Morning Sickness

Alhamdulliah…sekarang penulis sedang hamil 2 bulan untuk anak yang ke-3. Haziq dan Husna pun dah besar sekarang. Mungkin sudah mampu untuk tolong  menengok-nengok adiknya nanti bila penulis berada di dapur.

Huh… sekarang penulis mengalami “morning sikcness” yang agak teruk sedikit berbanding dengan anak penulis yang pertama dan kedua. Pada sebelah  pagi sahaja penulis  sihat sekejap, sihat pun bukan sihat boleh buat kerja-kerja rumah. Sihat sekadar tidak pening dan dan tidak mual sahaja. Badan sebenarnya lemah longlai dan tidak mampu untuk bergerak cergas. Pernah sekali penulis gagahi dengan membuat kerja-kerja rutin yang biasa penulis lakukan. Apa yang terjadi?? Penulis memutahkan semua isi perut penulis sampai tiada apa-apa lagi yang hendak dimuntahkan. Perut dan tekak terasa pedih yang amat…hu..hu..hu… siksanya rasa mengandung. Meskipun ini anak ketiga penulis, pada penulis saat “morning sickness” adalah tahap yang paling  mencabar  untuk sampai sampai ke tahap 9 bulan.  Saat itu terfikirkan penulis betapa siksanya seorang ibu mengandungkan  penulis dulu..Patutlah Rasulullah apabila sahabat baginda bertanya tentang siapa yang patut diutamakan, Rasullulah menyatakan “ibumu….ibumu….ibumu…. sehingga tiga kali berturut-turut. Kali ke-empat barulah Rasullulah menyatakan bapamu…Besarnya pengorbanan ibu terhadap anaknya bermula di dalam kandungan lagi. Subhanallah.

Ya Allah..kuatkan hambamu ini untuk menempuh hari-hari mendatang dengan sabar dan tabah. Sebelum ini penulis ada mendengar  kuliah  dari Ustaz Syarhan yang menyatakan ada ayat Quran yang boleh diamalkan untuk  orang yang terkena buatan orang. Maksud Ustaz Syarhan ialah orang  yang mengandung. Pada mulanya penulis juga ingatkan orang yang terkena sihir ke apa…pandai melawak juga rupanya Ustaz Syarhan. Pada masa itu, penulis tidak pula tergerak hati untuk mengambil pen dan kertas untuk menyalin surah apa dan ayat ke berapa. Mungkin penulis belum berfikir untuk mengandung pada waktu itu. Menyesal sungguh penulis saat ini. kalau tidak sudah tentu ayat itu dapat diamalkan oleh penulis waktu ini. Jika antara pembaca yang membaca entry ini dan mengetahui ayat tersebut,  bolehlah kiranya berkongsi dengan penulis dan mungkin ia juga boleh dijadikan rujukan kepada ibu-ibu yang alahan.

okeylah..penulis ingin mengundur diri untuk merehatkan diri seketika.. Jumpa lagi penulis di lain entry.

penulis- menghitung hari bila lah agaknya morning sickness ini akan berakhir….

Advertisements

One thought on “Morning Sickness

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s