Pagar rumah

Pekerja sedang membuat pagar

Bina rumah atas tanah sendiri bukannya mudah. Bermacam-perkara perlu diuruskan sendiri. Bermula pening dari merekabentuk pelan sehinggalah pening ketika ingin memilih rekabentuk pagar rumah. Macam tidak habis-habis.

Dalam memilih rekabentuk pagar , pelbagai pagar yang penulis kaji dan jumpa.  Antara lokasi yang penulis sempat singgah ialah sekitar kawasan Chendering berdekatan dengan Sekolah Rendah Chendering. Banyak  rekabentuk rumah di situ amat menarik pada pandangan mata kasar penulis begitu juga dengan rekabentuk pagarnya. Jika ada di kalangan pembaca yang masih tercari-cari dan ingin memilih rekabentuk pagar bolehlah menjengok kawasan tersebut sebagai panduan awal. Manalah tahu ada yang berkenan di hati.

Dalam memerhati rumah-rumah dan pagar di sekitar kawasan tersebut, penulis banyak juga mengambil gambar. Namun demikian penulis amat berdukacita kerana telefon penulis telah menjadi “arwah” sebelum menjelang Hari Raya baru-baru ini dan semua kandungan yang berada dalam telefon tesebut secara automatik telah menjadi al-marhum. Maka tidak dapatlah penulis paparkan dan kongsikan kepada pembaca di sini.

NAmun demikian penulis cuba  memaparkan pagar-pagar yang penulis cari dalam internet dan rekabentuk ini memang tidak sehebat apa yang penulis lihat diluar sana. Harap-harap semoga ia dapat membantu.

Setelah berfikir dan bertanya pendapat teman-teman, maka terciptalah pagar rumah penulis sebegini rupa. Tidak terlalu serabut dan ia cukup ringkas pada mata penulis.

pandangan dari belakang rumah penulis dan pagar ini belum dipelas
Pandangan pagar dari sebelah sisis dalam di hadapan rumah penulis
rekabentuk pagar yang siap dari sudut yang lebih dekat.

penulis ~ pagar dah siap dah….. hu…hu…hu…

About these ads

8 comments on “Pagar rumah

  1. Pingback: pagar rumah | | ASIA PORTALASIA PORTAL

  2. wlam.. UPAH buat pagar sahaja Rm 10k… xtermasuk barang, masa saya beli pagar jenis tu Rm 75 sebiji untuk jenis besi Y12…tapi ada yang murah skit..tapi dia guna besi bukan y12….cuba chek dengan penjual… Mungkin harga dah berubah… masa saya survey dulu…ada kedai yg letak harga rm 90 sebijik…harga keseluruhan mungkin berbeza sebab tanah saya x besar..kalau encik mempunyai kawasan besar …mungkin harganya lebih mahal….X silap saya lebih kurang rm 30k saya habis untuk kos keseluruhan…sebab saya suruh tukang buang beam,.sebab takut pagar xtahan…bukan ikat 9…dan buat tiang sendiri..bukan tiang beli.

  3. Terima kasih atas feedback sblm ini…saya ingin beberapa info lagi…

    i)Berapa lama pagar ini dapat disiapkan tidak termasuk cat dan pintu pagar
    ii) Berapa ramai pekerja yang terlibat

    dan terakhir berapa luas tanah yang dipagari…

    Semoga sudi share info…

    TQ

  4. Bergantung kepada berapa orang pekerja. Macam rumah saya 8 orang pekerja dalam jangka masa 3 minggu,4 minggu dah siap. Tanah saya lebih kurang 53 lebar *80 kaki panjang…

  5. TQ…for the info….dia orang kerja 6 hari seminggu ke? cuma ingin tahu info ini sebab saya cuba buat calculation untuk kos jika upah pekerja berdasarkan kadar harian….

  6. salam. saya mmg betul betul baru dalam bidang bina rumah sendiri. Saya nak buat pagar. Keseluruhan dalam lingkungan 500 kaki. Budget saya rendah. So, ingat nak pasang tiang pagar konkrit, letak dawai kawat 5 lapis. Tukang korek lubang, tanam tiang pagar, tuang konkrit dalam lubang (buat acuan plywood bentuk kiub sekeliling tiang) dan pasang dawai kawat. Saya kalau boleh xnak upah pakai hari. Tapi pakai hasil kerja. Mungkin boleh bayar pakai minggu/hasil kerja. Macam mana nak tentukan harga kos upah? Sebab tukang terserah pada saya

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s