Menangis lagi

Malam tadi Haziq menangis lagi. Kadang-kadang begitulah perangainya jika penulis memanggilnya selepas penulis selesai menunaikan solat maghrib.

kadang-kadang semasa dia tergolek baru ingin melelapkan matapun, penulis panggil lagi. Selagi dia belum tidur dan masih boleh menyahut panggilan dari penulis, penulis akan paksa dia untuk datang kepada penulis.Penulis akan biarkan, jika dia sudah benar-benar tidur sahaja ataupun ada tetamu yang mengundang di rumah penulis pada waktu tersebut.

Dia akan mencipta pelbagai alasan jika mata menguasai diri. Malam tadi disuruhnya penulis sembahyang Isyak dahulu, padahal waktu isyak masih lambat lagi.Sedangkan  kepalanya dipangku oleh to’kkinya menandakan dia ingin melelapkan mata.

Penulis berkeras dan memanggilnya beberapa kali. Dia bangun dari ribaan to’kinya dan berjalan lambat-lambat menuju ke arah penulis.Itu yang bagusnya perangai Haziq, dia tidak akan membantah. Dia kemudiannya duduk bersila di hadapan penulis dan seperti kebiasaannya, sebelum mengaji dia akan menadah kedua tangannya membaca doa. Baru beberapa baris dia mengaji dia menangis. Dia terlalu mengantuk! Kesian betul anak Ummi.

Haziq sudah 6 tahun.Sepupu Haziq, Syafiq sama umur dengan Haziq sudah mampu membaca Al_Quran. Haziq jugak mampu lakukannya. Mungkin itu semua silap Ummi kerana Ummi lambat perkenalkan Iqra’ pada Haziq. Umur  Haziq 5 tahun, baru Ummi tekankan pentingnya Iqra’. Syafiq telah dipekenallkan Iqra’ seawal 3 tahun. Kesilapan Ummi, Ummi sudah tebus dengan mempekenalkan adik Husna dengan Iqra’  sekarang. Alhamdullilah adik Husna dah banyak kenal huruf sampai huruf Syim. (SYA). Adik husna jugak cepat mengingat. Insyaalah kedua-dua orang anak Ummi akan khatam Al_Quran dengan Ummi jika Ummi masih dipanjangkan umur oleh Allah.

Ummi tak mahu anak Ummi ketinggalan dalam bab-bab Ukhrawi. Bukan niat Ummi hendak memaksa Haziq, sayang. Haziq akan tahu suatu hari nanti kenapa Ummi buat semua ini. Haziq mampu lakukannya, sikit lagi sayang.

Semasa mengaji, kepalanya sudah  tersenngguk-sengguk sambil matanya secara bergilir-gilir dipejam dan dicelik. Dia masih mampu menyebut dengan jelas dan terang setiap huruf yang ditunjuk oleh tangannya. Meskipun begitu, dia tetap boleh habiskan setiap baris sampai ke akhirnya. Tahniah anak Ummi!

Baru beberapa baris mula dah mula menangis!

Di sini sempat penulis merakamkan gambar-gambar Haziq yang sedang menangis.

Sapu air mata

Pejamkan mata dan terus terlena selesai sahaja mengaji.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s