Ayat yang Efektif untuk sawan

Hari ini posting pasal sawan. Memandangkan penulis merupakan salah seorang ahli Group Diskusi Epilepsi. Suka rasanya penulis ingin berkongsi maklumat tentang amalan-amalan yang dilakukan oleh ahli Group dan penulis sendiri.

Antara ayat yang terkini yang group epilepsi ini  kongsikan ialah :

 

doanabiyunus

 

dan

waiza

Ayat-ayat ini dibaca semasa berlakunya sawan atau terasa seperti tanda-tanda awal sawan ingin datang menyerang. Caranya amat mudah di mana hanya baca berulang-ulang sambil letakkan tangan  kanan di atas ubun-ubun dan tangan kiri di atas dada atau belakang atau tengkuk pesakit sambil  menghembuskan ke ubun-ubun pesakit (cara penulis).

Penulis memang sudah masak dengan tanda-tanda awal kedatangan sawan Haziq. Jika dia sedang tidur contohnya, jika penulis ada berdekatan dengan Haziq, penulis akan terdengar bunyi macam ada benda yang singgah pada syiling atau kipas. Bunyi tu tak kuat …tapi bunyi itu sudah tidak asing lagi  pada penulis dan mungkin orang lain tidak menyedari/perasan bunyi tersebut. Tidak lama selepas tu, pasti Haziq akan sawan. Satu keadaan lagi ialah tubuh Haziq panas macam orang demam…tapi dia tidak demam. Ada juga keadaan di mana kaki dan tangan Haziq akan sejuk macam air batu.

Jika tiga keadaan ini berlaku, sekiranya penulis duduk berdekatan dengan Haziq, Ayat-ayat di atas akan penulis perdengarkan kepada Haziq di tambah dengan:

  1. Salawat nabishalawatnabi
  2. Al-fatihahal-fatihah-1
  3. Empat  Qul dan Ayat Qursi4qul
  4. Surah Al-Harshlau anzalna

Insya allah. Jika penulis sedar awal dengan membacakan ayat-ayat tersebut…sawan HAziq tidak akan berlaku dalam masa tersebut.

Sementara itu, Jika ketika sawan sedang berlaku..cukuplah membaca  Surah Al-Anbia dan ayat dan Ayat Surah An-Syuraa berulang- ulang sehingga sawan reda.

Penulis- Semoga bermanafaat

 

Advertisements

Rawatan sawan

Banyak info perubatan yang dapat penulis kumpul berkenaan penyakit sawan ini dan ada sesetengahnya sudah menjadi amalan harian penulis sejak akhir-akhir ini. Salah satunya ialah sentiasa memperdengarkan Ayat-Ayat Rukyah kepada pesakit sawan kerana ada sesetengah pendapat ilmuan perubatan islam, sawan adalah tidak dapat tidak berpunca dari gangguan jin dan iblis yang memang sejak dahulu lagi telah bersumpah di hadapan Allah yang dia akan mengganggu umat manusia hingga hari kiamat.

  • Surah Al-Maidah 5 ; Ayat 67-75
  • Surah Furqaan 25 ; Ayat41-52
  • Surah Yunus 10 ; Ayat 48 -61
  • Surah An’aam 6 ; Ayat 112 -122
  • Surah As Safffat 37 ; Ayat 120 – 144
  • Surah Hud 11 ; Ayat 84 – 95

KIlK DI SINI UNTUK DOWNLOAD AYAT-AYAT RUKYAH

Ayat Rukyah ini boleh diletakkan di dalam telefon, dalam komputer dan boleh juga dijadikan CD. penulis sendiri menjadikan ayat-ayat Rukyah ini sebagai peneman tidur anak penulis. Selain sawan, ayat-ayat ini sanagt berguna untuk sebarang gangguan jin,iblis dan saka.

Selain itu, jika seseorang itu yang memang diganggu jin atau iblis ini, sebaik-baiknya sentiasa mengamalkan zikir ‘Tho-Ha”  (Surah Tho-ha ayat 1) di mana-mana sahaja mereka berada agar jin di dalam badan mereka keluar. Kesannya semasa membaca zikir itu adalah perut akan terasa mual dan seterusnya sendawa…Ini petanda segala jin-jin dalam tubuh kita beransur-ansur keluar…InsyaAllah..Penulis juga bersyukur kerana Haziq memang sudah menghafal surah Tho-ha  ayat  1-6  semasa beliau belajar di PASTI. Jadi tidak sukar untuk beliau menyebutnya berulang kali memandangkan ayat dicadangkan hanya ayat 1 sahaja..

Penulis juga mendapat satu info dari blog-blog yang penulis “google” menyatakan   ketika seseorang diserang sawan, di ubun-ubunnya akan kelihatan sehelai rambut yang berpintal (macam spring) jika dibanding dengan rambut lain. Cabutlah rambut tersebut dari ubun-ubun pesakit sambil membaca ‘Bismillahimasyaallah’. Insyaallah jika diamalkan setiap kali terkena sawan, kekerapan penyakit tersebut berulang akan semakin berkurangan. Kaalu tiap-tiap hari kena akan berkurang kepada seminggu sekali, sebulan sekali,setahun sekali dan akan sembuh sepenuhnya jika diizinkan Allah. Dan insyaallah ianya tidak akan diwarisi oleh keturunan. Menurut penulis blog tersebut, ia adalah ilmu yang didapati semasa menonton kuliah “Tanyalah Ustaz”  yang disiarkan di TV 9 setiap pagi yang kebetulan menyiarkan tajuk  sawan.

Salah satu lagi info yang menarik untuk proses perubatan sawan ialah Khasiat Bunga Bawang Merah. Bunga bawang merah elok jika pesakit atau kanak-kanak  yang terkena sawan itu cium. Amalkan setiap hari.. Dekat mana ingin cari bunga bawang merah ye?? :). Dekat pasar Payang ada agaknya. Apa jua teknik dan perubatan yang selagi tidak bercanggah dengan tuntutan Islam akan cuba penulis usahakan kerana Allah sendiri menyatakan dalam firmannya  “Setiap penyakit ada ubatnya kecuali MATI “. Maka kita sebagai manusia perlulah berusaha selagi termampu dan selebihnya perlu bertawakal kepadaNYA.

Satu lagi blog menyatakan kebaikan rozel (rossele) yang boleh melancarkan peredaran darah. Dengan meminum jus rozel mungkin dapat menambahkan khasiat dan fungsi darah. Mungkin juga!! Sebab ada artikel penulis pernah baca tapi tidak ingat blog mana yang menyatakan punca sawan kemungkinan saluran darah yang sempit dan mungkin dengan meminum Rozel, ia boleh melancarkannya. Waahuaalam…

Info seterusnya. Pokok  bonglai putih yang bunganya merah dicampur dengan  umbi cekur, herba jerangau boleh  mengubati penyakit sawan. Pokok bonglai pun penulis tidak pernah dengar. Macam manalah agaknya rupanya.  Huh…!!!  Campuran ketiga-tiga ini  sapu pada tapak kaki atau kat badan untuk buang angin dan  yang kering boleh simpan dalam beg atau selit dalam bantal untuk anak kecil..supaya makluk halus tidak ganggu.  Insyallah..kata penulis blog tersebut kerana dia pernah mencuba dan berhasil.

Semasa di hospital ada juga seorang ayah pesakit yang sama-sama menjaga anaknya di hospital mengongsikan satu info

yang tidak kurang menariknya tentang teknik pengubatan sawan ini. Katanya anaknya sudah dua (2) orang yang berjaya hasil dari teknik yag dbuatnya.  Info ini dia perolehi dari seorang bomoh. Dia juga menasihati penulis, bukan suruh percaya kehebatan bomoh tersebut, tapi perlu berusaha jika benar yang dikata apa salahnya mencuba. Lagipun bagi penulis ia tidak salah jika niat kita untuk berubat. Menurutkan, tempurung kelapa yang ditebuk oleh tupai sangat elok dibuat tangkal dan dipakai ke badan kanak-kanak yang terkena sawan. Caranya cuma dipakaikan sahaja.

Tidak ada ayat-ayat yang perlu diamalkan semasa memakai tempurung tersebut.  Penulis memberitahu bapa penulis berkenaan tempurung tersebut. Bapa penulis menyatakan  mungkin juga itu adalah salah satu ubat sawan..hanya Allah yang mengetahui tiap-tiap satu penyakit.

Satu lagi kaedah yang mungkin kita boleh praktikkan ialah dengan cara berbekam. Menurut pengamal perubatan bekam, darah yang dikeluarkan melalui proses berbekam ialah darah kotor yang mengandungi toksid,toksin,uric acid,gula,lemak,racun dan juga gangguan jin.

Darah kotor mendiami di bawah eperdemis kulit. Dalam hadis sahih ada menyebut jin/syaitan bergerak dalam badan manusia mengikut aliran darah manusia. Jin pengganggu memang suka situasi yang kotor seperti darah kotor manusia,jadi bagi mereka yang menghidapi masalah gangguan jin,dengan kaedah berbekam insyaAllah gangguan jin anda berkurangan sebanyak 60% kerana darah kotor keluar dari badan semasa berbekam.

Darah bekam yang ada unsur gangguan jin bentuknya bertali.Jadi jin pengganggu akan semakin lemah dan kehilangan tapak pada badan manusia jika kita berbekam. Jadi disyorkan mana-mana pesakit gangguan jin pergilah berbekam selain mendapatkan rawatan ruqyah sebelum-sebelumnya, insyaallah kesembuhan akan maksimum.

Selain itu ada juga yang menyatakan pesakit sawan perlu dimandikan bersama ayahnya dicelah kelangkang bagi menghilangkan sawannya. Sebab dan  musababnya penulis tidak tahu cuma hanya sekadar satu perkongsian ilmu yang penulis tahu.

Banyak sekali info untuk perubatan sawan. Mungkin ada lagi teknik-teknik dan cara yang lebih baik yang penulis sendiri tidak tahu dan pembaca tahu bolehlah sama-sama berkongsi. Semoga ia boleh memberi manafaat kepada pembaca lain yang memerlukan pertolongan. Semoga info yang tidak seberapa ini juga boleh membantu pembaca di luar sana. Insyaaalah…..

penulis~ tidak pernah putus asa…