Jersi Baru..

Hensem betul anak Ummi menyarungkan Jersi Negeri... ūüėČ

Demam bola sepak memang terasa amat membahang sekarang. Di mana jua pasti ada kedengaran orang bercerita tentang bola. Penulis sendiri juga mengalaminya di mana pasti ada kedengaran orang bercerita tentang bola. Tidak kira di pejabat, di rumah mahupun di dinding Facebook Dan tidak ketinggalan juga di blog-blog. Mungkin juga disebabkan bola sepak negara kita sekarang sudah lupa tentang rasuah dan sebab itu ia kini dipandang tinggi oleh peminat-peminat bola sepak. Tidak pada suatu ketika dahulu,bola sepak sering dikaitkan dengan rasuah sana dan sini.

Agaknya penulispun terkena tempias demam bola. Apa tidaknya, kelmarin penulis belikan anak lelaki penulis ¬†Haziq jersi salah seorang pemain “peteh” kegemaran penulis yang dijual dihadapan stadium Sultan Ismail Nasharuddin Shah. Jersi¬†Nombor 20 ini merupakan jersi yang disarungkan oleh Abdul Manaf Mamat dalam perlawanan menentang Negeri Sembilan¬†hari Sabtu ini. Harap-harap penyarung sebenar jersi nombor ini tidak mengecewakan pasukan Negeri Terengganu dalam perlawanan yang bakal berlangsung malam esok.

Adik penulis juga bertolak  ke Stadium Shah Alam dengan sebuah bas yang penuh dengan penduduk kampung Panji untuk memberi sokongan padu kepada pasukan Negeri. Memang bersemangat betul lah mereka semua ini.

penulis ~ mendoakan pasukan negeri membawa kemenangan untuk malam esok.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s