RUMAHKU HAMPIR SIAP!!

Lama betul penulis tidak menjengok rumah penulis. Sudah hampir sebulan!! Rasa rindu pulak…he..he…he.. Al-maklumlah tidak sihat lagi. Sebelum ini, hampir setiap petang selepas pulang dari kerja penulis akan pergi ke rumah penulis bersama anak dan anak saudara penulis membersihkan sekitar kawasan luar  dan dalam rumah penulis yang tidak sempat dilaksanakan oleh tukang rumah. Anak-anak saudara penulis pula, tidak banyak kerenah, pantang diajak..menonong mereka ikut!! Mereka pula  tidak berat tulang dan tidak pernah membantah untuk penulis mengarahkan itu dan ini… (macam boss la pulak).

Kebanyakkan benda yang besar-besar sudah siap sepenuhnya cuma yang kecil-kecil lagi perlu dibereskan seperti perlu mencari orang untuk memasang bidai untuk langsir dan menunggu kemasukkan elektrik. Jika perkara itu dibereskan, memang rumah penulis itu sudah boleh dihuni. Macam best jer bila dengar perkataan boleh dihuni…he..he..he…Boleh dihuni jika kelengkapan seperti peti ais, mesin basuh, katil dan keperluan perabot asas mampu dibeli dalam masa terdekat. Ada ke duit duhai suamiku??Hu…hu…hu…hu..

JIka keperluan tersebut boleh diatasi, … yang menjadi masalahnya sekarang ialah keadaan penulis yang tidak mengizinkan. Penulis tidak mampu lagi untuk menguruskan keadaan rumah sebesar itu dengan sindrom “buatan orang” yang belum pulih sepenuhnya. Mungkin dalam 2 bulan lagi barulah penulis boleh uruskannya. Penulis juga sekarang teruja ingin tinggal di rumah sendiri dengan keluarga sendiri seperti keluarga-keluarga lain.

Gambar rumah??ha…ha…ha..belum tiba masanya lagi… ;P

Sekian buat masa ini. Wassalam.

penulis- rumah siap…dapat gaji bayar hutang  pinjamanlah labu…. 😦

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s