Rawatan sawan

Banyak info perubatan yang dapat penulis kumpul berkenaan penyakit sawan ini dan ada sesetengahnya sudah menjadi amalan harian penulis sejak akhir-akhir ini. Salah satunya ialah sentiasa memperdengarkan Ayat-Ayat Rukyah kepada pesakit sawan kerana ada sesetengah pendapat ilmuan perubatan islam, sawan adalah tidak dapat tidak berpunca dari gangguan jin dan iblis yang memang sejak dahulu lagi telah bersumpah di hadapan Allah yang dia akan mengganggu umat manusia hingga hari kiamat.

  • Surah Al-Maidah 5 ; Ayat 67-75
  • Surah Furqaan 25 ; Ayat41-52
  • Surah Yunus 10 ; Ayat 48 -61
  • Surah An’aam 6 ; Ayat 112 -122
  • Surah As Safffat 37 ; Ayat 120 – 144
  • Surah Hud 11 ; Ayat 84 – 95

KIlK DI SINI UNTUK DOWNLOAD AYAT-AYAT RUKYAH

Ayat Rukyah ini boleh diletakkan di dalam telefon, dalam komputer dan boleh juga dijadikan CD. penulis sendiri menjadikan ayat-ayat Rukyah ini sebagai peneman tidur anak penulis. Selain sawan, ayat-ayat ini sanagt berguna untuk sebarang gangguan jin,iblis dan saka.

Selain itu, jika seseorang itu yang memang diganggu jin atau iblis ini, sebaik-baiknya sentiasa mengamalkan zikir ‘Tho-Ha”  (Surah Tho-ha ayat 1) di mana-mana sahaja mereka berada agar jin di dalam badan mereka keluar. Kesannya semasa membaca zikir itu adalah perut akan terasa mual dan seterusnya sendawa…Ini petanda segala jin-jin dalam tubuh kita beransur-ansur keluar…InsyaAllah..Penulis juga bersyukur kerana Haziq memang sudah menghafal surah Tho-ha  ayat  1-6  semasa beliau belajar di PASTI. Jadi tidak sukar untuk beliau menyebutnya berulang kali memandangkan ayat dicadangkan hanya ayat 1 sahaja..

Penulis juga mendapat satu info dari blog-blog yang penulis “google” menyatakan   ketika seseorang diserang sawan, di ubun-ubunnya akan kelihatan sehelai rambut yang berpintal (macam spring) jika dibanding dengan rambut lain. Cabutlah rambut tersebut dari ubun-ubun pesakit sambil membaca ‘Bismillahimasyaallah’. Insyaallah jika diamalkan setiap kali terkena sawan, kekerapan penyakit tersebut berulang akan semakin berkurangan. Kaalu tiap-tiap hari kena akan berkurang kepada seminggu sekali, sebulan sekali,setahun sekali dan akan sembuh sepenuhnya jika diizinkan Allah. Dan insyaallah ianya tidak akan diwarisi oleh keturunan. Menurut penulis blog tersebut, ia adalah ilmu yang didapati semasa menonton kuliah “Tanyalah Ustaz”  yang disiarkan di TV 9 setiap pagi yang kebetulan menyiarkan tajuk  sawan.

Salah satu lagi info yang menarik untuk proses perubatan sawan ialah Khasiat Bunga Bawang Merah. Bunga bawang merah elok jika pesakit atau kanak-kanak  yang terkena sawan itu cium. Amalkan setiap hari.. Dekat mana ingin cari bunga bawang merah ye?? :). Dekat pasar Payang ada agaknya. Apa jua teknik dan perubatan yang selagi tidak bercanggah dengan tuntutan Islam akan cuba penulis usahakan kerana Allah sendiri menyatakan dalam firmannya  “Setiap penyakit ada ubatnya kecuali MATI “. Maka kita sebagai manusia perlulah berusaha selagi termampu dan selebihnya perlu bertawakal kepadaNYA.

Satu lagi blog menyatakan kebaikan rozel (rossele) yang boleh melancarkan peredaran darah. Dengan meminum jus rozel mungkin dapat menambahkan khasiat dan fungsi darah. Mungkin juga!! Sebab ada artikel penulis pernah baca tapi tidak ingat blog mana yang menyatakan punca sawan kemungkinan saluran darah yang sempit dan mungkin dengan meminum Rozel, ia boleh melancarkannya. Waahuaalam…

Info seterusnya. Pokok  bonglai putih yang bunganya merah dicampur dengan  umbi cekur, herba jerangau boleh  mengubati penyakit sawan. Pokok bonglai pun penulis tidak pernah dengar. Macam manalah agaknya rupanya.  Huh…!!!  Campuran ketiga-tiga ini  sapu pada tapak kaki atau kat badan untuk buang angin dan  yang kering boleh simpan dalam beg atau selit dalam bantal untuk anak kecil..supaya makluk halus tidak ganggu.  Insyallah..kata penulis blog tersebut kerana dia pernah mencuba dan berhasil.

Semasa di hospital ada juga seorang ayah pesakit yang sama-sama menjaga anaknya di hospital mengongsikan satu info

yang tidak kurang menariknya tentang teknik pengubatan sawan ini. Katanya anaknya sudah dua (2) orang yang berjaya hasil dari teknik yag dbuatnya.  Info ini dia perolehi dari seorang bomoh. Dia juga menasihati penulis, bukan suruh percaya kehebatan bomoh tersebut, tapi perlu berusaha jika benar yang dikata apa salahnya mencuba. Lagipun bagi penulis ia tidak salah jika niat kita untuk berubat. Menurutkan, tempurung kelapa yang ditebuk oleh tupai sangat elok dibuat tangkal dan dipakai ke badan kanak-kanak yang terkena sawan. Caranya cuma dipakaikan sahaja.

Tidak ada ayat-ayat yang perlu diamalkan semasa memakai tempurung tersebut.  Penulis memberitahu bapa penulis berkenaan tempurung tersebut. Bapa penulis menyatakan  mungkin juga itu adalah salah satu ubat sawan..hanya Allah yang mengetahui tiap-tiap satu penyakit.

Satu lagi kaedah yang mungkin kita boleh praktikkan ialah dengan cara berbekam. Menurut pengamal perubatan bekam, darah yang dikeluarkan melalui proses berbekam ialah darah kotor yang mengandungi toksid,toksin,uric acid,gula,lemak,racun dan juga gangguan jin.

Darah kotor mendiami di bawah eperdemis kulit. Dalam hadis sahih ada menyebut jin/syaitan bergerak dalam badan manusia mengikut aliran darah manusia. Jin pengganggu memang suka situasi yang kotor seperti darah kotor manusia,jadi bagi mereka yang menghidapi masalah gangguan jin,dengan kaedah berbekam insyaAllah gangguan jin anda berkurangan sebanyak 60% kerana darah kotor keluar dari badan semasa berbekam.

Darah bekam yang ada unsur gangguan jin bentuknya bertali.Jadi jin pengganggu akan semakin lemah dan kehilangan tapak pada badan manusia jika kita berbekam. Jadi disyorkan mana-mana pesakit gangguan jin pergilah berbekam selain mendapatkan rawatan ruqyah sebelum-sebelumnya, insyaallah kesembuhan akan maksimum.

Selain itu ada juga yang menyatakan pesakit sawan perlu dimandikan bersama ayahnya dicelah kelangkang bagi menghilangkan sawannya. Sebab dan  musababnya penulis tidak tahu cuma hanya sekadar satu perkongsian ilmu yang penulis tahu.

Banyak sekali info untuk perubatan sawan. Mungkin ada lagi teknik-teknik dan cara yang lebih baik yang penulis sendiri tidak tahu dan pembaca tahu bolehlah sama-sama berkongsi. Semoga ia boleh memberi manafaat kepada pembaca lain yang memerlukan pertolongan. Semoga info yang tidak seberapa ini juga boleh membantu pembaca di luar sana. Insyaaalah…..

penulis~ tidak pernah putus asa…

138 thoughts on “Rawatan sawan

  1. saya just nak share pengalaman sendiri…..terjadi pada anak perempuan saya dari lepas bersalin nurse pun pelik asyik menangis je sampai biru muka menangis…dia suruh bagi susu…sejak dari itu dia mmg kerap nangis sampai kadang-kadang 2 jam baru berenti nangis, mcm2 dah berikhtiar, mengurut le, jumpa bomoh le, nak tidur pun sampai kena tido dalam kete malam2, tu rutin harian pastu kena pasang surah yasin tiap2 malam..…macam2 dah buat dan selepas umurnya lebih kurang 6 bulan…..waktu tu lah….baru saya tahu apa itu penyakit sawan…..mata terbeliak nampak mata putih je…mulut berbuih….kaki kejang, terjadi di kampung….mmg taktahu nak wat mcmana….bawa lari ke klinik desa…bagi ubat yg masukkan ikut bontot pastu MD situ suruh cepat2 bawa pegi Hospital Jempol……kuar masuk hospital….dr kerajaan sampai swasta..ada sekali baru kuar dr hospital swasta, sampai rumah je…taksempat nak masuk rumah pun jadi lagi….bomoh ker..urut ke semua dah buat……kalau yg moden….anak saya doktor dah sarankan utk buat mri….dan amik ubat epilim….hari2 kena makan sampai umoq 2 tahun…..dan akhirnya ditemukan oleh seorang hamba Allah…iaitu Produk SNE…..mula2 mmg takpercaya jugak pasal produk2 ni….just nak cuba,yg penting waktu tu apa yg sy piki akan tetap akan berusaha cr penawar untuk anak saya…………dan hasilnya mmg buat saya puashati dgn kesannya….anak saya dah sembuh sepenuhnya…..ubat hospital sy hentikan sendiri….dan sekarang umor dia dah 2 tahun …mmg tak pernah kena lagi sampai sekarang……alhamdulillah….jadi kesempatan ini, saya nk syorkan kepada sesiapa sahaja yg ada masalah sawan ini…cuba produk ini….www.produksne.com.my…..insyaallah……..

  2. Saya amat tertarik dgn rencana dan topik ini. Anak saya ada sawan sejak bayi lagi hingga sekarang berumur 20+. Dan pernah berubat maseh gitu. Sekarang makan ubat doctor. Selalu kena malam tetapi dia jerit panggil saya. Risau pulak tak tau nak bust apa. Umur dah meningkat tidak punya teman lagi. Minta nasehat apa harus sya buat?

    Ibu risau

    Email: mydater_8762@hotmail.com

  3. saya ibu kepada anak epilepsi..anak saya disahkan mengidap infantile spasm sejak Nov 2012..mula2 dulu doktor bg makan epilim dan prednisolone…pernah masuk hospital seminggu..masa makan prednisolone, anak saya jadi moody dan berat bdn naik mendadak,selera makan juga semakin menjadi…alhamdulillah setelah 2 bln,doktor stopkan ubat prednisolone dan skrg teruskan makan epilim je…saya juga masih melakukan rawatan alternatif, As-syifa dan skrg sedang menjalani rawatan di Pusat Rawatan Manarah,Kuang..Alhamdulillah dengan izin Allah, nmpk perubahan pada anak saya..bolehlah mencuba pada mereka yang berminat.

  4. Ida dn ieta anak kena masa usia berapa dan sekarang umur berapa?
    Brapa jenis ubat dr beri? Ada kurang setelah ambil epilim

  5. prednisole tu memang effect dia weight gain teramat dn moon face tk silap. Pas tu immune system pun low. Moody dn tantrum.

  6. Salam eina dan eita…anak saya pun disahkan infantile spasm sejak umur 3 bln…dan skrg sudah berumur 1 tahun 2 bln….dulu mmg mkn penisolone…dah stop continue dgn epilim dan kepra…juga pyridoxin…..sampai sekarang masih ada terkejut dan sentap…skrg kami stop sendiri semua ubat hospital…dan sedang menerima rawatan homeopathy kg sitiawan…kalau boleh nak contact eina dan ida…ni no tepon saya 0133866879

  7. salam semua,ank saya hadapi penyakit ini sejak umur 8 bln hingga sekarang dah 18 thn,macam2 dah berubat tp tak juga sembuh,kadang2 terjadi juga masa sedang belajar,minta ssiapa disini memberi cadangan utk mengubatinya,

  8. Salam hormat.Antara punca sawan yg saya pernah rawat ialah disebabkan masalah gangguan makhluk halus.Tetapi ramai yg tidak tahu kerana hanya rujuk dgn doktor hospital.Bagi sesiapa yg masih belum sembuh bolehlah berikhtiar dgn kaedah Holistik yg saya amalkan di klinik saya.Pusat Rawatan Fitrah Healthcare Centre No 7 Jln SG 3/1 Tmn Sri Gombak Batu Caves Selangor. Temujanji 0196676236 -Dr Wan

  9. Diharap kepada yang bagi info..biarlah ikhlas..Jangan semata-mata untuk melariskan perniagaan anda. Ini kerana harapan ibu bapa dan pesakit untuk kesembuhan amatlah tinggi…. Jika anda pengamal perubatan dan penjual produk kesihatan..sila berikan bukti untuk kesahihah yang penyakit sawan boleh sembuh… mohon maaf jika terkasar bahasa.

  10. Anak saya juga pernah mengidap sawan sejak berumur 6 bulan. Harapan untuk sembuh sememangnya sangat tinggi. Setiap kali saya berdoa untuk kesembuhan anak saya, pasti diiringi dengan cucuran air mata. Cakap je ubat apa dan di mana, kami pasti mencuba. Pencarian penawar penyakit sawan dan doa kami akhirnya dimakbulkan. Sekarang permata hati saya sangat aktif. Sebelum ini, setiap kali diserang sawan tarik, puteri saya akan menjadi lemah. Saya hanya mampu berdoa dan berharap keajaiban kurniaan Allah.

    Yang paling menyedihkan, seorang doktor menerangkan yang lama-kelamaan tangan dan kaki anak saya akan membengkok. Sesungguhnya Allah Maha Esa dan Maha Penyembuh!! Harap ibu-bapa di luar sana juga tidak mudah berputus-asa. Jangan berhenti berdoa dan berusaha ya. Mudah-mudahan anak tuan puan juga turut sembuh.

  11. Hamba Allah boleh tanye bawa anak berubat di mana? Saya anak kena sawan masa4 bulan dan sekarang die sudah 11 bulan…dah cube ubat hospital tp die jadi lemah dan tidak aktif…perubatan Islam pn banyak dh pegi…sekarang tengah cube hemopathy…kalau boleh share perubatan mana anda pergi…saya ingin mencuba bawa anak….mudah mudahan die dpt sembuh insayaallah

  12. Bleh tau ank kna sawan macam sne ye? Klu x keberatan bleh kte mesej untuk berkongsi cerita? Saya berusaha mencari penawar ank harap dapat sembuh macam ank anda Insyaallah … Ni no sye 0129142433

  13. Terkejut dan dental. Mata terkelip-kelip. Kekadang air liur meleleh. Tangan dan kaki bergerak-gerak. Macam2 cara perubatan saya dah cuba. Nak puan umur brp? Sawannya pula bagaimana?

  14. Ank sye skang bru 11 bulan…die mula kna mse umur 4 bln…die kna masa tgh tido Titibe die akan buku material pastu tangan n kaki menggigil, mate bkelip kelip and kekadang kuar air liur…same macam ank anda la…ank anda umur brape skang? Alhamdullilah die dh sembuh harap ank sye pn dpt sembuh…

  15. Salam semua..anak sy dh 5 kali kena sawan dlm masa 2 minggu ni…masa kena tu tak ada demam pn… slalu kena waktu pagi antr jam 7.30 ke 8 dalam tempoh 3 ke 5 minit stiap satu.. mata terbeliak ke atas, tangan dan kaki kejang dan ank sy tak tunjuk sebarang tindak balas.dh bw pergi hospital tp doctor belum sahkan apa2 lg..kna prgi lagi next tmujanji..mohon pndpt kwn2 semua kt cni yer..TQ

  16. Salam adk saya baru saja terkena pnyakit sawan umur dia 10tahun siapa boleh bagi cara mengubat sawan…….saya merayu kepada kawan2 semua……

  17. Alhamdulillah. Perkembangan anak saya memang ketara. Dulu 24 jam kena standby. Tak tahu time serangan sawan. Takut dan sedih tengok keadaan dia. Tidor saya pun tak nyenyak. Selain dari penggunaan produk organik ini, sawan ni ada pantang-larang yang kita kena jaga. Baru-baru ni ada pengamal peruabatan Islam turut bagi perkembangan anak yang cuba produk sama. Apa yg penting, alhamdulillah tiada kesan sampingan. Dan anak dah lebih cergas.

  18. Saya guna minyak biji anggur. Rasanya En Azmi boleh baca lebih lanjut di blog ni. Ada juga pantang larang yg perlu diikuti untuk mendapat keputusan yg lebih baik.

  19. hai,anak sy d serang sawan ktika umur 7 bln.skg dah 10 thn.dia sering kali mendapat sawan lps bgn tido.bkn ka pesakit sawan akn mgantuk slps mkn ubt mrk?apa yg plu sy laku kn?krgkn tido dia?tlg sy..

  20. Assalamualaikum. Anak puan Mami makan ubat sejak umur 7 bulan? Treatment apa yang dah buat? Apa yg doctor cakap?

  21. Saya guna minyak biji anggur Superpower Grape Seed. Kena ikut cara penggunaan yg betul. Alhamdulillah ada yg sembuh sepenuhnya.

  22. jika berminat nak sertai group whataap yg mengalami epilepsi bleh tinggalkan phone dan nama.anda akan diadd oleh admin.semua kat dalam group adalah senasib. bleh kongsi masalah dan cara rawatan yg telah /sedang dijalankan oleh ahli group.

  23. Assalamualaikum… sy berminat masuk gruop whatsappp..
    Anak sy kena sawan pada tahun lepas dan sekarang dah berumur 12tahun..

  24. Sy nk tau.pnyakit sawan ada x pantang larangnye?samada alahan mkan,mnum atau yg lain2 dlm aktvti sharian.

  25. as salam, saya disahkan kena epilepsi selepas pembedahan sinus 3 tahun lepas. saya dahulu makan epilim 9 biji setiap hari sampai mabuk2. Doktor pernah nak buat pembedahan tapi saya menolak. akhirnya saya refer kepada doktor pakar lain, yang menukarkan kepada keppra 4 x 500mg setiap hari. baru2 ni kena lagi dan saya sedang mencari2 alternatif2 lain. sekadar share dahulu. Syed

  26. share lagi, berikut adalah pantang2 yang diberitahu oleh orang lain kpd saya. Terserah untuk menerima:
    1) Jgn makan lauk dan nasi semalam
    2) Jgn lalu bawah ampaian
    3) Tidak boleh makan Kobis, terung panjang, kacang panjang, kacang boncis,
    4) Pakai pakaian dari bawah untuk kain sarung
    5) Tak boleh makan pucuk2 sayur
    6) Air batu tak boleh minum air batu

  27. Anak saya umur 6 bulan..baru disahkan infantile spasm..tolong sahabat semua boleh berkongsi pengalaman dan cara terbaik utk merawat penyakit sawan ini…tq

  28. Salam..mohon add kan saya sekali..
    Nur afiah ng abdullah
    0143739049
    Anak saya umur 2thn..sehari lebih 10x kena sawan..tak tau nak berubat kat maner lgi..mohon bantuan kpd yg tahu cara penyelesaiannye..sian kat ank yg takde dosa ni

  29. Bayi sy pun ada kena sawan dari umor 7 bulan smpai skg da 9 bulan masih kena sawan,, setiap bulan trkena sawan tp tak demAm,,Please add sy kt group ni no sy0127336525

  30. Tolong add saya dlm group..anak sya sawan dari umur 4 bln sampai sekarang dh 12 thn….Shah 0194623485..tima kasih..

  31. Joint kn sy group tu anak sy infantile spasms skrg dah 2 tahun tgh usaha cari ubat

    Azzureen
    0126894524

  32. Saya mempunyai anak cp atau lbih dikenali cerebel palsy..berumur 11 tahun ..beliau kena dpd umur 6bln kerana pendarahan otak.
    sering kena sawan diwaktu tidur..dan baru2 ini flm keadaan jaga.mmg risau sgt..jika ada yg sudi membantu cdgan atau rawatan..ibu rungsing
    Zainon dpd nsembilan..hp 0193730942

  33. Saya sendiri menhidap penyakit sawan.. tolong add sy dlm group whtssp
    Nama : bakhtiar
    No whtssap : 01112970692

  34. Saya nk join group tlg add saya
    Saya juga masih mencari penawar sawan
    Shafida 0147239376

  35. Assalamualaikum..tolong add aku dlm group sawan..anak aku bru 3 bulan lebih kena sawan..mata dia tgok kt atas dan badan kejang..skg ne tgh berubat kmpung tpi ada lgi.. Hrp add no aku msuk group sawan.. 0168174601

Tinggalkan komen