Masyaalah….Bangun lagi !!

Kartun
Kartun

“Ummi…bangunlah. Nak air teh”. Husna mengejutkan penulis. Pada mulanya penulis diam membisu mengharapkan Husna tidur kembali dan melupakan air tehnya. Tapi dia mula merangkul penulis dan melekatkan mulutnya beberapa kali ke pipi penulis membuatkan penulis tidak sampai hati untuk tidak menunaikan hajatnya. Penulis memeluknya dan dalam keadaan yang mamai, penulis turun dari katil dan mendukung anak gadis penulis itu membawanya ke dapur.

Penulis membancuh air teh seperti permintaannya tadi. Sesudah minum beberapa teguk di dapur, Husna meminta penulis bawakan cawan plastik ‘pink’nya ke ruang tamu untuk dia sambung minum di situ. Penulis ikut saja kemahuannya dan semetara menunggu si anak dara penulis habiskan air tehnya, penulis merebahkan diri dan berbaring di ruang tamu sebentar.

Sambil minum air teh, tangannya mencapai pen dan kertas yang dilukisnya sebelum dia tidur tadi. Masih ada lagi ruang-ruang yang bersisa yang masih belum habis diwarnanya tadi. Dia asyik menyambung mewarna kartunnya itu. Penulis biarkan Husna dengan dunia fantasi kartunnya. Penulis melihat jam pada waktu itu menujukkan pukul 2:30 pagi. Lantas penulis merakam beberapa aksi-aksinya yang terlalu galak mewarna.

Sesekali penulis mengajaknya masuk tidur, tetapi dia tidak menunjukkan sebarang respon sebaliknya seolah-olah berada di alam lain dan membiarkan penulis berteleku tanpa jawapan. Mata penulis tidak mampu dibuka, tetapi mata Husna seakan-akan mengatakan malam itu bukan malam untuk dirinya tidur . Diseretnya penulis sekali dalam dunianya..Oh Husna Ummi mu kerja esok sayang….

Husna tidur jam 4:00 pagi. Dan antara aksi-aksinya malam tersebut:

Jam masa tu sudah pukul 3 masih belum hendak tidur Husna

Sempat lagi "peace" memalam buta

syok kaler seluar kartun

syok kaler seluar kartun

Cawan pinknya yang berisi air teh

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s