Stereogram menguji tahap kesabaranku!!

Pernah bermain dengan stereogram?? Pernah mencuba melihat objek 3D di sebalik imej Stereogram?? Bagi mereka yang sudah dapat melihat imej stereogram ini, perkara ini amat menyeronokkkan bagi mereka. Mereka akan mencuba melihat pelbagai stereogram yang berlainan untuk mencari dan menguji mata mereka dan ia mempunyai  tahap kepuasannya yang tersendiri.

Tapi  bagi penulis, penulis  amat berdukacita kerana sampai sekarang penulis masih belum dapat melihat imej  di sebalik gambar-gambar abstrak tersebut. Sudah banyak kali ..malah berhari-hari cuba memerhatikan imej yang terkandung objek 3D  tersebut tapi masih tidak membuahkan hasil. 😦

Meskipun begitu, di sini penulis ada beberapa gambar yang boleh anda cuba untuk melihat imej stereogram tersebut dan cara-cara untuk melihat stereogram tersebut ada penulis sertakan meskipun hakikatnya penulis sendiri tidak dapat melihatnya. 😛

CARA PERTAMA

1. Letakkan 2 jari anda pada gambar stereogram/pada monitor

2. Arahkan mata kiri ke jari sebelah kiri, dan mata kanan ke jari sbelah kanan.

3. Kaburkan pandangan sampai seolah-olah muncul jari tangan ketiga di tengah-tengahnya, atau sampai kedua tangan seolah-olah bersatu. Lihatlah keindahan gambar 3D yang kelihatan.

CARA KEDUA:

1. Arahkan pandangan mata kiri ke sebelah kanan objek gambar, dan mata kanan ke sebelah kiri objek gambar (dijulingkan)

2. Kaburkan pandangan sampai mata anda masuk ke dalam obyek 3 D.

CARA KETIGA:

1. Dekatkan pandangan (mata) ke gambar stereogram

2. Kaburkan pandangan sambil menjauhi gambar tersebut.

3. Objek 3D akan muncul di dalam gambar 2 D. Setiap orang mempunyai cara yang berbeza-beza untuk mampu melihat objek 3D nya. Ada yang cepat, ada yang lambat. Yang jelas, melihat objek 3D pada gambar stereogram bukan dengan mencari-cari dan melihat seteliti mungkin. Kerana objek 3D ada dibelakang (tepatnya di dalam) gambar tersebut. Kalau sudah mengerti tekniknya, kita pasti sudah menjumpai gambar-gambar yang tersembunyi di sebalik gambar-gambar di atas. Kitapun boleh mengasah kemampuan dengan melihat gambar stereogram yang lain. Kita juga boleh membuat sendiri gambar-gambar stereogram dengan tools-tools yang disediakan di internet, baik secara online maupun dengan bantuan software.

Untuk mengetahui cara-cara lebih lanjut dan mendapatkan lebih banyak gambar stereogram,sila melawat lama-laman web stereogram yang lain dan KLIK BLOG INI KERANA IA AMAT MEMBANTU

Penulis ~ Dah naik juling….

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s