Grafiti seni yangamat Menajubkan!

grafiti 7
Bayangkan kalau ada kat Malaysia, ramailah accident agaknya!

Pernahkan anda dengar berkenaan seni grafiti?

Seni grafiti mula berkembang sejak akhir tahun 1960. Ia bermula sejak empat dekad lalu sejak pengangkutan sistem bawah tanah New York diperkenalkan.Namun begitu, ia tidak mudah diterima sebagaimana seni-seni yang lain kerana biasanya seni grafiti pada masa itu selalunya dipersembahkan di lokasi-lokasi yang tidak sepatutnya dan tidak terduga seperti di dinding-dinding hotel dan di tempat-tempat awam. Ia seumpama sebuah vandalisme yang tidak dipersetujui untuk diktiraf sebagai sebuah seni.

Namun demikian, bandar-bandar seperti LA dan Chicago sekarang telah mengakui bakat grafitis-grafiitis ini dengan menyediakan pelbagai kemudahan untuk mereka melakukan seni grafitti mengikut undang-undang bagi membantu untuk menggalakkan bentuk seni dan mengurangkan jumlah seni grafiti yang muncul di bandar sebagai vandalisme. Ia juga telah diiktiraf di Brazil baru-baru ini dan seramai 66 pelukis telah menyambut baik pembukaan awal seni gafiti dengan mencorakkan sudut-sudut terbiar di Sao Paulo.

Beberapa seni gafiti yang begitu menakjubkan kita dan membuat mata kita tertipu.

Penulis : Alangkah bagusnya kalau  seni Grafiti ini ada di Malaysia!

Tinggalkan komen