Hilang!

sotong

Lebih kurang macam inilah sotong yang dimasak oleh adik ipar penulis.

Berita yang dibawa oleh adik bongsu penulis yang bernama Khairul malam tadi membuatkan penulis berhenti seketika dari meneruskan perjalanan ke dapur. Dia memberitahu berita tersebut  sambil nasi yang berlaukkan sotong masak merah dan ikan goreng yang dimasak oleh adik ipar penulis rakus disuakan ke dalam mulutnya. Perbuatannya itu membuatkan penulis juga terasa ingin makan nasi sama. Tapi penulis terpaksa  menahan nafsu makan penulis kerana penulis dapat merasakan berat badan penulis makin hari makin naik lagipun penulis  sudah makan pada petang itu selepas balik kerja dan kebiasaannya penulis jarang makan nasi waktu malam.

Berita tentang  satu kumpulan rakan sejawatannya yang terdiri dari empat orang yang bertugas

bear

Kalau nganga macam ini. Pastinya semua kecut perut!

di hutan Kuala Berang hilang! kehilangan tersebut sebenarnya sudah dua hari berlaku tetapi ia dirahsiakan kerana satu kumpulan yang tidak hilang masih mencari kumpulan yang hilang. Terbayang dalam kotak fikiran penulis jika perkara berlaku kepadanya. Hish… naik sawan agaknya ibu penulis. Anak kesayangan hilang. Nauzubillah! Mintak dijauhkan perkara tersebut.

tidur

Beginilah keadaan adik bongsu penulis kalau tidur dalam hutan

Adik bongsu penulis juga juga bercerita tetang bagaimana pada minggu lepas ketika dia bertugas di hutan yang sama di mana  dia didekati beruang semasa dia sedang enak dibuai mimpi. Perkara tersebut  diketahuinya pada keesokkannya apabila diceritakan kembali oleh rakannya yang tidur berdekatannya yang terpaksa berpura-pura tidur dan mematikan diri pada waktu itu kerana terlalu takut.

Kalau Harimau macam ini yang dijumpa, agaknya pengsan penulis.

Keesokannya selepas diganggu beruang, kumpulan mereka mendengar seperti suara kucing yang marah akan dirinya diganggu begitu kuat lagaknya menggunakan mikrofon. Kumpulan mereka mencari suara tersebut  dan alangkah terkejutnya mereka ababila mereka melihat aksi beruang dan harimau bergaduh.

Puas mendengar cerita Khairul, Penulis memberitahu Hasbu tentang kehilangan rakan sejawat Khairul hilang. Tujuan penulis ialah untuk menyuruh Hasbu menghubungi Ustaz Ripin dan meminta Ustaz Ripin ‘scan’ adakah rakan sejawatnya hilang kerana binatang buas atau hilang angkara jin. Namun harapan penulis hampa kerana  Ustaz Ripin mematikan telefonnya pada waktu malam.

sengeh

Masa ini bolehlah tersengeh-sengeh. kalau jumpa beruang dengan encik belang sengehnya entah ke mana.

 Hari ini, penulis belum mengetahui nasib rakan sejawat adik penulis itu. Menurut Khairul semalam, jika kumpulan yang tidak hilang itu tidak berjumpa juga dengan kumpulan yang hilang pada hari ini, mereka akan membuat laporan polis. Apabila laporan polis dibuat, rakan sejawatannya itu akan dicari oleh askar. Mudahan-mudahan mereka dijumpai hari ini.

Penulis – Harap-harap mereka berempat hanya sesat dan tidak lebih dari itu.
Advertisements

One thought on “Hilang!

  1. Alhamdulillah..mereka semua selamat. Mereka memang tersesat sampai ke sempadan kerana tidak jumpa jalan pulang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s