Terkejut!!

Satu SMS menerjah masuk ke kotak mel penulis malam tadi. SMS tersebut bukan sahaja menerjah kotak mel penulis, tapi ia juga benar-benar menerjah jantung penulis! Ia datangnya dari  rakan sejawatan penulis yang berlainan Jabatan mengenai suatu berita yang penulis sukar hendak percaya.

Rakan penulis menyuruh penulis  melihat sendiri kebenaranya di dalam berita TV3. Ketika itu TV  rumah penulis memang sudah terpasang, cuma tiada penonton di hadapannya. Penulis pula malam tadi kebetulan sedang mengajar anak sulung penulis mengaji di ruang tamu terus mengalihkan pandangan mata ke arah kaca TV sebentar . Penulis terpana tiba-tiba. Penulis beristigfar beberapa kali. Benarkah kandungan SMS tersebut dan benarkah apa yang penulis lihat itu? Silapkah mata penulis memandang susuk tubuh tersebut? Tidak betulkah apa yang penulis dengar? Penulis terus memanggil suami penulis untuk mengecam sama ada betulkah apa yang penulis saksikan di dalam TV3 kerana suami penulis juga mengenalinya kerana kami pernah berkunjung ke rumahnya pada hari raya Aidilfitri tahun lalu. Penulis mengharapkan apa yang keluar dari mulut suami penulis biarlah perkara yang sedap di dengar, namun suami penulis menyatakan perkara yang penulis tidak mahu dengar ……..

“ Jue , betul !! Dialah orangnya yang kita berkunjung ke rumahnya yang kita makan ketam”.

 “Huh………….”. Penulis mengeluh. Mengeluh mengenangkan nasibnya dan nasib isteri dan anak-anaknya. Walaubagaimanapun, penulis mengharapkan kepada isteri dan ahli keluarga yang amat penulis kenali, bersabar menerima dugaan yang maha hebat ini.

 Jika perkara itu benar sekalipun, kami mengharapkan yang terbaik dari anda selepas ini dan sentiasa mendorong anda untuk kebaikan anda sekeluarga.

Penulis~~~ rasa sedih yang amat

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s