Enzema tahap kronik!!!

Lamanya penulis tak singgah menjengah blog penulis ni..dah setahun rupanya.Sebenarnya bukannya penulis tidak suka menulis…namun ruang masa yang begitu terhad yang membuatkan penulis sedikit terlupa pada blog penulis ni.

cream cif

cream cif

Kali ini penulis ingin berkongsi masalah penyakit misteri yang tiba-tiba  dihadapi oleh penulis tahun ini iaitu tahun 2015. Penyakit ini dinamakan enzema. Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit ‘badang’  bagi istilah kampung. Kronologi penyakit ini bermula kerana penulis memakai produk Cif. Cif untuk menyental dapur dan sinki seperti gambar yang penulis kembarkan di sebelah. Selepas guna produk ini beberapa ketika, jari penulis mengalami gatal-gatal. Ingatkan gatal biasa, penulis pun mencarilah krim-krim di farmasi untuk hilangkan gatal tu. Aik…tidak juga mendatangkan kesan… tukar krim lain…. tak jadi jugak…. akhirknya pergi ke  2 buah klinik…siap ubat makan..sapu..dan cucuk… tak berkesan jugak..malah bertambah parah….. dari enzema bahagian jari merebak ke bahagian lain. Bahagian tangan…dan lengan dan mula bengkak….Gatal???? tak perlu nak cerita bab gatal…sangat gatal…sampai mengalirkan air mata nak tahan dari mengaru…

Nasihat penulis kepada yang belum mempunyai alahan atau apa-apa alergi yang sedang atau bercadang ingin memakai produk ini… berfikirlah 2, 3, 4, 5 kali. Banyaknya kena fikirnya….he..he…he… Ya..betul!!! Kena fikir banyak kali sebab apabila jika sudah menjadi enzema seperti penulis sudah tidak berguna lagi. Usahkan nak menyental guna cif tu….nak basuh pinggan…pun sakit yang amat apabila kena air. Belum lagi penulis nak ceritakan kesakitan-kesakitan yang lain.

Nasihat penulis untuk entri kali ini ialah jauhilah dari produk produk yang mempunyai hakisan yang tinggi. Betul produk ini sangat menyenangkan kerana dapur anda akan kelihatan kemas dan tiada sisa yang melekat kerana ia mudah tertanggal. Namun pada masa yang sama ia juga menghakis kulit anda dan bahan aktif yang terkandung di dalam produk ini akan meresap ke dalam darah anda. Darah anda menjadi kotor dan bercampur dengan bahan itu menyebabkan darah anda sudah beracun!!

Itulah yang terjadi kepada penulis…. sob.!!! sob!!!…sob!!! sob!!! 😦 😦 . Sedih sangat…!!! Apa tidaknya…kulit yang tiba-tiba elok bertukar menjadi merah … merekah..bersisik…menggatal…eh..betul ke…ayat menggatal…. he…he…he..abaikan…dan kekeringan. Apabila kekeringan..ia menjadi kesakitan tahap gaban. Sampai penulis tidak mampu membuat kerja rumah…kerana enzema itu. Kerja pun dalam seminggu penulis terpaksa ambil MC kerana kulit penulis sangat sakit apabila duduk di bawah teduhan aircond…ha..ha..teduhan….

Sekarang penulis sudah beransur pulih… dah 80% kesakitan berkurang dan proses pemulihan kulit pun hampir pulih sepenuhnya…apa yang penulis buat??? Tunggu penulis di entry seterusnya…..   saspen..saspen…. 😉

penulis- sungguh teruji..abapila Allah memberi ujian…demi ujian…