Melukisnya dia….

Salah satu lukisan Husna

Salah satu lukisan Husna

Husna memang suka melukis. Kalau kartun hujan rintik-rintik, air bergelora selalu dilukisnya. Sambil melukis, dia akan menyayi lagu tersebut sampai habis sebagaimana yang didengarkan oleh Mok Tehnya. Penulis tidak pasti siapa yang mula-mula mengajarkan ilmu kartun itu kepadanya. Mok De nya kah atau Mok Tehnya kah? Tapi yang pasti kartun hujan rintik-rintik itu memang menjadi salah satu lukisan kegemarannya apabila tangannya berjabat saja dengan kertas dan pen.

Kadang-kadang jika kartun yang dilukisnya tidak menjadi, sesiapa saja yang duduk berdekatan akan menjadi mangsa. Mangsa melukis kartun hujan rintik-rintik air bergelora! Jika siap satu, disuruhnya lagi. Siap dua, disuruhnya lagi. Dia akan mengira untuk siapakah kartun-kartun tersebut. Satu untuk Abang, dua untuk Husna. Kemudian disuruhnya lukis untuk Ashraf pula. Huh… dia akan membilang seluruh ahli keluarga sampai penuh satu kertas A4. Penuh di depan, dia akan terbalikkan di sebelah belakang. Tak cukup kertas, dia akan minta. Kalau tiada yang melayan, dia akan ambil sendiri. Penulis letakkan kertas A4 pada rak kedua dalam almari supaya dia senang mencapainya.

Beginilah lagu hujan rintik-rintik yang dinyanyikan oleh Husna;

Hujan rintik-rintik, air bergelora,
Ummi bagi duit seposen karat tengah,
Ayah bagi duit seposen karat tengah,
Husna pun pegi sekolah,
Cikgu tanya Husna, 3+3 berapa,
Husna jawab 6, Cikgu  kata betul,
Husna pun balik dari sekolah.

Banyak lagi lagu yang boleh dihafal oleh Husna. Lagu abangnya yang di bawa dari sekolah sudah habis dihafal Husna. Setiap kali abangnya menyanyi, dia akan ikut sekali. Dua lagu yang menarik dan mencuit hati penulis bilah Husna menyayi ialah :

Gajah berjalan terhingguk-hingguk,
Ada duri di atas rumput,
Gajah terkentut Pak Aji terkejut,
Gajah ketawa sampai sakit perut.....
Mana kucing, mana kucing,
Di dapur, di dapur,
Makan ikan goreng,makan ikan goreng,
meow..meow...meow.., meow..meow...meow.
Mana adik, mana adik,
Menangis...menangis...
emak buat susu,
tidurlah...tidurlah...

Antara aksi-aksi Husna yang sempat penulis rakamkan..

tertonggeng

Tertonggeng-tonggeng gara-gara syok sangat melukis

terap

Husna sedang menerap tangannya. Sesudah menerap dia akan melukis kuku untuk tangan tersebut

syok melukis

Sampul surat pun dia sapu untuk melukis. Baju Melayu Haziq dikebasnya gara-gara nak ikut Tokki dan abangnya sembahyang Jumaat

Advertisements

2 thoughts on “Melukisnya dia….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s