Tips Rancang Buat Pelan Rumah

Pelan Lantai

Pelan Lantai

Perkara paling penting sebelum membuat rumah ialah mengenalpasti pelan rumah yang sesuai dengan keadaan rekabentuk tanah yang kita miliki. Perkara yang perlu dititikbertkan ialah keselesaan selain rekabentuk rumah yang menarik. Ramai yang ambil mudah berkaitan keselesaan kerana terlalu memikirkan keadaan rekabentuk yang menarik dan menginginkan pujian pada kaca mata orang. Dinasihatkan kepada pembaca yang baru merancang ingin membuat rumah supaya merancang dengan teliti keadaan pelan rumah agar ia menjamin keselesaan kita pada masa akan datang.

 Sebelum membuat rumah, rekaan pelan perlu mengambil kira faktor keselesaan. Pelan yang tidak selesa akan membawa impak yang tidak elok pada masa akan datang. Carilah pelukis pelan atau jurutera yang diiktiraf dan benar-benar berkaliber serta buatlah semakan dengan pelanggan-pelanggan yang pernah menjadi pelanggannya agar kita tidak menyesal kemudian hari. Jangan terlalu mudah percaya kepada cakap-cakap dari pelukis pelan itu sendiri. Ini kerana ada sesetengahnya yang hanya pandai berkata-kata dan hasilnya tidak seperti apa yang dicanangkan. Jadi sebagai seorang pengguna, kita harus berhati-hati. Berbaloi dengan apa yang kita bayar, jadi apa salahnya kita ambil masa sedikit masa untuk lebih teliti sedikit dalam bab tersebut.

Sebelum membuat keputusan pemilihan pelan yang sesuai untuk membuat kediaman, tips-tips berikut mungkin boleh membantu anda:

  1. Pilih pelukis pelan yang anda kenali dan tahu hasil kerjanya.

  2. Mengkaji dan meneliti rekabentuk rumah-rumah orang lain di sekitar bandar yang menarik untuk mendapat idea pada waktu petang atau waktu lapang.

  3. Bertanyakan pendapat saudara mara dan sahabat handai kebaikan dan keburukan rekabentuk rumah yang kita minat.

  4. Pentingkan keselesaaan selain kecantikan rekabentuknya.

  5. Minta pelukis pelan membuat draf kasar dahulu pelan lantai mengikut keselesaan, baru fikir kan rekabentuk yang sesuai.

  6. Minta pelukis pelan senaraikan harga kerja yang akan dilakukan supaya kita boleh bandingkan dengan harga-harga pelukis pelan lain.

  7. Jika sudah pasti, pelukis pelan pilihan kita, minta pelukis pelan atau kita sendiri buat surat penjanjian bahawa harga begini dan begini akan siap pelan A sampai Z sampai boleh bina rumah tanpa ada kos tersembunyi.

  8. Pastikan semua kerja yang dilakukan oleh pelukis pelan mempunyai resit.

pelan rumah

pelan rumah

Semoga ia dapat membantu pembaca dalam membuat rumah kediaman anda!

Penulis ~ Bestnya kalau boleh tanah luas dan besar, boleh buat pelan rumah mengikut kehendak hati.

About these ads

One comment on “Tips Rancang Buat Pelan Rumah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s