Besi Hilang!

Beginilah bentuk besi Y12, tapi ini telah diikat dan dipotong. Bentuk yang dicuri ialah bentuk yang  datang dari kedai yang belum dipotong.
Beginilah bentuk besi Y12, tapi ini telah diikat dan dipotong. Bentuk yang dicuri

Sedih sungguh semalam bila mendengar berita kehilangan besi di tapak pembinaan rumah penulis. Sudah hampir lima (5) bulan penulis membina rumah di atas tanah sendiri dengan tiada sebarang kehilangan dan kehilangan semalam membuat penulis pasrah. Berita beginilah yang tidak mahu penulis dengar.  Bimbang, runsing,tidak tenteram, jiwa kacau dan segalanya bermain di fikiran penulis ketika ini. Apakah ini petanda awal untuk menyuruh penulis agar lebih berhati-hati supaya tidak ada lagi barang  yang hilang buat hari-hari berikutnya.

Besi Y12 yang panjang lebih kurang 20 kaki hilang sebanyak tujuh (7) batang. Besi itu ingin digunakan oleh tukang untuk membuat kabinet dan tangga rumah penulis. Nampaknya terpaksalah penulis membeli kembali besi tersebut untuk tidak merencatkan pembinaan rumah penulis. Harga sebatang besi Y12 lebih kurang RM 35- 40 sebatang. Tidak tahulah penulis berapa harga besi untuk saat ini pula. Sudah terbayang di mata penulis duit melayang ke kedai Hardware KK Jalan Kamaruddin bagi penggantian besi baru lebih kurang RM 300.00. Duit lagi..!

Sebenarnya berita kehilangan adalah berita biasa bagi pemilik-pemilik rumah dalam pembinaan  seperti penulis. Sepupu penulis sendiri dalam pembinaan rumahnya di Kubang Parit yang mungkin akan siap sepenuhnya pertengahan bulan Julai 2011 ini juga tidak lari dari masalah ini. Dia telah beberapa kali kehilangan besi dan telah dua (2) kali bangsal penyimpanan barang stor dan keperluan tukang di tapak pembinaan rumahya dikopek. Kawasan tapak pembinaan rumah penulis iaitu Kampung Wakaf Mempelam, Kubang Parit, Gong Pauh memang tidak asing lagi bagi mereka dan ia menjadi markas buat Mat-Mat Gian sekitar kawasan itu. Memang tidak hairan jika barang-barang seperti besi dan kabel elektrik akan hilang jika ada pembinaan rumah.

Malam tadi ibu penulis mendapat berita daripada  penjual goreng pisang yang dia  nampak budak kampung Gong Pauh menarik besi diseret untuk dijual ke Bukit Besar semalam. Maknanya pencuri itu mencuri besi di tapak pembinaan pada malam hari dan menjual besi tersebut pada petang hari keesokkkannya dengan hanya menyeretnya sahaja dengan motosikal !!   Penjual goreng pisang tersebut memang mengenali budak yang menyeret besi itu dan dia sememangnya ‘Penagih Dadah Tegar” yang amat dikenali oleh penduduk kampung. Namanya biarlah penulis rahsiakan, kerana penulis tidak mahu mengaibkan sesiapa. Penulis dapat rasakan memang besi tersebut memang dari rumah penulis.

Adik penulis akan menyiasat perkara ini dan akan berjumpa dengan orang yang disyaki tersebut. Jika benarlah orangnya, memang budak itu tdiak boleh lari ke mana. Kalau ingin suruh ganti,memang mereka ini tidak mampu melakukankannya. Apa yang penulis mahu agar adik penulis memberi amaran jika kehilangan lain berpunca dari mereka, meraka akan dicari hingga ke lubang cacing!! Bukan niat adik penulis untuk mencederakan mereka, cukuplah sekadar untuk membuat mereka takut untuk mengulangi perkara yang sama. Adik penulis pun bukannya berani sangat untuk mencerakan ‘Mat-Mat Gian’ tersebut. Silap haribulan jika tercedera, bala lain pulak yang akan menimpa. Darah mereka mungkin sudah dijangkiti virus HIV. Biarlah mereka dengan dunia mereka. Apa yang penulis mahu agar mereka tidak merosakkan harta benda penulis.

Penulis~ Makin risau, jika kehilangan yang berterusan akan menyebabkan bajet lari.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s