Pengalaman Bersalin

20121106-182331.jpgAlhamdulilllah..syukur pada kuasa dan rahmat tuhan, penulis telah selamat melahirkan anak ke 3 seorang putera pada hari raya ke-4 malam,jam 12.08 a.m. Pengalaman bersalin kali ini agak berlainan sedikit.

Jangkaan penulis bersalin sebenarnya pada 6 september 2012. Namun demikian, penulis bersalin pada 23 september 2012. Ramai jugak kawan-kawan bertanya, betul ke tarikh akhir haid yang penulis berikan pada doktor? Dan ada sesetengah mereka beranggapan penulis terlupa tarikh akhir haid penulis.

Wahai teman-temanku sekalian, masakan penulis boleh lupa tarikh keramat tersebut!! Kalendar kerajaan negeri yang bertapak di atas meja penulis juga boleh dijadikan sebagai bahan bukti yang penulis tidak pernah jemu menconteng tarikh-tarikh keramat tersebut. Sejarah keluarga penulis juga bersalin lewat dari tarikh sebenar. Anak sulong penulis lewat 14 hari. Anak kedua penulis lewat 21 hari dan anak ketiga penulis lewat 14 hari. He..he.he..jangan tanya penulis bagaimana penulis boleh terlepas dari doktor dan jururawat. ;).- naya lepas ni..kalau juruwat kenai haku..!!

Sepatutnya penulis perlu ke klinik pada hari raya ke-3 untuk mengambil tarikh masuk wad kerana penulis sudah lewat 6 hari (hakikatnya 16 hari). Namun demikian, oleh kerana keghairahan beraya,penulis abaikan tarikh tersebut dan datang ke klinik keesokkannya. Di klinik, pembukaan jalan penulis sudah 4 cm!!! Doktor mengarahkan supaya jururawat memeriksa jalan memandangkan penulis menceritakan pengalaman penulis melahirkan anak kedua penulis yang juga lewat. Merasalah penulis menaiki ambulans ke Hospital Sultanah Nurzahirah pada hari tersebut dengan pasrahnya setelah tidak berjaya memujuk rayu kakak misi Klinik Hiliran untuk balik… (best jugak naik ambulans..hi..hi..hihii)

Semasa pemeriksaan doktor di hospital, pembukaan jalan penulis Sudah 5 cm.!! Betul ker tidak doktor ni dalam hati penulis. Malah penulis pula ditegur apabila mempertikai krediabiliti seorang doktor. Apa tidaknya, penulis tidak berasa sakit!! Rasa macam tak logik pun ada.Penulis diarah ke labor room tanpa banyak soal. Dalam labor room, penulis ditemani suami penulis dan penulis tidak berasa sakit sehingga jam 11:00 malam.  Jam 11:00 malam penulis sakit Dan 12:08 malam itu jugak penulis bersalin. Alhamdulillah..sakit penulis untuk Che Muhammad Syahmi Hakeem tidak lama… Hanya (1) SATU JAM ..begitu-begitu bersejarah. ..

“Tahun depan bleh tambah lagi..” kata suami penulis .

“Apa??? Sakit badan tak hilang lagi lah…macam mana nak tambah….!!”Menyesal betul terlalu jujur dengan suami…hu..hu…hu…

Tadaa…..gambar-gambar terbaru Hakeem..

hakeem-kerusi.jpg

hakeem-kerusi.jpg

Penulis~ Gembira bila melihat anak-anak membesar

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s