Bahan-Bahan Asas Pembinaan Rumah.

BESI "BRC" TAPAK

BESI "BRC" TAPAK

Hari ini penulis ingin kongsikan pengalaman penulis dalam pembinaan rumah dalam hal bahan-bahan asas dan perkakasan atau alat yang perlu disediakan oleh kontraktor atau orang perseorangan yang ingin membina rumah di atas tapak sendiri.

Berikut merupakan senarai tersebut dan ia mungkin berbeza di antara rumah dengan rumah yang lain bergantung kepada besar atau kecil rumah anda. Sesetengah peralatan  memang telah disediakan oleh tukang rumah kerana mereka sudah mempunyai peralatan tersebut dan adakalanya tukang rumah menyuruh tuan rumah yang menyediakannya. Ia bergantung kepada budi bicara kedua-dua belah pihak. Penulis akan membuat tanda (*) untuk barang-barang tersebut.

a) Pasir  sedang (2 lori)
b) Batu argegat (3 lori)
c) Kayu 1" x 2" (1 tan) -Jenis kayu bergantung begantung kepada tuan empunya rumah atau lebih baik tanya tukang rumah itu sendiri.
d) Plywood/Papan lapis (40 keping)- Mungkin lebih lagi
e) Paku 2" (5 kotak)
f)* Skop/ Penyedok simen ( 3 biji)
g)* Kereta sorong ( 3 biji)
h) Dawai/ wayar (1 gulung)
i) Simen (50 bag)
j) Besi Y12 (2 tan) -Untuk permulaan, besi sebenanya akan lebih lagi.
k) Besi Rb/ Besi Link ( 1 tan)
l) Mixer/Pembancuh simen (Bisanya boleh di sewa dengan haraga RM 300- 400  per bulan)
m)* Baldi simen ( 3 biji )
n) Tong besar  isi air ( 1 biji)
0) BRC/ Besi lantai - (Ikut ukuran keluasan rumah nak pakai berapa keping)
p) plastik lapik bawah lantai (Ikut ukuran rumah juga tapi ada juga yang tak pakai nak jimat kos, tapi kalau pakai rasanya lebih baik)
q) Bekalan air ( Ini paling penting. Boleh mintak paip sementara dengan JBA atau sea dengan rumah jiran berdekatan tapi baik mohon dengan JBA)
r) Bekalan Elektik ( Ini juga penting. Bekalan elektrik memang kena pinjam jiran sebelah)
s) Stor Simpanan barang ( Maknanya kena beli zink kayu dan alat-alat nak buat stor)
t) Wayar getah panjang (Besli yang elok terus, harga lebih kurang RM 50.00-70.00 SEGULUNG)

Gambar-gambar perkakasan tersebut adalah sebagaimana di bawah dan penulis meminta maaf kerana gambar-gambar dengan perkakasan  adalah  tidak seimbang  kerana penulis tidak mengambil keseluruhan perkakasan tersebut. Apa yang penulis harapkan ia dapat membantu serba sedikit pencarian  pembaca sekalian.

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Penulis~ Jenuh mencari dalam internet dan bertanyakan orang yang telah membina rumah semasa proses ini belum bermula.

About these ads

46 comments on “Bahan-Bahan Asas Pembinaan Rumah.

  1. ASM Tuan, Boleh saya tahu keluasan rumah dan anggaran kos untuk membuat rumah tuan. Tuan buat rumah sendiri tanpa bantuan kontraktor dan hanya gunakan tukang rumah untuk siapkan,,betul begitu. Berapa pula upah yang diambil/kakipersegi. Namun tuan buat pinjaman perumahan dengan menggnakan nama kontraktor blesen untuk buat tuntutan bayaran. satu langkah ynag baik. Maaf diatas soalan 2 tadi. saya juaga bercadang untuk buat rumah sendiri atas stanah sendiri dengan pinjaman kerajaan. tetapi sya tiada masa untuk menguruskannya. Saya cadang untuklantik kontraktor, saya tahu harag akan tinggi sedikit banding jika urus sendiri. Terima kasih

  2. Waalaikumussalam…. rumah saya tidaklah besar cuma berkeluasan 2,000 m persegi lebih kalau x silap… (malas nak tengok pelan). Rumah saya dua tingkat kerana tanah yang saya miliki sedikit sempit. Jika anda mempunyai tanah yang besar eloklah membuat rumah setingkat. Ini kerana rumah setingkat lebih menjamin keselesaan pada masa akan datang lebih-lebih lagi jika usia semakin meningkat.

    Saya memang tidak mengambil upah kontaraktor dan hanya meminjam lesen dari bapa saudara saya. tuan boleh jugak berbuat demikian dengan meminjam lesen dari kenalan2 tuan.

    Upah untuk tukang tidak sama. Bagi rumah saya, upah tukang RM20 perkaki untuk bahagian bawah dan RM 23 perkaki untuk bahagian atas. Jika anda ingin membuat rumah setingkat, kos upah sudah boleh dijmatkan Rm3 perkaki. Namun bgitu ia bergantung kepada budi bicara tukang anda. Mesti berhati-hati juga apabila memilih tukang kerana ada tukang yang suka mencari kesempatan atas kedaifan tuan rumah yang tidak tahu menahu bab2 rumah.

    Jika ingin mudah..memang lebih baik lantik kontarktor. Harganya murah..dan barang yang digunakan semestinya barang2 yang kurang kualitinya kerana mereka ingin mengaut keuntungan yang besar. Jika kita sendiri yang memilih barang..pasti barang yang kita pilih tahan lama dan berkualiti..paling kurangpun yang sederhana.

  3. salam…syabas dan tahniah kepada saudara kerana blog saudara sungguh banyak info terutamanya tentang pembinaan rumah memandangkan saya juga berkira-kira untuk membina rumah bermula pada awal tahun depan. saya difahamkan bahawa penulis adalah seorang wanita dan mampu pula bercerita berkenaan dengan pembinaan rumah. jarang sekali wanita yang mambu bercakap tentang bidang pembinaan ini. tahniah kepada saudari. saya juga bercadang membina rumah di kawasan batu rakit pada awal tahun depan. saya bercadang untuk mengurus sendiri pembinaan rumah saya tanpa menggunakan khidmat kontraktor bertujuan untuk menjimatkan kos. saya ingin mencari peguam yang bagus yang sudah biasa membuat kerja2 berkaitan dengan claim perumahan ini. kalau saya boleh berhubung dengan peguam saudari juga sudah ok untuk saya bertanyakan beberapa perkara. saya perlukan peguam yang boleh membuat claim dengan cepat memandangkan saya menggunakan tukang indonesia. tukang indonesia ini mereka mampu untuk menyiapkan sebuah rumah hanya dalam tempoh 5 bulan sahaja. jadi peguam memainkan peranan penting supaya pembinaan rumah saya nanti tidak akan tergendala. terima kasih atas makluman daripada saudari.

  4. waalakumusalam…terima kasih atas pujian tersebut.. memang saya seorang wanita…dan saya suka menulis. Oleh kerana minat menulis…saya menulis apa yang saya tahu dan apa saha ja yang berlaku dipersekitaran….Saya juga gembira jika maklumat itu bermanafaat untuk orang lain.

    Peguam yang saya gunakan ialah peguam Tetuan Tengku Sulaiman & ASSOCIATED.

    harap ia dapat membantu. :)

  5. terima kasih atas maklumat tersebut..jika boleh saudari sertakan alamat pejabat peguam tersebut serta no tel yang boleh saya hubungi. bagaimana dengan khidmat yang diberikan oleh peguam tersebut?maksud saya dari segi claim cepat atau lambat?

  6. saya mohon maaf kerana tidak dapat menajwab soalan saudara di sini. Namun begitu, saya kemukakan maklumat yang saudara inginkan melalui emel.

    Dari segi claim..peraturan baru yang bermula pada tahun 2010 ada mensyaratkan jabatan penilai akan datang ke rumah peminjam untuk menilai tahap peratusan claim yang diminta oleh peminjam berdasarkan peratusan kesiapan rumah.

    Untuk mempercepatkan proses claim…anda boleh kutip sendiri cek dari perbendaharaan atau wakilkan sesiapa sahaja yang berdekatan dengan perbendaharaan Putrajaya untuk mengutip cek anda dan bank in terus di sana. Jadi duit akan masuk terus ke bank. Itu kena guna khidmat peguam(dia akan buat surat).

    Boleh juga tunggu cek itu dipos…tapi ia akan makan masa seminggu atau dua minggu sebelum sampai kepada anda.

  7. salam. saya ingin membina banglo setingkat.. keluasan rumah 3600 kaki persegi. Adakah memadai jika saya menggunakan BRC A8 jenis biasa atau A8 B.s? Antara menggunakan batu bata merah atau batu pasir yang manakah yang terbaik? Jika saudari tahu macamana cara memilih jenis-jenis bahan binaan terbaik dalam bina rumah saya mohon nasihat dr saudari. tq

  8. w’lam.. saya rasa sudah memadai BRC A8. Biasanya kalau kita tanya kedai hardware, kedai hardaware akan cadangkan kita brc mana yang memadai… Berkenaan dengan batu-bata, saya pakai bata merah sebab mengikut kebanyakkan orang beritahu, bata merah lebih sejuk berbanding bata pasir..namun kosnya agak mahal menggunakan bata merah.

  9. cik shamsul :Anda boleh rujuk di laman web perbendaharaan
    Harga barang yang kasar2 bergantung pada tempat dan keadaan pasaran. Mungkin harga simen dulu saya boleh beli dengan harga Rm18 satu bag. Tatapi sekarang mungkin harga pasaran sudah berubah …kemungkinan Rm 20 satu bag. Begitu juga pasir dan bata..semuanya mengkit nilaian semasa. Semakin lambat kita mendirikan rumah…makin mahal barang2 tersebut. Kawan saya mendirikan rumah lebih setahun sahaja dari sahaja , namun kos bahan-bahan mentah yang dibeli berbanding saya berbeza..itu baru setahun…

  10. Salam Puan. Saya sedang dalam proses nak bina rumah sendiri di atas tanah yg dibeli dgn loan gomen dlm masa trdekat. Sekarang pelan baru lulus 4 hari lepas. Tgh survey kontraktor tapi rata2 mahal sgt. Ni tgh memikir2 nak upah tukang aje untuk cuba jimat. Cuma tak jelas mcmn nak apply loan gomen tapi nak upah tukang yg takde company. Mcmn duit loan disalurkan. Saya berharap sgt Puan dpt beri flow & cara untuk proses loan & tips yg patut diikut / dielakkan. Harap Pn emailkan pada saya secepat mungkin ya (kot2 ada yg top secret tak boleh tunjuk pada org ramai… Heheh…). Tengah buntu ni… Saya cuba baca post Pn sebelum ni, tapi mgkin ada yg missing sbb dlm post awal ada kata nak ajar & pembaca cuma ikut jer… tapi tak jumpe. Kalau boleh detail yg dgn lawyer tu. Harap sgt Pn dpt bantu saya dlm merealisasikan hasrat bina rumah sendiri. Didahulukan dgn berbyk2 terima kasih.

  11. Assalamualaikum Puan,
    Boleh saya dapatkan contact number untuk tukang rumah yang puan upah?sbb sekarang sedang survey2.Harap sangat puan dapat membantu.

    Thanks..

  12. ros : Ingin mengupah tukang yang tekder company senang jer. Cuma kena cari kontraktor yang sanggup bagi pinjam lesen dia kat kita. dan kontraktor tu akan sign setiap perjanjian yang kita buat dengan lawyer. Lawyer akan terangkan pada puan ros.LAwyer akan uruskan semua… MAnakala duit loan akan disalurkan terus kepada kita kalau kita nak. Tapi ada surat yang perlu disign oleh kontraktor yang menyatakan duit itu terus dibayar kepada kita. Puan ros juga boleh tanya lawyer. saya buat macam tu.

  13. Ina : duduk area kuala terengganu juga ker??sebab tujkang rumah itu dduk di kuala terengganu.

  14. Tkasih di atas respon. Alhamdulillah saya dah mula bina upah tukang awal Ramadhan baru ni. Cuma sekarang ni mcmn cara nak buat tuntutan byaran ya? Sbb saya upah arkitek smpai setakat lulus majlis je. Betul ke arkitek kena sign surat baru boleh buat claim? Boleh tak kalau kita sendiri yg buat claim byrn tu? Harap puan dpt beri tjk ajar step by step cara buat claim utk loan gomen. Kerja dah dekat siap 10% bbrp hari lagi ni. Tolong ya Pn…

  15. arkitek x sign masa buat tututan..yang sign ialah kontarktor yang buat rumah….macam saya.. saya upah pinjam lesen bapa saudara saya…lesen kontaraktor….Masa buat deal dengan peguam hari tu macam mana?? ada x cari kontrakctor yang sanggup bai pinjam lesen?? yang uruskan semuanya peguam..

  16. Saya pinjam lesen sedara juga. Saya dah download contoh surat yg Pn bg utk yg kontrator sign tu. Itu je ke yg kena isi? Pastu hantar pd siapa? Sori la Pn, belum pernah buat claim, so keliru skit. Haritu pegi jab penilaian dia bg satu borang tu suruh simpan supaya senang nak buat claim nanti tapi saya tgk borang tu lain dr yg Pn bg cth. Borang tu cuma ada kotak2 jadual yg kena isi (borang 9, tajuknya SENARAI KERJA TAMBAHAN/UBAHSUAI). Pn ada guna borang tu ke? Saya rasa mcm salah borang je… Harap Pn dpt beri respon scpt mgkin sbb lepas raya je dahnak submit claim. Harap Pn dpt berikan carta alir kerja cara claim tu. Lawyer kata duit nanti masuk akaun lawyer.

  17. puan.. leh mintak tak no telefon tukang rumah tersebut, n ok ke tak tukang tersebut.. sbb sy berminat juga nak buat rumah area kuala terengganu.. ukuran 2600 rumah + 400 porch.. rata-rata kontraktor mahu rm330k untuk buat siap.. tp cam mahal sgt la.. org kata upah tukang lagi puas ati sbb barang leh kita pilih..

  18. Saya sekarang ni..sedang bina rumah…urus sendiri je…cuma lantik kontraktor .tapi upah ikut kaki persegi…memang penat..segala2nya kita kena sediakan….Pada peringkat permulaan..penat cari barang..nak cari harga murah sikit..terpaksalah cari banyak kedai.Sekarang ni hampir setiap hari balik je kerja..terus ke tapak rumah.Memang penat…tapi seronok juga..yela..segala-galanya kita kena uruskan….Yang peningnya masalah tukang rumah..tukang umah saya ni tak berapa mahir…jadi terpaksalah.kita kena belajar tengok plan rumah..banyak yang kita kena tegur…tegur lebih2..merajuk pula..nak harapkan kontraktor..kadang2..2=3 hari sekali baru datang..tupun skejap saja.

    Ingatkan pada mulanya nak urus sendiri ..upah tukang gaji hari..tapi takut juga…sebab kita kerja..waktu petang jeada masa,lagipun rasa tak berapa yakin..maklumlah ni kali pertama bina rumah..kadan2 tukang ni main2 pula datang lewat..pastu balik awal..tu ambil keputusan lanti kontraktor tapi upah ikut kaki persegi je….

    Masalah besarnya tukang saya ni tak berapa mahir…dan payah sikit nak tegur…sebab dia ingat dia pandai..dan tak mahu ngaku salah…duit juga masalah utama…walaupun buat loan kerajaan…tapi nak dapat duit tu yang lambatnya..ni dah nak masuk 4 bulan .duit loan tak dapat lagi..terpaksalah guna duit lain..dah habis dekat RM60k…nasib baiklah pasir..boleh hutang…

  19. Salam kenal puan…xsangka puan jg boleh buat rumah sendiri tanpa mengeluarkan modal yang banyak..saya jg buat sendiri rumah dgn menggunakan tukang sj..tp sy xde penglaman nak memantau kerja2 yang di buat oleh tukang ke atas rumah sy..rasa macam rugi je sbb sy kenal website ni setelah rumah sy siap dan saya mengalami kekecewaan yang terlampau terhadap tukang kerana telah memainkan saya.dan rumah saya tidak sempurna macam yang saya harapkan.saya menyesal menggunakan tukang tersebut dan tukang tersebut orang melayu kita.kalau ikutkan rumah saya patutnya dah siap bulan 6 yang lepas,tapi sampai sekarang masih belum selesai kerja2 yang minor dan bila berhubung dgn tukang bila nak selesaikan,asyik kata nanti dtg buat..sampaikan saya terpaksa buat sendiri dgn mencari peralatan sendiri.lepas tu tukang ini suka nak menokok tambah pelan yang kita dah buat dan paling menyakitkan hati saya baru2 ini adalah berkenaan dgn tile dapur.sebab dapur tak siap lagi,diorg buat kerja separuh jalan sbb tile xcukup,dan tinggal dekat hampir 3bulan.sekarang baru nak buat.dah bila datang buat,rupanya tile yang xcukup di ganti dgn tile yang xsama corak dan saiz terus..sy rasa macam nak gila bila jd mcm tu.bila tanya tukang kata tile dah xde sedangkan bila sy pergi sendiri tanya kedai ada lagi ke tile yang sama,kedai jwb ada.dan tile yg xsama dah dipasang masa saya sedang bekerja.tukang pun bukannya datang waktu sy ada kat rumah masa nak buat tu.kalau nak ikut terlampau banyak kesalahan yang dibuat dan saya hampir xmampu untuk bertahan dengan tukang ini..

  20. Banyaknya komen yang masukk..maaflah sebab tak boleh meberi respon sebelum ini..semuanya dah terlepas …saya cuti bersalin..tiga bulan .. memang tak ada masa nak melihat blog ini. maaf bebanyak di atas komen yang tidak terjawab…pada puan ros..harap dah settele bab calim tu kan??? sebab sekarang dah bulan 12..

    Memang penat en. kamarul… ke situ ke mari..sekali tukang kater x cukup pasir..sekali tukang kata x cukup bata..sekali tukang kata atap lebih…hu..hu..garu kepala…tapi seronok\..dapat belajar banyak n\benda…

    a\Alhamdullilah tukang saya sangat bertolak ansur dan boleh menerima pendap[at kita..dan dia juga ada beri suggestion sebab dan akibat kalu kita buat begitu dan begini… tukang saya hanya orang kampung saya sendiri…cumna yang x tahan bila up[ah tukang duit setiap minggu memang kena sedia.. hu..hu..hu.. sampai habees duit gaji…tunggu loan memang xsempat dan pusing…

    puan bariyyah..memang ada tukang yang puan cakapkan..kadang2 tu duit ambil…rumah x siap..boss saya sendiri duit hampir 100k lenyap begitu sahaja..rumah terbengkalai…lepas tu dah la xcantik… kesian dia..cari duitt lain pula untuk baiki rumah tersebut..hu..hu..hu..

  21. as salam puan…sy tgh mcari tukang…blh sy dptkn no tpn tukang yg buat rumah akak tu…klu sy blh jumpe akak terus lg senang untuk sy tanye lbh lanjut sbb sy n suami kurang arif pasal pembinaan rumah…emel sy di ymn_4741@yahoo.com.my tq

  22. assalamualaikum puan boleh saya tahu harga simin yg siap di bancuh berapa harga dia .
    untuk makluman puan saya sudah jalan kan kerja kerja untuk menbuat rumah saya dalam 5 hari
    lepas.maklumat dari puan amat lah penting bagi saya

  23. Assalamualaikum puan…hanya Allah shj yg dpt mbalas jasa ilmu yg puan kongsi…Mcm ni puan…saya Ada cash unk bina rumah…tanah pun dh ada..saya nak buat rumah sendiri …bina sendiri..tk nak guna tukang…saya yakin sy bole buat..insyaallah …Mcm mana caranya

  24. Maaf atas pertanyaan2 yang tak dapat saya menjawab tepat pada masanya. Kepada yang bertanya pasal no telefon tukang…saya tidak dapat menunaikan hasrat kalian kerana ada sesetengahnya hanya sekadar bertanya ..jadi tidak elok rasanya saya paparkan nombornya di sini dan meberi nombor trsbut pada kalian. Tuakng saya orang kampung..dia akan menjawab segala prsoalan. Jika anda betul-betul perlukan tukang tersebut..anda cari sendiri tuannya :

    POK Din (tukang rumah)- sebut je mesti orang kenal
    kampung Panji,
    Merbau patah,
    20050 kuala terengganu.

    harga simen yang dibancuh memang lebih jimat…tapi saya dah lupa. Anda boleh telefon babena jika di terengganu. Harga simen bancuh pun ada gred…bergantung pada gred yg dipilih.

    untuk membuat rumah sendiri tidak payah jjika anda sudah seiorang tukang rumah. lagi jimat. :)

  25. As’Salam, Nak tanya berapakah kos pembinaan untuk buat kedai runcit berukuran 15 kaki kali 30 kaki siap dengan satu bilik store ,bilik air dan siling serta apa barang yg perlu saya beli serta kosnya sekali?

  26. assalamualaikum..emm saya tak ada pape nak komen ataupun soalan,cuma saya tertarik dgn luahan permasaalahan pemilik rumah dgn sikap tukang2 rumah yg mcm2 perangai….saya akui semua benar..tp tak semua bersikap sedemikian.tetapi masih ada yg jujur,dan tidak mengambil kesempatan terhadap pemilik rumah…mcm ayah saya…sentiasa ikut kehendak pemilik rumah.kdang2 dlm satu hari..2/3kali ubah rekabentuk ditempat yg sama..

  27. salam, saya urus sendiri bina rumah, sekarang 70% siap. Kebetulan terjumpa blog ini bila saya mencari mesin pembancuh simen untuk sewa 4-5 hari.

  28. Hi there! I was interested to know if setting up a weblog
    such your own: http://sensasihot.wordpress.
    com/2011/08/10/bahan-bahan-asas-pembinaan-rumah/ is hard to do for unskilled people?
    I have been wanting to set up my own website for a while
    now but have been turned off mainly because I’ve always believed it required tons of work. What do you think? Appreciate it

  29. kkadang tuan rumahpun bermasalah nak macm ni nak macam tu. tukang pun naik boring kerja benda yang sama. saya tukang rumah hampir beratus rumah saya siap macam2 saya jumpa, hanya kesabaran je dapat di teruskan setakat ni alhamdullilah lagi kalau takkerja tak dapat duit naya nanti

  30. Terima kasih kerana berkongsi ilmu. Saya juga dlm proses pembinaan rumah….buat pinjaman kerajaan dan guna tukang rumah… Alhamdulillah dari tukang pelan, peguam sehinggalah ke tukang rumah…semua yang bertanggungjawab. Allah tlh permudahkan segalanya. Saya bermula pada lewat oktober dan kita awal januari sudah masuk fasa menaikkan bata dan keranggka tingkap dan pintu…walaupun di terengganu ni..hujan…selalu juga pada bulan dis.

  31. :: As salam. Nk tnya penulis atau pembaca yang bpengalaman bina rumah mnggunakan pinjaman perumahan kerajaan. Mcamana dgn claim kemajuan projek? Bape lama nk dpt duit tuntutan??

  32. Alhamdulillah penulis blog ni telah berjaya memberi saya semangat untuk urus sendiri bina rumah. Hanya Allah yg dpt membalas segala jasanya. Saya juga wanita bekerja, suami mempunyai tugas yg sgt sibuk. Kami di Selangor (kaw bndar). Rumah 2 tingkat konsep moden hampir 4200 sqft. Di Selangor susah cari tukang Melayu (kalau ada pun mereka dah caj harga kontraktor memang mahal dan tak mampu). Saya terpaksa guna khidmat tukang Indon yg dah lama buat rumah >20 thn tapi masih belum ada syarikat. Jadi harga upah ikut kaki persegi. Barang beli sendiri (dari kedai yg tukang bgtau harga murah sbb dia biasa buat rumah kaw situ). Sblum mula projek pastikan hubungi owner rumah yg pernah guna khidmatnya, interview & tengok hasil kerja. Alhamdulillah rumah dapat diduduki 10 bulan dari mula bina. Kena byk berusaha keras, hampir setiap hari balik kerja pergi periksa progres. Kalau ada kesilapan cepat2 tegur utk dibetulkan. Suami tak dpt pergi tapak sebab kerja jauh balik malam. Hanya sesekali dpt luangkan ms ke tapak jika ada masalah yg perlu pendapatnya. Syukur tukang boleh dibawa berbincang. Claim progres masa sy buat rumah tu dpt tak smpai 1bulan. Tapi sesekali ada yg lewat hmpir 2 bulan. So terpaksa ambik personal loan untuk cover upah semasa. Kesian pd tukang kalau kita tangguh byr upah sbb mereka sentiasa kerja nak siapkan rumah. Bank Islam jadi penyelamat. Kadar paling rendah jika bayar dlm ms 2 tahun. Tukang kalau kita lambat bayar upah bimbang hilang mood dan tinggalkan projek kita sbb byk yg menunggu. Bila rumah siap (Jun 2013), ramai sangka rumah saya mahal padahal kalau saya beli rumah dari pemaju hanya boleh dpt rumah teres tengah saja yg jauh lebih kecik. Kesimpulannya walau penat masa buat rumah tapi kepuasan tak terhingga. Alhamdulillah. Jgn lupa berdoa supaya segala urusan dipermudahkan. Semoga pengalaman saya juga membantu sesiapa yg dalam prose membina rumah sendiri. Nota: saya tiada latar belakang ilmu pembinaan. Hanya beli ebook pembinaan dan cari maklumat dari internet termasuk blog ini saja.

    Kita hanya merancang, hanya Allah yg menentukan. InsyaAllah.

  33. Untuk puan yg kat selangor, akhirnya berapa kos rumah puan apabila siap sepenuhnya…4200 luas tu….

  34. Harga 600k (upah + barang + arkitek + air + api). Dapat guna material berkualiti, batu bata merah, besi konkrit jenis British standard, cermin tingkap jenis berkualiti, simen konkrit siap bancuh. Kalau di Selangor (Kajang) harga ni hanya boleh beli teres rumah tengah saja mulai tahun 2011. Anak ramai pasti nak rumah selesa. Saya suka laman ada lanskap. Jadi dgn bajet yg ada (pinjaman kerajaan suami isteri) kami nekad buat rumah urus sendiri. Di Selangor harga upah jauh lebih mahal bnding di Terengganu. Alhamdulillah, kami kini mendiami rumah idaman dekat setahun, dapat tanam pokok lanskap keliling rumah sbg riadah dan kawasan untuk anak2 bermain. Syukur.

  35. salam.sy bru je beberapa minggu start buat rmh.sy nk tanya saudari blog ni.tkg rmg sy ckp dh blh claim.dia kr dh siap smpai naik tiang.sy ni bkn duk dikg.urusn menyiapkn rmh sy ni mk n adk beradik je yg tolong.jd sy nk tanya adakah sy dh blh buat claim tu skrg.urusan wt claim tu peguam yg uruskn.dn satu lagi lama x tempoh kt nk dptknkn claim tu

  36. Salam Puan yg buat rumah di Selangor tu bole beri
    Nama & contact tukang rumah Puan saya merancang bina
    Rumah di Shah Alam
    Adakah $600k tu sudah termasuk semua kos sampai
    Rumah bole didiami ni no hp saya kalau Pn bole SMS no tukang
    012 3089293

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s