Duhai Adik Iparku… part1

Penulis mempunyai dua orang adik ipar. Semuanya perempuan. Manakan mungkin penulis mempunyai adik ipar lelaki jika semua adik penulis lelaki.

Adik ipar penulis yang pertama ialah Rohaya. Dia berkahwin dengan adik penulis yang bernama Edi. Dia berkahwin dengan edi sewaktu umurnya mencecah 25 tahun sama umur dengan penulis sewaktu penulis berkahwin dahulu.

Perkahwinan mereka adalah pilihan sendiri dan ia tidak dibantah oleh keluarga. Dia seorang gadis yang berasal dari Tanjung, Kuala Terengganu. Orangnya kecil molek dan sedap mata memandang. Berbeza dengan adik penulis yang tinggi lampai macam galah. Seawal perkahwinan mereka, penulis merasa kelakar kerana perbezaan tinggi dan rendah yang agak ketara antara keduanya. Tapi lama-kelamaan, mata penulis tidak lagi menghantar isyarat kelakar ke dalam otak penulis.

Setelah setahun mendirikan rumahtangga, mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Wan Mohd Ashraf. Ashraf dilahirkan pada 28 Mac 2009 pada jam 12.30 tengahari. Waktu yang amat panas pada siang hari. Kami anak beranak akan menjangkakan yang Asyaf mungkin akan keras perangainya nanti berbanding dengan adik beradik lain nanti kerana kelahiran nya pada waktu tersebut.

Sewaktu masih kecil iaitu di dalam umur dalam 40 hari, memang Ashraf kuat menangis. Memang dikategorikan kuat menagis. Kesian penulis melihat ibunya yang dalam keadaan yang belum pulih sepenuhnya berjaga malam untuk mendodoikannya. Sehinggalah sekarang umur Asraf tinggal seminggu lagi untuk masuk ke umur 2 tahun, perangai tetap sama. Suka menangis.

Pada tanggal 12 Mac 2011, iaitu kelmarin Asraf telah dimasukkan ke hospital kerana demam dan lelah yang agak teruk. Tahulah penulis kenapa Ashraf suka sangat menangis dari kecil hingga sekarang. Ashraf disahkan oleh doktor yang merawatnya, paru-parunya mengandungi kuman. Patutlah dia selalu menangis. Seorang anak kecil hanya akan menangis jika dia tidak berasa selesa. Kesian adik ipar penulis yang sekarang ini sedang mengadung 4 bulan terpaksa pula menjaga Asraf dalam wad. Mungkin dia tidak tidur malam mengenangkan anaknya dalam keadaan sedemikian.

Pada pandangan mata penulis, adik ipar penulis ini agak penyabar orangnya. Penulis sendiri tidak sesabar dan setabah dia. Kadang-kadang penulis melihat Asyaf menangis tidak tentu fasal dan menghentak-hentakkan kakinya ke lantai jika demam. Raut wajahnya tidak sedikitpun menujukkan rasa marah pada Asraf, malah boleh bertanya dengan nada lembut,
“Asraf nak apa?”

Kalau penulislah yang berada ditempatnya, penulis mungkin bertanya soalan yang sama tapi nada penulis pastinya bukan nada sebagaimana nada yang dialunkan oleh adik ipar penulis. Rasa getaran kehebatan kesabarannya. Dia bukan seorang pembengis dan dari kaca mata penulis, dia seorang yang amat gemarkan kanak-kanak.

Penulis amat penat, penulis akan sambung ceritanya sedikit masa lagi.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s