Pengemis di Sabah menakutkan!!!

Peminta sedekah atau lebih sinonim dengan panggilan Pengemis begitu belambak sekarang umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Di mana sahaja kita akan bertemu  dengan  makhluk  tuhan yang bernama pengemis  ini. Di kota besar, di kota kecil bahkan di kota-kota metropolitan.

Sebelum membuat entri ini, penulis ada menyingggah di blog abang mazidul kita. Beliau telah membongkar kisah pengemis jalanan yang tidak pernah-pernah serik untuk meminta sedekah meskipun banyak Operasi yang telah dijalankan. Pengemis-pengemis ini mencari simpati dengan memakai kopiah bagi  lelaki dan bertudung bagi perempuan bagi meraih simpati dari masyarat Islam. Liciknya permainan mereka. sila lawat di sini  untuk berita lanjut dari Abang Mazidul.

Di sini penulis ingin berkongsi sedikit perihal pengemis  semasa penulis bertandang ke Sabah baru-baru ini. Penulis memang tidak menjangkakan perkara itu berlaku dan ia merupakan perkara yang amat  menakutkan penulis sebenarnya.

Pasar Filipfina merupakan tempat wajib pergi bagi pengunjung Semenanjung seperti penulis jika berkunjung ke Sabah. Pasar tersebut menjual pelbagai barang cenderamata dan hasil kraftangan dari Sabah. Penulis memang tidak melepaskan peluang tersebut meskipun itu kali ke-3 penulis sampai ke negeri Bawah Bayu itu. Pelbagai cendermata seperti gelang, cincing, siput,kerongsang akan menarik hati penulis ke sana. Tidak lupa juga ikan kering dan hasil laut lain yang dijual dengan harga yang lebih murah berbanding harga semenanjung membuat penulis dan kawan-kawan penulis tidak cukup tangan membimbit barang masing-masing untuk  di bawa balik ke Semenanjung.

Pada hari kedua terkhir sebelum pulang ke Semenanjung, sekali lagi penulis  berpusing-pusing di pasar Filifina melihat lihat barang yang berkenan di hati sampai lewat petang. Kami pun mengambil keputusan untuk bersolat sahaja di surau berdekatan di pasar Filipina. Sementara menunggu teman satu pejabat sembanhyang, penulis bersama seorang lagi teman penulis  duduk di bangku menunggu. Saat itulah menulis melihat seorang kanak-kanak yang sebaya dengan Husna anak penulis yang berumur dalam lngkungan 3 tahun lebih berkaki ayam, dengan muka yang comot, baju yang koyak,rambut yang tidak terurus melintas di hadapan penulis. Aduh!! Perasaan penulis tersentuh dan timbul belas yang amat di hati penulis dan lantas memanggil budak itu dengan melambai tangan penulis ke arahnya meskipun ditegah oleh teman sepejabat penulis. Duit RM 5.00 penulis hulurkan padanya.

Apa seterusnya berlaku?? Ha…ha…ha…Padan muka penulis!! Tidak sampai seminit, dua tiga orang pengemis lain datang berkerumun di hadapan penulis. Penulis dan teman penulis sudah naik cuak dan berpura-pura tidak meperdulikan mereka. Apa yang mereka buat?? Mereka buat tidak tahu dan masih dan terus meminta-minta. Teman penulis sudah tidak senang duduk. Rasa bersalah timbul kerana membuat teman penulis berkongsi ketakutan atas perbuatan yang penulis lakukan sebentar tadi. mereka memang tidak tahu malu. Budak kecil yang penulis baru hulurkan RM 5.00 pun datang sekali lagi untuk meminta. Apa benda jenis pengemis ni??  Sehinggalah mereka dimarahai oleh peniaga di situ barulah mereka beredar dari tempat duduk kami.

Niat untuk bersolat di situ  kami batalkan. Kami terus pulang ke hotel kerana bimbang diekori lagi. Kesimpulannya, kepada pengunjung-pengujung yang ingin ke Sabah, hati-hati dengan pengemis di situ. Mereka bukannya orang Sabah. Mengikut peniaga-peniaga di situ mereka orang Filipina yang sengaja mencari rezeki dengan meminta-minta.

penulis~ serik dengan pengemis-pengemis macam ni.

Pemilihan Lampu Rumah, Plug dan Suiz

Suiz,lampu mahupun yang berada di pasaran mempunyai pelbagai rekabentuk dan ia memainkan peranan dalam menaikkan seri sesebuah rumah terutamanya di bahagian ruang keluarga dan ruang tamu. Dalam pemilihan tersebut, kita sebagai tuan rumah perlu beringat yang suiz mempunyai fungsi yang sama dan kita perlu berfikir panjang jika ingin menjimatkan kos. Ini kerana kepelbagaian suiz, lampu dan plug yang berada  di pasaran  dengan rekabentuk  unik dan cantik  boleh mengakibatkan   kos  perbelanjaan meningkat..

Pada pendapat peribadi penulis, tidak perlu untuk suiz yang cantik kerana setiap suiz dan plug pasti tidak mengecewakan kerana ia pasti menjalankan tanggungjawab yang sempurna sebagai sebuah suiz atau plug. Mungkin kita sebagai tuan rumah akan sedikit teruja dengan kelpelbagaian suiz yang terdapat di pasaran. Lihat sahaja keperlbagaian suiz sebagaimana gambar di bawah:

Pada mulanya penulis ingin memilih suiz yang agak mahal kerana cantik pada warna serta rekabentuknya,namun demikian,  apabila berfikir panjang, penulis hanya memilih suiz yang berwarna putih sahaja. (gara-gara badjet kurang ). Bagi anda yang mempunyai badjet yang cukup tinggi, suiz, plug dengan harga ribuan ringgit untuk sebuah  bunglow mungkin tidak menjadi  masalah. Rumah penulis hanya sekadar rumah sederhana dan tidak memerlukan suiz dan plug yang mahal.

Pemilihan lampu syiling juga tidak kurang hebatnya.Bagi rumah penulis, penulis memilih untuk menggunakan lampu LED. Tatacara letak di atas syiling sama seperti lampu downlight dan rekabentuk lampu LED lebih kurang sama dengan lampu downlight jugak.  Contoh lampu LED  di pasaran sebagaimana gambar bawah.

Kos lampu Led memang mahal berbanding dengan lampu downlight biasa seperti philips dan sebagainya. Tapi ia menjanjikan penjimatan elektrik yang luar biasa. Jika sebiji downlight kita menggunakan 18-24 watt elekrtrik, dengan Led kita hanya menggunakan 4-9 watt untuk sebji lampu. Di dalam sebiji lampu ada 4-9 LEd. Jika satu Led rosak, lampu kita masih boleh bernyala tidak seperti lampu downligt biasa. Jjika rosak lampur dowlight biasa, maka bergelapkan kita. Itu hanya pendapat penulis sahaja. Mungkin boleh dijadikan panduan untuk pembaca.

Rekabentuk lampu-lampu downligt dan lampu dinding lain sebagaimana dibawah:

Setakat ini dahulu coretan dari penulis untuk kali ini. Semoga berfaedah untuk anda semua.

penulis~ makin hari makin teruja apabila tengok rumah hampir siap.

KALAH…dengan bergaya

Berdasarkan ranking FIFA pada 23 Nov 2011 kedudukan negara-negara dalam Kumpulan C ialah seperti berikut:

Jepun tangga ke 19

Bahrain tangga ke 102

Syria tangga ke 115

Malaysia tangga ke155

Oleh yang demikian, tidak perlulah peminat bola sepak negara terlalu menyalahkan Skuad Harimau Malaya dengan kekalahan yang tercipta  malam tadi. Cuba tengok ranking di atas, Malaysia merupakan ranking yang boleh dibangggakan menentang negara-negara yang mempunyai ranking yang lebih baik.

Sebagai pemerhati dan peminat bola tanahair, saya beranggapan bola sepak Malaysia tidak perlu kepada pemain import dalam liga tempatan sekiranya persembahan dan kematangan yang dipamerkan di Stadium Bung Karno diimbas kembali.

Penulis:  Suka tengok bola sejak akhir-akhir ini 🙂

Belalang Misteri

Belalang apakah ini? Nampak macam belalang biasa. Tapi ia menimbulkan kekeliruan dan misteri kepada penulis kerana belalang ini sudah 2 kali berada di atas kereta penulis sewaktu penulis ingin pulang dari kerja.

Petang Khamis pertama, penulis pulang dari kerja dan  melihat belalang ini bertenggek di bonet belakang kereta penulis. Penulis tanpa rasa ragu, menangkap belalang tersebut dan dengan senang hati membenarkan makhluk tuhan itu menjadi penumpang di dalam kereta bersama penulis. Penulis sengaja menanggap belalang tersebut kerana penulis ingin menakut-nakutkan Husna dan Haziq. Sesampainya di rumah penulis terlupa untuk keluarkan belalang tersebut sehinggalah pada  keesokkannya penulis  terpaksa mengeluarkan belalalang tersebut sebagai bintang yang sudah tidak bernyawa lagi.  (Kejamnya penulis…maaafkan penulis wahai belalang).

Misteri ini menjadi lebih misteri lagi apabila belalang ini muncul lagi pada hari Khamis berikutnya pada waktu yang sama iaitu semasa penulis pulang dari kerja. Tapi ia bukan berada di bahagian bonet belakang, sebaliknya ia seakan-akan menyorok dari penulis melihatnya. Penulis perasaan kewujudannya berada di atas kereta penulis  semasa kereta penulis sudah meluncur keluar dari Wisma Negeri. Semasa melihat kelibat belalang itu sahaja, perasaan dan fikiran penulis sudah bercampur benda yang karut-marut. Semua tingkap kereta penulis, penulis tutup rapat-rapat kerana bimbang ia menyelinap masuk. Penulis  memecut kereta berharap agar belalang tersebut jatuh dan melompat apabila terkena angin ke tempat lain namun hampa kerana belalang tersebut masih gah berada di atas kereta penulis sehingga sampai ke rumah.

Apakah maksud  di sebalik belalang ini?

Kenapakah ia menyinggah di atas kereta penulis pada waktu petang hari Khamis sahaja?

Kenapakah ia berlaku  semasa penulis ingin pulang dari kerja?

Kenapakah belalang tersebut sama besar dengan belalang yang penulis jumpa petang Khamis sebelumnya?

Kenapakah kedua -dua belalang tersebut kakinya  tiada sebelah?

Kenapa belalalang tersebut tidak melompat ketika kereta meluncur laju?

Hari Khamis berikutnya belalang itu sudah tidak menyinggah lagi kerana penulis berada di Sabah pada ketika itu…..tapi mungkinkah hari Khamis akan datang ia datang lagi untuk menjadi tetamu kereta penulis?

penulis – Esok hari Khamis…apakah belalang itu bakal muncul lagi???? kalau muncul lagi esok…memang ia satu misteri yang sangat misteri….hu…hu…hu…

Terjemah “MYQURAN” jadi Shaitan?? -di google transalate


Cuba tengok ni…. !!! Jahanam betul diaorang!! Kepada umat Islam berhati-hati dengan “google translate” . Untuk menterjemahkan perkataan “MYQURAN” DARIPADA eNGLISH KEPADA maLAY akan keluar “Syaithan”. Cuba anda perhatikan dan cuba buat sendiri pada page “google tRANSLATE” . Semoga ada pihak yang boleh membantu menyelesaikan masalah ini. Mungkin ramai yang tidak perasan. Penulis pun baru sahaja mendapat info ini dari sebuah page yang begitu mengambil berat pasal ini.

Sebelum ini penulis difahamkan telah ada tindakan dibuat. Sebab itulah sekarang hanya huruf Besar sahaja akan diterjemahkan “SyAIThAN” kerana sebelum ini huruf kecil pun diterjemahkan dengan perkataan yang sama. Perkara ini seperti memang disengajakan!!!

penulis~ Macam-macam agenda jahat puak2 ini ingin menyesatkan umat ISlam.

Jersi Baru..

Hensem betul anak Ummi menyarungkan Jersi Negeri... 😉

Demam bola sepak memang terasa amat membahang sekarang. Di mana jua pasti ada kedengaran orang bercerita tentang bola. Penulis sendiri juga mengalaminya di mana pasti ada kedengaran orang bercerita tentang bola. Tidak kira di pejabat, di rumah mahupun di dinding Facebook Dan tidak ketinggalan juga di blog-blog. Mungkin juga disebabkan bola sepak negara kita sekarang sudah lupa tentang rasuah dan sebab itu ia kini dipandang tinggi oleh peminat-peminat bola sepak. Tidak pada suatu ketika dahulu,bola sepak sering dikaitkan dengan rasuah sana dan sini.

Agaknya penulispun terkena tempias demam bola. Apa tidaknya, kelmarin penulis belikan anak lelaki penulis  Haziq jersi salah seorang pemain “peteh” kegemaran penulis yang dijual dihadapan stadium Sultan Ismail Nasharuddin Shah. Jersi Nombor 20 ini merupakan jersi yang disarungkan oleh Abdul Manaf Mamat dalam perlawanan menentang Negeri Sembilan hari Sabtu ini. Harap-harap penyarung sebenar jersi nombor ini tidak mengecewakan pasukan Negeri Terengganu dalam perlawanan yang bakal berlangsung malam esok.

Adik penulis juga bertolak  ke Stadium Shah Alam dengan sebuah bas yang penuh dengan penduduk kampung Panji untuk memberi sokongan padu kepada pasukan Negeri. Memang bersemangat betul lah mereka semua ini.

penulis ~ mendoakan pasukan negeri membawa kemenangan untuk malam esok.

Kelengkapan Paip

Memlihi PAIP adalah sesuatu yang pasti bagi pembuat-pembuat rumah seperti penulis. “Di mana” paip  ingin dibeli , “Bagaimana” rupa bentuk paip dan “di mana” ingin menyesuaikan paip, “Berapa” pulak harga akan menjadi persoalan anda nanti sebagaimana yang penulis alami sekarang. Kalau cantik dan berkenan di hati, harganya pula membuat kita tidak tahan saku dan sesetengahnya sampai terbawa- bawa  ke  ke dalam mimpi pada waktu malam. ;p

Pening?? Jemu?? Bila agak-agak nak siap rumah aku?? Itulah yang akan bermain-main difikiran kita apabila perasaan setiap hari terpaksa mengadap muka jurujual barang kelengkapan rumah. Entah-entah jurujual kedai tersebut sudah naik loya tengok muka kita hampir setiap hari atau mungkin mereka sudah siap-siap  makan ubat tahan muntah sebelum kita datang!!

Bagi diri  penulis, penulis senang membeli di Kedai Aik  Hoe. Di manakah kedai Aik Hoe terletak? Kedai Aik Hoe terletak  di kampung Ladang.Penulis gemar ke sana kerana banyak pilihan yang boleh dibuat. Lihat saja  gambar di bawah:

Itu baru sahaja bahagian paip. Banyak lagi bahagian-bahagian lain yang amat mengujakan. kalau tidak percaya, pergilah sendiri ke Kedai Aik Hoe tersebut.

Selain Kedai Aik Hoe yang menjual perkakasan  kelengkapan rumah. banyak lagi kedai-kedai lain yang penulis pergi. Di antaranya kedai Boljui dan Kedai Insamadu yang terletak di Jalan Bukit Kechil.

Penulis: Rasa nak borong semua…. he..he..he..

iPad rezeki tidak terduga

Hari ini penulis ingin berkongsi cerita berkenaan i-pad baru penulis . Penulis dapat ini secara  percuma  kerana memenangi cabutan bertuah di kedai Aik Hoe One Stop Home Centre.

Bagi yang sedang membina rumah dan mencari barang sendiri untuk kerja-kerja pembinaan penulis amat sarankan ke Aik Hoe One Stop Home Centre  ini kerana banyak pilihan yang boleh dibuat disamping susunan barang yang amat mudah dan senang untuk mata kita bandingkan antara satu barang dengan barang yang lain. (promote  baik punya kedai Aik Hoe..mana tahu dapat benda lain plak…he..he..he.)

Berbalik  pada cerita penulis tadi.

Ini gambar penulis semasa pembahagian i-pad tersebut.  Penulis betul-betul teruja sampai beraksi sedemikian rupa. Bukan senang nak bertuah!!  🙂

Manakala ini pula gambar hadiah-hadiah yang sempat penulis ambil sebelum upacara penyampaian hadiah.

Salah seorang 5 dari  pemenang pemanas air.

penulis~ tuah ayam nampak dikaki…

Tragedi Ribut

Pokok yang tumbang dalam Wisma Negeri yang sempat penulis rakam keesokan selepas malam kejadian.

Tragedi ribut di Terengganu pada malam 27/9/2011 baru-baru ini  agak  memberi kesan kepada penulis sekeluarga. Kereta Pesona penulis terpaksa dibaik pulih kerana dihempap papan tanda kedai yang melayang dek kekuatan angin ribut malam tersebut. Bukan kereta penulis sahaja, malah banyak lagi kereta-kereta yang seangkatan kereta penulis yang menunggu giliran di Klinik Ummi Azizan menjadi mangsa tragedi tersebut.

Perlawanan bola sepak  yang berlangsung di antara Terengganu menentang Negeri Sembilan yang diadakan di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah  juga terpaksa ditunda oleh pengadil perlawanan dek cuaca  yang tidak mengizinkan  pada  malam  itu. Sewaktu berada dikllinik, penulis sempat juga menyaksikan  perlawanan tersebut  di kaca televisyen selama 10 minit sebelum ia terpaksa ditunda. Penulis juga dapat melihat bola yang dihantar oleh pemain-pemain juga selalu tersasar kerana angin kencang. Memang munasabah pengadil menunda perlawanan tersebut.

Sewaktu perjalanan pulang ke rumah setelah selesai urusan di klinik, banyak juga benda-benda tumbang yang penulis sempat perhatikan dan paling penulis terharu apabila melihat sebuat kereta dihempap pokok besar di hadapan Flat Sri Kolam. Bersyukurlah penulis  di dalam hati, dugaan yang Allah berikan kepada penulis begitu kecil berbanding orang yang keretanya dihempap pokok. Tidak silap penulis, syarikat insurans tidak akan melayan tuntutan jika ia dari Bencana Alam.

Lihat sahaja kerosakan kereta penulis di bawah 😦

Cermin sisi yangmemang sudah tidak boleh dipakai lagi.

Cermin sisi sebelah kiri penulis tidak patah tapi motor sudah rosak. Terpaksa beli set baru.

Menurut tempat servis proton, bahagian ini paling kuat dicipta berbanding dengan bahagian-bahagian lain proton. Dia mengakui bahawa angin malam itu memang kuat jika setakat papan tanda jatuh tanpa angin mungkin bahagian ini tidak kemek.

Pandangan kemek yang lebih dekat.

Gambar-gambar di atas penulis ambil pada malam kejadian setelah pulang dari rumah. Apa yang menyedihkan penulis pula ialah  apabila matahari mempamerkan wajahnya pada kesokkan harinya maka kereta penulis juga turut mempamerkan senyuman kesedihan kepada pemiliknya. :(. Rupa-rupanya bahagian bumbung, bahagian bonet hadapan turut menjadi tempat pesinggahan papan tanda tersebut pada malam itu. Tapi lupa untuk penulis merakan gambar tersebut.

Minggu ini penulis datang dengan kereta kenari adik penulis ke tempat kerja dan minggu ini juga ‘Pak Guard’  dengan ‘ Mak guard’  asyik tahan kereta penulis kerana tidak mempunyai pelekat . Terima kasih kepada adik penulis kerana memberi keizinan  kenari milikmu berjasa untuk kakandamu ini dan terima kasih  ‘Pak Guard’ dengan ‘ Mak guard’  yang memberi pelepasan masuk ke Wisma Negeri kepada penulis untuk minggu ini tanpa pelekat.  :P.

Penulis~ Kos biayanya  hampir setengah bulan gaji pokok….