Keranamu Fiber!

Penulis ada satu cerita yang ingin dikongsikan  bersama dengan anda tentang Fiber.Maklumat fiber ini penulis cari berikutan satu insiden yang berlaku ke atas adik ipar penulis sendiri iaitu isteri Hasbu. Sungguh penulis tidak menyangka perkara itu berlaku.  Walaubagaimanapun penulis ingin memohon ampun dan maaf daripada mereka jika insiden itu adalah berpunca dari penulis.

Sebelum penulis menceritakan insiden tersebut, penulis ingin kongsikan maklumat yang penulis dapat bersama anda tentang fiber atau lebih mudah  penulis sebut SERAT. Apakah  fungsi serat sebenarnya? Fungsi utama serat adalah untuk menjaga sistem pencernaan yang sihat dan berfungsi dengan baik. Serat membantu dan mempercepatkan ekskresi sisa dan racun dari dalam tubuh, mencegah ia dari duduk dalam usus terlalu lama yang boleh mengundang pelbagai penyakit. Antaranya ialah kanser usus, sembelit, sindrom kerengsaan usus dan buasir. Serat boleh didapati dalam makanan seperti tepung gandum dan roti, beras merah, bijirin gandum, sayur-sayuran, kulit buah boleh dimakan, kekacang, barli, kentang dan biji-bijian. Serat menyerap air di dalam usus yang akan melembutkan tahi dan membantu  bahan sisa bergerak  melalui tubuh lebih cepat. Serat juga dapat membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol dalam darah. Jika sesorang itu mengambil serat, ia perlu minum air yang banyak kerana serat menyerap air dalam usus. Pengambilan air adalah perlu bagi menggantikan kehilangan air dalam usus kerana usus telah banyak kehilangan air dalam proses penyerapan.

Bermula cerita penulis mengenail fiber ini. Penulis mengenali produk fiber ini melalui seorang jurujual yang mengedar produk tersebut di Wisma Persekutuan. Produk tersebut ialah Green Fit dari Avail. Banyak lagi produk fiber yang berada di pasaran antaranya Iz Fiber dan lain-lain. Penulis malas nak google. Tapi penulis hanya ingin berkongsi apa yang penulis gunakan sahaja. Kepada sesiapa di luar sana yang masih mencari-cari kesan-kesan pengambilan fiber bolehlah meneruskan pembacaan kerana penulis ingin dedahkan beberapa keburukan fiber yang mungkin boleh membantu anda dalam menyelesaikan misteri fiber.

Penulis telah mencuba produk tersebut dan ia menunjukkan kesan positif kepada penulis di mana perut penulis yang buncit (maklumlah anak penulis sudah dua) telah turun sedikit. Pembungan air besar memang tidak dinafikan , amat lawas. Produk tersebut kemudiannya penulis perkenalkan kepada adik ipar penulis, Nurul Farhana. Pada awalnya, kesannya amat memuaskan dan dia pun merasa perubahan perutnya kempis. Namun setelah seminggu mengamalkannya, dia mula sakit seluruh badan, lenguh-lenguh, tiada selera makan dan sakit dalam pinggang.Kalau ikutkan dia hanya makan separuh dari paket yang disyorkan tidak sebagaimana penulis yang makan satu paket. Dua hari dia berkeadaan begitu iaitu lemah  dan dia di bawa ke Klinik Wan Saleha oleh suaminya Hasbu. Penulis juga sarankan agar dia membawa produk itu bersama untuk memastikan kesahihan apakah produk itu puncanya. Dalam hati penulis, rasa bersalah yang amat sangat tapi apakan daya jika dari awal penulis tahu perkara itu berlaku, tidak mungkin penulis perkenalkan padanya.

Setelah pulang dari Klinik Wan Saleha, benarlah produk tersebut adalah puncanya! Bagi anda yang baru ingin mencuba produk tersebut, perlulah berhati-hati kerana produk tersebut menurut doktor Wan Saleha tidak sesuai untuk perut wanita muda. Adik ipar penulis baru berusia 23 tahun.Tambahan pula dia  belum pernah melahirkan anak. Perutnya masih muda. Bagi gadis-gadis yang belum berumahtangga tidaklah penulis sarankan untuk menggunakan produk ini. Walaupun begitu Doktor Wan Saleha tidak mengatakan produk fiber tidak bagus tapi perut adik ipar penulis belum sesuai dan beliau memberitahu perut yang mempunyai masalah untuk membuang air besar sehingga seminggu boleh menggunakan produk tersebut kerana ia adalah serat yang boleh melawaskan pembungan air besar.

Betullah fiber mempunyai kebaikan sebagaimana yang diwawarkan oleh jurujual produk masing-masing. Namun disebaliknya terdapat beberapa keburukan terselindung yang patut kita ketahui yang tidak mungkin diberitahu oleh mereka si penjual. Sama seperti serat terlalu sedikit dalam makanan tidak baik bagi tubuh, serat terlalu banyak juga boleh mempunyai kesan negatif. Terlalu banyak serat boleh menyebabkan kekurangan mineral penting seperti zink, kalsium dan besi. Mineral ini kadang-kadang mengikat serat, yang kemudian dikeluarkan dari tubuh tanpa membolehkan mineral untuk diserap ke dalam aliran darah. Begitulah yang berlaku pada adik ipar penulis.

Kesimpulannya, serat tambahan seperti iz fiber dan Green Aple boleh diamalkan kepada sesiapa yang  mempunyai masalah pembuangan air besar sahaja. Jika pembuangan air besar adalah normal serat tambahan tersebut adalah tidak perlu kerana  ia boleh memudharatkan anda!

Fikir-fikirkanlah!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s