Ultraman oh..Ultraman..

Terpanggil dengan isu kontoversi kartun Ultraman dalam Berita Minggu edisi Ahad 13 Mac 2011. Penulis ingin berkongsi cerita tentang anak sulung penulis Haziq dengan sebuah cerita yang jugak berkisar dengan Ultraman.

Sebelum penulis bercerita tentang cerita Haziq, penulis ingin juga mengutarakan pendapat penulis berkenaan isu kontroversi yang digembar-gemburkan tersebut. Pada pendapat penulis, kartun lukisan Zoy tidak mempunyai niat untuk mempersendakan nasib rakyat Jepun cuma sekadar sebuah karektor kartun. Ia cuma sekadar lawak yang dicipta dari idea berlakunya Thunami di Jepun. Mungkin jika Thunami tidak terjadi di Jepun, idea lawak ini tidak mungkin akan datang. Memandangkan pula Jepun memang terkenal dengan “pahlawan-pahlawan pelik” yang kita sudah maklum sejak zaman kanak-kanak lagi seperti “Ultraman”, “Doreomon”, “Kastria Baja Hitam”, “Digimon” dan bermacam jenis pahlawan yang penulis sendiri tidak pandai mengejanya. Pahlawan-pahlawan ini sentiasa meyelamatkan dunia dari musnah memang sudah terpahat sejak dahulu lagi.

Tidak keterlauan jika penulis katakan karektor ini tidak boleh dipersalahkan 100% kepada lakaran ilustrasi dari Zoy, ia juga adalah impak dari orang Jepun itu sendiri. Negara Jepun pula tidak sepatutnya tersinggung dengan perkara ini kerana ini datang dari negara Matahari Terbit itu sendiri.

Walaubagaimanapun penulis amat berbangga kerana Berita Harian dan Zoy kerana dapat secara terbuka memohon maaf atas ilustari yang disiarkan itu.

Berbalik pada cerita asal yang penulis ingin ceritakan tentang anak penulis penangan dari Ultraman ini. Petang itu, penulis dan suami membawa anak penulis Haziq dan Husna ke taman permainan di Hiliran . Pada kebiasaanya, sesampai di taman permainan Haziq dan Husna akan terus bermain. Berlainan pada petang tersebut, Haziq asyik memerhatikan seorang kanak-kanak yang asyik bermain dengan ultraman di tangannya. Kemudian pandangan dia beralih pada suatu sudut yang penuh dengan ultraman yang sedang berkelip-kelip dengan banyaknya. Wajahnya berseri-seri dan mengalihkan pandangannya kepada penulis dengan senyum simpul. Penulis dah dapat agak apa yang bermain difikirannya tapi penulis berpura-pura tidak mengerti dan menjauh sedikit dari tempat tersebut dan berlalu mendapatkan Husna yang sedang bermain buaian bersama ayahnya.

Mata Haziq masih tertumpu ke sudut yang sama. Kesian pula penulis melihat gelagatnya, lalu penulis meminta pendapat ayahnya patutkan dibelikan sahaja Ultraman itu untuk Haziq. Ayahnya tidak membantah malah disuruhnya penulis membeli 2 ultraman. Katanya bimbang mereka akan berebut apabila sampai di rumah. Penulis tidak bersetuju dan penulis memanggil Haziq dan membelikan Haziq Ultraman tersebut. Wajah Haziq berseri-seri tanda gembira. Selepas membeli Ultraman tersebut Haziq sudah tidak menghiraukan taman permainan lagi, asyik ditekan butang membuatkan Ultraman itu menjerit “ kota..kaota….” ….Apa benda yang dijeritkanpun penulis tidak berapa nak faham. Mungkin dalam loghat Jepun. Sedangkan Husna masih dengan dunia permainannya.

Pulang dari taman permainan, semasa menaiki kereta untuk pulang, Husna sudah menampakkan seakan-akan berminat dengan Ultraman abangnya. Dia mula merengek-rengek dengan penulis supaya abangnya meminjamkan kepadanya Ultraman tersebut. Penulis cuba untuk memujuk Haziq tapi cubaan pertama penulis gagal. Suami penulis juga gagal dengan cubaannya. Penulis cuba memujuk dengan mengatakan akan membelikan Husna Ultraman yang lebih besar pada Husna, barulah Haziq memberikan pada adiknya. Agaknya pada fikiran penulis dia berasa iri hati penulis ingin membelikan Ultraman yang lebih besar untuk adiknya dan mengharapkan Ultramean yang lebih besar akan diberikan kepadanya jika dia memberikan Ultraman kecil itu kepada Husna. Dalam pada itu juga, penulis berjanji Husna akan memulangkan kembali Ultraman Haziq apabila sampai di rumah.

Tiba di rumah, Haziq benar-benar menuntut janji penulis supaya dipulangkan kembali Ultramannya. Mujurnya penulis kerana Husna dengan mudah memberikan Ultraman itu kepada abangnya tanpa banyak kerenah. Lega sungguh hati penulis.

Rutin waktu Mangrib, sementara menunggu waktu Isyak.Kebanyakan ahli keluarga penulis termasuk adik beradik penulis akan berada di hadapan televisyen untuk menonton berita 8:00 malam. Haziq dengan Ultraman di tangannya. Telah beberapa kali Ayah Su nya memarahinya kerana jeritan Ultramannya sedikit mengganggu kosentrasi sesiapa sahaja yang sedang kusyuk mendengar berita. Jeritan Ultramanya itu juga membuatkan adiknya Husna amat berminat untuk mendekatinya. Husna cuba meminta Ultraman dari abangnya. Abangnya tidak memperdulikan Husna. Terus sahaja dia bermain-main. Penulis cuba memujuk Haziq supaya untuk bermain bersama-sama dengan adiknya,nyata sia-sia. Pujukan penulis tidak dihiraukan. Mungkin Husna sudah seakan-akan mengerti dan faham yang pujukan penulis tidak berjaya melembutkan hati abangnya, dia telah membuat keputusan sendiri dengan merebut Ultraman dari tangan abangnya.

Terjadilah satu insiden yang tidak mahu penulis rasanya mengingatkannya kembali. Sungguh penulis tidak menyangka sedikitpun perkara itu akan berlaku. Haziq seakan-akan naik hantu dan merebut kembali Ultraman dari tangan adiknya dan apa yang dilakukan olehnya selepas itu? Penulis rasa perkara itu berlaku semula di depan mata penulis. Masyaalah…. Haziq gigit adiknya!! Bayangkan giginya yang tumbuh penuh tanpa ada sebarang kerosakan dengan usianya lima tahun, dia telah menggit perut adiknya yang berumur dua tahun setengah dengan begitu rakus sekali. Sambil menggigit dia menarik dengan sekuat hati perut adiknya dengan giginya sehingga keluar bunyi getusan dari gigitan yang dilakukannya. Haziq…Haziq…sampai hati Haziq melakukan pada adik Husna kerana Ultraman ciptaan Jepun itu.

Adiknya meraung kesakitan. Ada lelehan darah keluar dari perut adiknya. Penulis tidak sanggup melihat luka Husna. Lukanya amat dalam sekali berbentuk deretan gigi Haziq. Husna menangis teresak-esak. Husna penulis pujuk supaya berhenti menangis. Penulis sapukan minyak gamat ke luka Husna. Mujurlah darah berhenti mengalir. Risau penulis dibuatnya.

Selepas menggit perut adiknya Husna. Adik Penulis Khairul bangun dengan serta merta dan meluru ke arah Haziq dan memukul Haziq. Penulis tidak melihat apa bahagian badan yang dipukul oleh Ayah Su nya kerana Penulis sibuk dengan Husna yang sedang meraung kesakitan. Apa yang penulis dengar ialah raungan dari Haziq setelah dimarahi dan dipukul oleh Ayah Su nya.

Setengah jam kemudian, kedua-dua anak penulis tidur dalam keadaan teresak-esak. Kesian sungguh anak penulis. kedua-duanya tidur dalam keaskitan pada malam itu.

Oh Ultraman. Kamu bukan penyelamat negara seperti yang negara kamu selalu tonjolkan.Kamu pemusnah kebahagian penulis pada malam tersebut!!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s