Jadual semakan Claim Perumahan

rumah contoh

rumah contoh

Jika ada pembaca yang tercari-cari kaedah dari awal hingga akhir yang perlu dibuat untuk membuat pinjaman perumahan dengan kerajaan, anda tidak salah tempat. Penulis akan ceritakan secara terperinci kaedah-kaedah tersebut yang hanya anda perlu ikuti sahaja nanti.

 Sebagai seorang penjawat awam, penulis ingin berkongsi pengalaman hal-hal proses pinjaman perumahan. Jenis pinjaman yang penulis buat ialah jenis 11. Mungkin ada di antara pembaca yang membuat pinjaman jenis 1, 111, 1v dan lain-lain juga boleh mendapat sedikit ilmu meskipun bukan dari pinjaman yang pembaca inginkan.

Mula-mula sekali penulis ingin berkongsi berkenaan ‘Jadual Semakan Bayaran’. Jadual semakan ini ialah peratusan “Claim” atau tuntutan yang kita tuntut mengikut kadar kesiapan rumah yang kita buat. Penulis telah “google” benda ini agak lama, tapi info yang penulis mahu tidak menepati ciri yang penulis inginkan. Oleh kerana terlalu kurang info ini dalam internet, penulis rasa perlu ia di posting terlebih dahulu. Di harap ia dapat membantu sedikit sebanyak kepada pembaca yang ingin membuat pinjaman Kerajaan. Pinjaman dari bank pun, penulis rasa sama sahaja kaedah pembayarannya. Jadual ini penulis perolehi dari peguam penulis.

 Borang itu dinamakan borang JPPH/T/22A (Pindaan 1/2001)

Semakan Peringkat Kerja-kerja pembinaan Bagi Bangunan Kekal

PERINGKAT

KEMAJUAN PEMBINAAN

TINGKAT 1

TINGKAT 2

JUMLAH % SIAP

10%

1 Apabila surat perjanjian ditandatangani

10%

10%

2 (a) Kerja-kerja Asas

20%

15%

2 (b) Rangka Konkrit bertetulang

35%

Nota : Semak ukuran Luar

10%

2 (c) Dinding Batu Bata

45%

Rangka pintu pada tempatnya
Rangka tingkap pada tempatnya
Nota: Semak Ukuran Dalam

10%

2 (d)

Bumbung

55 %

Memasang siling
Dawai letrik (tanpa kelengkapan)
Paip Air (tanpa kelengkapan)

10%

2 (e) Melepa luar bangunan

65%

Melepa dalam bangunan

15%

2 (f) Parit, saliran dan tangki Najis

80%

Jalan- jalan

15%

3 (a) Pemasangan kemasan lantai dan dinding

95%

3 (b) Pemasangan cermin tingkap dan pintu
3 (c) Pemasangan Kelengkapan Sanitari
3 (d) Mengecat luar dan dalam bangunan
3 (e) Penyerahan kunci pada pemilik
3 (f) Pemasangan beakalan air dan elektrik
3 (g) Pagar

2.50%

4 (a) Selepas 6 bulan dari tarikh penyerahan kunci

97.50%

2.50%

4 (b) Selapas 12 bulan dari tarikh penyerahan kunci

100%

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s