Hari ini posting pasal sawan. Memandangkan penulis merupakan salah seorang ahli Group Diskusi Epilepsi. Suka rasanya penulis ingin berkongsi maklumat tentang amalan-amalan yang dilakukan oleh ahli Group dan penulis sendiri.
Antara ayat yang terkini yang group epilepsi ini kongsikan ialah :
dan
Ayat-ayat ini dibaca semasa berlakunya sawan atau terasa seperti tanda-tanda awal sawan ingin datang menyerang. Caranya amat mudah di mana hanya baca berulang-ulang sambil letakkan tangan kanan di atas ubun-ubun dan tangan kiri di atas dada atau belakang atau tengkuk pesakit sambil menghembuskan ke ubun-ubun pesakit (cara penulis).
Penulis memang sudah masak dengan tanda-tanda awal kedatangan sawan Haziq. Jika dia sedang tidur contohnya, jika penulis ada berdekatan dengan Haziq, penulis akan terdengar bunyi macam ada benda yang singgah pada syiling atau kipas. Bunyi tu tak kuat …tapi bunyi itu sudah tidak asing lagi pada penulis dan mungkin orang lain tidak menyedari/perasan bunyi tersebut. Tidak lama selepas tu, pasti Haziq akan sawan. Satu keadaan lagi ialah tubuh Haziq panas macam orang demam…tapi dia tidak demam. Ada juga keadaan di mana kaki dan tangan Haziq akan sejuk macam air batu.
Jika tiga keadaan ini berlaku, sekiranya penulis duduk berdekatan dengan Haziq, Ayat-ayat di atas akan penulis perdengarkan kepada Haziq di tambah dengan:
Insya allah. Jika penulis sedar awal dengan membacakan ayat-ayat tersebut…sawan HAziq tidak akan berlaku dalam masa tersebut.
Sementara itu, Jika ketika sawan sedang berlaku..cukuplah membaca Surah Al-Anbia dan ayat dan Ayat Surah An-Syuraa berulang- ulang sehingga sawan reda.
Penulis- Semoga bermanafaat
Salam…macam mana nak beli minyak biji anggur?