“Bolehkah Sembahyang Jamak dan Qasar dilakukan semasa kita sibuk mengadakan kenduri Kahwin?

solat

Pagi tadi semasa bersiap-siap untuk pergi kerja, telinga penulis sempat menangkap persoalan yang dikemukakan oleh penonton berkenaan tajuk Sembahyang Jamak dan Qasar. Persoalan yang ditimbulkan ialah “Bolehkah Sembahyang Jamak dan Qasar dilakukan semasa kita sibuk mengadakan kenduri Kahwin?

 Mendengar persoalan sebegitu mengundang rasa geli hati pada penulis dan membuatkan hati penulis beria-ria ingin mengetahui apakah jawapan dari Ustaz tersebut. Ustaz tersebut kemudiannya menerangkan syarat seseorang itu boleh menjamakkan dan menqasarkan solatnya iaitu:

  1. Mesti seorang Musaffir dengan tujuan yang baik, bukan utk melakukan maksiat.

  2. Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah (lebih kurang 91 KM).

  3. Mengetahui destinasi yang dituju ( tahu jalannya, tidak tersesat).

 Banyak lagi lah Ustaz tu sentuh tapi penulis cuma nak kongsi kata-kata Ustaz yang akhir.

 “Walau sesibuk manapun kita, kewajiban pada Allah itu adalah lebih penting dari segalanya dan untuk menqasarkan dan Menjamakkan sembahyang kerana SIBUK DALAM BERKENDURI adalah tidak releven.

 Info-info lain bab Sembahyang Jamaq dan Qasar yang boleh anda lawati dan jadikan panduan:

  1. http://www.tayibah.com/eIslam/solat_jamak_dan_qasar.htm

  2. http://www.e-solat.gov.my/solahBM.php

  3. http://qasolatjamakqasar.blogspot.com/

  4. http://nursyirah.wordpress.com/2008/03/02/panduan-solat-jama-dan-qasar/

Masyarakat sekarang terlalu ambil mudah pasal solat. Disebabkan sibuk berkenduri sahaja ingin menjamakkan dan Menqasarkan Solat. Sibuk sangat hal-hal duaniawi, sampaikan hal-hal ukhrawi yang bakal menjadi bekal akhirat dilupakan. Kalau setakat nak “Keruk PitiH” dalam tangan tetamu tu, tak kan itu pun tak boleh cari pengganti? Tak kan tak percaya penganti yang bakal “mengeruk Pitih” tu kot!” Tapi itu lah hakikatnya.

 Bagi pengantin perempuan pula, mereka-mereka ini telah diandam dan disolek seawal jam 8:00 pagi. Mungkin lebih awal dari itu pun ada. Lepas satu-satu persalinan akan ditukar. Lepas solek itu, solek ini pulak. Pukul 1:00 tengahari mekap lain pulak sebab pengantin lelaki nak datang pukul 2:00 petang . Pukul 1:30 tengahari azan Zohor berkumandang ,tapi masing-masing macam tak tahu tanggungjawab. Pukul 2:00 petang bersanding sampai pukul 4:00 petang! Belum dicampur dengan jurugambar profesional yang suruh posing aksi macam-macam. Sesetengahnya pula, mungkin ‘trend’ orang muda-muda sekarang, ambik gambar di luar rumah pulak! Pantai, Jambatan, ambik kau! Memang sampai maghrib pun penulis rasa tak selesai.

Penulis ~ Tidak sempat menjegok tuan empunya badan yang bertanyakan soalan pagi tadi.

Advertisements

One thought on ““Bolehkah Sembahyang Jamak dan Qasar dilakukan semasa kita sibuk mengadakan kenduri Kahwin?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s