Duhai Adik Iparku part 2

Duhai Adik Iparku part 2

Hari ini genap dua hari adik ipar penulis yang bernama Rohaya bertemankan nyamuk dan pesakit-pesakit lain di hospital. Penulis tidak sempat menjengoknya kelmarin kerani sibuk memikirkan masalah di pejabat yang belum berkesudahan. Tapi penulis sempat menelefonnya bertanya khabar dirinya dan Ashraf. Dia memberitahu Asyraf sudah pulih dari demam dan sudah mula merayau ke sana kemari tanda sudah aktif. Berita itu membuatkan penulis berasa sedikit lega. Cuma dia ada memberitahu sedikit penat kerana tidak dapat tidur dengan sempurna. Penulis pun faham keadaan itu, tambahan pula keadaannya yang sedang berbadan dua.

Penulis sekarang masih tinggal bersama ibu-bapa penulis. Begitu juga dengan adik ipar penulis. Bohong jika penulis katakan, kami belum berfikir untuk tinggal berasingan, cuma belum tiba waktunya.Tinggal dalam satu rumah yang sama dengan anak-anak yang bermacam-macam kerenah banyak menguji hati kedua-dua belah pihak. Penulis sedar itu dan penulis akan cuba sedaya upaya akan lari dari perasaan tersebut.

Pernah suatu ketika, kepala Asraf berlumuran darah kerana terhantuk pada pagar besi. Darah keluar tak berhenti. Siapakah yang menjatuhkannya? Orang yang bertangungjawab menjatuhkannya ialah Husna anak penulis yang ketika itu berusia dua tahun setengah. Penulis difahamkan mereka berebut-rebut untuk melihat ke luar pintu. Apa benda yang nak dilihatkanpun penulis tidak pasti kerana penulis berada di dapur pada waktu itu. Kedua ibu-bapa Ashraf mengejarkannya ke hospital untuk tujuan jahitan. Tapi sampai di hospital, doktor menyarankan supaya ia diplaster sahaja kerana lukanya tidak sampai ke tahap jahitan dan ia amat menyakitkan untuk budak yang berumur setahun setengah! Oh..Anak Ummi…haruskah ia diberikan hukuman? Tak layak penulis nak menghukumnya kerana dia belum mengeti apa-apa. Apakah perasaan kedua ibu-bapanya? Hanya tuhan yang tahu. Tapi tidak sedikit pun riak wajah adik ipar penulis terpapar rasa marah, cuma sedikit kekesalan dari air mukanya kerana tidak lebih berhati-hati untuk melayan kerenah keduanya. Maafkan Husna Mak Teh….

Setiap hari penulis balik dari kerja, mata penulis akan dihiasi dengan jujukan pakaian kecil Husna dan Haziq serta pakaian Penulis sendiri yang terlipat kemas berada di atas katil. Kekadang Baju Haziq dan Husna sudah tersimpan di almari masing cuma baju penulis sahaja yang berada di atas katil. Semuanya dilakukan oleh adik ipar penulis yang seorang itu. Kekadang penulis rasa malu, apa tidaknya, barang-barang dalaman penulis pun tersusun rapi dilipatnya tanpa rasa segan. Tika waktu pagi, dialah orang paling awal mengemas rumah, menyiapkan menu hidangan pagi dan paling awal mejemur pakaian hatta pakaian orang lain sekalipun!

Penulis ada atau tiada, rutinnya tetap sama. Apabila tiba waktu makan Ashraf, dia akan membawa dua buah pinggan yang berisi nasi. Satu pinggan di tangannya pasti untuk Husna. Dia tidak pernah melupakan Husna. Jika Ashraf makan, pasti Husna jugak akan turut makan bersama. Husna tidak mungkin akan kelaparan jika bersama Mak Tehnya. Apa saja yang Asyaf makan, pasti Husna juga mendapat habuannya. Jika benda yang banyak, akan dimakan bersama manakala benda yang sedikit akan dibahagi-bahagikan.

Sekadar ini dahulu untuk kali ini. Penulis akan menyambung part 3 jika akan cerita terbaru.

Advertisements

2 thoughts on “Duhai Adik Iparku part 2

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s