TELUR TIRUAN KER NI?

Image

Hah….!!! Cuba pembaca sekalian amati telur ni…… Terfikir atau tidak apa yang penulis sedang fikirkan?? Mesti kotak fikiran pembaca sekalian 100% sama sebagaimana apa yang sedang penulis fikirkan !! Betul tak?? Macam musykil sahaja telur ini dikeluarkan oleh seekor ayam kan??Ha..ha…ha..macam acuan yang tidak menjadi jerk..itu padangan mata kasar..bila disentuh pula,permukaan tidak rata dan tidak licin sebagaimana telur biasa.

Masalah penulis sekarang ialah..patutkah penulis menghabiskan telur ini yang baru sahaja di beli ni..patutkah?? patutkah??hu..hu… hu .. jawapanya ialah kalau sayang duit…makan jer lah… kalau sayang kesihatan keluarga..buang jer !! lMana lebih penting…? Pembaca sendiri boleh fikirkan.

Dibeli di mana ni??? He..he..mesti pembaca ingin tahu di mana kan?? Ya.. ini adalah perkara yang perlu penulis kongsikan. Penulis membelinya di Pasaraya Nirwana Maju di Kubang Parit.

Kepada pemilik Nirwana Maju.. Maaf jika blog ini mengganggu kosentrasi anda. Harapan penulis agar pemilik Nirwana Maju atau mana mana kakitangan beliau yang boleh memanjangkan perkara ini agar lebih berhati hati menjual pelbagai barang keperluan harian daripada  syarikat yang tidak bertanggungjawab yang hanya ingin mengaut untung. Tidak kira anda Islam atau tidak, anda Melayu, Cina atau India, semua agama melarang keras unsur penipuan.

Mungkin telur ini juga dijual di pasaraya pasaraya lain . Pembaca boleh semak kotak yang saya kembarkan dan Syarikat yang tertera pada kotak ialah Syarikat Charoen Pokphand Jaya Farm M Sdn. Bhd .

telur tiruan2

 

kotak telur


 

 

 

 

 

 

 

 

penulis~terlalu bayak unsur penipuan sekarang di zaman akhir zaman….

Advertisements

SUSU KARIHOME

Ikarihomestep2iNI DIA…!!.KARIHOME !!  Apa dia sebenarnya KARIHOME ini?? Bunyi macam pelik sahaja. Pernahkah anda mendengar perkataan KARIHOME sebelum ini? Jika belum…Jom ikuti penulis  mengupas  cerita KARIHOME untuk pembaca blog penulis kali ini.

KARIHOME … !! Dengan menggunakan perkataan “Kari”  dalam proses penjenamaannya, kita sendiri sudah boleh  mengagak ianya merujuk kepada KAMBING. 

Susu karihome ini penulis telah guna sebagai susu formula untuk putera penulis. Sebelum ini, dua orang anak penulis menggunakan susu jenama Anmum. Namun cinta penulis telah berubah arah apabila mengetahui kebaikan susu kambing berbanding susu LEMBU!!!

Kenapa dan Mengapa?? Pastinya pembaca ingin tahu kan? Di bawah ini ada penulis google

1. Bersifat Alkali
Didalam dunia ini hanya terdapat 3 jenis susu utama yg bersifat alkali iaitu susu ibu, susu kambing, dan susu ikan lumba=lumba. Kenapa sifat alkali bagus? Contoh mudah yg saya ingin utarakan ialah bolehkah susu lembu dijadikan sabun muka sepertimana susu kambing? he..he… sabun susu lembu…ada tak? ada tak? Tidak ada kan?? Sifat asid (masam) sememangnya menjadi racun atau memudaratkan jika melebihi had.

2. Mengubati penyakit alahan
Termasuk penyakit alah kepada susu lembu. Anak/anak yang mempunyai masalah enzema memang amat sesuai minum susu kambing kerana susu kambing tidak ada protein alahan sebagaimana yang terkadnung dalam lemak susu lembu.

3. Struktur kimianya yang ringkas
Struktur kimia susu kambing yang ringkas menyebabkan ia mudah dicerna. Satu sumber mengatakan susu kambing dapat dicerna dalam masa 20min berbanding susu lembu 4jam. Sebab itulah sesetengah orang yg minum susu kambing akan rasa panas badan disebabkan kadar metabolisme (pencernaan) badan yang tiggii.Perbandingan juga dibuat pada saiz partikel susu. Susu kambing mencatat saiz terkecil dituruti lembu dan kerbau.Saiznya lebih kecil dari sel darah merah.

4. Mengandungi anti oksida (cegah barah)
– keistimawaan yang dianugerahkan tuhan pada susu kambing yang dapat mencegah penyakit=penyakit yang merbahaya seperti Kancer.

5. Memperbaiki nerve2 @ saraf-saraf pada badan
– mampu menguatkan daya ingatan
– mengubati penyakit stroke yang melibatkan saraf

6. Kandungan protien yang lebih tinggi dari lembu
– mengapa la tak terlintas dalam kepala semua ni? tengok pada kambing kecik ja, tp byk kandungan protien dari lembu.
– dapat memberikan bentuk badan yang menarik, sistem kerangka yang kuat, tulang yang padat, vitamin A pada pada plasma darah, kalsium, tiamin, riboflavin, niacin, dan kepekatan sel darah merah yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan susu lembu.

7. Menurunkan kadar kolestrol dalam darah
– teramat-amat lah sesuai di sarankan kepada mereka yang ada masalah dengan pembuluh darah seperti sakit jantung.

8- Sunnah Nabi
– Nabi S.A.W menjadikan susu kambing sebagai minumannya. Kenapa? carik….

9- Manfaat Ibu Hamil
-Pemakanan yang berkhasiat boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi semasa dalam kandungan kerana apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Susu kambing sangat sesuai untuk ibu mengandung kerana ia kaya dengan protein, enzim-enzim dan Vitamin A yang penting untuk kesihatan. Pemakanan yang sihat bermula dari awal kehamilan dapat membantu proses tumbesaran bayi yang sihat, cergas dan pintar. Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan.

10- Manfaat Ibu Menyusu
-Ibu yang menyusu perlu menjaga pemakanan yang sihat agar dapat menyusui bayi dengan sempurna. Memang tidak dinafikan bahawa susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk bayi namun kebanyakan ibu-ibu terpaksa menghentikan penyususan ibu kerana aliran susu semakin perlahan sedangkan bayi memerlukan susu yang lebih apabila semakin membesar. Amalan meminum susu kambing dapat meningkatkan pengaliran susu badan. Apa yang menarik, selain menambahkan susu ibu, susu kambing juga boleh diberikan kepada bayi menggantikan susu lembu

11- Bayi dan Kanak-Kanak

-Kandungan kalsium yang tinggi dalam susu sangat baik untuk pembentukan tulang dan gigi kanak-kanak. Keunggulan lain susu kambing adalah susu kambing lebih mudah dicerna. Susu kambing mempunyai molekul protin & lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Jadi ia sangat baik untuk diet bayi.

– Paling hampir dengan susu ibu (minuman terbaik di dunia selepas susu ibu)
– Para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing (membela dan meminum susu kambing adalah sunnah)
– Tiada dijangkiti penyakit kambing gila (yang ada penyakit lembu gila)
– Kurang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu
– Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat

Okey!! Banyakkkan kelebihan susu kambing… ?? Dadi pembaca sekalian, jom sama-sama kita amalkan minuman sunnah. Sudah lama kita dimomokkan dengan susu lembu. Yahudi laknatullah sudah lama minum susu kambing. Kita yang tidak berapa cerdik ini telah dipergula-gulakan dengan kebaikan susu lembu. Mereka pintar sejak lahir..sejak dalam perut ibu. Kenapa? Kerana mereka mengetahui susu kambing itu bagus dan mnuman nabi kita.

Minuman susu yang paling digemari oleh Nabi Muhammad SAW ialah susu kambing. Susu kambing adalah makanan semulajadi berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan badan seharian. Ianya sesuai untuk semua lapisan umur. Susu ini boleh diminum panas atau sejuk malah boleh dibuat dadih, ais krim, keju dan mentega. Pada masa sekarang industri kosmetik mengeluarkan berbagai produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun, pewangi dan juga krim pencukur.

Memelihara kambing merupakan sunnah nabi-nabi

Walaupun ada unta, soalnya mengapa para nabi ditarbiyahkan dengan mengembala kambing?

1. Kambing ni suka belah jemaah (berpecah). Kalau dalam satu kumpulan kambing mesti ada seekor yang lari. Jadi, kesabaran pengembala teruji.

2. Kambing suka makan rumput. Tapi kambing tak suka makan dekat padang ragut yang disediakan untuknya. Kambing lebih suka makan tanaman jiran. Maknanya, memelihara kambing memerlukan pengawasan yang maksimum dari tuannya.

3. ”Saya pergi Mekah, saya tengok kambing-kambing ini jilat lumut kat atas batu” kata Dr. Jamnul Azhar. Kambing ini jilat lumut yang kaya dengan khasiat-khasiat pemakanan. Kita tak boleh jilat lumut sebab itu kita cuma minum susu kambing. Nabi S.A.W. meminum segelas susu panas sebelum tidur.

Tidak terkecuali nabi-nabi itu dari mengembala kambing.

Bela kambing mengajar rasa tawaduk

Kenapa tidak unta? Ya la unta kan besar nak dibandingkan dengan kambing. Unta dan kambing diibaratkan kereta Ferrari dan kereta Kancil. Ditakuti jika memelihara unta akan lahir sifat mazmumah seperti sombong, riak dan bangga diri.

Sabda Nabi S.A.W.: “Bela la kambing kerana padanya ada barakah/keberkatan” .

Nabi S.A.W. disusui oleh ibunya Saidatina Aminah. Kemudiaan diserahkan kepada Halamatus Saadiah sebagai ibu susunya yang kedua. Memang menjadi kebiasaan orang Arab menyerahkan anak-anak mereka kepada ibu-ibu di kampung yang baik akhlaknya.

Susu kambing boleh meningkatkan IQ, EQ

Terdapat 40 antibodi dalam susu ibu bagi seorang ibu. Jika 2 orang ibu, maka anak itu akan mendapat 80 antibodi.

”Adik saya, anak dia disusui oleh 2 ibu. Dia tinggal di Jordan. Dan terbukti anak itu lebih cerdas, cergas dan cerdik .”

Susu kambing hampir-hampir sama kandungannya dengan susu ibu. Jadi susu kambing ni boleh jadi susu alternatif kalau ibu tiada susu.

Bagi orang yang minum susu kambing, sama macam menyusu dekat 2 ibu. Dia dapat 80 antibodi. IQ tinggi dan EQ stabil.

Susu ibu + ibu susu (susu awal ibu) = anak hebat.

Perbezaan susu kambing dari Barat, Afrika dan tempat-tempat lain. Mana paling baik?

Seelok-eloknya susu kambing tempatan. Kambing ni akan makan sehari 40 pucuk yang berbeza menghasilkan 40 antibodi.

Susu kambing baik dijadikan sebagai supplement dan BUKAN menggantikan susu ibu.

Kadar lemak, protein dan air dalam susu kambing menyamai kadar lemak, protein dan air yang terdapat dalam susu ibu menjadikan susu kambing mudah dicerna dan menghasilkan susu awal ibu (ibu susu).

Semua peringkat anak-anak boleh minum susu kambing. Tiada masalah. Termasuklah para remaja, dewasa dan golongan ’ranum’.

Susu kambing juga kaya dengan enzim yang diperlukan oleh manusia

Bagi orang dewasa, susu kambing juga baik sebagai pelawas yang dapat mengelakkan penyakit undigestable food (sembelit).

Susu kambing mempunyai kalori yang tinggi.

Ia juga dapat menguatkan tenaga lelaki dan perempuan.

”Perempuan-perempuan yang meragam tu elok diberi minum susu kambing” kata Dr. Jamnul Azhar Mulkan.

Susu kambing tidak akan rosak walaupun dibekukan. Khasiatnya takkan hilang berbanding susu-susu lain, susu lembu contohnya.

Sunnah meminum susu kambing pada setiap hari Selasa dan Jumaat.

”Susu kambing yang fresh (lepas perah minum terus) tak bau hanyir dan sangat sedap, lemak.” kata Ust. Farid Ravi.

”Saya nak bagi petua kalau nak minum susu kambing, masukkan halia sikit, daun palas sikit supaya dia tak bau hanyir” kata Ust. Farid Ravi.

Keistimewaan Susu Kambing

Kaya dengan protein, enzim dan vitamin A. Mengandungi faktor anti-antritis (inflamasi sendi) dan anti barah. Diperakui oleh pakar-pakar kesihatan bahawa susu ini boleh mengubati demam kuning, penyakit kulit, gastrik, lelah (asma), insomnia dan ulser. Mudah dihadam kerana zarah lemaknya lebih kecil. Khasiat susu kambing yang disimpan sejuk atau sejuk beku tidak akan berubah kualitinya.

Khasiat Susu Kambing

Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu. Sepanjang temubual sewaktu lawatan dijalankan oleh pihak Unit Ruminen Kecil pada bulan April hingga Mei 1996, rata-rata penternak serta penggemar susu kambing bersepakat mengatakan susu kambing lebih banyak khasiatnya – dalam menyembuh serta mencegah penyakit “dalaman” antara lain:

a. Penyakit demam kuning.
b. Penyakit lemah jantung.
c. Penyakit darah tinggi/pening-pening.
d. Penyakit sendi-sendi dan buah pinggang.
e. Penyakit batuk kering.
f. Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati.
g. Penyakit saraf yang dialami bila usia semakin lanjut.
h. Cukup bermanfaat bagi mereka mereka yang mengalami lemah tenaga batin.
i. Sesuai diminum di waktu pagi dan malam sebelum tidur.

Wallahu’alam.

sampul

pamplet
Ayuh kita bangun!!

penulis~ Yahudi telah hafal isi Al=Quran…kita masih lagi bertatih untuk memahami al=Quran. jadilah kita pak turut..Padahal Al=Quran itu hak orang Islam.

Simplyslim mendapat sambutan menggalakkan!!

siimplyslim

siimplyslim

Salam kepada pengujung blog penulis. Lamanya tidak berkarya. Hari ini penulis ingin berkongsi produk yang penulis gunakan. Nama produk ini ialah simplyslim ands liming lotion.

Dengar nama cam best jer kan?? Tapi hakikatnya memang best pun!! (tak tipu sikit pun) Produk ini baru sahaja dilancarkan dan ia telahpun mendapat sambutan yang amat-amat menggalakkan.

Kenapa agaknya ia mendapat sambutan yang begitu menggalakan??

Tadaaaaaaaaaaaaaaa…..!! INI JAWAPANNYA:

S1 : Apakah kandungan pada losyen ini?
J1 : Kandungan nya ialah Aloe Vera Extract, Sodium Edta, Acrylate, Iris Florientina Extract, Collagen, Glycerine, Capsaicin, Fragrance , Triethanolamine, Methylparaben, Ethlyparaben, Extra Collagen, Isobutlyparaben, RO Water, Campurah buah-buahan Peach dan Lemon.

S2 : Adakah kandungan ini merbahaya pada kulit ?
J2 : Jangan bimbang.Kandungan ini selamat dan sangat bagus untuk kulit wajah dan badan kerana kandungan buah peach yang segar mampu melembutkan kulit orang-orang Asia.

S3 : Adakah losyen ini sah KKM dan Halal?
J3 : Ye.Semua kandungan losyen ini halal dan dikilangkan oleh kilang yang terdiri daripada orang-orang Islam dan kami amat menitikberatkan kandungan supaya sah untuk dibawa solat.Kilang ini juga bertaraf GMP dan  Sah Kementerian Kesihatan Malaysia. Jujur diingatkan untuk permulaan kami disyorkan menggunakan KKM kilang dahulu bagi melancarkan proses.. Seterusnya kami akan menggunakan KKM sendiri atas nama syarikat kami sendiri  kerana KKm utk Najeeha Beauty masih dlm proses. Untuk mengelakkan menjadi isu, kami tidak meletakkan sebarang no KKM pd stiker kerana pelanggan akan memperkatakan kenapa no KKM lama dan akan datang ini berlainan NOT. Hanya bila sah mendapat KKM syarikat sendiri, kami akan printkan pd stiker.Jadi ianya bukan isu kerana kami mendapat kelulusan KKM atas kandungan yang kilang kami sediakan ;)

S4 :Apa kelebihan SimplySlim ini ?
J4 : SimplySlim ini mempunyai Extra Collagen serta gabungan buah-buahan lemon dan peach yang membuatkan ramai pelanggan suka kan baunya yang segar dan wangi.. dan yang paling penting collagen ini sangat membantu melembut dan menggebukan kulit . Extra collagen ini diminta sendiri oleh pengasas kerana kulitnya sensitive terhadap satu-satu product. Alhamdulillah collagen ini sangat membantu. Kanak-kanak juga boleh amalkan simplyslim untuk tujuan kembung perut , lenguh-lenguh dan sebagainya

S5 : Berapa lama akan Nampak kesan?
J5 : Bergantung kepada tahap kandungan lemak seseorang. Purata nya dalam masa 2-3hari sudah rasa kesan sudah efektif pada tubuh badan seperti seluar yang ketat sudah ada rasa longgar-longgar, dan sebagainya.

S6 : Ada kesan gemuk balik ke tidak jika berhenti sapu SimplySlim ini?
J6 : Tiada kesan gemuk balik atau bentuk badan kembali kepada asal kerana SS ini adalah losyen untuk mendapatkan kembali bentuk badan yang cantik, menarik sekaligus memecahkan lemak-lemak degil terkumpul.Jika disapu itu adalah satu bonus pada diri sendiri untuk kembali langsing dan sekaligus boleh mendapatkan kulit lembut, gebu dan halus.

S7 : Perlu diet ke tidak kalau sapu SimplySlim ni ?
J7 : Tidak perlu berlapar dan menyeksakan diri . Selepas makan anda boleh sapu simplyslim bagi mengawal bentuk badan dan cepat-cepat hapuskan lemak yang baru nak bertamu itu.hehe

S8 : Golongan mana yang boleh sapu SimplySlim ni ?
J8 : Lelaki dan perempuan semua boleh sapu. Kanak-kanak seumur 5 tahun ke atas pon boleh sapu pada perut kembung dan dada jika ada batuk-batuk. Perempuan mengandung boleh sapu pada mana-mana bahagian dan elakkan sapu di bahagian perut bagi mengelakkan proses pembesaran perut. Hehe.. Perempuan tengah berpantang bersalin sangat disarankan sapu SS ini kerana bagus mengurangkan rekahan pd perut dan mana-mana bahagian selepas bersalin .

S9 : Apakah fungsi SimplySlim ini selain untuk melangsingkan badan?
J9 : Fungsi utama SimplySlim adalah untuk memecahkan lemak, melangsingkan badan, membentuk badan yang ideal, menghilangkan rekahan selulit, menghilangkan rekahan  kulit selepas bersalin, membentuk wajah /dagu supaya nampak runcing, melegakan perut kembung bagi kanak-kanak , menghilangkan lenguh-lenguh badan, melegakan sakit perut, dada dan etc, bagus utk pesakit strok, dll.

S10 : SimplySlim ni panas tak? Sesetengah produk saya pakai panas dan kulit jadi merah-merah
J10 : Tidak panas, kerana kami menggunakan extra collagen. Sesuai disapu pd kulit wajah dan tempat2 yang sensitif.. Rasa lembut dan dingin serta tidak terlalu panas.

serius…!!Memang best pakai…tidak macam sesetengah krim dekat pasaran yang rasa hangat 5minit pastu dah tak rasa apa-apa.Simplyslim ni, sejam pun masih rasa kehangatanya seperti baru disapu.!! Tak cayer ker…try la..beli dulu…wang anda akan dikembalikan.(yang beli kat sini sajer)

Jom try… Rm 70.00 jer. Tak rugi… Sebab sangat puas hati.Kalau yang dah cuba, apa tunggu-tunggu lagi… Jom jadi agent.Beli 10 dengan harga rm500.00.Nanti bleh dapat side income. Nak ambik 50 botol pun bleh…sebab saya suplier…harganya lagi..lagi..lagi menguntungkan….

Sesapa yang ambik 50 botol tu, try pakai kat badan sendiri dulu.Yang sihat2… Yang banyak lemak tu, ambik gambar, timbang dulu sebelum pakai… Hah..lepas seminggu sapu..ambik gambar..jangan kata timbang rosak pulak yer… Hu..hu…hu..baru best nak jual..bila sendiri dah hilang lemak ..tul tak?

Lagi satu, ianya cuma krim,tak yah nak makan…cuma sapu jer. Penulis sendiri takut…kalau benda yang makan-makan..yerla risau organ dalaman kita tu la..mana kita tahu. Apakebenda diletak dalam tu..mana kita tahu kan…?Itu pendapat peribadi penulis jer la. Korang nak makan terpulang la kan…Masing-masing punya pendapat dan masing-masing empunya badan.

Ok..sesapa nak beli boleh ke
official page tersebut :http://www.facebook.com/pages/Simplyslim-Firming-and-Slimming-Lotion/384542391641595?ref=hl atau bleh pm penulis kat fb penulis kat blog ni.

penulis-sangat-sangat puas hati dengan produk ni.

MINTAK TOLONG sekali…. “like” YER… ;)

Assalamualaikum semua kepada pembaca blog penulis. Huh… berkurun rasanya penulis tidak update blog ini sejak penulis melahirkan putera ke-3. Rasa rindu ingin berbloging memang ada namun kekangan masa yang tidak mengizinkannya. Banyak “draff” yang telah penulis buat tetapi tidak dapat “dipublish” lagi kerana banyak yang masih perlu “diedit” terutamanya kesalahan ejaan yang melampau. Biasalah masa idea ada, laju jer tangan menekan keyboard. Apa-apa kesalahan dibiarkan dahulu bagi mengelakkan idea itu hilang.

Hari ini penulis ingin berkongsi maklumat dan penulis rasa maklumat ini amat berharga kepada pengguna dan pemborong krim a-Dha. Kenapa penulis berkata demikian?? Ini kerana krim boleh dibeli dengan harga yang cukup murah jika dibandingkan dengan harga yang ditawarkan di tempat-tempat lain. Jika dibeli secara borong, pasti dan pasti akan bertambah murah. Jika ingin beli krim A-dha secara satu-satu pun boleh dan secara borong pun boleh cuma KLIK DI SINI atau terus ke blog http://perniagaanwakafmempelamm.wordpress.com/2012/12/17/khasiat-serum/ untuk harga yang pasti membuat anda teruja.

Untuk pengetahuan anda semua, blog tersebut dibuka untuk menampung pembiayaan ubat-ubatan putera penulis. Jika yang sudah lama mengikuti perkembangan blog penulis, pasti anda sudah dapat mengagak apa masalah yang penulis hadapi sekarang. Penulis menjual barang-barang tidak terlalu mahal dan jika dibandingkan dengan website lain kerana niat penulis bukan untuk menjadi kaya atau hidup senang tapi sekadar untuk membiayai kos perubatan Haziq yang kadang-kadang terpaksa membuat penulis berhutang dengan adik beradik penulis.

Sebenarnya blog itu pun belum siap sepenuhnya. Tujuan penulis “PUBLISH” di sini untuk meminta kawan-kawan penulis, sahabat handai penulis “LiKE” page penulis untuk penulis meneruskan usaha-usaha penulis ini. Pertolongan kawan-kawan dan pembaca blog penulis amat penulis harapkan dan budi tuan-tuan dan puan-puan hanya Allah yang membalasnya.

Like di page ini yer http://perniagaanwakafmempelamm.wordpress.com/2012/12/17/khasiat-serum/

Like yer jangan tak like 🙂

penulis~ akan berusaha untuk mengubati Haziq selagi terdaya kudrat ini.

Pengalaman Bersalin

20121106-182331.jpgAlhamdulilllah..syukur pada kuasa dan rahmat tuhan, penulis telah selamat melahirkan anak ke 3 seorang putera pada hari raya ke-4 malam,jam 12.08 a.m. Pengalaman bersalin kali ini agak berlainan sedikit.

Jangkaan penulis bersalin sebenarnya pada 6 september 2012. Namun demikian, penulis bersalin pada 23 september 2012. Ramai jugak kawan-kawan bertanya, betul ke tarikh akhir haid yang penulis berikan pada doktor? Dan ada sesetengah mereka beranggapan penulis terlupa tarikh akhir haid penulis.

Wahai teman-temanku sekalian, masakan penulis boleh lupa tarikh keramat tersebut!! Kalendar kerajaan negeri yang bertapak di atas meja penulis juga boleh dijadikan sebagai bahan bukti yang penulis tidak pernah jemu menconteng tarikh-tarikh keramat tersebut. Sejarah keluarga penulis juga bersalin lewat dari tarikh sebenar. Anak sulong penulis lewat 14 hari. Anak kedua penulis lewat 21 hari dan anak ketiga penulis lewat 14 hari. He..he.he..jangan tanya penulis bagaimana penulis boleh terlepas dari doktor dan jururawat. ;).- naya lepas ni..kalau juruwat kenai haku..!!

Sepatutnya penulis perlu ke klinik pada hari raya ke-3 untuk mengambil tarikh masuk wad kerana penulis sudah lewat 6 hari (hakikatnya 16 hari). Namun demikian, oleh kerana keghairahan beraya,penulis abaikan tarikh tersebut dan datang ke klinik keesokkannya. Di klinik, pembukaan jalan penulis sudah 4 cm!!! Doktor mengarahkan supaya jururawat memeriksa jalan memandangkan penulis menceritakan pengalaman penulis melahirkan anak kedua penulis yang juga lewat. Merasalah penulis menaiki ambulans ke Hospital Sultanah Nurzahirah pada hari tersebut dengan pasrahnya setelah tidak berjaya memujuk rayu kakak misi Klinik Hiliran untuk balik… (best jugak naik ambulans..hi..hi..hihii)

Semasa pemeriksaan doktor di hospital, pembukaan jalan penulis Sudah 5 cm.!! Betul ker tidak doktor ni dalam hati penulis. Malah penulis pula ditegur apabila mempertikai krediabiliti seorang doktor. Apa tidaknya, penulis tidak berasa sakit!! Rasa macam tak logik pun ada.Penulis diarah ke labor room tanpa banyak soal. Dalam labor room, penulis ditemani suami penulis dan penulis tidak berasa sakit sehingga jam 11:00 malam.  Jam 11:00 malam penulis sakit Dan 12:08 malam itu jugak penulis bersalin. Alhamdulillah..sakit penulis untuk Che Muhammad Syahmi Hakeem tidak lama… Hanya (1) SATU JAM ..begitu-begitu bersejarah. ..

“Tahun depan bleh tambah lagi..” kata suami penulis .

“Apa??? Sakit badan tak hilang lagi lah…macam mana nak tambah….!!”Menyesal betul terlalu jujur dengan suami…hu..hu…hu…

Tadaa…..gambar-gambar terbaru Hakeem..

hakeem-kerusi.jpg

hakeem-kerusi.jpg

Penulis~ Gembira bila melihat anak-anak membesar

Haziq sawan Gangguan??

Kebanyakan  tempat perubatan islam yang telah penulis kunjungi menyatakan memang Haziq sawan adalah sebab gangguan dan bukannya sawan kerana saraf dan sebagainya. Dalam pemerhatian penulis juga, apabila dibacakan surah  Al-fatihah, Al-Ikhlas, Al-Alaq dan Al- Naas mengikut turutan sambil memegang sendi pada sikunya dengan meluruskan kaki dan tangan supaya tidak  berlipat ketika ia baru ingin sawan,  Insyaalah…Sawannya tidak akan menjadi. Dengan syarat kita sedar sawan itu baru ingin berlaku.Sudah beberapa kali cara itu penulis lakukan, dan alhamdulillah sawannya memang tidak akan menjadi.Cuma sekadar mata yang baru ingin terbeliak ke atas.

Oleh kerana penulis memang sudah biasa dengan keadaan Haziq, penulis memang akan tahu bagaimana ia akan berlaku. Biasanya jika Haziq sedang tidur, ia akan mengeluarkan satu suara dan menderam..pada masa itu  jugalah penulis akan terus bangun dan meletakkan tangan kanan penulis di atas ubun-ubunnya manakala tangan kiri penulis akan mencari sendi siku kanan atau siku kirinya. Penulis juga akan pastikan tangan sebelah lagi diluruskan, begitu juga dengan kaki kiri dan kaki kanannya. Jika Dibengkokokkan, ia lambat pulih. Ini kerana biasanya makhluk -makhluk ini bersembunyi di sendi-sendi.

Ada juga kes yang penulis lambat sedar, maklumlah kadang-kadang pukul 1:30 pagi..kadang-kadang 3:30 pagi…perkara ini berlaku di mana kaki dan tangannya sudah membengkok dan susah untuk dilurus..penulis akan meminta bantuan daripada ayahnya untuk meluruskannya. Jika diluruskan memang Haziq tidak seperti dulu..lambat untuk pulih. Sekarang…Haziq tetap sawan..tapi sawannnya tidak membimbangkan sebagaimana dulu. Air yassin, Rukyah memang tidak pernah putus untuk Haziq penulis bekalkan. Ayat-ayat Rukyah, Surah al-Jinn, Surah Al-Dhukhan, Surah Yassin,Surah As-Soffat, Surah Al-Mulk, Surah Thoha memang terpasang sampai ke pagi saat Haziq tidur sampai ke pagi. Manakala Surah Al-Baqoroh penulis akan pasang waktu siang hari atau waktu dia belum tidur. Amalam membaca Al-Quran, surah Yassin, surah a-Mulk dan surah al-Jinn dan doa dari buku Ustaz Harun Din dan doa dari buku Ustaz Syarhan  memang menjadi amalan penulis setiap malam. Tangan kanan penulis akan memegang tangan Haziq, manakala tangan kiri penulis, penulis pegang botol air untuk dihembuskan setiap kali sudah membaca setiap surah. Air itu akan diminum oleh Haziq waktu siangnya.

Semasa tidur pula, penulis akan pastikan penulis memegang  mana-mana bahagian tubuhnya terutamanya tangannya agar penulis turut tersedar apabila dia  baru ingin sawan.

Bagi yang mempunyai masalah anak yang sama dengan penulis (sawan gangguan) , bolehlah mencuba kaedah seperti yang penulis amalkan. Insyaalah sawan tersebut akan berkurangan. Lagipun doa dan bacan dari ibu lebih afdhol untuk anaknya. Cuma kita sebagai ibu-bapa terpaksa sedikit berkorban untuk anak-anak. Memang penulis tidak nafikan, untuk membaca keseluruhan surah-surah tersebut adalah agak membebankan pada awalnya. Namun percayalah..apabila kita sudah biasa membaca  pada setiap malam…kita tidak akan rasa berat malah akan rindu untuk membacanya.

penulis~Memikirkan..siapakah yang sanggup akan meneruskan perjuangan Ummi setelah ummi bersalin kelak. 😦

Wujudkah Makhluk jin??

“BOMOH”..itu yang penulis ingin cuba elakkan. Bomoh biasanya menggunakan khidmat khadamnya untuk mengubat orang. Biasanya khadam tersebut tergolong dari jin. Jin pula terbahagi kepada jin Islam dan Jin Kafir. Huh… Benda yang tidak nampak ini, tidak semua orang percaya. Bahkan suami penulis sendiri kalau bercakap benda-benda ghaib begini, dikatakan penulis terlalu taksub dan sebagainya. Duhai suamiku..jika terbaca coretan ini, cuba fikir dan renungkan sejenak dan tolong baca terjemahan surah A- Nass sebagaimana di bawah…

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. (1) Yang Menguasai sekalian manusia. (2) Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. (3) Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. (4) Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (5) (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan JIN dan manusia. / (6)"

Tidakkah di dalam surah tersebut ada menyebut tentang golongan jin?? Dan adakah jin itu hanya benda yang tidak wujud?? Mustahil jika ia tidak wujud jika itu disebutkan dalam Al-Quran. Adakah kita pernah nampak jin?? Sesiapa yang tidak percaya tentang kewujudan jin seperti mendustakan ayat-ayat Quran. Ini kerana terang lagi bersuluh ayat  ini menyebut tentang golongan jin. Malahan surah Jinn dalam Al-quran pun ada… (petikan terjemahan ayat  Surah Al-Jinn…

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Katakanlah (wahai Muhammad): Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: Satu rombongan JIN telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan! (1) Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.

JIN memang wujud..cuma tuhan telah menjadikan ia makhluk yang manusia tidak nampak pada masa kasar di atas dunia ini kecuali manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat Jin selain daripada para Nabi dan Rasul. Manakala di akhirat pula semua manusia mukmin yang ahli syurga boleh melihat Jin manakala Jin yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat manusia. Rumah yang ditanggalkan selama 40 hari tanpa berpenghuni akan dihuni oleh golongan jin. Rumah yang tidak diperdengarkan ayat-ayat quran di dalamnya tidak akan ada barakah di dalamnya dan malaikat tidak mahu masuk kecuali golongan-golongan jin dan roh-roh yang tidak diterima oleh bumi mahupun langit.

penulis ~Ingin tinggalkan rumah seminggu pun dah rasa seram nak balik…hu..hu.hhu.. inikan pula selama 40 hari.