Kartun Untuk Diwarna

Memandangkan anak perempuan  penulis Che Nur Syauqina Husna sudah bersekolah, banyak benda baru perlu diajar penulis kepadanya untuk menyesuaikan diri dengan alam persekolahan. Anak dara penulis ini nampaknya lebih lincah dan lebih pandai menyesuaikan diri dengan kawan-kawan baru berbanding dengan abangnya Che Muhhammad Syahir Haziq tatkala mula-mula dia dihantar ke sekolah. Mungkin disebabkan dia seorang budak perempuan…tapi entahlah… bila dah ada dua anak, ada..lah perbezaan yang kita nampak bila kedua-dua menginjak usia masing-masing. Itu baru dua, kalau sudah masuk tiga, empat,macam-macam kerenah boleh kita kumpul agaknya.

Sekarang ini Husna amat berminat untuk mewarna. Jadi penulis banyak jugak  meminta pertolongan “encik google” bagi mencari kartun-kartun yang boleh diwarna olehnya. Ada lebih kurang 20 muka surat boleh diwarnanakan oleh Husna dan suka penulis untuk kongsikan kartun-kartun tersebut agar pembaca blog penulis yang tercari-cari kartun untuk diwarna untuk anak-anak dan adik-adik tidak hampa jika melawat tapak blog penulis.

KIlK DI SINI UNTUK UPLOAD BUKU KARTUN UNTUK DIWARNA CIPTAAN PENULIS

Penulis memang suka berkongsi apa sahaja bentuk pengalaman dan benda yang boleh memanafaat untuk kepentingan bersama. Dokumen yang telah anda upload boleh diedit lagi dan boleh ditambah lagi bilangan kartunnya jika anda semua mahu.

penulis- terhibur  tengok ragam anak-anak… :)

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s