Coretan Buat Putera Sulong Ummi..

Assalamualaikum Ya anak Ummi yang kacak, hensem, baik tingkahlaku dan sememangnya anak yang soleh… Insyaallah. Che Muhammad Syahir Haziq bin Che Shafie. Saat Ummi menuliskan coretan ini, dirimu wahai putera Ummi baru melangkah umur 9 tahun dan sudah bersekolah rendah.

Ummi amat menyayangimu sebagaimana anak-anak Ummi yang lain. Bahkan Ummi terlalu ambil berat tentang dirimu lebih dari adik-adikmu yang lain.

Saat Ummi mengandungkan adikmu Hakeem, Kamu terlalu sukar untuk ke sekolah sehingga Ummi menjadi malu dengan teman-teman Ummi di pejabat. Terkadang Ummi menitiskan air mata apabila ada teman-teman pejabat Ummi yang tidak memahami betapa sulitnya Ummi untuk menyatakan pada mereka Ummi tidak mampu untuk bersama mereka di WP 1 dan WP2. Kamu tidak tahu apa itu WP 1 dan apa itu WP2? Tidak mengapalah anakku, itu tidak penting bagimu waktu ini, kerana kamu akan tahu kelak kerana semestinya kamu nanti akan bertambah matang dan pandai dalam meniti hari yang bakal mendatang.

Meskipun umurmu 9 tahun, namun kehidupanmu tidaklah sebagaimana kanak-kanak lain. Dirimu disahkan oleh doktor mempunyai masalah pembelajaran akibat dari serangan sawan yang terlalu kerap. Dirimu telah ditukarkan dari kelas biasa ke kelas Integrasi di mana kelas tersebut merupakan kelas anak-anak yang mempunyai masalah pembelajaran sepertimu. Itu tiada masalah bagi Ummi kerana Ummi sudah tahu, anak Ummi memang seorang istimewa. Dirimu juga telah diktiraf oleh kerajaan sebagai  Orang Kurang Upaya(OKU) dalam masalah pembelajaran dan telah mendapat wang saku sebanyak RM150 sebulan. Dengan wang itu nanti bolehlah ia menjadi bekalan kepadamu nanti pada masa akan datang kerana Ummi dan ayah rasanya tidak akan menggunakan duit itu sehingga kamu dewasa kelak.

Sekarang kamu bersama rakan-rakanmu di dalam kelas yang mempunyai masalah pembelajaran. Kamu sudah tidak lagi culas untuk ke sekolah. Namun Ummi lihat pekerjaanmu, tingkahlakumu, gerakmu, dan tindakanmu semuanya mengambil masa yang lama untuk dirimu memproses apa jua bentuk arahan. Kadang-kadang makanmu juga bersuap kerana kamu lebih banyak termenung. Mungkin itu adalah salah satu punca sawanmu yang kerap. Tidak sebagaimana sebelum dirimu diserang sawan. Semuanya kini lambat dan  benarlah kata doktor yang dirimu sebenarnya baru berusia 3 tahun!

Ummi akan cuba mencari penawar sehingga berjumpa kerana ada yang telah lama senasib denganmu telah pulih sepenuhnya. Ummi sangat menunggu saat itu. Saat yang diimpikan oleh setiap orang yang bergelar ibu. Kamu bertahanlah anakku. Saat itu akan tiba. Pasti akan tiba…Ummi amat yakin. Yakin kerana Allah sentiasa berada disamping kita..Cuma belum tiba saatnya lagi..Kerana DIA masih ingin menguji kita…Bersabarlah sayang…..

Hari ini, tanggal 7 April 2014 kamu diserang sawan di sekolah. Cikgumu menelefon Ummi supaya ke sekolah kerana dirimu diserang sawan. Tercipta sejarah hari ini  kerana kamu tidak pernah diserang sawan di sekolah sejak 3 tahun kamu bersekolah di situ. Mungkin cikgu-cikgumu panik kerana mereka tidak biasa  bersamamu tatkala sawan menyerang berlainan dengan Ummi dan nenekmu yang memang sudah tegar dengan penyakit misterimu itu. Ummi membawamu pulang ke rumah nenekmu dan Ummi ambil MINYAK BIJI ANGGUR sapu ke seluruh badanmu, tapak kakimu, tangan dan batang lehermu agar minyak itu dapat menyerap didalam tubuhmu. Minyak itu akan membekalkan oksigen yang cukup untuk perjalanan darahmu sayang dan ia akan menghalang dari pembentukan darah-darah beku yang membuatmu sawan. Insyaallah Ummi percaya, dengan amalan Ummi yang konsinsten menggunakan minyak ini, Ummi yakin kamu boleh dipulihkan kerana sudah hampir seminggu kamu tidak diserang sehinggalah detik hari ini…

penulis- harapan yang tinggi menggunung untuk pulihkan dirimu…

Advertisements

3 thoughts on “Coretan Buat Putera Sulong Ummi..

  1. sebak baca coretan ini..semoga puan terus tabah dengan dugaan ini..sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambanya diluar kamampuan kita..

  2. Ya Allah yang tuhanku.. Berikan petunjuk untuk penyakit sawan ini.. Puan.. saya pun takut jikalau saya terlambat untuk mengubati penyakit sawan anak saya.. yang baru bermula tetapi.. kita masih boleh ikhtiar.. sebab Sawan ini adalah gangguan JIN.. yang bernama Ummu Sibyan (Jin ibu penyakit sawan).. seperti di artikel :

    http://www.alhidayah-medic.com/coretan-hj-lokman/penyakit-sawan-epilepsi

    In sha Allah.. setelah anak pertama saya dahulunya.. berusia 2 tahun ke bawah.. terkena sawan dan telah berubat dan sekarang telah berusia 7 tahun .. bebas dari Sawan..sekarang.. anak saya yang kecil umur 2 tahun pulak yang kena.. In Sha Allah saya akan buat rawatan yang sama.. doa supaya bebas dari Makhluk Jin itu..

    amalkan apa yang di cadangkan untuk rawatan ISLAM..puan..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s