Pinjaman Perumahan Dah kena Bayar!!!

Adui..!! Surat bayaran Balik Pinjaman perumahan penulis dan suami sudah sampai.. Maknanya penulis dan suami akan terpaksa berjimat cermat mulai sekarang. Potongan akan dibuat untuk gaji  bulan Mac 2012. La…la…la….la… Menyanyi untuk hiburkan hati sendiri. 🙂 .

Namun demikian, penulis amat-amat bersyukur kerana dalam keadaan yang sedikit kesempitan wang ketika ini,  kerajaan telah umumkan kenaikan gaji kakitangan awam baru-baru ini. Bolehlah juga penulis dan suami menarik nafas lega. Meskipun kenaikannya tidak banyak berbanding potongan yang akan penulis hadapi nanti, sekurang-kurangnya ia sedikit sebanyak dapat membantu penulis dan suami dalam menjalani kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang. Tambahan pula, dengan kehadiran orang baru dalam keluarga penulis pada bulan Ogos nanti semestinya  akan merombak kaedah perbelanjaan harian yang diamalkan sekarang.

Rumah pun dah hampir siap. Kalau diikutkan memang rumah penulis memang sudah boleh didiami. Elektrik, Air semua dah ada. Apa yang belum ada?? Kawan-kawan juga sering  bertanyakan bila lagi nak duduk  rumah baru?Apa lagi nak tunggu?? Bukan nak tunggu, tapi kami masih tak mampu…macam pelik, tapi itu fakta sebenar. Duit pinjaman memang licin untuk rumah sahaja dan peralatan asas di dalam rumah seperti peti ais, katil, televisyen, mesin basuh kena tunggu gaji yang bakal mendatang. Tapi gaji dah kena potong bulan depan, macam manalah agaknya kami nak beli barang-barang asas tu yer?? Erm… hutang penulis pun ada lagi yang belum langsai sepenuhnya.. Mujurlah mereka semua faham keadaan penulis

Jadi..kepada kawan-kawan ku sayang, teman-teman tercinta, sahabat-sahabat handaiku… jika ” makhluk tuhan” ini tidak menjemputmu untuk jamuan “naik rumah” sepertimana adat orang kita lakukan, maafkanlah kami yer…. Kalau ada rezeki lebih, kami akan buat.. tapi jika rezeki kami tidak mengizinkan kami  hanya akan membuat acara sembahyang hajat sahaja. Pasal ingin kenal rumah, nak melihat rumah, penulis tiada masalah..datanglah pada bila-bila masa. pintu rumah penulis sentiasa terbuka untuk teman-teman sekalian. .. dan janganlah ada sikap berkecil hati okey.. !! 🙂

penulis~ hu…hu.hu… menangis tak berlagu….

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s