Cara Hilangkan Alahan Masa mengandung (morning sickness)

Hari ini penulis ingin kongsikan cara-cara ataupun petua-petua yang boleh dilakukan untuk menghilangkan alahan dalam tempoh mengandung. Sebenarnya lain orang, lain cara untuk mengatasinya. Mungkin ada di antara cara-cara di bawah boleh dicuba untuk menghilangkan rasa mual dan keletihan yang dialami oleh anda sekarang.

1. Amalkan makan kurma dan kismis. Petua ini memang penulis amalkan.Ini kerana tekak penulis tidak boleh menelan sebarang makanan, loya semacam.Kurma memberikan tenaga. Badan penulis yang sebelum ini lemah longlai dan tidak bermaya sihat sedikit berbanding sebelum memakan kurma dan kismis. Tidak usah makan banyak jika tidak mampu. Cukuplah sekadar yang terdaya oleh tekak anda. Penulis membawa bekal kurma dan kismis  ke pejabat. Orang lain makan pagi, makan tengahari, minum petang…penulis sekadar mengunyah kurma dan kismis :(. mengamalkan makan kismis dan kurma sepanjang waktu kehamilan sebenarnya baik untuk anak di dalam kandungan. Tidak silap penulis salah satunya ialah boleh melahirkan anak yang sabar..insyaalah…

2. Amalkan makan madu setiap pagi dan setiap malam. Petua ini masa mula-mula penulis ada amalkan.Tapi penulis seringkali lupa nak minum waktu pagi kerana selalu ingin cepat ke tempat kerja. Waktu malam pula, penulis tidur dahulu baru teringat…he..he…he…. Yang ini pun bagus untuk anak dalam kandungan.

3. Minum air glucose. Pernah dengar GLUCOSE.Dulu hanya ada perisa original, sekarang dah ada perisa oren, dan perisa anggur. Penulis cuba juga minum perasa oren , rasanya masam-masam gitu. Jika sehari suntuk tidak boleh makan, amalkan minum air Glocose pun membuat badan sihat sedikit sebab ia memberikan tenaga. Tidaklah terlalu longlai sehingga tidak larat nak berjalan.

4. makan aiskrim jeruk kampung.Aiskrim Jeruk mempelam boleh menghilangkan rasa mual. Ibu penulis sengaja membelikan aiskrim jeruk mempelam di kedai untuk stok simpanan  penulis. Balik dari kerja, penulis sambar sebatang. Rasa pening, loya akan berkurang bila dah habis sebatang…. :)

5. Makan roti kosong cicah air milo- Ini memang menjadi..perut pun rasa kenyang.  Cuba dulu..sebab penulis masa mula-mula pun ingin macam tak boleh masuk jer..tapi bila dah cuba..tekak rasa ok jer..dan penulis pun meneruskan untuk roti yang ke-2. Jangan terlalu memaksa bila makan, takut ia akan keluar bailk. makan sekadar termampu sahaja dan perlahan-lahan.

Petua-petua lain banyak lagi…tapi yang penulis amalkan yang kat atas tu jer la… di sini penulis pautkan satu blog yang boleh dikira bagus juga untuk mengatasi masalah loya  :

1.http://babybiey.blogspot.com/2010/02/ssalamualaikum_12.html

2.http://darkbatman.com/alahan-semasa-mengandung-l-cara-atasi/

penulis – Sudah beransur-ansur sihat sedikit…dan sudah boleh makan sikit-sikit walaupun tidak banyak.

About these ads

2 comments on “Cara Hilangkan Alahan Masa mengandung (morning sickness)

  1. sy plak..dok dapur asyik pening jer..time gosok gigi barulah termuntah…akan sy cuba petua di atas..tqvm…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s