Kempiskan Perutmu !!

krim susu kambing dan gamat
krim susu kambing dan gamat

Malam tadi penulis tidak dapat tidur tenang. Penyakit penulis datang lagi. Senak pada bahagian sudut hati. Kemudian rasa lenguh-lenguh sekitar belakang badan. Jam pada waktu itu menunjukkan pukul 1:45 pagi. Bermacam-macam cara posisi tidur yang penulis cuba. Tapi penulis tidak mampu untuk tidur kerana tidak selesa dengan keadaan itu.

Penulis pun mencari Krim Susu Kambing Gamat yang penulis beli di Langkawi. Setelah sapu beberapa kali pada bahagian perut dan beberapa kali sapu pada bahagian belakang, penulis dapat tidur dengan lenanya.

Krim Susu Kambing Gamat ini penulis beli akhir tahun 2010. Masa itu penulis ada program lawatan ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Kedah bersama kakitangan pejabat penulis. Krim ini diperkenalkan oleh sahabat penulis yang pernah memakai krim ini dan mengikut pendapat beliau, ia adalah mujarab terutamanya bagi ibu-ibu lepas bersalin. Krim ini agak panas dan jika pembaca pernah menggunakan Krim Pati Halia sebelum ini, ia boleh dikatakan sama panasnya dengan Krim Pati Halia. Bezanya cuma harganya lebih murah berbanding Krim Pati Halia. Jika Krim Pati Halia berharga RM21.00 satu botol. Krim ini hanya berharga RM8.00 hingga RM 10.00 sebotol bergantung kepada kepandaian tawar-menawar pembeli sendiri. Krim Susu Kambing Gamat itu penulis beli dalam 10 botol untuk kegunaan penulis sendiri.

Semasa membeli krim tersebut dahulu penulis difahamkan oleh penjual tersebut yang membahasakan dirinya Pak Aji yang krim ini amat sesuai sekali jika orang berhajat untuk mengempiskan perutnya. Tapi dalam pada itu, Pak Aji itu turut menasihatkan penulis jangan sekali-kali menggunakannya ketika sedang berbadan dua kerana sudah ada tragedi yang berlaku di mana mengikut Pak Aji kandungan seorang perempuan serta-merta gugur setelah ½ jam menggunakan krim tersebut. Betul atau tidak cerita Pak Aji itu, penulis sendiri tidak boleh mengiyakannya ataupun mungkinkah itu salah satu taktik yang biasa dilakukan oleh peniaga-peniaga di Langkawi bagi melariskan jualannya. Waallahua’lam.

Bagi pembaca yang masih tercari-cari kaedah yang sesuai untuk mengempiskan perut. Apa salahnya kita cuba menggunakan Krim Susu Kambing Gamat ini. Mana tahu ia mungkin berhasil untuk anda. Jom kita pakat sama-sama kempiskan perut!

Advertisements

3 thoughts on “Kempiskan Perutmu !!

  1. Assalamulaikum saya dah guna dah krim ini memang bagus saya selalu sakit belakang saya sapu selain baunya sedap saya suka.Memang betul pak Aji tu kata org ngandung memang tak leh guna sebabnya krim nie panas dikuatiri akan berlaku keguguran…ok selamat berkenalan menarik atikel anda…

  2. waalaikumussalam dan terima kasih menyinggah ke blog saya. Saya sekarang pun masih menggunakan krim tersebut setiap malam. Selain ia mengempiskan perut, ia juga boleh melawaskan pembuangan angin dan air besar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s