Haziq dan EEG…

Lama betul penulis tidak mengemaskini blog ini.  Coretan ini sebenarnya sudah lama buat, cuma penulis tidak mempunyai masa untuk meneliti dan membuat pembetulan sepenuhnya sebelum ianya “dipublish”.  Maklumlah ini hanya hobi masa lapang penulis..kerja hakiki wajib didahulukan….

Masih berkisar tentang Haziq… 🙂 Haziq ceria seperti biasa. 10/4/2012 baru-baru ini Haziq telah menjalani ujian EEG. Apa itu EEG?? EEG ialah singkatan bagi perkataan Elektroensephalogram. EEG secara kuantitatif adalah satu instrumen atau kaedah yang saintifik ditubuhkan untuk menilai fungsi otak berdasarkan pemetaan aktiviti elektrik di dalam otak. Pakar perubatan menggunakan signal untuk mendiagnosa penyakit yang berhubungan dengan kelainan otak dan kejiwaan.

Melalui pembacaan yang penulis dapat, pesakit yang ingin menjalani ujian EEG perlu memastikan perkara-perkara berikut dikuti:

  • Rambut haruslah bersih dan bebas dari minyak, perapi, semburan dan sebagainya agar elektrod mudah melekat pada kulit kepala semasa ujian dijalankan.
  • Doktor juga akan menyarankan agar berhenti mengambil ubat-ubatan tertentu sebelum ujian yang boleh mengubah keputusan.
  • Mengelakkan dari kaffein sehingga 8 jam sebelum ujian dijalankan.
  • Jika  anak anak tidak dapat duduk diam, disyorkan anak anda tidur sepanjang EEG dijalankan agar proses EEG dapat berjalan dengan lancar dan mudah. Alhamduliilah Haziq budak yang baik dan tidak cepat bosan. Ujian yang dilakukan ke atasnya tidak memerlukan dia memakan ubat tidur.

Semasa  pengimejan fungsi otak, aktiviti elektrik otak anda akan diukur dalam 19 atau 25 lokasi di kepala anda, dianalisis menggunakan alat matematik yang kompleks dan statistik dalam perbandingan dengan norma atau purata. Norma ini adalah berdasarkan beribu-ribu aktiviti elektrik   yang tidak dikenali seperti gangguan neurologi, pembangunan, atau psikiatri. Kaedah penilaian fungsi otak inimemberi gambaran maklumat mengenai corak pengaktifan otak dan komunikasi yang boleh dikaitkan dengan kesukaran dalam fungsi kehidupan seharian seperti masalah dengan perhatian, kebimbangan, perasaan, pembelajaran atau tingkah laku.


Walaupun penggunaan teknik modern seperti CT Scan dan Magnetic Resonance Imaging (MRI) dapat memeriksa otak, namun EEG tetap berguna mengingat sifatnya yang non-destruktif, dapat digunakan secara on line dan sangat murah harganya dibandingkan kedua metoda. Di samping keunggulan lain, signal EEG dapat mengidentifikasi keadaan mental dan fikiran, serta menangkap persepsi seseorang terhadap rangsangan luar.

Graf disebelah menunjukkan graf yang diambil dari graf EEG Haziq. Penulis tidak pandai membaca graf tersebut dan pembantu perubatan di situ menyatakan ada graf yang menunjukkan pergerakan yang sedikit perlahan di bahagian sebelah belakang  otak kanan Haziq. Di situ yang berkemungkinan sawan namun ia belum dapat dipastikan lagi kerana keputusan EEG akan menentukan segalanya.

EEG digunakan dalam penilaian gangguan otak. Biasanya ia digunakan untuk menunjukkan jenis dan lokasi aktiviti di dalam otak semasa sawan. Ia juga digunakan untuk menilai orang-orang yang mempunyai masalah yang berkaitan dengan fungsi otak. Masalah-masalah ini mungkin termasuk kekeliruan, koma, tumor, kesukaran dengan pemikiran atau ingatan jangka panjang, atau melemahkan bahagian-bahagian tertentu badan (seperti kelemahan yang dikaitkan dengan strok).

Ujian EEG juga digunakan untuk menentukan kematian otak. Ia boleh digunakan untuk membuktikan bahawa seseorang ke atas peralatan sokongan hidup tidak mempunyai peluang pemulihan.

Keputusan EEG

Data yang diambil dari ujian yang dilakukan oleh Haziq akan dihantar ke Kota  Bharu. Keputusannya akan ditafsirkan oleh pakar neurologi di sana. Biasanya keputusan neurologi memakan masa masa yang agak lama dan mengikut doktor yang merawat Haziq, biasanya keputusan yang paling cepat yang diperolehi adalah selama 10 bulan dari tarikh EEG dibuat. Ish..Isk..Isk..lama betul yer. Ini kerana di Terengganu kita tidak mempunyai pakar neourologi lagi setakat ini. Sehingga coretan ini dipaparkan ialaitu 20 Jun 2012, belum ada apa-apa lagi keputusan EEG Haziq……

penulis~ Rasa tidak sabar dengan keputusan tersebut…dan apakah memang prosedur yang begitu lama untuk mengetahui keputusan tersebut diamalkan oleh negara-negara lain.???

Advertisements

2 thoughts on “Haziq dan EEG…

  1. Ank sy pon dh bt eeg,mri pon dh bt,mri normal,eeg abnormal,doc pakar eeg kata ade elektrik bhgian blkg kpla..smpi skrg umo dh 2thn 6 bln msh lg bergantong ubt,epilim n keppra,die dh mkn 2taun ubt epilim..keppra,1taun..blh tye umo haziq berapa?

  2. Umur haziq 8 tahun… Masa sawan umurnya 7 tahun… Anak puan ada kesan kurang tak bila makan ubat2 tu?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s