Halal….Payah Sungguh….!!

Malam kelmarin, Boss adik penulis dan isterinya datang ke rumah kerana melawat Ashraf, anak adik penulis yang bernama Edi yang baru baru keluar wad. Banyak gambar hiasancerita yang dibicarakannya. Antara salah satu cerita yang menarik perhatian penulis ialah kegiatan tidak bermoral masyarakat zaman sekarang, “Menjual Daging Yang Dicuri”.

Terkejut jugak penulis diberitahu yang beliau pernah melihat sendiri kambing yang sedang berjalan pulang balik ke rumah tuannya berada di tepi jalan disambut oleh pembonceng motosikal yang sedang bergerak. Masyaalah!! Dalam keadaan begitu pun budak-budak zaman sekarang boleh buat kerja. Masyarakat sekeliling yang memandang hanya sekadar boleh mengelengkan kepala. Motor dibawa begitu laju dan yang empunya disambut tidak menjerit meminta tolong.

Jika manusia yang diragut akan hilang harta. Bagaimanakah pula nasib binatang peragut yang diragut? Apakah yang akan dilakukan oleh penunggang dan pembonceng motosikal yang menyambut binatang peragut itu? Pernahkan anda terfikir akan perkara seumpama itu? Cuba pembaca fikirkan sejenak sebelum penulis menceritakan keadaan sebenarnya. Apakah sama apa yang difikirkan oleh pembaca sama dengan apa yang sebenarnya berlaku.

Sebenarnya binatang peragut tersebut akan disembelih di suatu tempat. Siapa yang menyembelihnya? Pak Imam? Pak Bilal? Haji Ismail? Ustaz Abdul Muin? Siapa? Siapa? Jawapannya tentulah salah seorang dari mereka yang lari tunggang-langgang ke dalam semak tadi. Apakah bacaan mereka ketika penyembelihan berlangsung? Belajarkah mereka cara-cara penyembelihan yang betul mengikut Islam?Apakah layak seorang pencuri menyembelih binatang? Semua itu pasti sudah terjawab oleh pembaca sendiri. Kemudian mereka akan melapah binatang tersebut dengan cara tersendiri. Daging-dagingnya akan dibawa kepada penjual di pasar untuk dijual.

Tidak pernah terfikir oleh penulis daging yang dijual di pasar rupanya ada diantara merupakan daging yang disembelih dengan cara tersebut. Penulis mendapat maklumat bahawa Pasar Chabang Tiga, Pasar Borong Gong Pauh merupakan pasar yang kerap menerima kunjungan daging panas. Mungkin ada lagi pasar-pasar lain yang terlibat, waalahua’lam.

Apa yang mendukacitakan hati penulis ialah pemborong-pemborong daging itu sendiri. Apakah mereka tidak kenal dengan penjual daging yang mereka terima? Apakah mereka tidak tahu susur galur penjual yang membekalkan daging kepadanya setiap hari? Mustahil jika penulis katakan pemborong itu tidak kenal dengan siapa mereka berurusan. Tidak keterlaluan jika penulis katakan yang pemborong tersebut juga ingin mendapat bekalan yang murah dan menjualnya dengan harga pasaran. Untung jadi banyak!! Dalam kotak fikiran pemborong, bukan pembeli tahupun. Pembeli hanya datang sekali sekala sahaja dan hanya tahu harga pasaran dan mereka hanya mahu daging baru!

Penulis sendiri bukan tidak biasa membeli daging di pasar. Terutamanya bulan Ramadhan. Mana lagi tempat yang boleh mendapatkan daging jika bukan di pasar. Lainlah dulu sebelum arwah datuk penulis iaitu Haji Abu Bakar masih hidup. Penulis hanya mendapatkan bekalan dari beliau sahaja kerana beliau juga semasa hidupnya penjual daging yang dikenali ramai. Beliau menjual daging lembu peliharaan dan sembelihan beliau.

Patutlah hati umat Islam sekarang semakin gelap. Bukan wangnya yang tidak halal. Bukan sumber wangnya tidak halal. Bukannya daging itu tidak halal, tetapi daging yang dimakannya itu diperolehi dari sumber yang tidak halal yang akan menjadi darah yang mengalir ke dalam tubuhnya. Betul atau tidak itu hakikat yang terjadi dengan masyarakat sekarang.

gambar hiasanMalam itu juga penulis diberitahu oleh bapa penulis , dia mendapat berita dari kawan-kawannya yang kerbau yang mati dalam kemalangan waktu siang hari hilang dalam tempoh beberapa jam di Beladau. Apa yang tinggal hanyalah kepala kerbau tersebut. Difahamkan daging kerbau tersebut telah dijual di Mydin Mall. Waahuallam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s