Kongsi….

Tempat yang pasti dan hakiki yang bakal kita tujui

Sekadar ingin berkongsi ilmu yang penulis dengar malam tadi. Penulis dengar dari kejauhan tapi suara uStaz tersebut amat jelas. Semalam penulis mendengar Ustaz di Masjid Merbau Patah kuliah Maghrib menyatakan perihal orang yang mati mendengar dan mengetahui semua perkara yang berlaku di atas dunia pada setiap pagi Jumaat. Ustaz itu memberitahu,  Orang yang telah mati yang berada di alam kubur mengetahui sesiapa sahaja yang datang menziarahi kuburnya.

Perkara ini berlaku kepada seorang ulamak paza zaman dahulu, penulis tidak mendengar dengan jelas nama ulamak yang disebutkan oleh Ustaz itu. Apa yang Ustaz itu sampaikan ialah ulamak tersebut telah bermimpi didatangi oleh arwah bapanya  yang telah meninggal dunia bertanyakan kepadanya kenapa sudah lama tidak menjengoknya. Lalu ulamak tersebut bertanya kembali kepada arwah bapanya,

“ wahai ayahku, adakah kamu tahu siapa yang mendatangi kuburmu?”.

“ Ya, aku tahu sesiapa sahaja yang datang menziarahi kuburku, dan aku tahu semua yang berlaku di atas dunia ini pada pagi hari Jumaat”. Jawab ayahnya.

Jarang masyarakat kita menjadikan amalan menziarahi orang yang telah mati sebagai rutin mingguan atau rutin bulanan tidak sebagaimana menziarahi orang yang masih hidup. Sebaliknya kita asyik dan leka menziarahi orang yang masih hidup.Sepatutnya menziarahi orang mati patut diamalkan oleh kita manusia yang hidup agar kita sentiasa sedar bahawa tempat itu nanti yang bakal kita tujui. Kita akan jumpa orang menziarahi kuburan setahun sekali, iaitu hari raya. Itupun tidak semua yang datang. Hanya beberapa kerat sahaja. Kebanyakan yang datang menziarahi orang yang masih hidup. Bukan islam melarang menziarahi orang yang masih hidup, tetapi Islam menyuruh kita sentiasa mengingati mati agar kita tidak mudah lalai dengan tipu helah duniawi.

Penulis ~ Rasa terharu dan tercabar bila tengok orang balik dari Surau atau Masjid sesudah Subuh..kenapa..??kenapa?? Kenapa masih tidak mampu menjadi seperti mereka…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s