Thunami lagi????

thunamiBerita tentang Thunami yang berlaku di Jepun amat mengejutkan. Penulis mendapat berita tersebut daripada adik lelaki penulis yang baru pulang dari Pantai Batu Burok. Waktu perkhabaran tersebut, penulis sempat menoleh jam pada waktu tersebut  menunjukkan angkat 4:00 petang, Jumaat 11 Mac 2011. Menurut  adik penulis, semua yang berada di Pantai Batu Burok pada waktu itu termasuk dia dan kawan-kawannya telah dinasihatkan oleh pasukan peronda polis  supaya meninggalkan pantai tanda amaran berikutan berlakunya Thunami di Jepun.

Terbayang di kepala penulis, Jepun merupakan sebuah negara maju yang mempunyai segala peralatan yang canggih dan teknologi tinggi. Dalam teknologi yang cukup lengkap dengan radar dan tanda-tanda amaran pun, ramai rakyat Jepun terkorban dalam inseden tersebut.  Lantas terbayang pulak dengan negara Malaysia yang tidak mempunyai peralatan lengkap. Malas nak penulis berfikir. Gerun pun ada. kalau status negara Jepun sudah beratus, apalah agaknya nasib Malaysia jika benar-benar terjadi.

Penulis berasa amat hampir dengan hari-hari tersebut. Tapi masih ramai di luar sana yang masih tidak endah tentang hari yang penulis maksudkan ini. Marilah kita sama-sama beringat jika perkara ini terjadi di Negara, Negeri Daerah atau kampung kita. Masih sempatkah kita untuk memohon ampun kepadanya atas dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Masih sempatah kita yang sedang enak makan tengahari di KFC, Mc Donals  yang berdekatan dengan pantai  atau sedang bermandian bersama teman wanita atau teman lelaki sambil berpegangan tangan tanpa menghirau dosa dan pahala tiba-tiba dilambung ombak thunami. nauzubillahiminzalik. Di mana kah tempat kita selepas itu? Tidak perlulah penulis menulis di sini tempat yang sebagaimana kerana semua sudah sedia maklum.

Marilah kita sama-sama bersedia ke arah hari yang pasti tersebut. Semoga kita tergolong dari kalangan  orang yang selalu beringat-ingat. Insyaalah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s