Apa itu 5S?

Pernahkah anda tahu apa itu 5S? Bagi yang bekerja di sektor awam, perkataan 5S sudah sinonim dengan mereka malah sudah banyak jabatan-jabatan Kerajaan yang memperolehi sijil 5S yang dikeluarkan oleh pihak MAMPU dan MPC. Penulis mendapat info ini melalui kursus yang penulis sendiri hadiri selama 3 hari di Gambang Resort, Kuantan pada 18 Mac 2011 hingga 20 Mac 2011.

Bagi yang baru berjinak-jinak untuk mengenali perkataan 5S suka penulis menerangkannya serba sedikit tentang 5S ini.

 

BAHASA JEPUN BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS
SEIRI SISIH SORT
SEITON SUSUN SET IN ORDER
SEISO SAPU SHINE
SEIKETSU SERAGAM STANDARDIZE
SHITSUKE SENTIASA AMAL SUSTAIN

5S adalah suatu amalan yang mula-mula dipraktikkan di Jepun. Tapi jika anda bertanya “What is five S?” kepada orang Jepun sekarang, mereka tidak akan tahu apa itu 5S meskipun mereka yang dahulu sebenarnya memperkenalkannya. Anda ingin tahu kenapa? Ini kerana setiap “S” dalam 5S bukan lagi perkara baru bagi mereka. 5S sudah menjadi amalan harian dan perkara biasa bagi semua masyarakat di Jepun sehingga mereka tidak tahu wujudnya istilah 5S. Contohnya baru-baru ini ketika berlakunya Thunami yang begitu dashyat di Jepun, rakyat Jepun sedikitpun tidak merasa panik. Mereka boleh beratur panjang dengan aman di pasar-pasar raya untuk membeli makanan keperluan, sanggup menunggu sehingga lebih dari 4 jam untuk mengisi petrol dan paling lucu mereka boleh berhenti lagi ketika lampu isyarat merah menyala meskipun pada masa tersebut, hanya lampu isyarat itulah satu-satunya yang masih berfungsi dalam bandar itu. Anda bayangkan saja jika perkara ini berlaku di negara kita, Malaysia tercinta. Lampu isyarat merah menyala dalam waktu keadaan aman pun, mereka boleh langgar sesuka hati!

Penulis tidak mahu berkongsi banyak perkara berkenaan 5S kerana mungkin anda akan merasa bosan. Apa yang ingin penulis kongsikan hanya sekadar perkara asas agar jika orang bercerita tentang 5S tidaklah anda tidak tahu apa-apa. Sekurang-sekurangnya apabila anda membaca blog ini, ada perkara boleh anda kongsikan bersama-sama teman anda.

Di sini penulis ada paparkan beberapa keping gambar dari pelbagai jabatan yang telah mengamalkan 5S. Pejabat penulis belum mengamalkannya lagi. Insyaalah jika pejabat penulis sudah melakukan 5S, penulis akan kongsikan bersama-sama anda nanti.

ALAT TULIS

Advertisements

2 thoughts on “Apa itu 5S?

  1. wahh hbtnyer pnulis nie…pas p krsus,trus update blog share 5S’!!! Bguz2….hm ble laa 5S nie nk grk2 nie?? 1S pun se cm susa nk start jeks…ahaks….praktik,jgn xpraktik…”pRactiCe maKes PerFecT..!” 😉

  2. ha..ha..ha… sabo jer la aku..!! ”
    Takper..takper..kita start dari bawah dulu dik… dun wori we can do it!”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s