“Lukisan tubuh”

singa ke sengal ni?

“Body painting” , atau bahasa Melayunya ‘ Lukisan Tubuh’ adalah sebuah bentuk seni tubuh. Tidak seperti tatu dan bentuk seni tubuh lain, Lukisan tubuh bersifat sementara, dicat ke kulit manusia, dan hanya bertahan selama beberapa jam, atau paling  lama untuk beberapa minggu. Ia merupakan sebuah seni kuno yang semakin popular terutamanya di kalangan masyarakat Barat yang bukan beragama Islam. Kenapa penulis mengatakan ia pupular di kalangan Masyarakat Barat yang bukan beragama Islam? Pasti persoalan tersebut semuanya akan terjawab apabila anda melihat gambar-gambar yang penulis paparkan di bawah:

Seorang wanita yang sedang membiarkan tubuhnya dilukis tanpa seurat benang.

Entahlah pen ulis pun tak pasti, harimau atau ikan JERUNG

Dilukis pada peha

Lukisan bunga pada badan seorang perempuan

entah apa seni yang cuba dipertontonkan?

takut sungguh apabila keadaannyamacam ni

lelaki yang dicat

Erm..tak tahu apa nak cakap

Ini lebih kepada "face painting"

No komen!

Dah elok-elok muda, nak jadi tua pulak...

Geli pun ada tengok gambar ni!

hurm... no komen lagi!

Maaf!

lagi satu harimau yang tak berapa nak harimau!

wanita-wanita barat begitu bangga mepromosikan tubuh badan mereka!

Sebenarnya banyak lagi lukisan-lukisan badan ini yang penulis jumpa dan tak sanggup rasanya penulis ingin kongsikan kerana ia sangat  keterlaluan dan sebahagiannya tidak layak untuk dipertontonkan. Entri ini juga penulis kongsikan sekadar sebuah bentuk pengetahuan untuk anda  tentang apa yang berlaku kepada masyarakat  dunia akhir zaman dan penulis  tidak sekali-kali  bermaksud  untuk mengagung-agungkan seni lukisan badan ini.

Jika kita pernah mendengar hadis-hadis nabi menyatakan salah satu tanda-tanda akhir zaman ialah “Mereka memakai pakaian seolah-olah mereka tidak berpakaian”. Tapi dunia realiti sekarang,  bukan setakat pakaian-pakaian mereka seperti bertelanjang, tetapi sekarang mereka bertelanjang seolah-olah berpakaian!!

PENULIS~ Oh dunia….. kau akan hancur bila-bila masa sahaja!

“Bolehkah Sembahyang Jamak dan Qasar dilakukan semasa kita sibuk mengadakan kenduri Kahwin?

solat

Pagi tadi semasa bersiap-siap untuk pergi kerja, telinga penulis sempat menangkap persoalan yang dikemukakan oleh penonton berkenaan tajuk Sembahyang Jamak dan Qasar. Persoalan yang ditimbulkan ialah “Bolehkah Sembahyang Jamak dan Qasar dilakukan semasa kita sibuk mengadakan kenduri Kahwin?

 Mendengar persoalan sebegitu mengundang rasa geli hati pada penulis dan membuatkan hati penulis beria-ria ingin mengetahui apakah jawapan dari Ustaz tersebut. Ustaz tersebut kemudiannya menerangkan syarat seseorang itu boleh menjamakkan dan menqasarkan solatnya iaitu:

  1. Mesti seorang Musaffir dengan tujuan yang baik, bukan utk melakukan maksiat.

  2. Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah (lebih kurang 91 KM).

  3. Mengetahui destinasi yang dituju ( tahu jalannya, tidak tersesat).

 Banyak lagi lah Ustaz tu sentuh tapi penulis cuma nak kongsi kata-kata Ustaz yang akhir.

 “Walau sesibuk manapun kita, kewajiban pada Allah itu adalah lebih penting dari segalanya dan untuk menqasarkan dan Menjamakkan sembahyang kerana SIBUK DALAM BERKENDURI adalah tidak releven.

 Info-info lain bab Sembahyang Jamaq dan Qasar yang boleh anda lawati dan jadikan panduan:

  1. http://www.tayibah.com/eIslam/solat_jamak_dan_qasar.htm

  2. http://www.e-solat.gov.my/solahBM.php

  3. http://qasolatjamakqasar.blogspot.com/

  4. http://nursyirah.wordpress.com/2008/03/02/panduan-solat-jama-dan-qasar/

Masyarakat sekarang terlalu ambil mudah pasal solat. Disebabkan sibuk berkenduri sahaja ingin menjamakkan dan Menqasarkan Solat. Sibuk sangat hal-hal duaniawi, sampaikan hal-hal ukhrawi yang bakal menjadi bekal akhirat dilupakan. Kalau setakat nak “Keruk PitiH” dalam tangan tetamu tu, tak kan itu pun tak boleh cari pengganti? Tak kan tak percaya penganti yang bakal “mengeruk Pitih” tu kot!” Tapi itu lah hakikatnya.

 Bagi pengantin perempuan pula, mereka-mereka ini telah diandam dan disolek seawal jam 8:00 pagi. Mungkin lebih awal dari itu pun ada. Lepas satu-satu persalinan akan ditukar. Lepas solek itu, solek ini pulak. Pukul 1:00 tengahari mekap lain pulak sebab pengantin lelaki nak datang pukul 2:00 petang . Pukul 1:30 tengahari azan Zohor berkumandang ,tapi masing-masing macam tak tahu tanggungjawab. Pukul 2:00 petang bersanding sampai pukul 4:00 petang! Belum dicampur dengan jurugambar profesional yang suruh posing aksi macam-macam. Sesetengahnya pula, mungkin ‘trend’ orang muda-muda sekarang, ambik gambar di luar rumah pulak! Pantai, Jambatan, ambik kau! Memang sampai maghrib pun penulis rasa tak selesai.

Penulis ~ Tidak sempat menjegok tuan empunya badan yang bertanyakan soalan pagi tadi.

Kategori Pelan

Banyak ilmu yang penulis dapat dari proses pembinaan rumah sendiri ini. Salah satu daripadanya ialah penulis kini telah pandai membaca pelan kerana sebelum ini penulis memang malas untuk memahami setiap petak-petak kecil dan angka-angka yang membosankan yang dilukis di atas kertas putih itu.

Jika pada awalnya penulis membuat keputusan untuk membeli rumah siap atau menyerahkan sepenuhnya kepada kontraktor untuk membuat rumah sudah tentu sampai sekarang penulis belum tahu membaca pelan. Satu lagi ilmu yang secara  tidak sengaja yang penulis dapat tanpa penulis  sedar.

Penulis juga baru mendapat tahu yang rupa-rupanya pakej pelan untuk menjadi sebuah rumah ada beberapa jenis bukan seperti mana penulis gambarkan pada mulanya. Ia bukan sahaja terdiri daripada pelan lantai, pandangan sisi, padangan hadapan, pandangan belakang sahaja, ia terbahagi kepada beberapa kategori yang mungkin boleh dibuat rujukan dan berguna  untuk anda suatu hari nanti.

Bagi mengetahui jenis-jeis pelan tersebut, anda boleh KLIK DI SINI.

Pelan rumah
Pelan rumah

Grafiti seni yangamat Menajubkan!

grafiti 7
Bayangkan kalau ada kat Malaysia, ramailah accident agaknya!

Pernahkan anda dengar berkenaan seni grafiti?

Seni grafiti mula berkembang sejak akhir tahun 1960. Ia bermula sejak empat dekad lalu sejak pengangkutan sistem bawah tanah New York diperkenalkan.Namun begitu, ia tidak mudah diterima sebagaimana seni-seni yang lain kerana biasanya seni grafiti pada masa itu selalunya dipersembahkan di lokasi-lokasi yang tidak sepatutnya dan tidak terduga seperti di dinding-dinding hotel dan di tempat-tempat awam. Ia seumpama sebuah vandalisme yang tidak dipersetujui untuk diktiraf sebagai sebuah seni.

Namun demikian, bandar-bandar seperti LA dan Chicago sekarang telah mengakui bakat grafitis-grafiitis ini dengan menyediakan pelbagai kemudahan untuk mereka melakukan seni grafitti mengikut undang-undang bagi membantu untuk menggalakkan bentuk seni dan mengurangkan jumlah seni grafiti yang muncul di bandar sebagai vandalisme. Ia juga telah diiktiraf di Brazil baru-baru ini dan seramai 66 pelukis telah menyambut baik pembukaan awal seni gafiti dengan mencorakkan sudut-sudut terbiar di Sao Paulo.

Beberapa seni gafiti yang begitu menakjubkan kita dan membuat mata kita tertipu.

Penulis : Alangkah bagusnya kalau  seni Grafiti ini ada di Malaysia!

“Gam Daging” bukan isu remeh!

gam daging
Benda putih merupakan “gam daging” yang telah sebati dengan daging

Kebanyakan rakyat Malaysia memang suka makan daging, termasuklah diri penulis sendiri. Namun begitu, apabila penulis terbaca sebuah artikel pagi tadi, ia begitu mematahkan selera penulis dan penulis merasa begitu jijik apabila mengetahui perkara tersebut.

Bengang dengan perkara ini, penulis cuba mencari kepastian dan kebenaran dengan mengumpulkan sedikit maklumat buat tatapan pembaca tentang “Gam Daging” yang penulis perolehi dari pelbagai sumber.

Kita semua memang sedia maklum dan menyedari , bahawa daging lembu datang dari beratus-ratus ekor binatang dan datang dari pelbagai pelusuk dunia. Negara Malaysia contohnya merupakan antara negara pengimport terbesar daging dari India, Australia, New Zealand, Uruguay, Argentina dan Brazil.

Pernahkan terfikir oleh kita bagaimana daging-daging tesebut mula -mula diproses sebelum ia sampai di pasaraya-pasaraya kita. Klik di sini untuk paparan video yang bakal membuka mata anda.

Apakah Gam Daging?

Gam Daging adalah enzim yang disebut juga transglutaminase. Ia dihasilkan melalui enzim pembekuan darah dari plasma daging lembu dan babi yang  membantu

GAM DAGING
GAM DAGING

mengubah sisa potongan daging ke filets keseluruhan yang boleh dijual dengan harga pasaran.! Sekali lagi B.A.B.I. ! “Ba”, “Alif”, “Ba”, “Ya”, B.A.B.I . Gam Babi ini berbentuk serbuk putih sebagaimana gambar. Bayangkan binatang najis itu dijadikan bahan-bahan gam. Patutlah pelbagai jenis maksiat dan perkara-perkara laknat dilakukan umat Islam dewasa ini dek tertutupnya hati masing-masing berpunca dari pemakanan yang tidak halal. Gam Daging ini digunakan pada potongan daging, ayam dan ikan untuk tetap bersatu menjadi satu buku daging yang menjadi hampir tidak mungkin bagi kita untuk mengesannya.

Barang makanan yang berasaskan Gam Daging

  1. Sosej
  2. Steak
  3. Hot-dog
  4. burger/ham-burger
  5. Semua daging yang berasaskan daging olahan
     

Adakah Gam Daging Berbahaya?

Jawapannya ya! Kerana ia diawet dengan bahan kimia, pewarna dan perasa tiruan yang amat berbahaya dan beracun. Tambahan pula bagi umat Islam ia adalah tidak halal. Analisis 2007 oleh WCRF mendapati bahawa dengan memakan hanya satu sosej sehari boleh meningkatkan risiko kanser usus. Di mana sekitar satu sosej boleh meningkatkan kemungkinan kanser sebanyak 20 %. Penyelidikan lain juga mendapati bahawa daging olahan meningkatkan risiko kita untuk dihidapai penyakit berikut:

1. Kanser Colon – 50 %
2. Kanser Pundi Kencing – 59 %
3. Kanser Perut – 38 %
4. Kanser Pankreas dengan – 67 %

5. Diabetes – 50%

Kenapa “Gam Daging” Berleluasa

Perkara ini berlaku kerana kebanyakan industri perkilangan yang ada sekarang tidak mahu menanggung beban kerugian walau hanya satu sen! Oleh yang demikian, setiap cebisan dan sisa-sisa potongan kecil daging akan digunakan semaksimum yang mungkin dengan menggunakan “serbuk ajaib” tersebut. Ia dijual secara kilo dan menjadi satu rahsia kotor yang kini terbongkar. Apakah daging yang sampai kepada kita sekarang sudah diadunkan dengan “serbuk ajaib” tersebut? Mungkin Kementerian Pertanian dan Asas Tani boleh menjawab persoalan ini. Tapi jika difikirkan dengan akal yang logik, kita sudah boleh mengagak tanpa membuat rujukan dari Kementerian tersebut.

Selain itu, ada pendapat-pendapat umum yang menyatakan silap masyarakat kini yang terlalu inginkan benda yang murah. Akibat itulah pengusaha-pengusaha akan mencari alternatif supaya sesuatu barang tersebut boleh dijual dengan harga murah. Tapi yang menjadi tandanya penulis ialah adakah daging di pasaran sekarang murah? Jawapannya tentu sekali tidak. Habis bagaimana pendapat yang menyatakan masyarakat mahukan sesuatu yang murah? Berbaloikah mereka membayar sebuku daging yang telah ditampal-tampal dengan “gam daging” dengan harga yang sama dengan harga daging asal? Sungguh mudah pengusaha menipu dalam diam sedangkan mereka mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda. Kita sebagai pengguna pula sudahlah dihidangkan dengan daging yang tidak berkualiti ditambah pula dengan ancaman pelbagai penyakit akibat kerakusan pengusaha yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

Bagi mengatasi masalah ini, kerajaaan harus memainkan peranan. Bongkarkan rahsia “Gam Daging”. Hebahkan kepada masyarakat. Usah import daging-daging dari luar negara yang tidak diyakini kesahihahnya. Banyakkan pelihara lembu, kambing, kerbau dan sebagainya.

Penulis ~ Status barangan halal sekarang tetap diragui…..kecuali ditanam dan dibela sendiri.

oH gULA!!!

gula

gula

Baru minggu lepas penulis mengeluh dengan kenaikan Ron97 sebanyak 20 sen dengan harga baru RM2.90 seliter . Minggu ini tersentap pula dengan kenaikan gula sebanyak 20 sen juga kepada harga baru iaitu RM2.30 sekilogram. Betul-betul hebat pemimpin kita! Dalam seminggu membuat dua perkara yang begitu bermakna kepada rakyat yang membuat rakyat mungkin tidak akan lupa. Betul ke apa yang dicanangkan? Rakyat didahulukan? Pencapaian diutamakan? Penulis malas nak komen. Kalau komen lebih-lebih nanti dikatakan rakyat yang tak berterima kasih. Jadi kepada pembaca di luar sana, “Lu pikirla sendiri”. (Pinjam ‘trade marks Nabil dari Raja Lawak).

Walaubagaimanapun penulis ingin berkongsi tentang kebaikan kenaikan gula dari sudut positif sebagaimana yang telah diwarwarkan oleh menteri-menteri bijak pandai kita. Jika ada pembaca atau anak-anak pembaca yang ingin mencari isi kepada karangan SPM untuk tahun 2011 yang mungkin akan bertajuk “ Bincangkan Kesan Positif Kenaikan Gula di Malaysia” atau mungkin berbunyi “Kebaikan-kebaikan Kenaikan Gula di Malaysia” bolehlah menggunakan beberapa fakta di bawah:

  1. Kenaikan harga itu adalah untuk kebaikan rakyat, kerana negara ini antara yang mencatat jumlah pesakit kencing manis tertinggi di dunia.

  2. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Diabetis Malaysia, seramai 1.2 juta rakyat menghidap penyakit kencing manis.

  3. Statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan pula menyatakan bahawa untuk sehari hanya tujuh sudu gula sahaja diperlukan dalam makanan dan minuman.

  4. Pengurangan gula akan menjamin kesihatan.

  5. Kempen penanaman tebu untuk penggunaan sendiri.

  6. Mengurangkan subsidi kerajaan kepada rakyat supaya rakyat tidak berharap kepada kerajaan semata-mata.

  7. Kerajaan boleh berjimat sehingga RM 116.6 juta dengan kenaikan harag 20 sen seliter dan sebelum ini berbelanja hampir RM 1 billion setiap tahun untuk subsidi harga gula.

  8. Harga gula lebih rendah berbanding dengan gula di negara lain seperti Filipina, Indonesia, Thailand dan Singapura.

  9. Lahirnya inovasi-inovasi baru seperti biomanis yang boleh menggantiakn gula dan boleh menaikan taraf ekonomi negara.

  10. Kalau inginkan isi-isi yang lebih kukuh, boleh jugak semak di laman web ini yang boleh dijadikan panduan di sini.

gula

jOM PAKAT KURANGKAN PENGGUNAAN gula

Manakala kesan negatif kenaikan gula pula adalah terlalu banyak yang melampau-lampaudan tak mungkin terlarat untuk penulis senaraikan. Lagipun penulis tidak sanggup mencalar imej pemerintah dan pemimipin penulis sendiri. Penulis pinjam sekali lagi ‘trade marks’ Nabil, “Lu pikirla sendiri!!! “

Penulis ~ Tak larat nak fikir.

Tips Rancang Buat Pelan Rumah

Pelan Lantai

Pelan Lantai

Perkara paling penting sebelum membuat rumah ialah mengenalpasti pelan rumah yang sesuai dengan keadaan rekabentuk tanah yang kita miliki. Perkara yang perlu dititikbertkan ialah keselesaan selain rekabentuk rumah yang menarik. Ramai yang ambil mudah berkaitan keselesaan kerana terlalu memikirkan keadaan rekabentuk yang menarik dan menginginkan pujian pada kaca mata orang. Dinasihatkan kepada pembaca yang baru merancang ingin membuat rumah supaya merancang dengan teliti keadaan pelan rumah agar ia menjamin keselesaan kita pada masa akan datang.

 Sebelum membuat rumah, rekaan pelan perlu mengambil kira faktor keselesaan. Pelan yang tidak selesa akan membawa impak yang tidak elok pada masa akan datang. Carilah pelukis pelan atau jurutera yang diiktiraf dan benar-benar berkaliber serta buatlah semakan dengan pelanggan-pelanggan yang pernah menjadi pelanggannya agar kita tidak menyesal kemudian hari. Jangan terlalu mudah percaya kepada cakap-cakap dari pelukis pelan itu sendiri. Ini kerana ada sesetengahnya yang hanya pandai berkata-kata dan hasilnya tidak seperti apa yang dicanangkan. Jadi sebagai seorang pengguna, kita harus berhati-hati. Berbaloi dengan apa yang kita bayar, jadi apa salahnya kita ambil masa sedikit masa untuk lebih teliti sedikit dalam bab tersebut.

Sebelum membuat keputusan pemilihan pelan yang sesuai untuk membuat kediaman, tips-tips berikut mungkin boleh membantu anda:

  1. Pilih pelukis pelan yang anda kenali dan tahu hasil kerjanya.

  2. Mengkaji dan meneliti rekabentuk rumah-rumah orang lain di sekitar bandar yang menarik untuk mendapat idea pada waktu petang atau waktu lapang.

  3. Bertanyakan pendapat saudara mara dan sahabat handai kebaikan dan keburukan rekabentuk rumah yang kita minat.

  4. Pentingkan keselesaaan selain kecantikan rekabentuknya.

  5. Minta pelukis pelan membuat draf kasar dahulu pelan lantai mengikut keselesaan, baru fikir kan rekabentuk yang sesuai.

  6. Minta pelukis pelan senaraikan harga kerja yang akan dilakukan supaya kita boleh bandingkan dengan harga-harga pelukis pelan lain.

  7. Jika sudah pasti, pelukis pelan pilihan kita, minta pelukis pelan atau kita sendiri buat surat penjanjian bahawa harga begini dan begini akan siap pelan A sampai Z sampai boleh bina rumah tanpa ada kos tersembunyi.

  8. Pastikan semua kerja yang dilakukan oleh pelukis pelan mempunyai resit.

pelan rumah

pelan rumah

Semoga ia dapat membantu pembaca dalam membuat rumah kediaman anda!

Penulis ~ Bestnya kalau boleh tanah luas dan besar, boleh buat pelan rumah mengikut kehendak hati.

Tips beli tanah

contoh geran tanah

contoh geran tanah

Membangun rumah di atas tanah sendiri merupakan impian dan harapan hampir semua orang terutama yang sudah berkeluarga terutamanya pasangan yang masih tinggal bersama dengan ibu bapa masing-masing dan tidak ketinggalan bagi pasangan yang sudah lama dan muak membayar sewa rumah.

Sebelum membeli sebidang tanah, banyak perkara yang perlu dititikberatkan supaya kita tidak tertipu dan kecewa kemudian hari kerana banyak kes yang terjadi seumpama itu.

Berikut merupakan beberapa tips membeli tanah untuk anda:

  1. Jangan terburu-buru untuk membeli tanah, pelajari dan bandingkan harga tanah tersebut dengan harga tanah yang lain.
  2. Jangan membeli tanah dari orang tengah kerana biasanya mereka meletak denga harga yang tinggi .
  3. Kalau boleh carilah tuan tanah sendiri yang ingin menjual tanah kerana harganya pasti lebih murah.
  4. Cari tanah dengan posisi yang strategik seperti dekat dengan sekolah atau pasar dan di tepi jalan besar.
  5. Periksa kelengkapan geran tanah tersebut adakah ia milik perseorangan atau milik berkumpulan. Jika penama terlalu ramai, maka prosesnya mungkin rumit sedikit.
  6. Periksa dengan pejabat tanah masing-masing adakah penama dan tanah tersebut benar-benar wujud agar kita tidak tertipu.
  7. Pilih tanah yang tidak mempunyai apa-apa sekatan. Perkataan ini biasanya tertulis pada geran. Jika ada sekatan, prosedurnya akan menjadi rumit. Jadi kalau ada sekatan, tolong tolak awal-awal agar ia tidak menyusahkan kita dan akan melambatkan proses pembinaan rumah.
Antara laman web yang menjual tanah sebagaimana di bawah yang mungkin bernafaat untuk anda:
 

http://www.mudah.my/li?q=&fs=1&ca=5_s&th=1&cg=2080&w=1&st=a

http://webtrg1.com/v2/index.php?page=listBy-land&byDaerah=Kuala%20Terengganu

http://webtrg1.com/v2/index.php?page=listBy-land&byDaerah=Kuala%20Terengganu

 Penulis ~ Tidak puas hati sebab tanah penulis sempit disebabkan kerajaan ambil buat parit! 😦

Seks di Penjara Bakal Diizinkan

Kerajaan kita perlu membuat kajian tentang perkara ini

Betul ke? Tajuk pun macam tak logik. Tapi inilah yang bakal dilakukan oleh kerajaan Indonesia tidak lama lagi. Perkara ini masih lagi pada peringkat kajian dan akan diperbincangkan secara panjang lebar sebelum ia diimplementasikan di negara tersebut. Klik sini untuk pautan akhbar tersebut.

Pada pendapat penulis perkara ini juga patut dibuat kajian oleh Kerajaan Malaysia kita memandangkan banyak kes-kes seks luar tabii yang berlaku di dalam penjara. Kerajaan Indonesia membuat keputusan ini juga berikutan untuk mengelakkan perkara yang tidak bermoral tersebut terus berlaku.

Penulis juga ingin berkongsi cerita di mana cerita ini merupakan cerita yang pernah diceritakan oleh anak buah penulis tentang pengalaman kawannya sendiri yang pernah manjadi tahanan reman selama 2 minggu di dalam lokap. Kawannya ini ditahan kerana  disyaki berada di bawah pengaruh dadah walhalnya  pada malam tersebut dia hanya menelan 2 biji panadol  kerana pada malam tersebut dia rasa tidak sedap badan.

2 minggu di dalam tahanan merupakan pengalaman paling ngeri yang pernah terjadi dalam hidupnya. Menurut anak buah penulis, kawannya itu sememangnya mempunyai rupa paras yang elok, hensem dan berkulit cerah. Disebabkan kelebihan yang dimilikinya itulah, dia terpaksa menanggung kesakitan yang melampau di dalam tahanan malahan selepas keluar dari tahanan pun, kesakitan itu juga masih berpanjangan. Bayangkanlah dia menjadi mangsa pemuas nafsu dalam tahanan selama 2 minggu!  Penulis sendiri rasa tidak sampai hati  mendengar cerita dari anak buah penulis itu. Kesiannya dia!

Penulis ~ Apa yang penulis ceritakan itu baru ditahan selama 2 minggu. Bayangkanlah jika manusia-manusia penjara itu ditahan selama berpuluh-puluh tahun.

US kantoI…editing photoshop!

dalam tv semalamBerita kematian Osama bin  Laden adalah hanya konspirasi Obama!

Wujudkah sebenarnya Osama?Dan gambar yang dipaparkan di kaca televisyen semalam jelas kelihatan imej editing Phostosop. Jika sesiapa yang mempelajari  teknik Photoshop, mereka tidak akan menyangkal perkara ini.

Obama ingin menipu dunia. Mungkin Obama bodoh kerana tidak mengetahui teknik photoshop! Obama fikir,

Masyarakat dunia tidak sebodoh dirinya!

masyarakat dunia sebodoh dirinya yang tidak mengetahui konspirasi yang cuba dilakukan!

Cuma anda perhatikan gambar-gambar  ini. Anda akan dapat cari  jawapannya sendiri dan untuk info lanjut sila klik di sini.

Osama
Osama yang telah diedit dari gambar asal