Tips beli tanah

contoh geran tanah

contoh geran tanah

Membangun rumah di atas tanah sendiri merupakan impian dan harapan hampir semua orang terutama yang sudah berkeluarga terutamanya pasangan yang masih tinggal bersama dengan ibu bapa masing-masing dan tidak ketinggalan bagi pasangan yang sudah lama dan muak membayar sewa rumah.

Sebelum membeli sebidang tanah, banyak perkara yang perlu dititikberatkan supaya kita tidak tertipu dan kecewa kemudian hari kerana banyak kes yang terjadi seumpama itu.

Berikut merupakan beberapa tips membeli tanah untuk anda:

  1. Jangan terburu-buru untuk membeli tanah, pelajari dan bandingkan harga tanah tersebut dengan harga tanah yang lain.
  2. Jangan membeli tanah dari orang tengah kerana biasanya mereka meletak denga harga yang tinggi .
  3. Kalau boleh carilah tuan tanah sendiri yang ingin menjual tanah kerana harganya pasti lebih murah.
  4. Cari tanah dengan posisi yang strategik seperti dekat dengan sekolah atau pasar dan di tepi jalan besar.
  5. Periksa kelengkapan geran tanah tersebut adakah ia milik perseorangan atau milik berkumpulan. Jika penama terlalu ramai, maka prosesnya mungkin rumit sedikit.
  6. Periksa dengan pejabat tanah masing-masing adakah penama dan tanah tersebut benar-benar wujud agar kita tidak tertipu.
  7. Pilih tanah yang tidak mempunyai apa-apa sekatan. Perkataan ini biasanya tertulis pada geran. Jika ada sekatan, prosedurnya akan menjadi rumit. Jadi kalau ada sekatan, tolong tolak awal-awal agar ia tidak menyusahkan kita dan akan melambatkan proses pembinaan rumah.
Antara laman web yang menjual tanah sebagaimana di bawah yang mungkin bernafaat untuk anda:
 

http://www.mudah.my/li?q=&fs=1&ca=5_s&th=1&cg=2080&w=1&st=a

http://webtrg1.com/v2/index.php?page=listBy-land&byDaerah=Kuala%20Terengganu

http://webtrg1.com/v2/index.php?page=listBy-land&byDaerah=Kuala%20Terengganu

 Penulis ~ Tidak puas hati sebab tanah penulis sempit disebabkan kerajaan ambil buat parit! 😦
Advertisements

2 thoughts on “Tips beli tanah

  1. Salam,

    saya ingin bertanya,saya memiliki tanah seluas 2.5 ekar,rancangnya nak dirikan sebuah rumah..lama ke proses nak dpt kelulusan dari majlis daerah mengenai pelan rumah.for info,tanah tu adalah tanah pertanian.

  2. Wlam.Tempoh untuk menukar syarat tanah dari syarat pertanian ke syarat bangunan mengambil masa lebih kurang 6 bulan Dan ia perlu dimohon di Pejabat tanah daeah, Manakala pelan Banngunan pula perlu dihantar ke pejabat majlis perbandaran di mana rumah ingin didirikan. Jika tanah masih syarat pertanian, pelan rumah tidak Akan diluluskan Oleh pihak majlias sehingga ia ditukar ke syarat bangunan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s