Pagar rumah

Pekerja sedang membuat pagar

Bina rumah atas tanah sendiri bukannya mudah. Bermacam-perkara perlu diuruskan sendiri. Bermula pening dari merekabentuk pelan sehinggalah pening ketika ingin memilih rekabentuk pagar rumah. Macam tidak habis-habis.

Dalam memilih rekabentuk pagar , pelbagai pagar yang penulis kaji dan jumpa.  Antara lokasi yang penulis sempat singgah ialah sekitar kawasan Chendering berdekatan dengan Sekolah Rendah Chendering. Banyak  rekabentuk rumah di situ amat menarik pada pandangan mata kasar penulis begitu juga dengan rekabentuk pagarnya. Jika ada di kalangan pembaca yang masih tercari-cari dan ingin memilih rekabentuk pagar bolehlah menjengok kawasan tersebut sebagai panduan awal. Manalah tahu ada yang berkenan di hati.

Dalam memerhati rumah-rumah dan pagar di sekitar kawasan tersebut, penulis banyak juga mengambil gambar. Namun demikian penulis amat berdukacita kerana telefon penulis telah menjadi “arwah” sebelum menjelang Hari Raya baru-baru ini dan semua kandungan yang berada dalam telefon tesebut secara automatik telah menjadi al-marhum. Maka tidak dapatlah penulis paparkan dan kongsikan kepada pembaca di sini.

NAmun demikian penulis cuba  memaparkan pagar-pagar yang penulis cari dalam internet dan rekabentuk ini memang tidak sehebat apa yang penulis lihat diluar sana. Harap-harap semoga ia dapat membantu.

Setelah berfikir dan bertanya pendapat teman-teman, maka terciptalah pagar rumah penulis sebegini rupa. Tidak terlalu serabut dan ia cukup ringkas pada mata penulis.

pandangan dari belakang rumah penulis dan pagar ini belum dipelas
Pandangan pagar dari sebelah sisis dalam di hadapan rumah penulis
rekabentuk pagar yang siap dari sudut yang lebih dekat.

penulis ~ pagar dah siap dah….. hu…hu…hu…

Banyaknya cabaran! (METAL FORTIS)

Adik iapr penulis
Adik iapr penulis

Di dalam Al-Quran memang dengan jelas dan terang menyatakan punca rezeki sememangnya 9/10 daripada bidang perniagaaan. Tidak kiralah apa-apa jua perniagaan yang dijalankan. Berniaga di Pasar Ramadan, berniaga membuat perusahan batik, termasuklah berniaga di kedai runcit dan goreng pisang di kampung-kampung. Perniagaan sememangnya mempunyai persaingan hebat. lebih-lebih lagi jika berniaga benda yang sama.

Apa yang penulis cuba ceritakan hari ini ialah bagaimana perniagaan adik ipar penulis yang berniaga ‘ SET PRIMA BEAUTY’ semakin membuahkan hasil. Alhamdulillah, syukur pada tuhan atas rezeki yang dikurniakan untuk mereka berdua berkat usaha dan kesungguhan mereka mencari  metal fortis tersebut yang betul-betul asli dari Indonesia. Penulis juga terfikir, mungkin kerana beliau sendiri pernah tertipu dan semangat untuk mencari yang asli begitu berkobar-kobar dalam diri beliau. Penulis sendiri pernah turun padang sekali bersama beliau dan penulis perhatikan  beliau dapat mengecam warna dan bau metal fortis asli! Penulis memang tidak mampu lakukan sebab nampak sama dan serupa! Mungkin kerana beliau sudah lama dalam penggunaan produk Metal fortis. Teruskan membaca

PUYUH oh PUYUH

Jumaat perpuyuhtama puasa di bulan Ramadhan memang best!! Kami sekeluarga dihidangkan dengan sup dan puyuh goreng  jantan yang dipelihara oleh ayah penulis. Sebelas ekor puyuh jantan ayah penulis telah menjadi korban untuk hidangan kami petang itu.

Berikut merupakan  puyuh-puyuh yang telah selamat disembelih oleh Ustaz Muin dan aksi-aksi anak dan anak saudara penulis bersama puyuh sebelum puyuh tersebut dijadikan hidangan.

Daging Puyuh muda memang sedap dibuat sup atau digoreng. Kalu ditanya penulis mana satu yang lebih sedap, rasanya penulis lebih gemarkan puyuh goreng berbanding sup.   Nasib penulis kurang baik kerana gigi penulis belum boleh bekerja dengan elok pada hari tersebut. Gigi penulis membuat onar sejak hari Ahad permulaan puasa lagi dan  terpaksalah penulis akur dengan memakan 2 ketul sahaja sup puyuh dan seketul puyuh goreng menikmatai hidangan puasa Jumaat penulis bersama keluarga.

Maaflah sebab tak sempat penulis kongsikan gambar sup dan goreng puyuh bersama pembaca kerana penulis terlupa.

Rasanya kalau menu berbulan puasa untuk pembaca yang masih tercari-cari pembezaan menu, bolehlah mencuba goreng atau sup puyuh untuk kelainan hidangan.

Penulis~ selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya diucapkan kepada semua pembaca blog ini.

METAL FORTIS (PRIMA BEUTY)

bundle Metal Fortis

bundle Metal Fortis

Hari ini penulis ingin bercerita tentang satu produk yang penulis sendiri guna. Hasilnya sangat tidak terduga oleh penulis. Percubaan ini pada mula-mula hanya sekadar ingin mencuba tapi hasilnya sungguh membuat penulis rasa sangat berpuas hati.

“PRIMA BEUTY“!! Itula nama produk tersebut. Harganya cuma RM55.00 satu set. “PRIMA BEUTY” merupakan produk metal fortis asli yang telah dijenamakan semula kerana produk metal fortis terlalu banyak barang tiruan.

Parut jerawat lama penulis yang dalam dan yang dirasakan mustahil untuk kembali kepada kulit asal telah menipis dan hampir tidak kelihatan!!!

Di sini penulis sekadar ingin berkongsi produk yang penulis gunakan jika ada pembaca diluar sana yang terlalu risau dengan masalah parut. Insyaalah kalau parut jerawat, ia betul-betul berkesan kerana penulis sendiri yang menggunakannya. Lawat web PRIMA BEUTY untuk keterangan lebih lanjut.

Produk ini datangnya dari Indonesia dan diperbuat dari bahan-bahan seperti kunyit, temulawak dan sabunnya diperbuat dari estrak buah-buahan. Jadi penulis tdak ragu untuk memilih produk ini sebagai produk penjagaan kulit meskipun penulis setia dengan produk CNI hampir 10 tahun. Produk CNI hanya menghilangkan jerawat dan tidak mampu untuk menghilangkan kesan dan parut-parut jerawat pada wajah penulis. Tambahan pula kos produk CNI terlalu tinggi dan produk  PRIMA BEUTY sangat menjimatkan disamping hasilnya yang lebih dari Produk CNI yang penulis pakai sebelum ini. Itulah antara faktor penulis bertukar kepada produk “PRIMA BEUTY

Penulis ingin berpesan kepada pembaca yang betul-betul ingin mencari produk metal fortis asli, lawatlah laman web “PRIMA BEUTY” kerana ia memang terjamin metal fortis asli kerana ia terus dipesan dari kilang Indonesia. Jangn mudah tertipu dengan produk metal fortis tiruan yang boleh menyebabkan kulit anda terbakar. Perlu berhati-hati!!

Kini penulis tidak risau untuk mendapatkan produk “PRIMA BEUTY” kerana adik ipar penulis sendiri yang menjadi pengedar untuk produk ini. Penulis pula yang menjadi bahan testimoninya!! Jangan terkejut jika muka penulis ada di web site “PRIMA BEUTY”  …:P

p/s- kalau dari dulu jumpa produk ini, tentu sudah banyak duit dapat disimpan.

Besi Hilang!

Beginilah bentuk besi Y12, tapi ini telah diikat dan dipotong. Bentuk yang dicuri ialah bentuk yang  datang dari kedai yang belum dipotong.
Beginilah bentuk besi Y12, tapi ini telah diikat dan dipotong. Bentuk yang dicuri

Sedih sungguh semalam bila mendengar berita kehilangan besi di tapak pembinaan rumah penulis. Sudah hampir lima (5) bulan penulis membina rumah di atas tanah sendiri dengan tiada sebarang kehilangan dan kehilangan semalam membuat penulis pasrah. Berita beginilah yang tidak mahu penulis dengar.  Bimbang, runsing,tidak tenteram, jiwa kacau dan segalanya bermain di fikiran penulis ketika ini. Apakah ini petanda awal untuk menyuruh penulis agar lebih berhati-hati supaya tidak ada lagi barang  yang hilang buat hari-hari berikutnya.

Besi Y12 yang panjang lebih kurang 20 kaki hilang sebanyak tujuh (7) batang. Besi itu ingin digunakan oleh tukang untuk membuat kabinet dan tangga rumah penulis. Nampaknya terpaksalah penulis membeli kembali besi tersebut untuk tidak merencatkan pembinaan rumah penulis. Harga sebatang besi Y12 lebih kurang RM 35- 40 sebatang. Tidak tahulah penulis berapa harga besi untuk saat ini pula. Sudah terbayang di mata penulis duit melayang ke kedai Hardware KK Jalan Kamaruddin bagi penggantian besi baru lebih kurang RM 300.00. Duit lagi..!

Sebenarnya berita kehilangan adalah berita biasa bagi pemilik-pemilik rumah dalam pembinaan  seperti penulis. Sepupu penulis sendiri dalam pembinaan rumahnya di Kubang Parit yang mungkin akan siap sepenuhnya pertengahan bulan Julai 2011 ini juga tidak lari dari masalah ini. Dia telah beberapa kali kehilangan besi dan telah dua (2) kali bangsal penyimpanan barang stor dan keperluan tukang di tapak pembinaan rumahya dikopek. Kawasan tapak pembinaan rumah penulis iaitu Kampung Wakaf Mempelam, Kubang Parit, Gong Pauh memang tidak asing lagi bagi mereka dan ia menjadi markas buat Mat-Mat Gian sekitar kawasan itu. Memang tidak hairan jika barang-barang seperti besi dan kabel elektrik akan hilang jika ada pembinaan rumah.

Malam tadi ibu penulis mendapat berita daripada  penjual goreng pisang yang dia  nampak budak kampung Gong Pauh menarik besi diseret untuk dijual ke Bukit Besar semalam. Maknanya pencuri itu mencuri besi di tapak pembinaan pada malam hari dan menjual besi tersebut pada petang hari keesokkkannya dengan hanya menyeretnya sahaja dengan motosikal !!   Penjual goreng pisang tersebut memang mengenali budak yang menyeret besi itu dan dia sememangnya ‘Penagih Dadah Tegar” yang amat dikenali oleh penduduk kampung. Namanya biarlah penulis rahsiakan, kerana penulis tidak mahu mengaibkan sesiapa. Penulis dapat rasakan memang besi tersebut memang dari rumah penulis.

Adik penulis akan menyiasat perkara ini dan akan berjumpa dengan orang yang disyaki tersebut. Jika benarlah orangnya, memang budak itu tdiak boleh lari ke mana. Kalau ingin suruh ganti,memang mereka ini tidak mampu melakukankannya. Apa yang penulis mahu agar adik penulis memberi amaran jika kehilangan lain berpunca dari mereka, meraka akan dicari hingga ke lubang cacing!! Bukan niat adik penulis untuk mencederakan mereka, cukuplah sekadar untuk membuat mereka takut untuk mengulangi perkara yang sama. Adik penulis pun bukannya berani sangat untuk mencerakan ‘Mat-Mat Gian’ tersebut. Silap haribulan jika tercedera, bala lain pulak yang akan menimpa. Darah mereka mungkin sudah dijangkiti virus HIV. Biarlah mereka dengan dunia mereka. Apa yang penulis mahu agar mereka tidak merosakkan harta benda penulis.

Penulis~ Makin risau, jika kehilangan yang berterusan akan menyebabkan bajet lari.

TERENGGANU JUARA PIALA FA!

 Terharu betul penulis malam tadi tengok Terengganu menang. Tahniah untuk pasukan Terengganu dan Jurulatihnya Irfan Bakti. Walaupun penulis seorang perempuan, lagak penulis malam tadi boleh mengalahkan adik lelaki penulis. Satu keluarga penulis duduk tercongok depan Tv dengan pelbagai aksi. Ada yang terlentang, ada yang parking siap-siap kerusi kat depan TV. Macam-macam aksi. Kalaulah penonton di rumah sudah pelbagai aksi, penonton dekat stadium memang teruk lagi lah gamaknya.

Semasa permainan berlangsung, penulis tidak berpuas hati dengan Manaf, dua kali dia membiarkan bola melintas tanpa membuat sebarang larian. Kenapa Manaf berbuat begitu? Dalam kepala penulis, Manaf buat apa yang T.Team buat ke? Tapi sangkaan penulis terhadap Manaf penulis padamkan terus setelah penulis melihat Manaf bersungguh-sungguh menyambut baik hantaran dari Shaari dan membawa terus ke gawang Kelantan, lantas di ditanduk oleh Daudsu ke gawang sendiri kerana tidak dapat mengawal bola. Terengganu GOL!!!!! Gol dalam saat-saat terakhir masa kecederaan..dan bukannya minit-minit terakhir. Paling terharu ialah penyokong Terengganu yang pada mulanya sudah beransur-ansur pulang masing-masing sempat lagi patah balik dan memanjat pagar stadium apabila terdengar sorokan gol penyamaan itu dijaringkan. Tempat duduk yang lengang, kembali penuh! Fuh…. Hebat sungguh penonton Terengganu. Tahniah untuk penonton Terengganu juga kerana memberi suntikan semangat kepada pasukan “PETEH TERENGGANU PETEH” !

Penulis juga ingin ucapkan terima kasih kepada penonton Kelantan yang telah melemparkan mercun ke dalam padang. Oleh kerana masa yang diambil untuk menyelesaikan insiden itu, terciptanya masa tambahan selama 4 minit. Kerana 4 minit itulah itulah Terengganu boleh menyamakan kedudukan yang mebawa faktor kemenangan kepada pasukan Terengganu. Tuah ayam nampah di kaki , Tuah Terengganu nampak di MERCUN… !

Meskipun Terengganu tewas di tempat sendiri pada perlawanan Piala Super baru-baru ini, penonton Terengganu tetap setia dan pasukan Terengganu memang tidak mengecewakan! Kekalahan sekali, bukan bererti kekalahan untuk selama-lamanya. Tambahan masa selama 60 minit menyaksikan Terengganu menambah satu jaringan kemenangan yang menjulang Piala untuk pasukan Terengganu. Tahniah sekali lagi untuk pasukan “GANNU KITER”! TERENGGANU -2 KELANTAN -1

Penulis~ Semoga bola sepak Terengganu bebas dari Rasuah

ORANG ISLAM WAJIB MAKAN AYAM ORGANIK!

Kenapa penulis berani mengemukakan tajuk sebegitu? Tidak kasihankah penulis kepada peniaga-peniaga ayam daging di pasar-pasar yang mencari rezeki untuk anak dan isteri dengan berniaga ayam daging? Tidak terfikirkah penulis rezeki-rezeki mereka mungkin akan berkurang jika artikel ini penulis warwarkan?

 Ya! Penulis tahu semua itu. Bukan niat penulis ingin menyekat sumber rezeki mereka, bukan niat penulis untuk sengaja mereka-reka cerita. Niat penulis hanya satu, hanya ingin menyebarkan apa yang benar dan sebagai umat islam memang wajib perkara ini diketahui umum. Peniaga-peniaga ayam daging ini juga jika ada yang terbaca artikel ini, penulis seru agar segera menukar profesion mereka kepada menjual ayam organik pula ataupun jual lah selain daripada ayam daging!

 Mungkin anda masih tertanya-tanya kenapa penulis begitu membenci ayam daging? Bermusuhkan penulis dengan pembekal ayam daging? Bukan! Bukan! Bukan! Penulis tidak bermusuh dengan pembekal ayam daging. Penulis cuma ingin menghebahkan kepada semua:

 “ wahai UMAT-UMAT ISLAM seluruh pelusuk dunia, terutamanya orang-orang kampung penulis, penduduk daerah Kuala Terengganu, rakyat Malaysia umumnya, ketahuilah oleh anda semua bahawa AYAM DAGING yang anda makan sekarang mengandungi DNA/ ENZIM BABI”!! Babi?? Ya! Sekali lagi B.A.B.I !!!!!”

 Rujuk artikel di bawah untuk kesahihan:

http://www.topix.com/forum/world/brunei/THJEDO923ULQM8TRL

Artikel ini memang memeranjatkan dan bayangkan Dr. Zainol sanggup meninggalkan profession sebenar beliau dan mengusahakan ternakan ayam organik demi untuk membela tahap halal ayam-ayam yang ada sekarang. Terima kasih kepada Dr. Zainol kerana beliau membuka mata pengusaha-pengusaha Islam Malaysia dan banyak pengusaha syarikat ayam organik yang berkembang sekarang atas pendedahan beliau. Antaranya ialah ayam organik HPA. Penulis sendiri menggunakan ayam HPA sekarang. Rasanya manis dan perbezaan yang amat ketara ayam organik tidak mempunyai lemak yang tebal di lapisan luar kulit. Manakala tulang-tulangnya lebih kecil berbanding tulang ayam daging. Ayam organik juga tidak berbau busuk sebagaimana ayam daging.

 Sebagai orang islam,mencari yang halal adalah wajib. Jika benda halal sudah berada di depan mata, kenapa masih lagi menggunakan barangan yang tidak halal. Jika makanan bukan dari sumber yang halal, segala amal kebajikan juga rasa berat untuk dilakukan. Fikir-fikirkanlah!

 Beberapa artikel tentang ayam organik yang boleh dijadikan panduan untuk anda menambahkan pengetahuan:

 http://halalmuslims.blogspot.com/2010/01/ayam-radix-organik-hpa.html

 http://asastaniorganik.wordpress.com/2007/09/20/khasiat-herba-dlm-makanan-ayam-organik/

http://blog.hpa-online.net/produk-halal-hpa/ayam-kita-ayam-organik-hpa-sebagai-satu-alternatif.html

Ini pula artikel yang menandakan daging babi berleluasa dan terpaksa menggunakan kaedah untuk mebedakan daging babi dengan daging ayam.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PenyelidikUSMtemuikaedahbezadagingayamdanbabi/Article

penulis~ Terlalu banyak sangat benda yang haram. Jadi vegetarian la pulak gamaknya.

“Gam Daging” bukan isu remeh!

gam daging
Benda putih merupakan “gam daging” yang telah sebati dengan daging

Kebanyakan rakyat Malaysia memang suka makan daging, termasuklah diri penulis sendiri. Namun begitu, apabila penulis terbaca sebuah artikel pagi tadi, ia begitu mematahkan selera penulis dan penulis merasa begitu jijik apabila mengetahui perkara tersebut.

Bengang dengan perkara ini, penulis cuba mencari kepastian dan kebenaran dengan mengumpulkan sedikit maklumat buat tatapan pembaca tentang “Gam Daging” yang penulis perolehi dari pelbagai sumber.

Kita semua memang sedia maklum dan menyedari , bahawa daging lembu datang dari beratus-ratus ekor binatang dan datang dari pelbagai pelusuk dunia. Negara Malaysia contohnya merupakan antara negara pengimport terbesar daging dari India, Australia, New Zealand, Uruguay, Argentina dan Brazil.

Pernahkan terfikir oleh kita bagaimana daging-daging tesebut mula -mula diproses sebelum ia sampai di pasaraya-pasaraya kita. Klik di sini untuk paparan video yang bakal membuka mata anda.

Apakah Gam Daging?

Gam Daging adalah enzim yang disebut juga transglutaminase. Ia dihasilkan melalui enzim pembekuan darah dari plasma daging lembu dan babi yang  membantu

GAM DAGING
GAM DAGING

mengubah sisa potongan daging ke filets keseluruhan yang boleh dijual dengan harga pasaran.! Sekali lagi B.A.B.I. ! “Ba”, “Alif”, “Ba”, “Ya”, B.A.B.I . Gam Babi ini berbentuk serbuk putih sebagaimana gambar. Bayangkan binatang najis itu dijadikan bahan-bahan gam. Patutlah pelbagai jenis maksiat dan perkara-perkara laknat dilakukan umat Islam dewasa ini dek tertutupnya hati masing-masing berpunca dari pemakanan yang tidak halal. Gam Daging ini digunakan pada potongan daging, ayam dan ikan untuk tetap bersatu menjadi satu buku daging yang menjadi hampir tidak mungkin bagi kita untuk mengesannya.

Barang makanan yang berasaskan Gam Daging

  1. Sosej
  2. Steak
  3. Hot-dog
  4. burger/ham-burger
  5. Semua daging yang berasaskan daging olahan
     

Adakah Gam Daging Berbahaya?

Jawapannya ya! Kerana ia diawet dengan bahan kimia, pewarna dan perasa tiruan yang amat berbahaya dan beracun. Tambahan pula bagi umat Islam ia adalah tidak halal. Analisis 2007 oleh WCRF mendapati bahawa dengan memakan hanya satu sosej sehari boleh meningkatkan risiko kanser usus. Di mana sekitar satu sosej boleh meningkatkan kemungkinan kanser sebanyak 20 %. Penyelidikan lain juga mendapati bahawa daging olahan meningkatkan risiko kita untuk dihidapai penyakit berikut:

1. Kanser Colon – 50 %
2. Kanser Pundi Kencing – 59 %
3. Kanser Perut – 38 %
4. Kanser Pankreas dengan – 67 %

5. Diabetes – 50%

Kenapa “Gam Daging” Berleluasa

Perkara ini berlaku kerana kebanyakan industri perkilangan yang ada sekarang tidak mahu menanggung beban kerugian walau hanya satu sen! Oleh yang demikian, setiap cebisan dan sisa-sisa potongan kecil daging akan digunakan semaksimum yang mungkin dengan menggunakan “serbuk ajaib” tersebut. Ia dijual secara kilo dan menjadi satu rahsia kotor yang kini terbongkar. Apakah daging yang sampai kepada kita sekarang sudah diadunkan dengan “serbuk ajaib” tersebut? Mungkin Kementerian Pertanian dan Asas Tani boleh menjawab persoalan ini. Tapi jika difikirkan dengan akal yang logik, kita sudah boleh mengagak tanpa membuat rujukan dari Kementerian tersebut.

Selain itu, ada pendapat-pendapat umum yang menyatakan silap masyarakat kini yang terlalu inginkan benda yang murah. Akibat itulah pengusaha-pengusaha akan mencari alternatif supaya sesuatu barang tersebut boleh dijual dengan harga murah. Tapi yang menjadi tandanya penulis ialah adakah daging di pasaran sekarang murah? Jawapannya tentu sekali tidak. Habis bagaimana pendapat yang menyatakan masyarakat mahukan sesuatu yang murah? Berbaloikah mereka membayar sebuku daging yang telah ditampal-tampal dengan “gam daging” dengan harga yang sama dengan harga daging asal? Sungguh mudah pengusaha menipu dalam diam sedangkan mereka mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda. Kita sebagai pengguna pula sudahlah dihidangkan dengan daging yang tidak berkualiti ditambah pula dengan ancaman pelbagai penyakit akibat kerakusan pengusaha yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

Bagi mengatasi masalah ini, kerajaaan harus memainkan peranan. Bongkarkan rahsia “Gam Daging”. Hebahkan kepada masyarakat. Usah import daging-daging dari luar negara yang tidak diyakini kesahihahnya. Banyakkan pelihara lembu, kambing, kerbau dan sebagainya.

Penulis ~ Status barangan halal sekarang tetap diragui…..kecuali ditanam dan dibela sendiri.

oH gULA!!!

gula

gula

Baru minggu lepas penulis mengeluh dengan kenaikan Ron97 sebanyak 20 sen dengan harga baru RM2.90 seliter . Minggu ini tersentap pula dengan kenaikan gula sebanyak 20 sen juga kepada harga baru iaitu RM2.30 sekilogram. Betul-betul hebat pemimpin kita! Dalam seminggu membuat dua perkara yang begitu bermakna kepada rakyat yang membuat rakyat mungkin tidak akan lupa. Betul ke apa yang dicanangkan? Rakyat didahulukan? Pencapaian diutamakan? Penulis malas nak komen. Kalau komen lebih-lebih nanti dikatakan rakyat yang tak berterima kasih. Jadi kepada pembaca di luar sana, “Lu pikirla sendiri”. (Pinjam ‘trade marks Nabil dari Raja Lawak).

Walaubagaimanapun penulis ingin berkongsi tentang kebaikan kenaikan gula dari sudut positif sebagaimana yang telah diwarwarkan oleh menteri-menteri bijak pandai kita. Jika ada pembaca atau anak-anak pembaca yang ingin mencari isi kepada karangan SPM untuk tahun 2011 yang mungkin akan bertajuk “ Bincangkan Kesan Positif Kenaikan Gula di Malaysia” atau mungkin berbunyi “Kebaikan-kebaikan Kenaikan Gula di Malaysia” bolehlah menggunakan beberapa fakta di bawah:

  1. Kenaikan harga itu adalah untuk kebaikan rakyat, kerana negara ini antara yang mencatat jumlah pesakit kencing manis tertinggi di dunia.

  2. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Diabetis Malaysia, seramai 1.2 juta rakyat menghidap penyakit kencing manis.

  3. Statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan pula menyatakan bahawa untuk sehari hanya tujuh sudu gula sahaja diperlukan dalam makanan dan minuman.

  4. Pengurangan gula akan menjamin kesihatan.

  5. Kempen penanaman tebu untuk penggunaan sendiri.

  6. Mengurangkan subsidi kerajaan kepada rakyat supaya rakyat tidak berharap kepada kerajaan semata-mata.

  7. Kerajaan boleh berjimat sehingga RM 116.6 juta dengan kenaikan harag 20 sen seliter dan sebelum ini berbelanja hampir RM 1 billion setiap tahun untuk subsidi harga gula.

  8. Harga gula lebih rendah berbanding dengan gula di negara lain seperti Filipina, Indonesia, Thailand dan Singapura.

  9. Lahirnya inovasi-inovasi baru seperti biomanis yang boleh menggantiakn gula dan boleh menaikan taraf ekonomi negara.

  10. Kalau inginkan isi-isi yang lebih kukuh, boleh jugak semak di laman web ini yang boleh dijadikan panduan di sini.

gula

jOM PAKAT KURANGKAN PENGGUNAAN gula

Manakala kesan negatif kenaikan gula pula adalah terlalu banyak yang melampau-lampaudan tak mungkin terlarat untuk penulis senaraikan. Lagipun penulis tidak sanggup mencalar imej pemerintah dan pemimipin penulis sendiri. Penulis pinjam sekali lagi ‘trade marks’ Nabil, “Lu pikirla sendiri!!! “

Penulis ~ Tak larat nak fikir.

Seks di Penjara Bakal Diizinkan

Kerajaan kita perlu membuat kajian tentang perkara ini

Betul ke? Tajuk pun macam tak logik. Tapi inilah yang bakal dilakukan oleh kerajaan Indonesia tidak lama lagi. Perkara ini masih lagi pada peringkat kajian dan akan diperbincangkan secara panjang lebar sebelum ia diimplementasikan di negara tersebut. Klik sini untuk pautan akhbar tersebut.

Pada pendapat penulis perkara ini juga patut dibuat kajian oleh Kerajaan Malaysia kita memandangkan banyak kes-kes seks luar tabii yang berlaku di dalam penjara. Kerajaan Indonesia membuat keputusan ini juga berikutan untuk mengelakkan perkara yang tidak bermoral tersebut terus berlaku.

Penulis juga ingin berkongsi cerita di mana cerita ini merupakan cerita yang pernah diceritakan oleh anak buah penulis tentang pengalaman kawannya sendiri yang pernah manjadi tahanan reman selama 2 minggu di dalam lokap. Kawannya ini ditahan kerana  disyaki berada di bawah pengaruh dadah walhalnya  pada malam tersebut dia hanya menelan 2 biji panadol  kerana pada malam tersebut dia rasa tidak sedap badan.

2 minggu di dalam tahanan merupakan pengalaman paling ngeri yang pernah terjadi dalam hidupnya. Menurut anak buah penulis, kawannya itu sememangnya mempunyai rupa paras yang elok, hensem dan berkulit cerah. Disebabkan kelebihan yang dimilikinya itulah, dia terpaksa menanggung kesakitan yang melampau di dalam tahanan malahan selepas keluar dari tahanan pun, kesakitan itu juga masih berpanjangan. Bayangkanlah dia menjadi mangsa pemuas nafsu dalam tahanan selama 2 minggu!  Penulis sendiri rasa tidak sampai hati  mendengar cerita dari anak buah penulis itu. Kesiannya dia!

Penulis ~ Apa yang penulis ceritakan itu baru ditahan selama 2 minggu. Bayangkanlah jika manusia-manusia penjara itu ditahan selama berpuluh-puluh tahun.