi menyatakan Haziq mungkin ada gangguan dan mengesyorkan agar tidak memakan ubat buat sementara waktu. Seminggu Haziq tidak diserang sawan selepas itu. Namun selepas itu sawan tersebut datang kembali dan penulis nekad akan memberikan syrup Epilim tersebut meskipun hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan penulis tatkala menyuakan ubat tersebut ke mulutnya.

Ya Allah.. Tabahkan hatiku menempuh dugaan ini..Jika ini adalah ujian ke atas hambamu untuk aku mendekatkan diri dan selalu ingat padamu..aku redha dengan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku. Sesungguhnya engkau lebih mengetahui tiap-tiap sesuatu…. 😦 😦 😦 .

Penulis ~ Haziq…Maafkan Ummi dan Ayah.. semoga putera Ummi cepat sembuh dan boleh segera berhenti memakan ubat yang Ummi dan Ayah sendiri belum pasti keberkesannannya…

63 thoughts on “Kesan Pengambilan Epilim

  1. kesimpulannya,epilim ni bnyak memberi impak negatif dr impak positif..btul x??…so sy rsa better TIDAK trus m’ambilnya…sy cdgkan puan m’bwa anak puan b’jumpa dgn pakar neurologi atau mencuba rawatan alternatif seperti rawatan homeopathy dsb….sy doakan moga haziq cepat sembuh….;)

  2. timer kasih atas nasihat dan pandadangan. Entahlah… kalau ikut memang xnak beri makan ..tapi baru-baru ini sawan dia menjadi-jadi sehingga lebih kurang 10 kali dalam masa sehari semalam…x sanggup rasa hati melihat dia keadaan itu berterusan…Tapi masih tetap berusaha cara perubatan alternatif.

  3. salam.. roomate sy dh berusia 23 thun.. dia ambil epilim jgk.. tp, yg jenis biji yg kotak ungu tu… alhamdulillah dia ok jew. dia sihat.. dia mkn ubat tu slalu.. dh bertahun2 xjd sawan.. drpn die terus sawan. baik ambil ubat.. kesan smpingan akan dtg tuh kite serah kat tuhan.. sy dh hmpir 5 thun jaga kwn sy yg sawan ni… hnya 2 kali shja dia jadi sawan itu pon disebabkan die demam teruk dan sgt sejuk…. sy soakan pnulis sabar dgn dugaan nih…. doa itu penting… die yg cipta kita dan die xkan seksa hidup makhluk ciptaannya… insyaallah

  4. Anak saya juga makan epilim… Dalam dos yang kecil…1.8 ml… Sedih tapi tak ada pilihan lain… Doakan anak saya juga ye…

  5. Just nak share…anak saya suhail 6, makan epilim 1.8 ml… Cuba try minum alpha lipid… Mula2 minum suhu badan trus naik..demam! Najis warna hitam… Hijau.. Bau najis cam air longkang… Tapi lama2 dia bertambah sihat… Fungsi alpha lipid buang semua racun2 dalam badan… So saya anggap epilim akan turut terkeluar dari badan suhail…. Cuba r try… Kita usaha Allah yang menyihatkan…

  6. timer kasih atas pandangan anda semua..setiap pandangan ada kewajarannya..dan pasal susu alpha lipid tu. bila saya google..saya juga rasa nak mencuba. timer kasih banyak2 kerana ilmu yang bermanafaat.Insyaalah..sama2 lah kita berdoa untuk anak2 kita semoga mereka cepat sembuh…

  7. anak kesayangan saya juga dh buat EEG di KPJ Ipoh… doktor kata mmg anak saya sawan peringkat teruk… sbb selalu sgt jadi… kdang2 dlm sehari lebih 10x… saya takut sgt bila mmbaca ttg kesan2 epilim ni… perubatan alternatif pun sya cuba…homepati.. tpi x berkesan.. ada yg kata gangguan.. apa2 shaja semua saya & suami mencuba jgak… Saya berdoa pada ALLAH swt agar anak saya & anak2 tuan2puan2 yg ada sawan agar sembuhlah sepenuhnya… Amin… sesungguhnya hanya Allah yg mengetahui apakah yg ada dihadapan utk anak2 kita….

  8. Selain Epilim, ada byk lagi ubat sawan yg sepatutnya Neurologist boleh suggest untuk cuba. Anak saya pun mengalami sawan teruk, dan bila ambil epilim saya nampak dia macam berada dialam nya sendiri. Setelah mencuba Epilim, Clobazam(Frisium), Topamax, Keppra dan beberapa ubat lagi, sekarang anak saya bertahan dengan Keppra + Clobazam. Nak kata betul2 berkesan.. mungkin belum boleh kata lagi. But at least ini yg terbaik setakat ini. Moral, kalau Epilim itself tak berjaya, Mungkin kombinasi Epilim + ubat2 lain membantu. Itulah yg Neurologist Paed kami sekarang syorkan.. sebab kami dah try every single ubat dan nampaknya tak serasi.
    Cubalah discuss dengan Neurologist dan jangan putus asa.
    Selain dari itu, saya juga sedang cuba cari(lagi) kaedah rawatan alternative.

  9. selain sawan, epillim jugak digunakan sbg mood stabilizer. Anak saya autism, selalu tantrum n agresif, so sekarg ni doc kasi epillim. Tp sedih dia cam zombie, ngantuk selalu…

  10. anak saya sawan,tapi bila mengambil epilim dia dah jadi makin ganas.menggigit,mencakar dan memecahkan aper yg ader bila marah..saya stop terus….lagi lagi dah baca kisah akak ni..

  11. Hanya Allah yang tahu betapa hati ibu bapa bila anak2 mengalami epilepsi.Pelbagai usaha diadakan untuk mencari penawarnya.Saya juga salah seorg ibu yang mengalami nasib yang sama.mengalir air mata apabila melihatnya..x tahan dgn ejekan kawan2 di sekolahnya klu kena kat sk.Saya br cuba memberinya epilim tp kesannya x sampai hati nak tengok.baca kisah ni rasa nak hentikan terus.oktober ni nak ambil pmr doakan anak saya sihat sepanjang exam nanti.

  12. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, setelah seminggu menulis entry ini,penulis terus stop penambilan epilim..usaha yg penulis lakukan adalah cara altetnatif dan amalan surah2 dari al-quran. Boleh rujuk entri penulis rawatan sawan. Harap boleh meringankan penderitaan kita sama2. Insyaalah.

  13. .saya sediri pernah ambil ubat ni…memang banyak sampingan nya..pening berlarutan macam saya hadapi sekarang..sawan kekadang datang kekadang x ada langsung dalam masa setahun…dah lama saya tak kena sawan dan alhamdulillah sangat..saya kena masa umur 5 tahun dan sekarang dah berumur 18 tahun dan dah lama saya tak ambil ubat tu …saya pernah juga kena marah dengan doktor sebab tak buat rawatn lanjut..Insyallah anak puan akan sihat… sama2 la kita doakan untuk kesihatan kita semua agar lebih sihat insyallah..

  14. salam semua..sy jg mgalami masalah yg sama spt anda semua…suami sy jgk phdap pyakit sawan dan gambil ubat epilim 200mg…doktor suruh makan tiap2 hari 2 kali shari..tp sy x smp hati nk bg dia makan tiap2 hari coz asik ngnatuk je..so sy bg seminggu skx makan..sy takut jgk nk bg tiap2 hari sbb takut kesan smpingan nyer…so far bt masa skrg sawan tu menyerang sebulan skx..

  15. Assalam.saya nak kongsi utk semua.Adik saya telah ambil ubat ni dah bertahun2 utk penyakit sawannya. Sawannya makin bertambah kuat dan doktor terpaksa menambah dos epilim nya..Antara kesannya dia selalu mngantuk dan kemurungan. Selalu fikirkan perkara yang bukan2 n cepat marah n mengamuk.. Sya terlalu risau dengan keadaan dia mcm tu

  16. Sy menghidap penyakit epilepsy,sejak umur 15thn sye menghidap sawan..masa tuh mmg teruk…slps sye mkn ubat pil epilim 200mg (kotak warna ungu)..sy dpti sawan sy berkurangan….kini sawan sy hampir 1thn skali bwu jadi sawan…cuma mslhnya sy slalu sakit2 kpale…dan xsuka kluar memane akibat pening kpale ini…slps sy bce blog nih bwu sye taw knpe….mybe sy nk cube brenti mkn…skg sy tgh mcuba rawatan darul syifa…hrp2 sy dpt sembuh agar dpt sy jalani khidupan spt manusia yg sihat d luar sne…insyallah

  17. Terlalu hebat dugaannya..semoga saudara semua bersabar dan kita mnegharapkan yg terbaik untuk penyakit ini… Jika ada mengetahui sahabat2, teman2 yang telah pulih sudilah kiranya mengongsikan kaedah dan pusat rawatan yang terlibat…semoga kita boleh beriktiar di sana.

  18. sy baru shj mkn ubat epilim. rupanya betul2 terdapat kesan sampingan antara yg trjadi pd sy perasaan kuat marah mengamuk,rambut gugur..jika nk bgtau pd kluarga buknnya mrk takut atau kasihan..mrk lg suruh teruskn mkn spy takjd sawan asalkn sihat..dugaan terlampau byk.

  19. dah lama sejak umur 12 tahun..sblm ambil ubat epilim ,sy hnya ambil ubat penythoin dr sekolah menengh..tahun lps baru mggunakan epilim+penytoin dn terbaru + lamotrigen + acid folic..sy risau yg sy skrg alami kesan sampingn Dementia

  20. sya sndiri tgah ambil epilim..sjak drpda umur 14tahun.sya sndri xtahu mcm mna sya blh dpt sawan@epilepsi ni sdgkn sya xmnglami demam apatah lagi demam panas..wlupun sya mkn epillim tu,tpi epilepsi tetp akn jd..tp xkerap la.dlm sbuln tu ada la 2@3kali..tp mengenangkn sush pyh abah pg ambk ubt kt klinik,sya pksa diri sya makn jgk ubt tu..skrg sya msh lgi menuntut ilmu di mtrikulsi..spnjg sthun di matrik,bnyk kali jgk jd..tp sya tawakkal je la..sya tahu Allah xkn brikan ujian lbih dri kemampuan kita..sya rsa mcm dri sya ni myushkn kwn2..ksian kt diorg sbb kna tolong sya msa kna serg epilepsi tu..pling sya xblh lpa
    msa jd kt mtrik ni,msa buln puasa..lgi smnggu nk rya.sptutnya hari tu sya blik rumah sbb mtrk dh cuti.tp nsb xbaik,sya kna serg epilepsi..trus trbatal puasa stu hari..trpksa la tdo hospitl stu hari.stu lgi kjdian masa tgah ambik pmr..msa tu paper sejarah,kna serg epilepsi jgk.lpas dh ok ckit,sya gagahkan jgak diri ni untuk trus ambik paper tu sbb sya tahu klau sya skip paper tu memg sya akn fail..tp alhamdulillah,terbukti kekuasaan Allah..bila tngok result sejarah,sya sndri trkejut sbb sya dpt A untk paper tu..ckgu2 sndri pn trkjut..skrg sya truskn ambik ubt ni brsma dngn ubt2 tmbhn yg lain..dan tawakkal..yg lain sya serhkn kpdNya..

  21. saya jugaadalah pesakit sawan hampir 13 thn dah hampir kena serangan epilepsi setiap bln.saya akan kena semasa tdo dan saya mkn ubt carmezapine 200mg setiap puas dah cr perubatan tp msh mcm tu jg.ikutkan pedih hati bl nak pulih sihat mcm org lain.

  22. Sabarlah adik insantawakal dan Ida… memang tuhan tidak akan menguji seseorang itu lebih dari apa yang dia mampu… Insyaalah..kamu semua akan pulih..dan mungkinkah itu adalah stu cara uintuk allah menyuruh kita memperdekatkan diri kepadaNYA… Kalau ada sebarang perkembangan positif sudi-sudikalah berkongsi pengalaman dan tempat berubatan di ruangan komen kerana ia pasti boleh menolong orang-orang yang mempunyai masalah sama dengan kita. Dan di situ kita telah bengkongsi ilmu yang amat berguna dan berharga kepada yang amat memerlukan.

  23. Assalamualaikum. Terpanggil untuk berkongsi pengalaman anak saya. Namanya Aiman Haziq, kini berusia 5 tahun. Merupakan kanak-kanak spastik quadriplegic Cerebral Palsy with Global Development Delayed kerana masalah kromosom/genetik. Pernah makan 8 jenis ubat sawan termasuk epilim. Walau bagaimana pun, kami tawakkal. Bila lihat tak ada byk sangat perubahan. Kami hentikan ubat-ubatan hospital namun di bawah pengetahuan doktor pakar neurologi HKL. Haziq pernah diserang sawan 10 kali dalam sejam!! Memang perit kita yang menyaksikan. Haziq sejak 2010 makan suplement transfer factor hingga sekarang. Alhamdulillah imun sistem semakin kuat. Meneruskan dengan rawatan alternatif accupressure di Batu Pahat (terapi medan elektrik, terapi tekan titik acupunture dan terapi warna). Alhamdulilah, sawan sangat berkurangan. Dulu tiap-tiap hari, sekarang sekitar 2-4 kali sebulan. Kadang-kadang kita kena berani mengambil keputusan, selainnya kepada Dia kita mohon pertolongan. In sha Allah, pasti akan bertemu jalan keluarnya nanti….

  24. Cuba dengan rawatan Homoepathy pla, Dr wan di sitiawan.Address dia cuba cari dlm list di fb Malaysian Advocate.Dlu kami pernah bawa anak ‘angel’CP kami ke sana utk rawatan. Alhamdulillah ada rezkinya di sana. Lagipun dia pakar neuro & …InshaAllah

  25. Asslmkm…anak sy pun sawan sejak umur 2 thn..skrg 4 thn…mkn ubat sirap tu jgk…tp x membererukan kesan..bile bace tentang ubat ni….Allahuakbhar…dah banyak tmpt sy ikhtiar berubat…mungkin Allah x bg sembuh lg disbbkan ade hikmah disebaliknye…tp mnggu hadapan sy akan pg berubat di PJS 1 petaling…apabile tuan hj tu scan anak sy..ade gangguan…iaitu saka….sy akan pg sane untuk membuang saka…tetapi mahal la….tp sekali je buat..klu anak 4 thn dalam 150…

  26. Tuan haji tu yg suruh google tengok ape kesan sampingan ubat ipilim ni…kadang2 kite berubat banyak tmpt tapi kite x perasan ade tmpt yg mnggunekan jin…selalunye saka ni dr keturunan sebelah ayah…dr keturunan nenek moyang kite…klu sebelah ibu(isteri)dr mak dia….bacelah ape pun..x jln sbb dlm badan kite dah ade jin..sbb itu x jadi…sy akan cube tmpt itu dulu..tuan haji tu akan buat sekali saje…lepas tu kite akan buat sendiri..sblm kite nak buat untuk anak kite..kene buang saka dalam badan kite dulu…br boleh..sy akan cube dulu..mudah2an Allah bg pertolongan kpd kite yg senasib..bayaran nye mahal bg seorang dewase…330 rasenye…sy akan cube ..xpelah..mahal letak ketepi dulu…mudah2an Allah bg sembuh anak sy….kesian…sedih sy…klu nak tanye tuan yusuf..call sy dulu…sy bg no die…ni nmbr sy 013 9566274….klu dah dpt nmbr die…ceritelah masalah kite…die akan cerite satu2….tadi anak sy jadi sawan menangis…asyik pegang tengkuk je…bile tuan haji yusuf scan..die kate jin tu berade dibahagian tengkuk skrg..Allahuakbhar….try lah tnye nnt…perubatan islam….mudah2an Allah bg smbuh dan permudahkan urusan kite..sudah 2 org ustaz kate anak sy ade saka….

  27. saya juga melalui situasi yang sama…kdg2 rasa sedih pun ada bila tgk anak kena makan ubat ni hari-hari…pernah juga xbg makan, tp serangan datang semula…skrg ni masih berusaha untuk berubat…alhamdulillah nmpk perubahan..apa2 pun,Allah penentu segalanya..Dia yang berkuasa atas semua makhluknya…setiap penyakit dtg dariNya,dan penyembuhnya pun dariNya…kita sebagai hamba terus berusaha dan jgn putus berdoa & bertawakal kepadaNya.

  28. Anak saya berumur 16 dah tiga tahun kena sawan.macam2 dah kami usaha tapi belum nampak hasilnya.makan epilim pun sama juga jadinya.hampir setiap minggu kena serangan.sekolah dah berbulan tak pergi.makan apa ubat pun nampak sekejap je berkesan lepas tu jadi semula.
    Rasa berputus asa pun ada tapi itu tak baik seolah-olah tak terima ketentuan yg Allah beri.
    Insyaalah dengan berkat kesabaran akan ada penawarnya.

  29. assalamualaikum..sya juga pngidap pnyakit epilepsi ni..bru dikesan dan dah start makan ubat yang dibekalkan..tapi ubat cam xde kesan..sawan@epilepsi tetap jgak ada..kesan sampingan ubat yang saya dapat..kadang-kadang kita pasti buntu dalam usaha mencari jalan untuk sembuh. Tapi ingat la Allah tetap ada,sama-samalah kita berdoa dan In Syaa Allah akan dimakbulkan.

  30. assalam…..
    sy berumur 25 tahun.. dan sedang menyambung pengajian di ukm.. saya baru menyedari saya mengidap epilepsi bulan lepas. namun, daripada saya sekolah rendah lagi saya sdar ada something wrong dalam diri saya.. sebb selalu tersentak dan terkejut… tapi xpernh samp ke tahap kena sawan.. saya baru dua kali kena sawan.. waktu tu bila saya terlalu stress.. yg pertama kali sawan ibubapa saya tak bawa saya ke hospital (ibubapa sy lebih percaya dengan rawatan tradisional).. second time, roomate sy bawa pergi hospital dan ditahan untuk pemeriksaan lanjut dan diberi epilim 200g… saya kena mkn 2 kali sehari.. Alhamdulillah saya dah takda tersentak dan terkejut macam selalu.. dan memmang saya sedari sekarg sy ada masalah keguguran rambut yang sangat teruk.. selalu mengantuk dan emosi saya selalu terganggu.. dan saya percaya epilim juga merupakan ubat penenang.. saya lebih relaks sekarang.. walaupun saya sedari kesan penggunaan jangka panjang akan mendatangkan kesan yg teruk, namun, saya hanya berserah pdNYA.. saya tetap bersyukur kerana sudah berbelas tahun saya menanggung malu, kurang berkeyakinan disebabkan masalah yang saya hadapi. saya bersyukur dengan keadaan saya sekrang wlupun terpaksa bergantung degan epilim..

  31. Pingback: Epilim lagi… | Timang Tinggi-tinggi

  32. baby saya baru berumur 7 bulan tiba2 diserang apa yang dikatakan doktor sawan atau fit. dia kena sebanyak 7 kali tapi sawan dia bukan jenis yang kejang dan mulut berbuih, dia jadi separa sedar dan tidak respon dengan keadaan sekitar, dia juga boleh menghadapi kesukaran bernafas. doktof discarge dia dengan bekalan ubat epilim utk 3 bulan. kesan yang saya perhatikan bby saya menjadi lebih gembira dan kurang merengek. dia boleh bermain2 sendiri berlainan daripada sebelum ini akan menangis apabila ditinggalkan bersendirian.

  33. Pd 2005 sy dserang skali.,tp xda amek apa2 ubt..pastu ujung 2001 lg skali kena..then mgu lps lg skali kena.,br p hsptl.,doktor bg epilim200..nk tny pndpt kwn2 kt sni,prlukah sy mkn pil tu?adakah kerana x ckup mandi n x cukup tdur bleh dserang sawan?sbb semua 3x sy dserang,sblm tu sy x ckup tdo n mndi..prlukah mkn ubt tu?

  34. Baby saya umur baru 55 hari disahkan Dr. kena sawan, sekarang dalam proses diagnos punca dan kena makan Phenobarbital. Bila saya gugel.kesannya lebih kurang je dgn epilim ni 😦

  35. Salam semua… LUQMAN HERBS CENTRE merupakan pusat rawatan alternatif iaitu rawatan kaedah AYURVEDA. Pengamal perubatan AYURVEDA – Dr Luqman mempunyai kepakaran dalam merawat penyakit seperti:- Kencing Manis, Darah Tinggi, Arthritis, Batu Karang, Buasir, Resdung, Gaot, Asma, Psoriasis, Ekzema, X-linked Ichthyosis, Pemphigus, Sopak, Gastrik, Epilepsi / Sawan, Parkinson, Slip Disc, Talasemia, Irritable Bowel Disease (IBS), Migrane, Kanser, HIV, Lemah Tenaga Batin (Lelaki), Masalah Wanita dan penyakit lain.

    Sila lawati dan LIKE!! PAGE kami: LUQMAN AYURVEDIC HERBS CENTRE untuk maklumat lanjut. Untuk temujanji atau pertanyaan, hubungi Dr Luqman Ayurvedic di 014 6332307. LUQMAN HERBS CENTRE merupakan satu-satunya pusat rawatan AYURVEDA di negara ini yang pengasas dan perawatnya beragama Islam. Ubat-ubat yang kami bekalkan kepada pesakit adalah herba yang dikapsulkan tanpa campuran bahan kimia, dadah dan semestinya HALAL dimakan oleh semua orang.

    Lawati kami di: https://www.facebook.com/pages/Luqman-Ayurvedic-Herbs-Centre/377645228950903

  36. Salam,, terima kasih memberikan info ttg ubat epilim nie. Ptg td baru dc dr hsptl.. Anak prmpn umo 8 thn ditahan 2hari dlm ward. Kali nie third episod kena epilepsi. First time kena 11/02. Tak de sejarah sawan dlm family, first time kena waktu tido dlm jam11 mlm keadaan normal tak demam.. Keadaan waktu menghadapi yg pertama kali mmg sgt panik. Bila smpi klinik.. Doc cuma ckp x taw punca x boleh nak ckp punca. Sbb anak x de demam n sakit. Pulang rumah penuh tanda tanya. Second time kena kat rumah baby sitter.. Mlm semasa tgk tv. Badan dia kejang sebelah.. Third episod sama mlm n tgh nak tido.. Ketiganya sama x taw punca.. Selepas ditahan doc buat kata putus without scan.Epilepsi. Bg ubat epilim.. Anak saya mmg pendiam tetapi aktif dan suka dgr kata.. Tapi selepas missi bg makan ubat nie pada tgh hari tu.. Dia mula mengantuk. Bangun tido dia jadi teraktif dan menurut perasaan. Kalo dia kata A kita kena bg A.. Tak, nnt dia merajuk dan murung. Yg paling ketara bila dia suka kacau adik dia. Perangai ada 70% berubah. Lps bt pembyrn di kaunter hsptl.. Sy terus ke farmasi ambil ubat. Satu kotak berisi botol kaca ubat. Untuk penggunaan 3 bulan. Sehari 2 kali. Hati x sedap. Sy terus tnya staff yg bg ubat.. Ini ubat apa? Drug ke? Apa kesan sampingan dia? Then staff tu ckp.. Anak puan ada ‘tarik’kan.. So doc bg ubat nie untuk mkn… Hati ini mcm nak pecah bila staff tu ckp mcm tu.. Saya pun ckp .. Mcm mn doc boley bg ubt sdgkan scan x buat lagi.. Seandainya sy bg ubt nie, n selepas tu discan dia bukan epilepsi .. Sape yg nak jwb side effect dia. Ini drug kan.. ( sy sendiri dpt jwb apa yg sy persoalkan .. Tapi mgkn waktu tu perasaan seorg ibu blum blh terima anak sy ada penyakit tu).. Kmdn husbnd pun ckp.. X pe kita balik dulu. Staff tu pun diam x tak taw nak jwb apa.. Mgkn juga sy bukan org pertama berperangai mcm tu.. Hhmmpphh!
    Mlm nie.. Sy bt keputusan x bg anak sy mkn ubat nie.. Tapi perasaan takut menghantui diri sy. Lebih lagi slps bc entri di atas.. Namun ketakutan mengatasi dilema , dilema pulak mengatasi kasih syg.. Meminta dan mengharap pada yg Esa…
    Waktu kat wad, kawan sebelh katil ada bg taw tmpt brubat di Tmn scientx johor. Esok sy akan cr ustz tu.. Ikhtiar cara lain sape taw bertemu jodoh. Amin. Amin.Sama sama la kita berdoa.
    Untuk family yg senasib.. Sabar sabar dan terus ikhtiar dan berdoa semoga dipermudahkan segalanya.

  37. TOLONG KOMEN UNTUK SAYA DOKTOR
    JUMPA LAGI DOKTO R JAMPUN SUDAH DEKAT 1 PAGI ESOK SAYA AKAN
    EMIL DEKAT DOKTOR LAGI ASSALAM MUALAIKUM
    DARI WAN NO FAIZAH ALOR MERAH

  38. saya kini berumur 35 tahun, sewaktu usia 15 tahun membuat rawatan doktor mengklasifikasikan saya dapat epilepsi peringkat baru-baru nak jadi dan saya x pernah kena sawan tarik…cuma cepat penat dan cepat gelap mata kalo berada dlm kesesakan.. sehingga berumur 20 tahun saya makan ubat epilim yg doktor arahkan, kini saya mandul dan menopouse seawal umur 25 tahun. saya membuat anggapan doktor silap mengkalsifikasikan penyakit saya. saya salahkan doktor 100% tentang apa yg saya hadapi kini.

  39. cuba gunakan rawatan accutherapy..
    insyaallah berkesan..

    anak saya sawan, doktor bagi epilim tapi kami x berikannya..just amik jek supaya dktor x marah,,
    alhamdulillah selepas pergi ke pusat rawatan accutherapy,,
    sawan dh xde lagi…

  40. Ank saya pon kena tarik2 tu dr umo 3thn, skrg nk msuk 5 thn. Saya mmg takut sgt nk bg ubt hosp sb tau byk drug merbahaya. Dn doktor xkn ckp drug tu bahaya. Jd sy amk altenatif mkn ubt homopaty, alhmdulillah..sawan brkurangan. Bg saya stiap ape pun ubt yg kita nk amk kne yakin,mg2 Allah sihatkn ank kita. Lg 1 trus menerus brtaubat akn dosa2 kita, mg2 dr situ ade pndangan dn rahmat Allah pd kita. Mgkin Allah bg sakit tu pd kita @ ank kita,utk dia slalu dpt dengar pngaduan kita pd Dia

  41. Pingback: Ayraa on Epilim | embunyangterhormat

  42. Sekadar membuat pertanyaan,

    Saya pernah disahkan menghidap epilepsi semasa berusia 12 tahun tetapi tiada sebarang tanda atau punca semasa serangan kali pertama. Sawan hanya jadi pada hari tersebut sahaja. Semasa ecg dan ctscan juga tidak mengesan sebarang tanda atau apa-apa yang boleh mengaitkan dengan sawan tetapi atas nasihat doktor saya makan ubat epilim 200 selama 3 tahun dan berhenti (masa kejadian saya ada alami sakit perut yang amat teruk bukan atas kapasiti sakit yang boleh dijelaskan dengan sains).

    Minggu lepas, 27.3.15, pada umur 27 tahun (15 tahun selepas serangan terakhir), saya diserang tiga kali pada hari yang sama semasa sedang meluangkan masa dengan kawan dan di hospital (juga tiada sebarang tanda jelas kerana saya sememangnya sihat dan aktif sebelum serangan). Saya difahamkan oleh doktor dan adik saya, jantung saya turut berhenti selama beberapa ketika selepas serangan kali ketiga dan kembali berfungsi secara perlahan-lahan selepas 2x defibrillator machine dan manual pump oleh doktor dan MA. esok saya akan ke hospital semula untuk ecg, eeg dsbgnya.

    Apa yang saya musykil, apakah sebenarnya punca sawan dan adakah normal sekiranya hanya selepas 15 tahun jarak masa serangan pertama (2serangan 1hari) dan kedua(3serangan 1hari+jantung berhenti). Adakah normal sekiranya serangan datang tanpa sebarang tanda sebagaimana yang kebanyakan pengamal perubatan nyatakan biasanya ada tanda jelas sebelum serangan?

  43. Saya adalah salah seorang yg mengambil epilim ini.sememang lg banyak dos yg diberikan oleh doktor menyebabkan sawan saya lg kerap terjadi.saya sudah mengutarakanpada doktor tp doktor mengatakan dos yg diberikan x mencukupi dan doktor menambahkan lg.lagi teruk sawan saye.seterusnye saye mengurangkan sendiri dosnye,dan barulah sawan saya berkurangan.saya pun keliru tentang perkara ini.

  44. Aslmkm…sy berumur 25thun smsa prtma kali kne serangan sawan…boleh katekn semggu skali sy akn sawan…sypn mkn ubat epilim brbntuk pil dlm kotak ungu…selpas itu dlm sebln ade skali sy kne srgan…ade kala sy merasa simptom2 sprti diatas..kdg sy boley kwal smpton tu..kalau xboley kawal mmg sy sawanla…ade skali sy trkna sawan mase hndak tidur..pagi esok adk sy syorkn sy mkn ubat transfer factor dri company 4life…hmpir sethun sy dah xkene srgn sawan lg…sy just tawakal selbihnye Allah yg tentukn..sy hrp ank puan sembuh..doakn sy sembuh jga..tq

  45. Sedihnya baca blog ni..anak saya 11 tahun baru disahkan epilepsi. Skrg ni dkt wad hari ke 14 kerana alergik ubat carbamazepine 200mg. Masalah yg terjadi ialah naik ruam merah dan gatal dari muka hingga kaki. Doktor tgh bincangkan ubat utk ganti carbamazepine. Anak saya tiada tanda jadi epilepsi. Melihat kali pertama diserang epilepsi semasa dia tidur. Sgt menyedihkan. Skrg ni kesan ubat tu bukan sahaja membuatkan rashes dan gatal. Tetapi turut menyebabkan radang dkt hati anak saya. Allahuakbar..besarnya ujianmu.

  46. anak saya juga makan ubat sawan dos 1.4ml.
    saya tak ada pilihan.trpkasa kerana tak sangup tgk anak setiapp kali sawan terpaksa dimasukan ICU dan di jarum berkali kali.pernah sekli anak sawan dan lambat sedar sehinggah 2 jam dijarum lebih 50 kli dlm masa yg sama hanya utk sedarkan akan saya….hati seorg ayah dan ibu mana yg akan tenang bila melihat anak sakit kerana sawan.saya bertekat utk memberikan ubat atas arahan doktor mwngikut dos yg ditetapkan.kerana seblm ini saya takut memberikan ubat apabila di arahkan oleh doctor kerana takut kesan sampingan pada anak.Saya berserah pada allah diatas segala ujian yg diberikan.semoga anak saya NUR AQILLA MUFIZA sentiasa sihat dan penyakit sawan ini akan lenyap sampai bila bila dan pengambilan ubat sawan dpt dihentikan dan bergitu juga pada penulis blog ini semoga segalanya dipermudakan….

  47. Fikirkan kebaikan dari keburukkan…
    Sya jgk pesakit sawan…dh 15thn makan ubat epilim…Alhamdulillah lps mkn ubat tiada lg badan kejang,gigi terkancing…mulut berbuih…air kencing keluar…yg akan brlaku 2 ke 3 hari sekali…sakit bdn pun tiada akibat kekejangan…tarik²…so..sya syor truskn ambil ubat yg diberi..

  48. Anak saya pn sawan. Start umur 5 bln tanpa sbb x ada dmm x ada skt. Blaku stiap hr n bkali2 sehari. Hmpr setiap bln mesti msk wad n dah 2x PICU. Ambil ubt epilim jgk. Saya cuba cr jln sbb x nk dia bgntg dgn ubt wlpn dr dah sahkn dia ada pnyakt tubersclorosis sjns pnyakt yg jrg dtmui n akn bgntg dgn ubt spnjg hayat. Sbgai org islam sy yakin ayt alquran adlh pnwr tbaik. Saya amalkn 7x alfatihah selama 44 hari btrt2.stap kali bc tiup pd ubun2 ank n amalkn habbatussauda setitik dicampur air n mnm setiap mlm sblm tidur..Alhamdulillah dah sthn lbh dia x mnm ubat n x de swn dgn izin Allah.. skrg ni klu dia mngadu png saya bc Alfatihah n tiup kt ubun2 dia.. semoga anak saya dpt pulih dr pnyakit swn ni selamanya aamiin..

Tinggalkan komen